Oleh: Zek RiY
PAKATAN RAKYAT masih menuju cita-cita untuk menaiki Putra Jaya. Cita-cita yang dihajati oleh rakyat kini semakin hampir untuk dicapai dan ternyata Bn yang ditunjangi oleh Umno kini berada di dalam keadaan amat terdesak dan tertekan.
PR telah banyak membuktikan kepada rakyat bahawa parti gabungan yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP ini jauh lebih baik dari pemerintahan Bn yang ada sekarang.
Di peringkat Pusat, usaha kita terhad untuk membela nasib rakyat tetapi di beberapa negeri yang kita kuasai ternyata rekod pemerintahan PR jauh lebih cemerlang.
Meskipun Bn terutamanya Umno yang dibantu oleh beberapa agensi lain berusaha sedaya upaya untuk memburukkan prestasi pentadbiran negeri-negeri di bawah PR, namun rakyat tidak lagi buta.
PR kini cuma memerlukan sedikit usaha berterusan memikat pengundi-pengundi Melayu yang sememangnya kita ketahui amat susah untuk menerima perubahan. Jika Melayu berfikiran terbuka dan berani melakukan perubahan, Melayu di negara ini tidaklah menjadi seperti sekarang.
Sekadar megah mengaku menjadi tuan di negara ini tetapi nasib mereka tidak terbela.PR nampaknya lebih prihatin dan peka akan permasalahan itu. PR tidak lagi mahu melihat isu perkauman membantutkan kerja untuk membangunkan negara.
Banyak isu kini dilihat isu bersama di kalangan parti-parti di dalam PR. Sebagai contoh, PR bersepakat untuk menentang judi sukan yang teramat sangat diimpikan oleh pemimpin Umno itu.
Sudahlah mereka mengekalkan judi yang sedia ada, mereka mahu menambah lesen judi sukan pula. Akhirnya, berkat kerjasama serta perpaduan di kalangan parti di dalam PR serta beberapa NGO yang berani, kerajaan di bawah Umno ini tertekan yang kemudiannya menarik kembali niat mereka yang jahat itu.
Lihatlah, belum pun kita berkuasa kita masih mampu menyekat perkara-perkara yang tidak menguntungkan rakyat bahkan menzalimi rakyat itu. Judi sebenarnya adalah aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti zalim dan penganiyaan. Bayangkan jika kita berkuasa di peringkat Pusat.
Bukan sahaja aktiviti judi sukan boleh kita haramkan, bahkan kesemua bentuk judi sukan pasti tidak wujud di negara ini. Betapa susahnya mentadbir hanya beberapa buah negeri yang mana judi itu berakar umbinya di Pusat.
Mengapa masih ada yang meragui hasrat dan cita-cita murni PR? Mengapa mereka masih mengharapkan Bn atau Umno untuk membela nasib mereka? Mungkin kaum lain telah mula membuka mata terhadap keikhlasan PR, malang sekali masih terdapat ramai Melayu yang masih dibuai dengan seribu janji dan umpan oleh Sang Penguasa yang amat bimbang mereka akan tersungkur.
Mereka telah diajar bahawa Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu, maka Melayu mesti berkuasa di tanah air ini. Oleh itu, mereka bimbang jika Umno tumbang maka hilanglah `keMelayuan' mereka.
PR mesti mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan mereka yang beranggapan sedemikian. Apabila kita telah berada di Putra Jaya, nescaya selepas itu nanti baru mereka tahu betapa mereka telah ditipu berpuluh-puluh tahun oleh Umno.
BELUM MEMERINTAH PR MAMPU SEKAT JUDI, BAYANGKAN JIKA PR MEMERINTAH
Posted by Love Perak | Tuesday, July 06, 2010 | Judi, Putrajaya | 0 comments »Lagi 'Umno dan Judi': Biro Belia dan Sukan Umno Jasin anjur judi 'cabutan bertuah'?
Posted by Love Perak | Monday, July 05, 2010 | Judi | 0 comments »Biro Belia dan Sukan UMNO Jasin anjur Judi
Terdapat beberapa "sampah" di longkang di tepi padang.
Maka kertas itu dikutip untuk dilihat apa isinya.
Beberapa kertas nombor "cabutan bertuah", yang dijual pada harga RM 1. Dalam erti kata lain, JUDI.
Beli nombor untuk menang hadiah, kalau nak peluang lebih, boleh beli nombor tambahan.
Anjuran siapa?, Sila klik untuk zum
Acara judi ini dilakukan dengan nama yang agak indah.
"MEMBELI, MENDERMA DAN MENANG",
"Pengadil" pun sama turut menyertainya
Ada juga yorang yang sama membeli lebih daripada satu nombor,
Kalau nombor 355, 357, & 360 dibeli olehnya,
Agaknya siapa yang beli nombor 356?
Menurut seorang pemuda UMNO yang saya rahsiakan namanya,
"cabutan nombor bertuah sebegini, sudah banyak tempat dilakukan".
Sebelum ini pun sudah ada judi "Cabutan Bertuah" bernilai RM 3.00 setiap nombor.
Maksudnya, barah judi sudah membarah, sehingga dianggap biasa.
Ramai golongan muda, yang tertarik dgn kata indah "cabutan bertuah" atau "menderma" menceburkan diri ke lurah JUDI.
Saya memang mempunyai dasar untuk tidak menyerang mana-mana pemimpin UMNO setempat terutama sekali di Parlimen jasin. Namun, bila golongan muda diajar berjudi, Ia merosakkan orang kampung saya juga.
Tak boleh jadi.
Bayangkan golongan muda yang nak bersukan, ditarik ke arah judi?
Jadi, ayuh kawan-kawan tolak judi dan tolak penganjurnya.
& Alang-alang tolak judi, Tolak riba' sekali.
sumber: Hasbullah Pit
Sekitar Himpunan Bantah Judi
Posted by Love Perak | Saturday, July 03, 2010 | Judi, Perhimpunan | 0 comments »Dengan lafaz "salam reformasi", perhimpunan antijudi oleh lebih 1,000 orang [1000 orang? biar betul malaysiakini ni? berjangkit penyakit utusan ke :P ] di ibu negara Malam tadi dirasmikan oleh Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) Mohd Azmi Abdul Hamid.
"Selama 53 tahun cukuplah mereka menghancurkan negara. Kita tidak boleh terima ini lagi," katanya lagi dalam perhimpunan yang berlangsung selama hampir 45 minit itu.
"Ada ulama mereka kata judi ini tidak ada kaitan dengan Islam. Orang ini sudah kenyang dengan judi.
"Seluruh rakyat telah nampak bencana. Yang menjalar dalam masyarakat bukannya kemungkaran kecil tapi oleh orang yang meraih keuntungan (daripada judi)," kata Mohd Azmi yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).
Tambahnya, kempen anjuran GMJ akan diteruskan walaupun kerajaan telah menarik balik keputusannya untuk memberikan lesen pertaruhan judi sukan sebelum ini.
Bagaimanapun, ekoran tindakan kerajaan membatalkannya, "perhimpunan 100,000 orang itu' bertukar format sebagai satu lagi majlis pelancaran bagi kempen baru GMJ bagi menolak semua jenis judi di negara ini.
Desak k'jaan didik rakyat
Sementara itu, ada juga slogan yang dilaungkan di dalam perhimpunan itu, antara lainnya "Tolak Tahi", mencetuskan kegamatan di kalangan orang ramai yang hadir.
Laungan itu diketuai setiausaha agung Angkatan Belia Islam Malaysia, Rahimi Abdul Rahim yang menyamakan golongan yang meluluskan lesen judi sebagai "tahi."
Bercakap kepada media selepas itu, Mohd Azmi berkata kempen berkenaan akan diteruskan memandangkan kerajaan masih belum menunjukkan kesungguhan untuk mengharamkan kegiatan judi.
"Kita tidak boleh desak untuk mansuhkan serta merta jadi kita ambil pendekatan untuk desak kerajaan mendidik rakyat (tentang bahaya judi).
Turut berucap di majlis itu termasuk Ketua Pemuda PKR PKR Syamsul Iskandar Mat Akin, ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan serta ketua penerangan parti Islam itu Suhaizan Kaiat.
Kira-kira 50 polis dilihat mengawal keadaan di sekitar kawasan tersebut yang berakhir tanpa sebarang insiden.
Selain itu, wakil daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan juga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut berucap di majlis berkenaan.
PANAS: Tidak cukup dengan idea judi sukan, Ahli Parlimen BN cadang pula wujud Kasino di Sabah!
Posted by Love Perak | Saturday, July 03, 2010 | Judi | 0 comments »
Oleh: Pria Malaya
Betul lah kata orag, Umno/BN tidak dapat dipisahkan dengan judi..kerajaan Umno/BN adalah pemangkin kepada bercambahnya kegiatan judi di negara ini..terbukti sudah, selepas satu persatu idea datang dari pemimpin mereka...bukannya niat utk mengurangkan, malah makin berkembang idea mereka utk mencari duit melalui hasil judi..
Berbeza dengan PR, dengan keazaman setiap negeri2 dibawah PR utk mengurangkan kegiatan/lesen judi, gesaan supaya dikurangkan aktiviti perjudian dlm negara sehingga MP dari DAP(PR) sanggup menyuarakan di parlimen..muafakat dan kerjasama jitu antara PAS-PKR-DAP membasmi aktiviti perjudian negara diteruskan dengan kempen menentang judi sukan anjuran Vincent Tan-Umno/BN..
Terdahulu kita digemparkan dengan laporan pemimpin Umno yg juga Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam yang meletak jawatan akibat belenggu hutang judi yang bernilai jutaan ringgit, boleh baca di sini..InsyaAllah, berita ini akan dikemaskini dalam entry penulis, "Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya"..semoga kita mengambil iktibar..wallahua'lam..
Allow a casino in Sabah, PBS man urges PM
Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah has urged the Prime Minister to consider approving a casino licence for Sabah, to further boost the State's tourism.
Its Batu Sapi MP, Datuk Edmund Chong Ket Wah, said the existing law like that applied at Genting Highlands can be applied for the casino in Sabah.
"Kundasang in Sabah has the same climate and environment like Genting.
In Sabah now there are 44 jackpot licences and 425 jackpot machinesÉif all these 425 jackpot machines are placed in one building, it is already a casino," he said. Edmund, who fully supported the proposed introduction of sports betting, believed opening a casino in Kundasang would also improve the local economy.
"If not for the casino in Genting, there will be no indoor and outdoor theme parks, no Arena of Stars for international stars and shows.
There will not be thousands of rooms up there and no millions of people going there and no millions of ringgits being earned," he explained.
He hoped Datuk Seri Najib Tun Razak would be open-minded and far-sighted enough to consider it before Singapore decides on building more casinos on the island republic.
Singapore has built three casinos namely the Marina Bay Sands Casino costing US$5.5 billion, Resort World Sentosa at US$4.7billion and Crown Resorts Casino.
Debating the Tenth Malaysia Plan in the Dewan Rakyat, Chong also urged the Federal Government to hasten upgrading of the Sandakan and Lahad Datu airports, being the main entry points for nature-loving tourists to the East Coast.
He said these airports once upgraded would also contribute to boosting the agriculture industry, particularly oil palm, which is focused at the Palm Oil Industrial Clusters in Sandakan and Lahad Datu.
He also called for better security measures in the east coast, not only for maintaining the peace and order in the area but also tourists and lift the status through the Sabah Development Corridor (SDC), the state's economic development plan that lasts until 2025.
The focused sectors of tourism, agriculture, manufacturing and transportation need to be given attention in achieving the SDC objectives, he said.
Chong also touched on the unsatisfactory condition of the road network in Sandakan.
He said even after the completion of the Northern Ring Road traffic there was still congestion.
He said the delay in completion of the Southern Ring Road also in his constituency has also resulted in traffic congestion at the existing roads, hoping this project can be completed soon as possible. - .dailyexpress.com.my
Lesen Judi Piala Dunia: Vincent Tan Masih Ada Harapan
Posted by Love Perak | Tuesday, June 29, 2010 | Judi, Vincent Tan | 0 comments »'Tanpa satu saluran sah yang membolehkan pertaruhan judi ini dilaksana, ia akan hanya menyebabkan pihak seperti bookie, pemberi pinjam wang tidak berlesen dan sindiket perjudian mendapat manfaat daripada aktiviti itu' katanya.Ascot Sports tetap percaya sukan pertaruhan judi perlu dibenarkan di Malayasia, tambah kenyataan itu.

