http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com
Showing posts with label Nizar. Show all posts
Showing posts with label Nizar. Show all posts

Apa yang berlaku dalam Sidang Dun pagi tadi?

Posted by Love Perak | Tuesday, August 03, 2010 | , , | 0 comments »

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini digantung dari persidangan dewan undangan negeri Perak selepas mengengkari arahan speaker, Datuk R Ganesan supaya duduk.

NONEKetika membahaskan rang undang-undang usul perbekalan tambahan RM80 juta, masa yang diperuntukkan untuk Nizar selama 15 minit telah berakhir. Namun beliau terus berucap dalam nada yang kuat apabila pembesar suaranya dipadamkan.

Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai ‘Yang Yang Dipertua.’

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan…

Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua.

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan…

Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir!

Nizar: Terima kasih Yang berhormat…[meneruskan ucapan]

Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti.

Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai ‘pelacur politik’ yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan.

NONENizar juga melemparkan tuduhan ‘pengecut’ ke atas BN kerana tidak membenarkan media menjalankan tugas kerana mematikan talian internet.

Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya.

Khusaisi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama.

Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan.

NONENamun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan menteri besar yang disingkirkan itu secara paksa.

ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari kemudian mencadangkan Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, digantung sebagai ahli Dewan dan cadangan itu disokong semua ADUN BN.

Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan.

Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama.

Usul itu disokong ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Ganesan Harami Halau DS Nizar Keluar Dewan

Posted by Love Perak | Tuesday, August 03, 2010 | , , | 1 comments »

(Setelah DS Nizar berucap baru 15 minit, Ganesan mengarahkan Nizar untuk berhenti dan duduk, tetapi tidak dipedulikan oleh beliau)

Ganesan mengarahkan Nizar keluar dewan setelah ada usul dari adun BN dengan alasan membuat haru biru. Namun arahan itu dibantah oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Ganesen juga menerima usul dari ADUN BN supaya mengantung Nizar dan mendapat sokongan ADUN BN dan mengumumkan Nizar digantung . bantahan berteursan diberikan oleh ADUN PR.

Ganesan mengumumkan Nizar digantung dari menghadiri sidang selama sehari sahaja.

Nizar Terpaksa Harungi Lumpur dan Becak, Sindir Polisdan FRU

Posted by Love Perak | Sunday, August 01, 2010 | | 2 comments »

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqQXvI7Id1-N_cVARbNdX1RhWGRxshBrU5KLCg2A5vHOToYQIM_HLUCx0SG7wT8R2bDleG1oO98tXSVaZL3YREyOSEwK-J5COGm4wqYVniav-72KkVpgjkdL-ItP0-3ZFtsqrF-3MK4HMS/s1600/37601_103875399666372_100001317360184_24351_5989308_n.jpg

Tiada pilihan ke-2, untuk sampai ke tapak ceramah, mahu tidak..perlu redah juga becak dan lumpur sawah. Itu sahaja pilihan. Juga itulah yang terpaksa Nizar harungi untuk tetap berada bersama rakyat di majlis Himpunan warga Felcra.

Bukannya jalan yang sedia ada tidak baik, namun setelah negara begitu aman selepas lebih 50 tahun merdeka, beliau terpaksa menghadapinya untuk berceramah di majlis Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, dekat sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, terpaksa berbuat demikian demi keselamatan dan menjayakan program malam tadi setelah polis dan anggota unit simpanan persekutuan (FRU) menyekat laluan masuk ke tempat program. Akibat melalui jalan tersebut, kasut dan pakaian Nizar basah dan berlumuran lumpur.

"Alhamdulillah, Datuk Seri Nizar dapat bersama kita walaupun terpaksa lalu jalan berselut dan berlumpur," umum pengerusi majlis disambut laungan takbir para hadirin.

Semasa Nizar sedang berucap pula, FRU yang pada asalnya membuat sekatan di jalan masuk, mula bergerak ke pintu depan tapak program untuk masuk ke kawasan ceramah yang dibuat atas tanah persendirian.

Ekoran itu, palang untuk masuk ke tapak program ditutup dan dikunci oleh tuan tanah dan penyokong. Anggota FRU, bagaimanapun mahu masuk juga ke kawasan ceramah walaupun tuan tanah meletakkan poster "Hak Milik Persendirian, Dilarang Menceroboh", namun gagal kerana dibentengi lebih 100 penyokong dan Unit Amal.

Mereka berada di situ sehingga ceramah Nizar selesai kira-kira sejam setengah kemudian. Terdahulu, Nizar sewaktu memulakan ucapan turut secara sinis membidas tindakan anggota keselamatan itu.

"Malam ini 847 anggota polis, special branch (SB) dan FRU ada bersama kita. Selamat datang untuk dengar ceramah dan menjaga keselamatan kami,"

katanya disambut tepukan oleh lebih 500 hadirin yang hadir. Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di sini akan berlangsung sehingga lewat malam ini. Dan pada pagi tadi, majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Nizar, kemudian beberapa kertas kerja akan dibentang sebelum majlis penutup akan disempurnakan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini.

Kemuncak program adalah pada malam ini apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut berceramah di sini. - PAS Perak.

Seperti Yang Dijanjikan DS Nizar...

Posted by Love Perak | Friday, July 30, 2010 | , | 0 comments »

Seperti yang dijanjikan YB DS Nizar,bekalan air ke rumah yang diduduki anak-anak yatim keluarga roslan telah dipasang semula pada jam 6.00 petang tadi.
Segala kos ,dari membayar bill-bil tertunggak hingga pemasangan paip baru diTanggung oleh YB DS nizar.



mengantikkan paip lama yang dah berkarat

Adun Pakatan Perak Sebulat Suara Hadir Sidang DUN

Posted by Love Perak | Saturday, July 10, 2010 | , , | 0 comments »

Nizar berkata Adun Pakatan akan menghadiri persidangan tersebut walaupun tidak menerima sebarang usul atau agenda. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Ahli Dewan Undangan (Adun) Pakatan Rakyat Perak akan tetap menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri itu walaupun notis yang diterima mereka tidak melampirkan sebarang agenda.

Difahamkan notis bertarikh 2 Julai yang dihantar kepada Adun Pakatan Rakyat melalui setiausaha dewan hanya menyebut bahawa mesyuarat kedua penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Perak yang ke-12 akan bermula pada 3 Ogos ini.

Selain itu, notis tersebut meminta supaya wakil rakyat mengemukakan soalan bertulis serta lisan dan diserahkan kepada setiausaha dewan selewat-lewatnya 16 Julai ini.

Menurut Adun Pasir Panjang (PAS) Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Adun Pakatan Rakyat sebulat suara untuk menghadiri persidangan itu walaupun notis yang diterima mereka tidak melampirkan sebarang agenda ataupun usul untuk dibahaskan.

“Dalam mesyuarat malam tadi kita membuat keputusan untuk hadir kerana sebagai wakil rakyat sudah menjadi kewajiban untuk menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Namun apa yang menjadi persoalan adalah dalam notis yang diterima hanya melampirkan tarikh persidangan tanpa sebarang agenda dan usul untuk dibahaskan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata walaupun tiada agenda Adun Pakatan Rakyat akan tetap menyediakan soalan untuk diserahkan kepada Dewan Undangan Negeri seperti biasa.

“Soalan akan dibuat seperti biasa iaitu lima soalan bertulis dan tiga soalan lisan tapi kita harap ketika persidangan nanti mereka (kerajaan negeri) akan jawab soalan-soalan yang dikemukakan nanti.

“Walaupun tidak tahu apa usul yang akan dibentangkan tapi kita akan tetap bersedia untuk menghadapinya,” katanya.

Adun Sungkai (DAP) A. Sivanesan berkata notis 14 hari yang diberikan untuk membuat soalan tidak cukup kerana terlalu singkat.

“Kita tetap akan hadir dan sekarang Adun Pakatan Rakyat sedang sibuk untuk membuat soalan-soalan yang akan diberikan kepada DUN.

“Hendak atau tidak kita tetap kena terima memandang tiada pilihan lain lagi.

“Lagipun kita bertanggungjawab kepada rakyat, jadi kita perlu menjalankan tugas yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata tindakan Dewan Undangan Negeri menghantar notis tanpa agenda seolah-olah tidak mahu Adun Pakatan Rakyat tahu apa-apa.

“Ini kali pertama persidangan yang mahu diadakan tiada agenda, kerajaan negeri perlu malu.

“Bagaimana masa depan negeri akan ditentukan tanpa agenda?” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi The Malaysian Insider Adun Kuala Sepetang (PKR) Tai Sing Ng berkata beliau masih dalam proses untuk membuat soalan-soalan yang akan diserahkan kepada Dewan Undangan Negeri.

“Soalan masih belum siap, masih sedang buat. Adun Pakatan Rakyat akan tetap hadir ketika persidangan Dewan Undangan Negeri pada 3 Ogos depan.

“Soalan-soalan ini akan diajukan ketika persidangan jadi kita harap ia akan dijawab,” katanya.

Pakatan Rakyat Perak mempunyai 27 kerusi daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri. Barisan Nasional pula mempunyai 28 kerusi dan menerima sokongan empat Adun Bebas.