http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Bekas Adun Selangor ditembak mati

Posted by Love Perak | Tuesday, August 03, 2010 | | 1 comments »

Bekas Adun Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan seorang pembantunya mati ditembak ketika sedang memandu.

Kereta yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan, lapor
The Star.

Polis menemui sepujuk pistol .38 yang penuh berisi peluru dalam keretanya.

Ganesan Harami Halau DS Nizar Keluar Dewan

Posted by Love Perak | Tuesday, August 03, 2010 | , , | 1 comments »

(Setelah DS Nizar berucap baru 15 minit, Ganesan mengarahkan Nizar untuk berhenti dan duduk, tetapi tidak dipedulikan oleh beliau)

Ganesan mengarahkan Nizar keluar dewan setelah ada usul dari adun BN dengan alasan membuat haru biru. Namun arahan itu dibantah oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Ganesen juga menerima usul dari ADUN BN supaya mengantung Nizar dan mendapat sokongan ADUN BN dan mengumumkan Nizar digantung . bantahan berteursan diberikan oleh ADUN PR.

Ganesan mengumumkan Nizar digantung dari menghadiri sidang selama sehari sahaja.

Operasi Lalang Berulang Lagi?

Posted by Love Perak | Tuesday, August 03, 2010 | 0 comments »

Keghairahan polis menyuraikan perhimpunan aman di seluruh negara pada hujung minggu lalu menimbulkan spekulasi teori konspirasi dengan seorang senator Pakatan Rakyat memberi amaran tindakan itu mungkin membawa kepada pusingan seterusnya Operasi Lalang.

Muhamad Yusof Husin, dari PAS berkata taktik yang sama digunakan oleh kerajaan BN pada 1987 apabila pihak berkuasa memastikan sentimen anti-kerajaan tidak merebak dengan menahan 106 orang mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA).

Beliau mengakui walaupun 'kemungkinan' tangkapan itu tidak berlaku boleh terjadi, namun perkara berkenaan membimbangkan.

Situasi tegang

Menurut Muhamad Yusof berdasarkan apa yang berlaku di seluruh negara pada hujung minggu lalu, tidak keterlaluan jika seseorang beranggapan pihak berkuasa cuba memperlihatkan “situasai tegang di negara ini.”

“Apabila aktiviti secara aman tidak dibenarkan, ia akan mencetuskan bantahan dan kemungkinan pihak berkuasa akan mengambil peluang ini menggunakan ISA dengan alasan memastikan ketenteraman awam dipelihara,” katanya di lobi Senat hari ini.

“Seperti Operasi Lalang pada 1987, semua pemimpin pemabngkang dan kakitangan NGO yang tidak menyokong kerajaan ditahan mengikut ISA ...ini satu kemungkinan. Kemudian kerajaan akan mengadakan pilihan rayadan pemimpin BN berada dalam kedudukan selesa kerana tiada pembangkang.”

Muhamad Yusof memberi amaran jika pihak berkuasa tidak menangani perkara itu dengan betul, ia mungkin mencetuskan peristiwa berdarah seperti tragedi Memali pada 1982 yang menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan orang kuat PAS, Ibrahim Mahmud, atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Assalamualaikum YAB Perdana Menteri

Posted by Love Perak | Tuesday, August 03, 2010 | | 1 comments »

SELOKA SELAMAT BERCUTI PERDANA MENTERI


Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;
Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula diluar negeri;
Ini adalah nukilan buat Datuk Seri.

Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;
FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

UPSR + PMR tak menentu lagi;
Dikurangkan pulak rakyat punya subsidi;
Harga petrol/desil gas masak dan gula naik lagi;
RM222 juta kepada Kuala Dimensi Kerajaan kasi;
Perdana Menteri bercuti di luar negeri .....

Kasihan Mak Tijah hidup sendiri;
Bajetnya sekadar pencen arwah suami;
Barangan keperluan pula melambung tinggi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

Muthusamy pergi kerja setiap hari;
Dia kerja bawa teksi;
Mengeluh dia minyak sekarang kurang subsidi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Ong sekarang senyum sendiri;
PKFZ punya hantu sudah mali;
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Joseph mengeluh sekali lagi;
Apa sudah jadi kes Project M d Sabah ni;
Pendatang haram pun dapat IC;
Kepada BN undi mereka beri;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri ....

Kasihan Kaum Penan d bumi sendiri;
Tanah serta hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri;
Bercuti bukan dengan duit sendiri;
Ambil duit rakyat dan negeri;
Inilah KPI Perdana Menteri.


Nota:
Seloka di atas dikirim kepada saya (Kerajaan Rakyat) oleh:
SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Anwar dan RPK 'glamour'kan Saiful

Posted by Love Perak | Monday, August 02, 2010 | | 0 comments »

Oleh : Shalehudin

Kalau glamour lah yang Saiful cari, memang dia dapat kaw kaw punya glamour kali ni. Bukan saja namanya menjadi sebutan dan satu sejarah dalam sejarah tanahair kita malah ia akan dikenang sebagai seorang saksi utama satu kes ternama yang paling playboy.

Terkini, Anwar telah membuat aduan polis terhadap Saiful dan kekasihnya Farah dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. Alasan Anwar, saksi utama kes liwatnya Mohd Saiful Bukhari Azlan telah menjalani hubungan romantis dengan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sekaligus meletakkan intergriti pasukan pendakwa dalam kompromi.

Sekali lagi Raja Petra meletakkan sasaran tulisannya dalam keadaan panas punggong. Dengan hanya bermodalkan 40% kebenaran dari tulisannya (dakwaan Mukhriz terhadap RPK) Saiful dan kekasihnya kini tak senang duduk. Pasukan pendakwa juga telah menggelupur dengan tekanan ini turut menggugurkan Farah Azlina dari senarai pasukan pendakwa.

Laporan polis telah dibuat Anwar di balai polis Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pukul 11 pagi tadi, Anwar mendakwa Saiful dan Farah Azlina telah melanggari Seksyen 8(1) dan Seksyen 8(2) akta itu.

Anwar dakwa Jho Low dapat lapangan terbang Sg Besi

Posted by Love Perak | Monday, August 02, 2010 | | 0 comments »

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkala udara Sungai Besi.

Berucap pada ceramah di Taman Ehsan, Selayang malam semalam, Anwar membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang didakwanya tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.

Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.

"Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. Bolehkah rakyat terima ini,” soal Anwar.

Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Dewan rakyat, lapangan terbang itu yang sekarang digunakan oleh tentera udara akan dipindahkan dan tapak berkenaan diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB).

Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Ahmad Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.

PKR mendakwa perjanjian itu bernilai RM500 juta dan dikaitkan dengan Low kerana pembabitannya dengan Lembaga Pelaburan Terengganu yang kemudiannya diperbadankan menjadi 1MDB.

Bagaimanapun pada wawancaranya dengan the Star minggu lalu, Low menafikan dakwaan berkenaan.

"Zaman baik macam Nik Aziz dikatakan rasuah, yang rompak naik jadi Tun, yang bunuh naik takhta, ini zaman edan, cukuplah kita bangsa Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban, Orang Asli, Bugis, Bajau, semuanya mahukan perubahan, pembaharuan untuk yang lebih baik di semua peringkat, baru boleh pimpin orang lain.

Tutup mata

"Pemuda Umno pernah cakap kurang ajar sebab serang Tok Guru macam itu. Ini zaman edan. Ini peringatan, Ronggowarsito kata ini zaman edan - 'gila' kerana katanya pada zaman edan ini kamu kena berhati-hati, beringat-ingat dan berwaspada sebab yang baik macam Nik Aziz dituduh rasuah, penyamun dijadikan pejuang, yang baik dimasukkan penjara," katanya dalam Ceramah Perdana 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' di Dewan Serbaguna Taman Ehsan.

Pa

da ceramahnya malam semalam itu, Anwar juga mendakwa usaha mengheret bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling liong Sik ke mahkamah atas percubaan menipu jemaah menteri pada 2002, hanya percubaan mengaburi mata rakyat.

Ditambah dengan wang ikat jamin RM1 juta yang dikenakan ke atas Ling, Anwar berkata pihak berkuasa cuba menunjukkan seolah-olah mereka serius dalam usaha membanteras rasuah.

"Semasa di Pulau Pinang, rakyat kata: 'Aiyo... RM1 juta begitu tinggi tapi saya kata jumlah itu terlalu kecil bagi Ling,” kata Anwar.

Sambil mengajuk bekas presiden MCA itu, Anwar berkata: "Huh? RM1 juta? Maksud anda RM10?"

Menurut Anwar lagi, terdapat dalang lain yang turut terbabit dalam skandal RM12 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang yang masih bebas.

"P

enyelewengan PKFZ adalah antara keuntungan kecil kepada BN. Terdapat banyak lagi penyelewengan besar yang tidak diketahui umum tetapi saya tahu.

"Banyak lagi pemimpin BN tidak ditangkap dan disiasat tetapi masih terus diberi jawatan tertinggi untuk sama bantu mengorek keuntungan agar dapat dibahagikan bersama pemimpin-pemimpin BN lain," kata Anwar.

Hati-Hati lah Kamu Wahai Saiful....

Posted by Love Perak | Monday, August 02, 2010 | | 2 comments »

p/s : artikel ini diambil dari blog ikut suka aku

Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang yang telah tidak diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?


Aziza
n Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat bersama gadis berusia 22 tahun di Melaka dan beliau mengaku berzina depan hakim syariah dan dihukum enam bulan penjara.



Aziz Shamsuddin------> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahwa beliau tidak terlibat dalam konspirasi); tidak terpilih menjadi ketua UMNO bahagian Gopeng hingga menyebabkan Dr. Mahathir campurtangan untuk membolehkan Aziz menjadi ketua. .

Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.

Rahim Noor ----------> Bekas ketua polis pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut.

Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Daim Zainud
din ----- -> Kini hilang dari arus politik perdana, anak didik korporatnya seperti Halim Saad dan Tajuddin Ramli kini menghadapi masalah kewangan dan bisnes

Dr Ristina Majid------> seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.


Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Ya, hanya 'perkara yang baik' akan menemui mereka yang melakukan 'kebaikan' kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.

Terkini : 29 Ditangkap

Posted by Love Perak | Sunday, August 01, 2010 | | 0 comments »

Polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada mengadakan upacara memasang lilin di beberapa tempat di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.

Menurut laporan yang diperolehi, beberapa anggota polis diletakkan di beberapa tempat bagi menghalang upacara memasang lilin itu diadakan.

Di Dataran MBPJ, Padang Timur di Petaling Jaya - di mana upacara memasang lilin bermulajam 8 malam - anggota polis bertindak menyuraikan kira-kira 300 yang hadir sambil menyanyikan lagu Negaraku.

Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!” manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan dataran tersebut

Di Ipoh, anggota polis bertindak menutup Dataran Majlis Bandaraya Ipoh dan melarang orang ramai memasuki kawasan tersebut. Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam.

Di Pulau Pinang pula, anggota polis sebelum ini telah menampak notis - yang ditandatangani oleh OCPD George Town, Penolong Pesuruhjaya Gan Kong Meng - di sekitar Sudut Pidato di Georgetown, melarang sebarang perhimpunan haram diadakan di kawasan itu.

Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam.

Sekurang-kurangnya lima orang telahpun ditangkap temasuk pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin.

Selain Ibrahim dan Badrul Hisham, turut ditahan dan dibawa ke balai polis daerah Petaling Jaya ialah Suresh Kumar, Mohd Fiqtriey, Naqiuddin Sahar, Albert Ang Yik Chuan, Yew Hun Ng, Ng Yap Hwa dan Wei Lee.

Siti Kasim dari Majlis Peguam berkata ini adalah kali pertama beliau melihat polis bertindak ganas, sehingga bertindak menangkap orang ramai walaupun mereka masuk ke sebuah pusat membelibelah.

Pada sekitar jam 9:15 malam, polis menghentikan tindakan menyurai dan menangkap.

Dalam sidang akhbar sejurus selepas itu, ketua polis Petaling Jaya Arjunaidi Mohamed berkata pihak penganjur tidak mendapat permit polis dalam mengadakan perhimpunan malam ini.

"Tidak ada permit polis yang dipohon," katanya.

Beliau juga berkata pihak penganjur mendakwa telah mendapat permit daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Tetapi MBPJ bukan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit tersebut," katanya sambil menambah MBPJ seharusnya tahu perkara itu.

Beliau juga mempertahankan tindakan polis kerana peserta perhimpunan itu enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai.

"Kita telah meminta mereka bersurai, tetapi mereka enggan dan masuk ke dalam Amcorp Mall," katanya.

Arjunaidi berkata apabila keluar, mereka mengkritik dan mencabar polis yang kemudiannya menangkap mereka.

Menuutnya, seramai 25 orang dewsa - enam wanita dan 19 lelaki - ditahan kerana menyertai perhimpunan haram.

Katanya, walaupun terdapat kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut, tetapi tidak ada yang ditahan.

Di Pulau Pinang, empat orang ditangkap termasuk Choo Choon Kai dan Kris Khaira dari PSM.

Seorang lagi - Darshan Singh - ditangkap kemudiannya. Manakala yang keempat ditangkap ialah Ong Jing Cheng dari Suaram.

Nizar Terpaksa Harungi Lumpur dan Becak, Sindir Polisdan FRU

Posted by Love Perak | Sunday, August 01, 2010 | | 2 comments »

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqQXvI7Id1-N_cVARbNdX1RhWGRxshBrU5KLCg2A5vHOToYQIM_HLUCx0SG7wT8R2bDleG1oO98tXSVaZL3YREyOSEwK-J5COGm4wqYVniav-72KkVpgjkdL-ItP0-3ZFtsqrF-3MK4HMS/s1600/37601_103875399666372_100001317360184_24351_5989308_n.jpg

Tiada pilihan ke-2, untuk sampai ke tapak ceramah, mahu tidak..perlu redah juga becak dan lumpur sawah. Itu sahaja pilihan. Juga itulah yang terpaksa Nizar harungi untuk tetap berada bersama rakyat di majlis Himpunan warga Felcra.

Bukannya jalan yang sedia ada tidak baik, namun setelah negara begitu aman selepas lebih 50 tahun merdeka, beliau terpaksa menghadapinya untuk berceramah di majlis Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, dekat sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, terpaksa berbuat demikian demi keselamatan dan menjayakan program malam tadi setelah polis dan anggota unit simpanan persekutuan (FRU) menyekat laluan masuk ke tempat program. Akibat melalui jalan tersebut, kasut dan pakaian Nizar basah dan berlumuran lumpur.

"Alhamdulillah, Datuk Seri Nizar dapat bersama kita walaupun terpaksa lalu jalan berselut dan berlumpur," umum pengerusi majlis disambut laungan takbir para hadirin.

Semasa Nizar sedang berucap pula, FRU yang pada asalnya membuat sekatan di jalan masuk, mula bergerak ke pintu depan tapak program untuk masuk ke kawasan ceramah yang dibuat atas tanah persendirian.

Ekoran itu, palang untuk masuk ke tapak program ditutup dan dikunci oleh tuan tanah dan penyokong. Anggota FRU, bagaimanapun mahu masuk juga ke kawasan ceramah walaupun tuan tanah meletakkan poster "Hak Milik Persendirian, Dilarang Menceroboh", namun gagal kerana dibentengi lebih 100 penyokong dan Unit Amal.

Mereka berada di situ sehingga ceramah Nizar selesai kira-kira sejam setengah kemudian. Terdahulu, Nizar sewaktu memulakan ucapan turut secara sinis membidas tindakan anggota keselamatan itu.

"Malam ini 847 anggota polis, special branch (SB) dan FRU ada bersama kita. Selamat datang untuk dengar ceramah dan menjaga keselamatan kami,"

katanya disambut tepukan oleh lebih 500 hadirin yang hadir. Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di sini akan berlangsung sehingga lewat malam ini. Dan pada pagi tadi, majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Nizar, kemudian beberapa kertas kerja akan dibentang sebelum majlis penutup akan disempurnakan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini.

Kemuncak program adalah pada malam ini apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut berceramah di sini. - PAS Perak.

Bersatu Untuk Menipu, Rasuah dan Menyeleweng

Posted by Love Perak | Sunday, August 01, 2010 | 0 comments »

Oleh : Kerajaan Rakyat

LAGU UMNO

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Menipu UMNO Menipu
Rakyat Susah UMNO Buat Tak Tahu

Lambang UMNO Yang Gagah
DiPandang Hina Dan Haramjadah


~ Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menggesa kerajaan persekutuan supaya menghormati kuasa yang ada pada kerajaan negeri masing-masing.

"Apabila penghormatan ini tidak wujud maka berlakulah konflik sebagaimana yang terjadi kini di Pulau Pinang apabila kerajaan persekutuan mencampuri hal-ehwal Kerajaan Negeri secara terang-terangan," kata Yusmadi Yusoff

"Dalam isu pasir di Pulau Pinang, sudah ketara bagaimana kerajaan persekutuan cuba menyalahkan kerajaan negeri dalam isu kecurian pasir di atas tapak Politeknik Balik Pulau."

"Walaupun mereka sedar ini adalah projek mereka dan berada di atas tanah milik kerajaan persekutuan, tetapi mereka cuba memainkan isu dengan menuding jari ke arah kerajaan negeri semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dan mencelarukan pemikiran mereka," ulas Yusmadi


Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyifatkan BN sudah berada dalam keadaan tenat dan nazak apabila pelbagai masalah sedang melanda parti pemerintah tersebut.

Beliau juga berkata, pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik tidak membawa apa-apa makna kepada PR.

"SPRM boleh menangkap siapa sahaja yang mereka mahu dan dibawa ke mahkamah, namun begitu belum pasti keadilan akan tercapai berdasarkan sejarah lampau yang pernah terjadi kepada mendiang Eric Chia."

"Selain daripada itu kebebasan yang tidak ada pada kebanyakan sistem perundangan dalam negara yang dikuasai oleh BN dan pemerintah menjadikan rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan dalam setiap tindakan yang mereka ambil," kata Firdaus Jaafar.

"BN sudah muflis apabila mereka terpaksa mengenakan pelbagai jenis cukai terhadap rakyat. Kenaikan harga barangan semakin lama semakin membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah," tambahnya lagi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Husam Musa melontarkan cabaran, agar penyatuan puak dalam UMNO dilakukan terlebih dahulu sebelum penyatuan PAS dan UMNO dilaksanakan.

"Dalam UMNO Terengganu sendiri kita dapat lihat bagaimana ada puak Menteri Besar, Ahmad Said dan puak bekas Menteri Besar, Idris Jusoh. Ini semua adalah krisis dalaman yang serius melibatkan orang Melayu dan parti UMNO."

"Oleh kerana itu perjuangan yang hanya berlabelkan bangsa ini tidak akan membawa penyatuan. Sebaliknya membawa kepada kemusnahan yang tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada sistem pemerintahan negara. Oleh kerana itu sebelum UMNO melaksanakan pelan penyatuan dengan PAS maka adalah terlebih baik bagi mereka membetulkan saf dalam UMNO terlebih dahulu," katanya lagi.

"Di bawah pemerintahan kerajaan BN yang ada sekarang skandal yang merugikan wang rakyat seperti PKFZ, Sime Darby, Pos Malaysia, FELDA dan pelbagai lagi memberi imej buruk kepada sistem pemerintahan yang ada pada BN. Mereka sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan pemerintahan yang terbaik kerana jangka masa 50 tahun yang diberikan kepada mereka hampir lupus menjelangnya pilihan raya umum yang akan datang," tambahnya lagi.