http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Adun ni memang celaka!!

Posted by Love Perak | Thursday, December 31, 2009 | 1 comments »

Hamidah Osman (kiri), Adun Sg Rapat daripada BN kini berusaha keras untuk menceroboh masuk ke Surau Al-Falah di Taman Song Choon, Ipoh.

Pada mulanya, beliau yang mewakili Umno di taman itu telah meminta kebenaran untuk mengadakan program Umno bersama penduduk taman tersebut.

Tetapi, permintaan tersebut telah ditolak oleh AJK Surau yang bermesyuarat dan membuat keputusan untuk tidak membenarkan permintaan tersebut kerana program berkenaan anjuran parti politik. Sebagai memenuhi saranan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah agar surau dan masjid tidak dicampur adukkan dengan hal-hal politik.

Namun begitu, Hamidah tidak berpuas hati dan ingin meneruskan juga program di surau tersebut pada esok hari, Jumaat (1.1.2010) jam 8.00 pagi.

Beliau telah menggunakan sepenuh kuasanya (sepertimana kuasa merampas kerajaan negeri dan melarikan adun-adun) untuk mengenepikan keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa surau dengan menyeret Jabatan Agama Islam Perak dan juga Pengarahnya, Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz didalam masalah ini.

Diharap semoga pihak JAIPk tidak berjaya 'dibaculkan' oleh Hamidah demi memenuhi hasrat politiknya. Keputusan mesyuarat AJK Surau perlu dihormati dan dipertahankan oleh pihak Jaipk dan Pengarahnya.

Kini, Hamidah benar-benar ingin menunjukkan kuasanya dengan mengarahkan agar kesemua khemah-khemah yang sebelum ini dipasang dipadang berhampiran surau tersebut
dipindahkan kedalam kawasan surau.

Jika sebelum ini, beliau pernah dihalau oleh penduduk sebuah taman didalam kawasan 'jajahannya' semasa ingin mengadakan majlis bersama rakyat disitu. Dia dihalau kerana sebelum ini pernah berjanji untuk menyelesaikan permasalahan ditaman tersebut tetapi janji hanya tinggal janji. Setelah permasalahan ditaman tersebut berjaya diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau kembali datang kesitu untuk berjanji lagi. Akibatnya, beliau telah dihalau daripada memasuki taman tersebut.

Keras sungguh kepalanya. Sama-samalah kita tunggu dan lihat langkah selanjutnya daripada seorang wanita yang bergelar 'Yang Berhormat' ini. Masih terhormatkah perbuatan-perbuatan sumbangnya dinegeri tercinta ini.

Hadiah Tahun Baru 1Malaysia

Posted by Love Perak | Thursday, December 31, 2009 | 0 comments »

Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini. - Malaysiakini

tudia..hadiah untuk 1Malaysia...undilah barisan nasional....

SPR Mengarut

Posted by Love Perak | Thursday, December 31, 2009 | 1 comments »

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan, cadangan SPR hanya membenarkan 3 hari waktu berkempen dan waktu tenang dilanjutkan 24 jam merupakan sesuatu yang mengarut dan tidak berfaedah.


Beliau berkata, cadangan supaya tempoh penamaan calon dilanjutkan selama tiga hari hanya membuang masa dan merugikan. "Ini mengarut dan buang masa. PAS tolak sama sekali cadangan ini," katanya


Selain itu, Salahuddin juga berkata, SPR sepatutnya menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan integriti suruhanjaya itu terutamanya dalam isu-isu yang memberi kepentingan kepada rakyat.

"Saya nak nasihatkan kepada SPR supaya fikir perkara-perkara yang lebih besar dan memberi manfaat kepada pengundi...bukannya perkara remeh dan teknikal macam ini.

"Ada banyak isu lain perlu diteliti seperti masalah undi pos, kos perbelanjaan pilihan raya serta mengenai kebebasan media," katanya.


Jelas beliau, isu keselamatan yang dibangkitkan oleh SPR sebenarnya boleh diatasi dengan meningkatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan.

Isu berkenaan tidak akan berbangkit sekiranya SPR menyediakan mekanisme yang terancang bagi mengelak berlakunya kekecohan di kalangan penyokong parti pada hari penamaan calon dan anggota polis bertindak lebih adil kepada pembangkang.

Renungi Ayat Dr Asri ini

Posted by Love Perak | Thursday, December 31, 2009 | 0 comments »

Saya dengan ini menyeru para pencinta perubahan, penyokong keluasan minda dan usaha-usaha tajdid terutama generasi muda, agar mula menilai parti politik yang mana yang lebih meraikan keluasan pendapat dan memberi ruang serta hak bersuara kepada rakyat secara adil. Nilailah juga parti mana yang tidak mesra dengan perkara ini. Dengan arus yang ada ini, pastikan undi anda pada pilihanraya ke-13 membantu ke arah semangat perubahan dan keluasan pendapat yang kita harapkan”.

–dr maza

ehem2, sudah terang lagi bersuluh...

Bersedia rakyat Perak, DUN Bubar Februari, mengundi Mac!

Posted by Love Perak | Thursday, December 31, 2009 | 0 comments »

Seronok juga baca kisah Abang Mat Saman Kati di PerakExpress. Sudah ada jawatan nampaknya dia. Tahniah Abang Mat. Jangan lupa member tau hahaha.

Nizar menang kes di mahkamah persekutuan dengan majoriti 4-1. Ketua hakim mintak keempat-empat hakim menimbang semula keputusan tersebut tetapi ditolak hakim-hakim tersebut. Jadi keputusan akan diumumkan pada pertengahan bulan februari sebelum raya cina. Jadi bila Nizar menang, sudah tentu dia akan mohon bubarkan dun perak.

SPR akan menetapkan pilihanraya pada bulan Mac kerana waktu cuti dan senang untuk menggunakan sekolah. BN akan mengunakan masa lebih kurang 2 bulan ini untuk menarik undi rakyat terutamanya cina.

Baca kisah penuh dari Mat Saman Kati di sini dan sini.

Amerika Betui2 Bodoh dalam bab ni

Posted by Love Perak | Wednesday, December 30, 2009 | 0 comments »

Gua yakin dan pasti lu orang semua dah tau kisah Zambry Haram Perak kantoi di Amerika Syarikat dan kisahnya seperti laporan di bawah tu;

"Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas."

***********************
Gua cuma terkilan sikit jer dengan Kerajaan Amerika Syarikat yang kononnya tegas terhadap pengganas, rupanya lembab macam siput babi jugak, kononnya sebuah negara maju dan polis dunia yang cekap tapi macam hampeh.

Kalau dah tau nama Zambry tu tersenarai dalam pengkalan data pengganas, sepatutnya Imigresen Amerika tahan dan pegang dulu mamat tu buat seminggu dua dan kasi fakap sikit sama dia.

Taraf pengganas tu... amat merbahaya kepada dunia dan khususnya kepada negeri Perak, hantar dia lepak semalam dua di Guantanamo Bay kasi toucher cow...cow... macam toucher pengganas biar berasap lubang juboq dia..... muaaaahhhaahahh...

Ini tak..., dilepaskannya mamat tu... apa barang Amerika lepaskan pengganas, cittt.... buat malu jer.... , kalau Osama Laden lu orang cari sampai lubang cacing, ini Zambry Abdul Kadiaq lu orang lepaskan... tiunaseng punya imigresen Amerika... bodoh macam geng lembu umnGok jugak... kira setaraf la...tu... sembang jer lebih...

Ha..ha..ha... gua kalau kena kat geng puak umno ni... gua cukup berbulu betoi.... kalau boleh kasi letup bagi mampuih jer... semua tuh.....

Kesian Zambry Kadir

Posted by Love Perak | Wednesday, December 30, 2009 | 0 comments »

Apa cerita kena tahan dekat Amerika? Bukan ke Zambry pergi atas urusan kerajaan? Bukan ke atas urusan nak cari pelabur?

Nampaknya 1 dunia dah tahu perangai Zambry. Nampaknya 1 dunia dah tahu Zambry lanun perampas Perak. Nak kata muka macam taliban langsung takdak. Macam hamas pun takdak. Janggut jambang lagi lah takdak kah kah kah.

Jadi mungkin sebab dia jadi lanun gerombolan bersama Najib untuk merampas Perak, habis blacklist nama 1 dunia. Kesian Zambry tak boleh melancong lagi.

Kepada Zambry, kalau masih ada maruah diri, BUBARKAN DUN PERAK!

LovePerak

Dia ni nak sangat kena maki

Posted by Love Perak | Wednesday, December 30, 2009 | 1 comments »

Malang sungguh ibu kepada Pengarah Penyiasatan SPRM, kerana mendapat anak bernama Mohd Shukri Abdull yang suka dirinya dimaki hamun.

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today reiterated that P. Balasubramaniam must make a formal statement before any investigation can proceed on the private investigator’s allegations surrounding the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.

“We want Bala to come forward to give his statement. He is our main witness,” said MACC director of investigations, Datuk Mohd Shukri Abdull, in a short text message to The Malaysian Insider.

Haram jadah - apa lagi yang engkau nak? Hi sial laknatullah, P. Balasubramaniam sudah beri pengakuan bahawa dia sedia untuk disiasat. Apa yang payah sangat, apa yang banyak sangat dolak dalih engkau ni? Orang sudah dengan relahati ingin beri kerjasama, kenapa banyak sangat alasan SPRM?

Dasar perangai macam babi, yang mudah ingin disusahkan. Kalau tidak kena maki sehari, tidak nyaman hidup engkau agaknya. Mentahkedarah hasil menipu dan putarbelit semata-mata kerana senang menjadi balaci pemimpin sialan umno.

Mana pulak Datuk Hisham Nordin, ni orang awam sudah salurkan maklumat berhubung gejala rasuah bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan, mana pulak engkau menghilang?

Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan.
Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu," kata sumber.

Misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran MIDA berlangsung dari 7 hingga 12 Disember di San Francisco dan Los Angeles.

Ketika dihubungi Penolong Pengarah Kanan MIDA (FDI Amerika), Norhizam Ibrahim berkata pihaknya hanya diberitahu Zambry ada komitmen lain dan tidak dapat menghadiri misi berkenaan.

Berita dipetik oleh Kelab Greenboc

Memang Teoh Dibunuh!!!

Posted by Love Perak | Tuesday, December 29, 2009 | 0 comments »

Oleh : Alhusseyn

Seperti yang ramai menjangkakan bahawa Teoh Beng Hock telah dibunuh.Hanya Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sahaja yang beria sangat mengatakan : ‘ sudden death and do not see any evidence of foul play so far.’ Kenyataan tersebut beliau buat tergesa-gesa kerana siasatan rapi belum pun dibuat keatas mayat Teoh. [klik sini]

Tentu kita semua juga ingat tentang ‘Surat Misteri’ dimana penulis surat misteri tersebut turut menyatakan bahawa besar kemungkinan kematian TBH adalah disebabkan Timbalan Pengarah (TP) tersebut dengan menyatakan beberapa butiran yang perlu disiasat lebih rapi lagi seperti isu DNA lelaki misteri. [klik sini]

Berita di sini melaporkan :

Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.

Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.

Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.

Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.

Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.

Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.

Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.

Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.

Nik Aziz Bidas Demo, Ajak UMNO Masuk Pakatan Rakyat

Posted by Love Perak | Tuesday, December 29, 2009 | 0 comments »

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

"Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya.

"Sebenarnya orang PAS ini dah masak dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.

Pengkhianat Melayu!!

Posted by Love Perak | Tuesday, December 29, 2009 | 3 comments »

Oleh : Mutaligat

Semalam akhbar Sinar Harian menyiarkan temubual bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang antara lain beliau menuduh bekas 'boss'nya itu pengkhianat Melayu.


Bagi saya pengkhianat Melayu sebenar ialah Umno dan pimpinannya bukan Anwar Ibrahim dan parti-parti komponen PR.

Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr. Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib.

Sewaktu zaman pentadbiran Dr. Mahathir lagi, imuniti raja-raja Melayu telah dihapuskan, padahal institusi Raja Melayu merupakan simbol ketuanan orang Melayu,nyatalah Umno sendiri telah merosakkannya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua terbesar yang dibuat Mahathir ketika itu ialah dengan merosakkan sistem kehakiman negara.

Campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Walhal majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu juga dilakukan oleh Dr. Mahathir. Pengkhianatan yang dibuat ini, secara langsung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu :-

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Jadi siapa sebenarnya pengkhianat Melayu??????

KJ & Zahid berpakat untuk jatuhkan Najib

Posted by Love Perak | Tuesday, December 29, 2009 | 0 comments »

Oleh: nuraflah

"Jika kita rajin membaca blog-blog yang menyokong Umno, khususnya blog-blog yang Pro-Mahathir, kelihatan sudah ada suara-suara yang mahu menyatakan; Khairy dan Zahid sedang berpakat untuk menjatuhkan Najib.

Menurut pendapat mereka, KJ & Zahid sedang berusaha untuk memusnahkan imej Najib agar penyokong Umno bangkit menolak kepimpinan Najib sebagaimana yang berlaku ke atas Pak Lah dahulu.

“Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya Zahid akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.” demikian kata pemilik blog Anti Khairy.

Terbodoh Terbangang Di Dunia

Posted by Love Perak | Monday, December 28, 2009 | 0 comments »

http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs211.snc3/21854_1270914807672_1073914523_865323_7249872_n.jpg

sejak bila pas pembangkang? sapa pembangkang?
semakin lama utusan semakin bodoh bangang!

Bik Mama = Rosmah

Posted by Love Perak | Monday, December 28, 2009 | 0 comments »

Seluruh rakyat Malaysia dan juga warga Mongolia diingatkan supaya menjauhkan diri daripada Bik Mama kerana dia adalah spesis yang sama dengan Rosmah. Samada dia pakai jeans atau jubah, dia tetap madu Altantuya.

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, mencadangankan Barisan Nasional (BN) merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia.


Jenama semulalah beb, tukarlah 44 kali pun, syaitan tetap syaitan. Syaitan pun tukar-tukar juga - sekejap bik mama sekejap rosmah...!!!

Berapa banyak yang dah jenama semula: BPR kepada SPRM. Hadhari kepada 1Malingsia. Altantuya kepada Aminah. Bik Mama kepada Rosmah. Tukarlah logo apa pun. Loga Babi kepada Logo Khinzir. ......... Setan tetap Setan

Kerajaan Rakyat

Buku yang 1Malaysia Takut

Posted by Love Perak | Monday, December 28, 2009 | 0 comments »

Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengkaji kandungan buku tulisan Barry Wain bertajuk “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times,” sebelum membuat keputusan tentang pengedaran buku itu di Malaysia.

Menurut kenyataan KDN hari ini, kajian itu merupakan satu proses biasa kepada mana-mana penerbitan di dalam dan luar negara dan buku tulisan Barry Wain tidak terkecuali daripada menjalani proses tersebut.

Kajian itu bagi memastikan ia tidak menimbulkan sebarang kemudaratan kepada keselamatan dan kententeraman rakyat Malaysia, menurut kenyataan itu.

"KDN mempunyai masa selama 60 hari bagi menentukan sama ada untuk meluluskan atau sebaliknya pengedaran buku tersebut di Malaysia”. Isnin lepas Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menolak laporan sebuah portal berita propembangkang kononnya pihak KDRM telah menahan 800 naskhah buku itu di Pelabuhan Klang sejak empat minggu lalu.

DAP Mula Terima Perjuangan Kita - TG Nik Aziz

Posted by Love Perak | Monday, December 28, 2009 | 0 comments »

PETALING JAYA, Dis 28 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.
"Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak.

"Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.

Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.

"Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud," katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja.

Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan.

Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas.

Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.

Bapuk Pondan Pemalu Punya Pemuda UMNO

Posted by Love Perak | Monday, December 28, 2009 | 0 comments »

Gua tabik hormat kepada pemuda umno. Mereka pemalu rupanya. Semangat menipu kuat tetapi malu. Sebab malu maka muka kena tutup.


Ada juga yang kesal sebab rasa tertipu. Dapat RM20. Bayar minyak motor RM5. Makan RM5. Rokok RM7.80 tinggallah RM2.20. Menyampah aku....Jadilah muka poyo.......


Haa.... yang ini kapla dia, dapat lebih sikit. Tu yang berkoba semangat tu.Yang bercermin mata gelap tu ahli PAS ke? Nampak macam maluan section 15 je.... Malam ni boleh sedut baik punya......



Tu dia..... inilah small bos dia. Malam ni dia mesti jumpa Khir Toyo. Masyuk beb masyuk..... wa cakap lu. Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.


Gua cilok gambar dari sini

Kerajaan Rakyat

20 Orang Gila Berhimpun

Posted by Love Perak | Sunday, December 27, 2009 | 2 comments »


PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.

"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.


Perangai Kamalia Ibrahim

Posted by Love Perak | Sunday, December 27, 2009 | 0 comments »

Semasa saya di KUB Bhd. satu ketika dulu, Kamalia Ibrahim (Senator ketika itu) adalah CEO salah sebuah anak syarikatnya. Kebetulan dia jugalah 'immediate boss' saya.


Di Kuala Kangsar semalam, Kamilia mencabar Mohamed Nazri meletak jawatan sebagai Ketua Whip BN kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir pengundian bagi meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sementara itu, menurut Mohamed Nazri, beliau tidak pernah mengabaikan tugasnya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen.

Mengenai cabaran Kamilia itu, beliau mahu Naib Ketua Wanita UMNO itu menghalakan cabaran tersebut kepada Muhyiddin.

"Saya tidak pasti sama ada Kamilia sedar atau tidak dengan kenyataannya itu. Jawatan Ketua Whip BN bukan menteri yang pegang sebaliknya jawatan tersebut dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri.


Rupanya Kamalia masih tidak berubah sejak dulu. Memang perangai dia gemar mengeluarkan kenyataan atau arahan tanpa membuat 'homework' terlebih dahulu. Justeru ramai yang berperangai seperti inilah KUB yang pada ketika itu mempunyai 62 anak syarikat tetapi hanya 6 sahaja yang mengalirkan dana positif manakala yang lainnya menyedut duit. Kesemua ahli lembaga pengarahnya paling cikai - ketua bahagian umno. Patutpun KUB hancusss.

Kerajaan Rakyat



Selepas MB Haram, kini Timbalan Menteri Haram

Posted by Love Perak | Sunday, December 27, 2009 | 0 comments »


PPP Anggap Murugiah Timbalan Menteri Haram

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.

Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP.

"Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan Menteri yang haram...dia bukan lagi ahli PPP dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadapnya," kata Kayveas kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Krismas anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Kayveas berkata sebelum ini PPP telah memberi peluang kepada Murugiah untuk mewakili parti dalam kerajaan tetapi beliau telah menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Turut menghadiri rumah terbuka itu ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.


Gambar2 Perkahwinan Anak DS Anwar

Posted by Love Perak | Saturday, December 26, 2009 | 2 comments »





Projek "Hilang" Najib

Posted by Love Perak | Saturday, December 26, 2009 | 0 comments »

Projek "HILANG" Pak Najib telah mendapat liputan luas media di luar negara.Hasil daripada Projek "HILANG" beliau telah menaikkan nama Malaysia di persada dunia,diantara projek "HILANG" tersebut ialah :

1.Altantuya yang dikaitkan dengan isu Kapal Selam dan Najib dilaporkan hilang, kemudian ditemui mati setelah dibunuh dengan bom C4.


2.Bala yang ada kaitan dengan kes Altantuya dan Najib, dilaporkan hilang dan baru ditemui semula baru-baru ini,menyatakan beliau diugut oleh adik Pak Najib.

3.Raja Petra juga hilang dan ada kaitan dengan kes Altantuya - Najib.

4.Saiful Bukhari yang dilaporkan hilang,tiba-tiba muncul di pejabat Najib dan mendakwa beliau di liwat oleh Anuar Ibrahim

5. Nasaruddin, Adun Umno Perak yang menyertai PKR kurang dari seminggu dilaporkan hilang kemudian ditemui dipejabat Najib yang kemudiannya istihar masuk Umno balik


6. 3 Adun Perak dilaporkan hilang, kemudiannya muncul tiba2 dipejabat Najib dan umumkan keluar parti dan menyokong BN hingga menyebabkan Kerajaan rakyat dirampas.



7.Helmi yang dikatakan ada kaitan dengan kes Video Elizabeth Wong dilaporkan hilang dan tidak mampu dijumpai oleh PDRM yang paling cekap di Asia Tenggara sampai hari ini.



8.Dua Buah Enjin Pesawat F-5E hilang semasa Najib Jadi Menteri Pertahanan.



Sendiri Mau Ingat

Hassan Ali jangan buat gila!!

Posted by Love Perak | Saturday, December 26, 2009 | 0 comments »

http://bongkarsauh.blogspot.com

Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Difahamkan, perhimpunan itu digerakkan oleh Umno atas nama kepentingan Melayu.

Tidak menghairankan sangat jika perhimpunan itu dianjurkan oleh Umno. Parti itu memang sawan jika PAS mampu bekerjasama erat dengan DAP dan PKR. Cuma, kalau perhimpunan itu dianjurkan oleh orang PAS sendiri, atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, ini adalah masalah besar yang wajib dirungkai segera.

Katakan, memang benar Umno yang menganjurkannya, apa sikap PAS Selangor terutama Hassan Ali?

Ini adalah perangkap, mangsa mereka adalah Hassan. Silap haribulan Hasan masuk perangkap ini. Hassan mesti menunjukkan ketegasannya. Persetiaan PR wajib dipertahankan.

Jangan melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan keraguan parti-parti sahabat bahawa agenda yang diriuhrendahkan sebelum ini masih belum mati sepenuhnya. Ini sangat penting.

Kepada Hassan, disarankan supaya jangan sama sekali menerima memorandum daripada penganjur perhimpunan itu. Biar siapa pun penganjur perhimpunan itu. Biarkan mereka melalak dan melalut.

Biarkan apa pun kata mereka. Lebih baik kita mengecewakan hanya beberapa orang yang bakal menyertai perhimpunan itu daripada kita mengecewakan jutaan rakyat yang meletakkan harapan kepada PR untuk mengganti BN.

Biar siapa pun penghantar memorandum itu, Hassan mesti tegas, jangan menerimanya. Kalau Hassan menerimanya, penganjur perhimpunan itu mendapat kemenangan awal.

Menerima memorandum itu dikira melanggar persetiaan PR kerana tujuan memorandum itu adalah jelas, mendesak PAS keluar daripada PR. Menerima memorandum itu boleh dikira mengkhianati persetiaan itu. Mengkhianati persetiaan tidak pernah diajar oleh agama.

Hassan tidak rugi apa-apa jika memorandum itu tidak diterimanya, bahkan itulah tindakan bijak untuk mengecewakan pengajur perhimpunan itu.

Pendirian ini adalah penting, jangan anggap remeh. Ini bukan masanya untuk melayan, menunjuk baik, melahirkan kemesraan, ‘open minded’, atau apa lagi…, terhadap mereka yang berniat jahat.

Menerima memorandum desakan untuk keluar PR sama seperti menerima memorandum desakan supaya dibenarkan orang Islam tidak solat Subuh.

Meninggalkan solat Subuh dan mencabuli persetiaan tidak pernah diajar oleh agama. Menerima memorandum mengenai perkara itu dikira mengiktiraf bahawa desakan meninggalkan solat Subuh dan mencabul perjanjian adalah boleh atau dibenarkan untuk dibuat.

Meninggalkan solat Subuh tidak boleh, mengemukakan memorandum untuk membenarkan tidak solat pun tidak boleh, dan menerima memorandum itu pun tidak boleh.

Hal ini sama sahaja kedudukannya dengan memorandum mendesak PAS keluar daripada PR.

Hassan, jangan terima memorandum itu.

Anwar Dapat Menantu (Gambar)

Posted by Love Perak | Saturday, December 26, 2009 | 0 comments »


Wanita berbaju Hitam merupakan bakal Isteri Ehsan


"Aqadnikah anak kami M Ehsan dan Shaheeda inshaallah 25 Dis kenduri 27. Majlis kami amat sederhana utk keluarga sahaja minggu berikut. maaf." - Twitter Anwar

4 Enjin Jet Hilang? Malaysia Boleh!!!

Posted by Love Perak | Saturday, December 26, 2009 | 0 comments »

Jumlah enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang setakat ini hanya dua ataupun lebih daripada itu?


Kekhuatiran ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengambil kira beberapa perkembangan semasa.



“Mula-mula kata satu, kemudian dua… jadi apakah benar apa yang saya dengar kemungkinan yang hilang sebenarnya empat enjin?” kata beliau.



Azan mendakwa maklumat awal yang diterima menunjukkan kemungkinan jumlah enjin yang hilang, yang bilangannya hanya dua setakat ini, kemungkinan sudah sampai empat.



“Saya difahamkan kemungkinan empat enjin yang hilang, bukannya dua. Tetapi saya belum menerima bukti yang kukuh… berdasarkan maklumt diterima oleh saya, mungkin empat enjin sudah hilang.



“Saya berharap pihak berkuasa dapat memberikan laporan lengkap kepada umum mengenai isu ini… menjelaskan kepada umum keadaan sebenar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.



Selain pendirian Jabatan Peguam Negara yang meminta agar polis menjalankan siasatan rapi, kata Azan, beliau mengesyaki perkara itu kerana Laporan Audit 2008 tidak menyertakan bahagian yang membabitkan Kementerian Pertahanan.



“Jadi timbul persoalan, sama ada Jabatan Audit Negara adalah membuat audit berkaitan dengan pengurusan Kementerian Pertahanan buat tahun 2008 dan jika ada, apakah ia ada mengenal pasti masalah besar sehingga bahagian berkaitan Kementerian Pertahanan tidak dimasukkan.



“Ataupun sememangnya Jabatan Audit Negara tidak membuat audit langsung mengenai Kementerian Pertahanan. Laporan 2007 ada memasukan Kementerian Pertahanan, yang antara lain menyentuh soal program latihan khidmat negara tetapi tahun 2008 tiada,” kata Azan yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang.



Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan polis berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM kini tertumpu kepada bagaimana ia dibawa keluar merentasi sempadan negara.



Kata beliau pihaknya dalam proses mengumpul dokumen-dokumen penting bagi menyiasat perkara tersebut.



“Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) yang minta kita membuat siasatan ini (bagaimana enjin itu boleh ke luar negara). Jadi kita dalam proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting,” katanya.



Salah sebuah enjin jet pesawat supersonik yang dicuri dua tahun lalu itu didakwa ‘ditemui’ di Argentina.



Menurut laporan akhbar, enjin turbo jet General Electric J85-21A tersebut untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.



Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap.

Apa punya audit, enjit jet hilang pun tak tahu!

Posted by Love Perak | Friday, December 25, 2009 | 0 comments »

KUANTAN – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Azan berkata, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit Negara.

“Agak mengecewakan apabila laporan yang dikeluarkan untuk tahun 2007 dan 2008 langsung tidak menyentuh berhubung perkara berkenaan dan tiada sebarang laporan audit bagi Kementerian Pertahanan untuk tahun 2008.

“Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku, sedangkan semua kementerian perlu membuat semakan aset setiap tahun dan tidak terkecuali Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya lebih telus, memandangkan isu ini perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif bukan sahaja di kalangan rakyat, malah melibatkan pelabur asing.

“Isu ini amat mengejutkan apabila aset TUDM yang selama ini melalui prosedur kawalan ketat boleh hilang dan pihak terbabit boleh terlepas pandang.

“Sekiranya ada laporan dibuat berhubung kehilangan itu, ia sepatutnya dilaporkan dan diaudit untuk tindakan lanjut seperti kes-kes pembaziran wang peruntukan kerajaan yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya.



Cuba Madey Buat Statement ni Masa Pakatan Memerintah

Posted by Love Perak | Friday, December 25, 2009 | 2 comments »

Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 bilion



Dis 22, 09 7:43pm



Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya. Mantan perdana menteri...



Mahathir: Siasat juga RM270 bilion zaman Pak Lah



Dis 24, 09 4:34pm



Tidak cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru...

Kita olang mahu bawa Dato Seli pi tengok itu pasar

Posted by Love Perak | Thursday, December 24, 2009 | 2 comments »

DS Nizar menatap wajah rakyatnya buat kali terakhir di Kg Tengah Changkat Ibol baru-baru ini.
"Lihat DS Nizar,kami sudah mengadu pada MPT ,tapi tiada tindakan "mungkin itu yang diadukan rakyat.DS Nizar mendengar keluhan penduduk di Pasar Taman Kaya,Taiping dalam DUN Changkat Jering.


Rata-rata masyarakat apabila bertemu kita,bertanya DS Nizar bila lagi akan berada di Bukit Gantang.Jika kita beritahu,kita pun boleh tolong.Rakyat tetap mahu DS Nizar bertemu mereka.

"Kita olang mahu bawa Dato Seli pi tengok itu pasar"kata seorang wanita Tionghua,Taman Kaya.

Selepas beberapa hari wanita itu berjumpa kita menyatakan kepuasannya DS Nizar sudah mendengar masalah mereka."Itut Datok Seli banyak baguk punya olang"kata wanita Tionghua itu apabila bertemu kita.

Apabila DS Nizar pergi melawat jenazah rakyat beliau di Kg Tengah,Changkat Ibol dalam DUN Kuala Sapetang pada 12 Disember lalu,mereka berasa gembira.Mereka tahu DS Nizar sibuk dengan program negara.Mereka berasa gembira DS Nizar jika mempunyai luang akan bertemu rakyat.DS Nizar mendoakan kesejahteraan roh si mati.

Pada satu petang satu panggilan diterima kita ,meminta DS Nizar ziarah jenazah adik pemanggil."Cikgu minta DS Nizar ,datang adik saya meninggal"kata seorang pemanggil."DS Nizar di Parlimen"kata kita.

Rakyat mahu bertemu DS Nizar,mereka bukan mengharapkan sangat bantuan kewangan DS Nizar tetapi mereka mahu bersalaman dan minta DS Nizar menyapa mereka serta dengar masalah mereka.

DS Nizar juga sering dipantau "SB",mungkin pihak berkuasa tahu pengaruh DS Nizar amat dekat dengan rakyat.Bagi mereka mungkin keselamatan pemimpin masa depan ini perlu dijaga.

Baru-baru ini seorang YB memberitahu kami DS Nizar pemimpin harapan rakyat.Tanpa mahu menidakkan Tok Guru Haji Hadi,YB itu menyatakan DS Nizar pemimpin pengganti DS Anwar.Beliau memberi analoginya DS Anwar kini mempunyai kes mahkamah,Najib tidak akan membiar DS Anwar mengganggu pemerintahannya.Jadi DS Nizar pemimpin yang diterima rakyat.Beliau juga menegaskan DS Nizar pemimpin Pas yang ketiga terkenal.

DS Nizar ,kita berharap sentiasa bersikap terbuka dan tidak mendengar nasihat yang tidak betul dari mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Kita berharap DS Nizar akan mengikut apa yang kita aturkan untuk bertemu rakyat.Buat kata Fadhil Idris ,Setiausaha Pas Bukit Gantang,wakil rakyat mesti macam superman!

DS Nizar mesti dekat dengan rakyat dan kita berharap pegawai beliau tidak mencari alasan untuk menjarakkan diri DS Nizar dengan rakyat.

Terdapat seorang warga emas memberitahu kita,jumpa DS Nizar sekali cukup untuk kepuasan beliau sepanjang hayat.Justeru itu bagi kita amat rugi jika tidak bersama DS Nizar jika beliau datang ke Bukit Gantang.

YB Paling Bangang Dalam Dunia

Posted by Love Perak | Thursday, December 24, 2009 | 1 comments »

adakah patut tahap otak macam ini jadi WAKIL RAKYAT...bodoh bin banggang betul...lagi bijak kulikang yg angkut taik..ini yb elaun rm4 ribu lebih bekerja untuk rakyat...kesian....betul pengundi-pengundi yg telah memberi undi kpd sibadut ini..



Banggunan Runtuh Satu Rahmat - Exco Pembangunan Infrastruktur

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)kecewa dengan sikap "tolol" Exco Kerajaan Negeri Terengganu terhadap kenyataan yang menyatakan keruntuhan banggunan adalah rahmat kepada Rakyat Terengganu. Kenyataan berbaur "kebodohan" ini tidak sepatutnya dikeluarkan di dalam Dewan. MAMPAT menyeru Dato' Menteri Besar untuk segera merombak Barisan Exco dan membuang jawatan Exco Yb Yahya dna digantikan dengan orang lain. Sikap lepas tangan, sambil lewa dan tidak bertanggungjawab Yahya sangan mendukacitakan MAMPAT dan Rakyat Terengganu.



NI KENYATAAN DIA...

“Bangunan runtuh Satu Rahmat Untuk Rakyat Terengganu,”kata Yahya Khatib

Wednesday, 23 December 2009 13:33 SM Noor


KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (gambar kecil sebelah kanan),

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/yahyaterminalruntuh.jpgberkata kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa.

Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu


Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, kira-kira jam 1 tengahari tadi, 23 Disember, 2009.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.

Malangnya soalan Wahid tidak dijawab oleh Yahya yang hanya menjawab sambil lewa dan mengatakan apabila berlakunya bangunan atau pembinaan runtuh, ia merupakan rahmat kepada rakyat Terengganu kerana akan mendapat peluang yang baru dan bangunan yang baru.

oleh : blog info tambahan

Mat Said "Lawan Tauke" Demi Rakyat Terengganu

Posted by Love Perak | Thursday, December 24, 2009 | 0 comments »

Datuk Husam Musa

Saya terpegun dengan keberanian MB Terengganu.

Saman Kerajaan Terengganu yang difailkan ke atas Petronas untut menuntut bayaran royalti tak akan ditarik balik. Saman itu difailkan oleh Kerajaan PAS dulu. Bayaran royalti hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri secara langsung. Bahkan sebahagian wang royalti yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 2000 dituntut semula. Ia berjumlah RM 2.79 billion mengikut kiraan Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan telah akur pada tuntutan Kerajaan Negeri. Jumlah sahaja yang berbeza. Dari segi konsep, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri telah bersetuju wang itu mesti dipulangkan semula. Jumlah yang dipersetujui dipulangkan ialah RM 1.686. Bakinya minta 'dihalalkan'. Ahmad Said berkeras jumlah penuh RM 2.79 billion mesti dipulangkan.

Tidak mudah bagi seorang MB yang sama parti dengan PM dan Kerajaan Pusat mempunyai pendirian yang demikian jelas berbeza. Ahmad Said berani tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat. Ahmad Said berani mengekalkan pendirian Kerajaan Terengganu bahawa royalti adalah royalti dan ia tidak boleh 'dicuri' sebahagian untuk digunapakai sebagai wang ehsan.

Dalam keadaan biasa, PM boleh menukar MB seperti itu. Namun, Ahmad Said berani angkat kepala dan berkata tidak.

Ahmad Said dengan bijaknya menggunakan flatform Sidang DUN untuk menyatakan pendirian Kerajaan Terengganu dalam isu ini. Ia pernyataan terbuka. Ulasannya terperinci. Tuntutan-tuntutan Terengganu adalah jelas.

Kita boleh memahami tuntutan Ahmad Said itu disokong oleh kehendak sebenar undang-undang. Kerana itu Ahmad Said boleh bertegas dan Kementerian Kewangan terpaksa akur. Dari segi politik, Ahmad Said sanggup menanggung risiko.

Implikasi keberanian dan ketegasan Ahmad Said itu sangat meluas dan besar kesannya.

Dakwaan Kerajaan Pusat bahawa Terengganu sama seperti Kelantan, tidak layak mendapatkan royalti, tertolak dengan begitu jelas. Kalau Terengganu telah dibayar royalti sampai sekarang, cuma jumlahnya sahaja yang dipertikaikan, Kelantan dengan sendirinya juga layak! Kerajaan Pusat tidak dapat berbohong lagi.

Kedua, dari segi akaunting, memang jelas bermasalah dan dalam jangka panjang akan membebankan Kerajaan Pusat. Segala perberlanjaan atas nama wang ehsan tidak dikira telah menyelesaikan masalah. Kerajaan Pusat terpaksa dua kali berbelanja. Royalti tetap perlu dijelaskan dan segala perbelanjaan atas nama wang ehsan dikira hangus begitu sahaja.

Apa untungnya untuk Kerajaan Pusat berbuat demikian? Kehendak perjanjian dan undang-undang akhirnya akan memerangkap Kerajaan Pusat.

Terengganu sekarang sebaris dengan Kelantan - agenda perjuangan yang sama dalam isu ini, berdepan kerenah Kerajaan Pusat yang sama. Kerajaan Pusat yang telah meletakkan perhitungan politik jangka pendek mengatasi kewajipan undang-undang.

Nampaknya, Kelantan telah mendapat teman yang banyak akan membantu. Mustajabnya permintaan dalam solat hajat kadang-kadang datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Saya merasa amat bersyukur.

Tentunya saya berterima kasih kepada YB Dato' Seri Presiden PAS yang telah mengemukakan pertanyaan sehinggan membolehkan Ahmad Said memberikan penjelasan.

Terima kasih juga pada NST dan Sinar Harian , antara media (setahu saya) yang melaporkan isu ini hari ini.

NST
http://www.nst.com.my/articles/21los/Article/index_html

Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6247307.asp

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan dipanggil memberikan keterangan berhubung ucapannya dalam Kovensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu mengenai punca kematian mantan Setiusaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ia dibuat rentetan satu laporan polis yang dibuat sabtu lalu terhadap Guan Eng kerana menyatakan Beng Hock dibunuh.

“Kita sudah menerima laporan polis yang mengatakan Lim Guan Eng ada menyebut pada Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini ada menyebut dalam ucapannya bahawa Teoh Beng Hock dibunuh.

“Kita akan membuka kes di bawah akta hasutan,” katanya.

Khalid berkata, siasatan akan dilakukan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat 5, Plaza Masalam, pada 16 Julai lalu, beberapa jam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Inkues kematiannya yang ditanguhkan buat kali kedua selepas bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang dibuat, ditetapkan pada 7 Januari depan.

Bedah siasat kali kedua ke atas mayatnya dibuat setelah Pakar Patalogi dari Thailand, Dr. Pronthip Rojanasunand yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan 80 peratus kemungkinan mendiang dibunuh.

Nizar Sah MB Perak?

Posted by Love Perak | Thursday, December 24, 2009 | 1 comments »

oleh : pemuda cheh

Ada khabar yang mengatakan SUK Perak minta pindah KL

Apa maknanya ini??

Dulu... si SUK Perak ni, bukan main biadap lagi dengan Nizar Jamaluddin, MB Perak dari Pakatan Rakyat. Samdol ni berlagak, betul-betul macam barua UMNO/BN. Memang tak mengasi!! Eeeeiiii... tak pernah aku jumpa manusia yang tak semiak seperti SUK Perak yang sekor ni. Moo... mooo.. sebijik macam lembu udah kena cucuk hidung.

Sekarang, si samdol ni akan atau entah-entah udah pun ditukarkan ke KL. Apakah ini satu ini petanda yang Nizar akan kembali semula ke SUK Perak sebagai MB Perak yang sah. Tak tahan agaknya si SUK, nak bersemuka semula dengan BOSS lama dia, yang dulunya dia derhakai. Mungkin, sebab itu lari ke KL.

Walau pun kes Nizar telah selesai dibicarakan oleh Mahkamah Persekutuan pada 5 November yang lalu, namun hingga kini keputusan yang tertangguh masih tidak ada khabar dan berita yang rasmi. Siapa MB Perak?? Nizar ke MB rakyat yang sah atau si Zambry ke MB ciptaan Mahkamah??

Spekualsi bertiup kencang kononnya, keputusan sudah ada, tetapi sengaja ditangguhkan lama-lama bagi memberi cukup masa untuk Zambry bersedia menghadapi kemungkinannya DUN dibubarkan dan pilihan raya akan diadakan semula. Pandai komer ya?? Guna apa yang boleh diperkudakan untuk kepentingan komer!!

Tapi....wallahualam ler. Itu semua spekulasi belaka. Harap-harapnya, semuanya betul. Biar DUN Perak bubar dan serahkan semula kuasa kepada rakyat untuk menentukan semula kerajaan mana yang mereka suka. Kalau mereka pilih Pakatan Rakyat... alhamdulillah, tetapi sekiranya UBN menjadi pilihan, terserah ler. Kita hormati hak dan pilihan mereka.

Keputusan siapa MB Perak belum diisytiharkan lagi tetapi malaun SUK sudah melarikan diri. Entah-entah... lain-lain yang rasakan diri mereka 'haram' sudah panas bontot kot?? Ha ha ha.... Ganesan, Speaker DUN Perak yang haram, apa macam?? Tak mau lari ka??

PR Perintah 7 Tahun, TOL Seluruh Negara akan dimansuhkan!

Posted by Love Perak | Thursday, December 24, 2009 | 0 comments »


KUALA LUMPUR 23 Dis: Rakyat negara ini akan menikmati pakej percuma ketika menggunakan seluruh lebuhraya selepas 7 tahun memerintah negara. Perkara ini seperti mana tercatat dalam persetujuan bersama Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung pada 19 Disember lalu.



Sekretariat Kementerian Kewangan Pakatan Rakyat, Dr. Zulkifly Ahmad berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dicapai kerana PR melaksanakan dasar kepimpinan yang berintegriti, pro rakyat dan urus tadbir yang baik bagi memastikan kesejahteraan rakyat negara ini terbela.



Menurutnya, jika PR diberi peluang untuk memerintah Malaysia pada PRU ke 13, pihaknya akan merunding semula segala perjanjian tol di negara ini termasuklah Projek Lebuharaya Utara Selatan (PLUS) dan semua konsesi tol seluruh negara.



“Dasar penswastaan oleh rejim BN terutamanya di era Mahathirisme telah menghasilkan kesan yang buruk kepada rakyat kerana segala projek dilaksanakan ada kaitan dengan kroni dan kepentingan politik BN semata-mata.



"Segala kos telah di ambil perkiraan untuk manfaat semua pihak dalam BN dan pemimpin-pemimpin mereka maka tidak ada jalan lain bagi pihak konsesi selain menaikkan tarif tol yang akhirnya amat membebankan rakyat.



Oleh itu, Insya’allah, sebaik sahaja kita menduduki Putrajaya, kita akan mengkaji keseluruhan projek penswastaan di negara ini termasuk penswastaan air bagi memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan kita,” katanya.



Beliau yang juga Ahli Parlimen (MP) Kuala Selangor memberitahu, dasar menghapuskan tol itu munasabah untuk dicapai dan dilaksanakan kerana ia telah diperhalusi, diteliti dan dirunding secara kolektif oleh golongan yang arif mengenainya dalam PR.



Beliau memberi contoh kerajaan Selangor yang dipimpin oleh PR berupaya untuk mengurangkan cukai air tetapi dihalang oleh rejim BN yang masih memerintah kerajaan persekutuan.



Sehubungan itu, Zulkifly berharap rakyat Malaysia terus memberi sokongan padu kepada PR agar cita-cita bersama untuk melihat negara ini diurus tadbir dengan baik dapat direalisasikan dengan jayanya.



Terdahulu, dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 19 Disember lalu, PR antara lain menyatakan bahawa dengan merunding semula segala perjanjian tol di negara ini termasuklah Projek Lebuharaya Utara Selatan (PLUS), tol di Malaysia mampu dilupuskan dalam tempoh tujuh tahun melalui urus tadbir negara yang telus, berintegriti dan bebas dari ketirisan kebocoran.



Ketua Pengarah Audit Negara sebelum ini melaporkan negara kehilangan RM 28 Bilion setahun akibat pelbagai ketirisan dalam pentadbiran kerajaan.

Yang ini lebih sundal dari pelacur.

Posted by Love Perak | Wednesday, December 23, 2009 | 3 comments »

Oleh : Blog KerajaanRakyat

Tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sebaliknya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.

Kerajaan Rakyat - Tahniah...!!! Nampaknya dalam TUDM pegawai cabuk lagi cerdik daripada pegawai berpangkat tinggi. Pegawai kanan TUDM rupanya buta dan makan gaji buta.

"Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat". katanya

Kerajaan Rakyat - Saya tabiklah sarjan. Hebatlah Lu. Ada sarjan tak di sini?

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menjelaskan, "Perdana Menteri juga telah mengarahkan saya supaya menyerahkan penyiasatan ini sepenuhnya kepada pihak polis.

"Dan selepas ini kita serahkan kepada Peguam Negara untuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

Kerajaan Rakyat - Matilah 1Malaysia kena tipu hidup-hidup oleh haramjadah malaun sundal regim umno.

- Serah kepada polis?.... Ada siapa yang tidak kenal Musa Hasan? Yang kenal cuba beritahu siapa jembalang sundal ni?

- Lepas tu serahkan kepada Peguam Negara?.... Mak datuk...!!! Yang ini lebih sundal dari pelacur.


- Lepas tu perkara ini bawa ke mahkamah...!!! ..... Alahai, takutnya... kena korek... korek... korek...

Haloo haloo haloo.... Inilah peninggalan ajaran Islam Hadhari. Nak tanya sikit, dulu Najib dan Zahid mazhab islam hadhari. Sekarang mereka ni mazhab apa pulak? Apalah kabarnya Imam mazhab tu yek....

Blog ini menyokong BTN sepenuhnya!

Posted by Love Perak | Wednesday, December 23, 2009 | 0 comments »

LovePerak menyokong BTN 100% tanpa belah bagi!

bukan BiroTataNegara,

tapi,

BERSATU TOLAK NAJIB!!!

Video 1Malaysia Perlu Tengok

Posted by Love Perak | Wednesday, December 23, 2009 | 0 comments »





20 Disember, Mambang di Awan - Bertempat di Dewan Tokong Kuan Yin di Mambang di Awan berlangsung satu ceramah isu semasa yang membicarakan isu Jambatan Gantung yang runtuh di SK Kuala Dipang yang mengorbankan 3 nyawa. Ketika itu sedang berlangsung perkhemahan 1Malaysia. Ceramah yang dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Perak, YB V. Sivakumar dan juga ADUN Teja, YB Chan Lee Kang dan YB Dato' Seri Ir Hj Muhammad Nizar Jamaluddin juga menyaksikan kehadiran ketiga-tiga bapa kepada mangsa yang terkorban.

Dalam ceramah tersebut, Dao' Seri Nizar juga mengambil kesempatan menceritakan tentang apa yang berlaku di Parlimen pada 14 Disember yang lepas ketika berlangsung undi untuk meluluskan Belanjawan Negara untuk tahun 2010. Hingga ke saat dan ketika itu pun Umno Barisan National masih mahu melakukan pembohongan dengan sengaja melengah-lengahkan masa untuk mengundi.

"Najib dan Ong Tee Keat bergegas datang dari Hotel Legend ketika undi Pakatan Rakyat sudah melebihi undi kerajaan" kata Dato' Seri Nizar dalam ucapan beliau tersebut.

Tindakan Speaker Dewan yang melantik orang lain untuk menjadi speaker sementara untuk proses undi juga adalah serupa dengan hujah peguam beliau ketika hari pembahasan hujah di Mahkamah Rayuan lebih sebulan yang lepas. Ini sekali gus membuktikan bahawa hujah yang dibuat adalah betul dan Mahkamah sengaja melewatkan keputusan kerana mengikut arahan PM 1Malaysia. Ini sekali gus membuktikan yang mahkamah telah dipergunakan oleh Pimpinan 1Malaysia untuk kepentingan mereka sendiri.
http://perakexpress.com/www/

4.45 Billion Setahun. Dahsyatnya...!!!

Posted by Love Perak | Wednesday, December 23, 2009 | 0 comments »

Dia didakwa menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya. Kira kasar lebih kurang RM4.45 billion setahun. Dahsyatnya Mahathir ni...!!! Merompak dengan seleweng macam rambut dengan bulu, lebih kurang samalah tu.

Eh eh eh... jahatnya dia. Demi nak kelabukan cerita hamprak dia, dia cabar Najib agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan itu. Dia juga suruh Najib bebaskan buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", karangan Barry Wain yang 'terpenjara' di pelabuhan Kelang.

Saya ingatkan berani sangat Mamak ni, rupa dia beri syarat. Kalau hendak siasat jangan siasat dia sorang:

3. The commission should not confine to one Prime Minister only but to Tun Abdullah Badawi's regime.

4. It should include how RM270 billion of Petronas money paid during Abdullah's five-year term was spent; what projects were financed by this huge fund and the cost of all these projects.

5. It should include how much money was lost due to the cancellation of the crooked bridge and the Johore Baru to Padang Besar railway.

6. What is the cost over-run in the construction of the Bakun Hydroelectric project.

7. The financing of the second Penang Bridge and the procedure followed when giving out this contract. Lagi baca di blog dia.


Ini bakal menjadi drama pembuka tirai 2010. Siasatan akan berterusan sehingga 2030 sebelum ia diumumkan tiada kes. Mamak dah jadi arwah...!!!

Satu cara sahaja kalau nak cepat siasat, kita kena tukar kerajaan. Selagi umno/BN perintah, selagi itu lah semua lanun ni akan terus bermaharajalela.

Cuba Dengar...

Posted by Love Perak | Wednesday, December 23, 2009 | 0 comments »


Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.

Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.

“Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela.

“Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.

Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata ummah.

Ini kerana keadilan yang ditangguhkan adalah satu bentuk kezaliman, dan seorang Muslim berhak untuk membela diri di muka pengadilan.

“Pendirian Syeikh Qardawi begitu tegas, dan hendaklah mengikut prinsip al-quran dan sunnah dengan menggunakan prosedur-prosedur.

“Anwar mempunyai hak syarak untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan fitnah yang tidak berasas ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa pemerintah melengah-lengahkan kes qazaf tersebut.

Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk membincangkan kemelut Qazaf ini.

“Dia juga nasihatkan bawa isu ini ke pringkat pentas antarabangsa, isu ini besar kerana membabitkan orang yang dikenali, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali di pentas antarabangsa sebagai tokoh pejuang Islam, macamana boleh dikenakan pertuduhan sebegitu rupa, sepatutnya tak dilengah-lengahkan,” katanya


Buat pertama kalinya dalam sejarah negara, mantan PM, Mahathir Mohamad bergandingan tangan dengan Lim Kit Siang untuk mencabar pentadbiran PM Najib supaya satu Suruhan jaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi ; malah dirinya sendiri.

Tun Mahathir telah menulis dalam blognya yang saya terjemahkan seperti berikut:

1. Saya mengalu-alukan cadangan Lim Kit Siang supaya Najib membentuk satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat samada beliau telah menghanguskan (melesapkan) RM100 billion melalui projek-projek hebat dan rasuah sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

2. Suruhanjaya tersebut hendaklah terdiri daripada penama bukan sahaja daripada pihak kerajaan, tetapi turut dianggotai oleh mereka yang bersih termasuklah orang asing dan anggota Transparency International.

3. Suruhanjaya tersebut harus tidak hanya membataskan (siasatnnya) kepada hanya satu Perdana Menteri sahaja tetapi juga keatas rejim Tun Abdullah Badawi.

4. Ianya harus melibatkan bagaimana wang Petronas RM270 billion yang dibayar sewaktu pentadbiran 5 tahun Abdullah itu dibelanjakan; apakah projek-projek yang dibiayai melalui dana sebesar itu dan kos kesemua projek tersebut.

5. Ianya harus melibatkan berapa jumlah wang yang lebur lantaran pembatalan (projek) Jambatan Bengkok dan landasan keretapi Johore Baru - Padang Besar.

6. Berapakah kos over-run (harga tinggi diluar jangkaan) bagi pembinaan projek Hydroelektrik Bakun.

7. Pembiayaan Jambatan Kedua P.Pinang dan prosidur pemberian kontrak tersebut.

8. Saya juga bersetuju dengan Lim Kit Siang bahawa siasatan tersebut sebagai gambaran penglibatan Najib untuk “membenteras rasuah’.

9. Bagi tujuan suruhajaya tersebut berjaya, kerajaan mestilah memberikan mandat penuh kepada suruhanjaya tersebut keatas semua dokumen dan akaun kerajaan sepanjang tempoh 1981-2009. Tiada apa-apa yang harus dirahsiakan.

10. Barry Wain mesti menyediakan dokumen, bukti tentang jumlah (wang) yang beliau dakwa telah saya lesapkan.

11. saya akan memberikan kerjasama penuh kepada suruhanjaya tersebut.

12. Bergantung keatas keputusan suruhanjaya tersebut, Saya menangguhkan hak untuk menyamman Barry Wain, Lim Kit Siang dan Malaysiakini.com kerana menyibarkan fitnah bagi tuntutan sejumlah (wang) yang akan dinyatakan kelak.

13. Jika kerajaan menahan (penjualan) buku : "Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Times", saya minta supaya buku tersebut dibebaskan sekarang juga . Saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan.

sumber : [klik sini]

Rosmah Sergah Wartawan kerana bertanya mengenai kes RM 600 000

Posted by Love Perak | Tuesday, December 22, 2009 | 0 comments »

Rosmah enggan layan 'pembohongan, gosip'

Belum sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.

Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:

"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia."

Soalan yang dikemukakan kepada Rosmah hanya berjaya disuarakan separuh sahaja, "saya (Malaysiakini) hendak tanya tuduhan pembangkang minggu lepas bahawa..."