http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Pemuda PAS sangkal laporan ada kerjasama dengan Umno

Posted by Love Perak | Wednesday, July 01, 2009 | 2 comments »

Berikut adalah kenyataan media Dewan Pemuda PAS menafikan laporan kerjasama dengan Umno berkaitan jemputan Wacana Ilmiah Terbuka terhadap pergerakan Pemuda Umno Malaysia:

Kenyataan Media (1 Julai 2009)


1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.


2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.


3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.


4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini.


Sekian.


KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD


Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

Chua Soi Lek sakit apa plak ni?

Posted by Love Perak | Wednesday, July 01, 2009 | 1 comments »

MCA deputy president Dr Chua Soil Lek had recently suggested at a function that if Pakatan Rakyat seized control of the federal government, then PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat would be the most eligible person for the post of prime minister given his experience of running the Kelantan state government for nearly two decades.

Mkini

Bini orang nak, negeri orang pun nak!

Posted by Love Perak | Wednesday, July 01, 2009 | 0 comments »

Umno/BN bukan sahaja kaki rasuah, penipu dan kejam; malah pemimpin Umno/BN dikenali sebagai perampas bini dan laki orang!
Rampas bini orang dan rampas laki orang pun depa sanggup lakukan tanpa segan silu atau malu, apa lagi rampas negeri orang!

Tidak hairanlah mereka sanggup merampas negeri Perak dengan cara yang sangat memalukan!

Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Perak yang baru, Ust Abu Bakar Hussien, tanpa menyebut nama pemimpin yang dimaksudkannya itu sewaktu menyampaikan ceramahnya di Dewan Sungai Rokam Ipoh sempena roadshow Bubar Dun Perak malam Ahad yang lalu.

“BN mesti rela bertemu rakyat dan membuat pilihan raya peringkat negeri Perak ," katanya lagi.


"Ia dikatakan sebagai haram kerana tidak dibuat melalui cara yang betul.” "Apa yang menghairankan adalah kenapa mereka tidak membuat undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri Perak untuk menafikan Nizar sebagai Menteri Besar?" tanyanya.

Kerajaan BN perlu berani berhadapan dengan permintaan Pakatan Rakyat yang menuntut agar kuasa memilih kerajaan dikembalikan kepada rakyat.



Turut hadir dalam program tersebut ialah Ahli Parlimen Gopeng ,Dr Lee Boon Chye, Setiausaha PKR Perak Sdr Anuar Tahir, Timb YDP PAS Gopeng, Sdr Radzi Zainon dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen PKR Terima Ancaman Bunuh!

Posted by Love Perak | Wednesday, July 01, 2009 | 0 comments »

Ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan mendapat ancaman bunuh melalui dua kiriman SMS awal pagi ini dan menggesa pihak polis menyiasatnya dengan segera.

Katanya, SMS ancaman bunuh itu dihantar kepadanya melalui telefon bimbitnya pada jam 12.47 pagi dan 6.48 pagi ini.

gobala show death threat 010709 01Bercakap kepada pemberita, Gobalakrishnan berkata, ia tidak mungkin SMS main-main kerana pengirimnya mengulangi ancaman bunuh ke atasnya.

Beliau kini menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur kerana menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Gobalakrishnan berkata, ini adalah kali pertama beliau menerima ancaman bunuh.

"Saya tidak tahu siapa yang menghantarnya tetapi saya mahu polis menyiasat segera ancaman tersebut," katanya.

Pihak polis telah datang ke Parlimen untuk mengambil laporan daripada Gobalakrishnan, yang juga ahli Majlis Kepimpinan Pusat (MPP).

SMS pertama memberi amaran kepada Gobalakrishan bahawa pengirimnya tahu kereta rasminya dan mengancam untuk menembaknya.

SMS itu juga mengingatkannya tentang pembunuhan bekas ADUN Lunas, Joe Fernandez pada November 2000.

SMS kedua pula mengulangi ancaman yang sama dan memberi amaran kepada Gobalakrishnan supaya tidak melaporkan ancaman itu kepada polis.

Gobalakrishnan berkata, beliau memandangkan serius perkara itu dan mengulangi gesaannya supaya polis segera mencari pengirim SMS tersebut.

"Mereka mesti menjamin keselamatan saya jika mereka tidak mahu lagi pilihanraya kecil diadakan," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Minister Hishammuddin Hussein berkata, polis akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya telah memberi jaminan kepada beliau bahawa tindakan akan diambil untuk menjamin keselamatan beliau," katanya kepada pemberita di Parlimen.

Harapan Rakyat Perak Untuk Pilihan Raya

Posted by Love Perak | Wednesday, July 01, 2009 | 0 comments »

Sebaik sahaja MB Nizar memfailkan penyemakan statusnya sebagai MB Perak di Mahkamah Persekutuan, timbul desas desus yang DUN Perak akan dibubarkan.

Difahamkan mahkamah telah memberi klu kepada UMNO yang mahkamah terlalu sukar untuk menangkis hujah MB Nizar. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus dan betul. Tindakan Mahkamah Rayuan adalah biadap dan tergesa-gesa kerana takutkan DUN Perak dibubarkan atas permohonan MB Nizar.

Menurut penyebar cerita, persetujuan pintu belakang yang melibatkan istana dan pimpinan UMNO, DUN Perak mesti dibubarkan sebelum kes MB Nizar dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai ini.

Berita tentang ada dua ADUN UMNO mahu melompat menyertai PR adalah rekaan semata-mata. Rekaan untuk menghalalkan kenapa MB DPulau membubarkan DUN Perak. Tujuannya supaya rakyat berpersepsi bahawa DUN Perak dibubarkan kerana isu lompat, bukannya isu rampasan kuasa secara haram. DUN Perak mesti dibubarkan sebelum 9 Julai 2009.

Sekiranya DUN Perak dibubarkan, maka Mahkamah Persekutuan mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersidang membicarakan akan status siapa MB Perak yang sah. Maka selamatlah nama ‘buruk’ Satu Malaysia.

Begitu juga kononnya Si Changkat Jering ada menemui MB Nizar dan melahirkan kekesalannya adalah tidak benar. Jikalau benar si lompat ini berjumpa MB Nizar dan menyatakan kekesalannya, lebih baik kosongkan sahaja kerusi supaya boleh diadakan PRK di DUN Changkat Jering. Tindakan mengosongkan kerusi lebih bermaruah daripada tindakannya menyertai semula PR. Tindakan si lompat yang mahu menyertai semula PR hendaklah dianggap sebagai satu permainan baru oleh UMNO.

Oleh itu, berita tentang pembubaran DUN Perak akan dibubarkan pada minggu ini adalah benar. Lebih baik UMNO yang membubarkan DUN Perak daripada PR yang membubarkannya. Sekiranya UMNO yang membubarkan DUN, bermakna UMNO masih berpeluang menggunakan tenaga dan jentera kerajaan. Pekerja majlis masih boleh dikerah menggantung bendera UMNO. Jikalau PR yang ke istana untuk memohon membubarkan DUN, takut nanti UMNO langsung tidak ada jentera dan petugasnya.

Sebagai rakyat marhaen dan pengundi di DUN Perak, saya menyambut baik supaya DUN Perak dibubarkan. Kelewatan membubarkan DUN Perak hanya akan menyerlahkan lagi kepincangan dan kesilapan keputusan oleh istana dan mahkamah. Kelewatan ini juga akan membuatkan rakyat semakin faham bahawa UMNOlah yang memperalatkan istana dan mahkamah demi kesinambungan kuasa UMNO. Semakin lewat DUN Perak dibubarkan, semakin sukar untuk UMNO mempertahankan 27 kerusinya. Biarlah kalah negeri asalkan kerusinya selamat sehingga PRU 13.

Cukuplah lima bulan MB DPulau memanaskan kerusi MB Perak. Ternyata kuasa itu tidak ada keberkatanNya. Rakyat tidak hormat dan rakyat tidak terasapun akan kehadiran MB DPulau sebagai MB Perak. Rakyat semakin menyumpah UMNO. Teringat masa saya kanak-kanak, ustaz kata sekiranya 40 orang menyumpah kita, maka sumpahan itu akan menjadi … - DANGO MAMAMAT

Anwar prepares for the worst

Posted by Love Perak | Wednesday, July 01, 2009 | 0 comments »

Opposition Leader Anwar Ibrahim, who faces trial this month on sodomy charges, said his Pakatan Rakyat alliance would survive even if he is convicted and jailed.

Anwar has rejected the allegations levelled by a 23-year-old former aide as a conspiracy to derail his plan to topple the government.


http://www.malaysiakini.com/news/107588

10 Dalil Anwar Tidak Bersalah !

Posted by Love Perak | Wednesday, July 01, 2009 | 0 comments »

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.



1. Laporan Pengadu enggan diserahkan


Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.


2. Anwar ditangkap sebelum tempoh


Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.


3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan


Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.


4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.


DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.


5. Laporan Pusrawi


Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.


6. Bukti alibi Anwar memadai


Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.


7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara


UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.


8. Laporan HKL


Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.


9. Isu motif dan tujuan


Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.


10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN


Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.


Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.


Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.


Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.


Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Kes Anwar Di Dengar Jumaat Ini

Posted by Love Perak | Wednesday, July 01, 2009 | 0 comments »

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen berkaitan dakwaan kes liwat bekas pembantunya akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini tetapi ditunda berikutan perintah penangguhan oleh Mahkamah Rayuan semalam.

Penangguhan ini bagi membolehkan Mahkamah Rayuan mendengar rayuan penasihat PKR itu terhadap keputusan yang memerintahkan perbicaraan kes liwat didengar di Mahkamah Tinggi.

Anwar dan Hadi tekad tumbangkan UMNO

Posted by Love Perak | Wednesday, July 01, 2009 | 0 comments »

Oleh: WFAUZDIN NS

KIRA-KIRA 10 Ribu orang hadir di dalam ceramah Perpaduan Pakatan Rakyat malam tadi yang dihadiri oleh semua pemimpin utama PR di Stadium MPBJ, Kelana Jaya. Sambutan orang ramai di luar jangkaan kerana serentak dengan masa dan tarikh tersebut juga pasukan bola sepak Selangor terlibat di dalam perlawanan Liga Super bertempat di Stadium Shah Alam. Sekiranya jadual ini tidak bersamaan, sudah pasti kehadiran orang ramai lebih mengejutkan.

Di dalam ucapan Presiden Pas malam tadi menyebut bahawa Umno telah gagal membawa perpaduan tulen di kalangan rakyat Malaysia. Beliau berjanji bahawa PR akan bersatu untuk menjatuhkan kerajaan Bn pada bila-bila masa dari sekarang. Krisis dan kehangatan yang berlaku di dalam Pas dan PR baru-baru ini mampu dileraikan oleh pimpinan dengan pantas dan bijaksana membuktikan bahawa pimpinan di dalam PR lebih bijak di dalam sebarang tindakan mereka demi perpaduan rakyat. Harapan Umno untik melihat PR berpecah kini tinggal impian dan mereka seolah-olah hilang pedoman di Manek Urai. Cabaran debat oleh Mursyidul Am Pas sedikit sebanyak menyerlahkan kecilnya hati dan jiwa pemimpin Umno untuk berdepan dengan isu yang mereka sendiri cuba mainkan.

DS Anwar pula di dalam ucapannya menegaskan bahawa PR sentiasa memegang teguh pendirian isu hak rakyat serta memperjuangkan golongan miskin tanpa mengira kaum. Walaupun Najib cuba meniru dasar yang diamalkan oleh PR ini, tetapi usaha beliau itu mudah dihidu oleh rakyat tatkala Umno/Bn kini kelemasan. Rakyat lebih mengenali Umno/Bn sebagai parti yang suka mencipta retorik tetapi akhirnya yang mendapat laba adalah pemimpin dan kroni-kroni mereka. Dasar Umno sekarang umpama `sesumpah' yang sentiasa berubah tidak menentu tetapi hasilnya kosong semata-mata. Janji mereka tidak lebih dari umpan politik dan inilah yang terbukti di Manek Urai.

Terlalu banyak persoalan serta kontroversi yang gagal dijawab oleh Najib. Sehubungan itu, rakyat perlu bersedia untuk menerima pemerintahan kerajaan baru yang lebih meyakinkan dan pilihan mereka tidak ada yang lain selain dari Pakatan Rakyat.

Tamparan Hebat Buat BN !!

Posted by Love Perak | Wednesday, July 01, 2009 | 0 comments »

Perhimpunan semalam bukan sahaja berjaya menjelaskan tentang kesepakatan dalam Pakatan Rakyat , akan tetapi medan bagi menjelaskan polisi kerajaan Bn yang meniru Pakatan Rakyat , namun masih gagal untuk membenteras rasuah dalam negara.Menurut Hj Hadi lagi,

"Perhimpunan ini juga menjadi bukti perpaduan dalam Pakatan Rakyat masih kuat dan saya mengucapkan terima kasih kerana kehadiran saudara dan saudari pada malam ini ke dalam satu majlis perhimpunan ini untuk menunjukkan betapa Pakatan Rakyat dapat melakukan satu pembaharuan...perkara ini tiada dalam BN.


"Umno dan BN bergelut dengan pelbagai krisis lebih dari 20 tahun, tidak boleh selesai, termasuk krisis yang berlaku dalam parti kompenannya," katanya dalam ucapan Himpunan Perdana Perpaduan Pakatan Rakyat semalam.


Turut hadir semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.Lim Kit Siang, Hj Hadi,DSAI, dan pimpinan yang lain.