http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Oleh Al Gore & Paul Wolfowitz

Kami datang dari dua spektrum politik yang beza mengenai banyak isu besar. Walau bagaimanapun satu isu yang menyatukan kita ialah kes perbicaraan Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kini menjadi pemimpin utama gagasan politik pembangkang di negara itu.

Anwar telah didakwa di dalam keadaan yang amat meragukan dengan pertuduhan liwat, yang mejadi satu kesalahan jenayah di bawah perundangan Malaysia.

Sekiranya beliau didapati bersalah, Anwar berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun, secara hakikatnya penjara seumur hidup bagi beliau yang berusia 63 tahun.

Perbicaraan tersebut yang dijangka bersambung minggu depan mengancam bukan sahaja Anwar tetapi juga mereka di Malaysia yang memperjuangkan sebuah negara yang bebas dan demokratik.


Ia juga adalah penting kepada seluruh dunia kerana perbicaraan ini menggugat masa depan sebuah negara yang dikatakan model kepada negara Islam yang lain.

Pandangan kami terhadap Anwar dirumus secara independen dan bebas daripada pengaruh satu sama lain. Kami tidak selalunya bersetuju mengenai dasar luar tetapi kami sebagai bersetuju bahawa Anwar sebagai seorang pemimpin politik, negarawan dan intelek mempunyai kualiti yang memberi rangsangan dan harapan kepada masa depan.

Kualiti ini termasuk kejernihan dan sikap keterbukaan terhadap perbahasan dan diskusi; komitmen kepada prinsip akauntibiliti dan ketelusan urus tadbir; dan juga serius mengenai masa depan negaranya dan juga dunia disamping keberanian luar biasa mempertahankan apa yang diyakininya.

Kami yakin beliau komited kepada nilai pluralisme, toleransi dan kebebasan yang amat diperlukan oleh Malaysia sekiranya ingin makmur.

Apapun, yang lebih penting bukan sudut pandang kami tentang karektor Anwar tetapi sebenarnya pandangan rakyat negaranya terhadap beliau.

Rakyat Malaysia harus membuat keputusan sendiri melalui proses pilihan raya yang bersih dan telus, siapakah yang mereka dambakan sebagai tokoh yang akan memimpin mereka.

Mereka tidak harus dinafikan peluang tersebut hanya disebabkan penyalahgunaan kuasa badan kehakiman. Ini adalah kali kedua Anwar dipaksa melalui perbicaraan yang bermotifkan politik atas pertuduhan yang sama. Pertama kali pada tahun 1998, sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan beliau tekad mencabar Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Akibatnya Anwar dipenjarakan, dipukul dengan teruk dan disumbat bertahun dalam penjara keseorangan selepas satu perbicaraan yang dianggap telah merobak-robikkan keadilan serta merosakkan sistem kehakiman.

Ini bukan kesimpulan kami sahaja tetapi juga keputusan Suruhanjaya Antarabangsa Kehakiman, Badan Peguam Antarabangsa, dan juga beberapa pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa. Ia juga adalah keputusan mahkamah tertinggi Malaysia pada tahun 2004, selepas Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Anwar kini menerajui gagasan tiga buah parti pembangkang di Malaysia yang memenangi lebih satu pertiga daripada kerusi Parlimen spada pilihan raya umum 2008. Ini merupakan prestasi terbaik pihak pembangkang dalam usaha melawan Umno, sebuah parti yang telah memerintah negara ini selama 53 tahun.

Tiga bulan setelah pilihan raya umum, Anwar bertindak untuk mengemukakan usul tidak percaya di Parlimen dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Beliau kemudiannya ditahan dan didakwa dengan pertuduhan liwat. Seperti caj yang sama sepuluh tahun dahulu, jangka waktu pertuduhan terkini terhadap beliau menimbulkan kesangsian kuat bahawa berlandaskan manipulasi politik.

Jika dibuat perbandingan, kes terhadap beliau kali ini adalah jauh kurang kredibel dan pelanggaran proses perundangan lebih hebat. Ketika Anwar di kamar perbicaraan, negara dan rakyat Malaysia turut dibicarakan oleh seluruh dunia. Sekiranya beliau didapati bersalah, seluruh imej sistem politik Malaysia dan maruahnya di mata dunia akan terjejas teruk. Dan untuk apa?

Pilihan waktu untuk perbicaraan ini menyebabkan ramai pemerhati merasakan objektifnya ialah untuk mengekang kemerosotan teruk sokongan rakyat terhadap pemerintah. Tinjauan pendapat menunjukkan majoriti rakyat melihat tuduhan ke atas Anwar adalah bermotifkan politik.

Seperti yang ditegaskan oleh Anwar sendiri, sekiranya beliau dipenjara sekali lagi ia tidak akan memadamkan obor perjuangannya. Malah sebaliknya gerakan rakyat yang dimulakan sedekad lalu akan terus berkembang dan merebak.
Malaysia kini berada diambang kritikal dalam penilaian sejarah yang mempunyai kesan mendalam kepada negara dan juga secara global. Dengan populasi seramai 30 juta orang, Malaysia bukanlah sebuah negara yang kecil.

Malaysia penting kerana ia dianggap contoh sebagai sebuah negara Islam progresif kepada negara Islam lain didunia. Negara ini berjaya dalam tempoh 50 tahun sejak merdeka untuk membuktikan bahawa ia mampu mencapai perkembangan ekonomi dan pada masa sama mengimbangi perpaduan dan harmoni dikalangan rakyat yang pelbagai agama dan kaum.

Tahun-tahun kebelakangan ini bagaimanapun, memperlihatkan Malaysia telah mundur ke belakang disebabkan pihak yang mengeksploitasi perbezaan agama dan etnik untuk tujuan politik. Perbicaraan dan pendakwaan ke atas Anwar akan menyemarakkan lagi masalah ini dengan menghancurkan keyakinan jutaan rakyat Malaysia terhadap sistem keadilan di negara ini.

Kami mendesak kerajaan Malaysia meletakkan kepentingan hukum seperti mana menjadi dasar Amerika Syarikat, sebagai landasan dalam proses politik di mana elemen keadilan dan kebebesan saling bergantungan antara satu sama lain. Kami akur daripada pengalaman, isu sensitif seperti ini seharusnya ditangani secara senyap, antara kerajaan dengan kerajaan.
Tetapi masa sudah suntuk. Detik kebenaran akan tiba.

Dua hari lalu, hakim telah menangguhkan perbicaraan Anwar bagi meneliti dakwaan hubungan sukit antara seorang timbalan pendakwa raya dengan pengadu.

Ini adalah peluang terbaik bagi Malaysia membuktikan bahawa sistem keadilan negara ini mempunyai kapasiti untuk berbuat sesuatu yang betul bukan sahaja untuk Anwar tetapi juga bagi jutaan rakyat Malaysia yang melihat Anwar sebagai jurucakap kepada segala aspirasi mereka.

Kami menggesa pemimpin kerajaan Malaysia yang akan membuat keputusan supaya berbuat demikian dengan penuh bijaksana.

Al Gore merupakan Naib Presiden Amerika Syarikat yang ke-45. Wolfowitz adalah Timbalan Setiausaha Pertahanan dari 2001 hingga 2005.

Oleh : YB Sivakumar, Speaker Sah Negeri Perak.

Di Negeri Perak terdapat 192 000 buah keluarga yang memperolehi gaji kurang daripada RM 2000. Maklumat ini adalah daripada lapuran Jabatan Perdana Menteri. Tetapi DS Zambry menafikan statistik itu dalam Dewan Negeri Perak. Maksudnya beliau mencabar statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Sekarang siapa betul dan siapa salah? Najib atau Zambry?


Laporan Bangsa-bangsa Bersatu FDI jatuh 81%

Seluruh negara hanya menerima FDI RM4.4 billion sahaja.

Di dalam Dewan Negeri Perak Exco Kanan YB Hamidah mengatakan Perak mendapat FDI sebanyak RM11.6 billion.


Terbukti kerajaan Perak tipu dalam Dewan Negeri.

Menurut MITI Perak hanya terima RM400 juta FDI.

Dato Hamidah harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak & Kebebasan Dewan Negeri kerana memesongkan Dewan Negeri.

Fatwa Terbaru Malikul Sembab

Posted by Love Perak | Thursday, August 05, 2010 | | 2 comments »

Muhyiddin Yassin hari ini membidas tindakan pakatan pembangkang yang terus menimbulkan kekecohan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbuatan pembangkang itu menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati sistem kehakiman negara yang sebelum ini, membuat keputusan berpihak kepada BN untuk menerajui negeri berkenaan.


ayoyo...
ini cakap serupa samy vellu jugak
rakyat beri kemenangan kepada pakatan
rampas tu tak hormat sistem kehakiman rakyat ke?
statement tak layak jadi tpm la malikul ni...

Najib "Cuti" Mengejut Timbulkan Spekulasi Tarikh PRU-13

Posted by Love Perak | Wednesday, August 04, 2010 | | 4 comments »

Langkah tergesa-gesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti ke luar negara bermula 28 Julai lalu sehingga 10 Ogos depan menimbulkan pelbagai spekulasi andaian menarik.

Desas desus di kalangan pimpinan Umno ialah Najib bercuti ke luar negara kerana mahu berbincang secara sulit bersama pasukan perancang strategi beliau mengenai tarikh sesuai pengumuman pilihan raya umum ke-13 yang diuar-uarkan tahun ini.

Firma komunikasi antarabangsa pro-Zionis Israel, Apco Worldwide dikatakan memainkan peranan besar menasihati Najib bagaimana memenangi PRU-13.

Pun begitu, menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, pemergian Najib secara mendadak untuk "bercuti" menunjukkan Perdana Menteri berada dalam keadaan tertekan.

"Ada beberapa faktor besar yang menyebabkan Najib ke luar negara. Dua faktor yang penting yang amat memeningkan kepala PM ialah kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini telah masuk fasa yang amat kritikal yang mendedahkan segala kepincangan kes ini.

"Penyiasatan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene oleh pihak berkuasa Perancis juga menjadi faktor utama Najib kini amat tertekan kerana beliau tidak ada bidang kuasa untuk menghalang dan menutup penyiasatan sekiranya kes yang sama diadili di Malaysia," jelas Azan kepada Suara Keadilan.

Beliau berkata skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang yang membabitkan pendakwaan ke atas bekas Presiden MCA dan juga mantan anggita Kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik serta isu kejatuhan paling teruk pelaburan langsung asing sejak tempoh 20 tahun menambahkan tekanan kepada Najib.

"Najib cuba tiru stail Dr Mahathir, bila ada sahaja skandal besar yang beliau tidak mampu berdepan atau menjawab kepada persoalan yang bakal ditimbulkan rakyat, dia 'cabut' awal-awal lagi. Beginilah cara pemimpin Umno-BN menyelesaikan masalah negara - tinggalkan negara dalam keadaan terumbang-ambing dan serahkan kepada timbalan untuk menghadapi kemarahan rakyat," kata beliau lagi.

Menurut kenyataan akhbar pejabat Perdana Menteri pada 28 Julai lalu Najib akan bercuti ke luar negara mulai tarikh tersebut hingga 10 Ogos.

Kenyataan itu juga memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas-tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Azan mempertikaikan protokol kerajaan yang tidak digunakan oleh Najib apabila seseorang Perdana Menteri itu ingin mengambil cuti.

"Sekurang-kurangnya Perdana Menteri mesti mengumumkan rancangan cuti beliau enam bulan lebih awal tetapi Najib buat cara yang amat tergesa-gesa. Apa yang beliau nak kejar sehingga membuat keputusan meninggalkan pentadbiran negara dalam keadaan terburu-buru?" tanya Azan.

Zambry.. Berani ke tak?

Posted by Love Perak | Wednesday, August 04, 2010 | , | 1 comments »


IPOH, 4 Ogos: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bersedia mengadakan debat secara terbuka dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagaimana yang diucapkan pada persidangan Dun, semalam.

“Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hansard sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesan.

“Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat,” ujar Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Adun Titi Serong boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di dalam ceramah mereka.

“Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulangi cabaran Datuk Seri Nizar di dalam dewan semalam, sekiranya dia (Zambry) ‘anak jantan’ sila sahut cabaran ini dan nyatakan di manakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu,” ujarnya.

Katanya, pihak Zambry juga boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan pemimpin Pakatan akan datang untuk berdebat.

Baginya, Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media massa BN.

Namun begitu, beliau ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang semalam di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang sehari sahaja.

Tambahnya, tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang Dun sebelum ini, atau di mana-mana sidang Parlimen dan Dun negeri di Malaysia, adalah menifestasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta daripada Adun Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata ia menggambarkan juga Adun BN tidak mempunyai modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM80 juta.

“Semuanya Adun BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal,” ujarnya lagi.

Bliau menambah, dakwaan Zambry dan Adun BN bahawa Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal.

Andaian tersebut, baginya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengarnya.

Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang dinamakan ‘Debat Rakyat, Siapa Pembohong?’.

Puluhan Ribu Hadir Ceramah UMNO Bertajuk "Bocor Rahsia PR"

Posted by Love Perak | Wednesday, August 04, 2010 | 13 comments »
















Polis Serang Ceramah PKR di Melaka

Posted by Love Perak | Wednesday, August 04, 2010 | 0 comments »

Oleh : Shamsul Iskandar

Salam semua…

UMNO dan BN sekali lagi menggunakan polis untuk menghentikan ceramah PAKATAN di Bukit Beruang, Melaka malam tadi. Bermula dengan jalan masuk dikepong lebih 50 anggota polis dan diakhiri dengan cubaan untuk menghentikan ceramah. Penceramah yang terdiri dari YB Dr. Hatta Ramli, YB Khoo Poey Tiong dan saya sendiri tetap tidak mengalah dan meneruskan ceramah walaupun satu demi satu pembesar suara dimatikan.

Ini bukan pertama kali tapi untuk sekian kalinya polis menjadi kuda tunggangan untuk mengekang kemaraan rakyat. Namun hakikatnya kemaraan rakyat takkan mampu ditahan lagi..

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Apa yang berlaku dalam Sidang Dun pagi tadi?

Posted by Love Perak | Tuesday, August 03, 2010 | , , | 0 comments »

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini digantung dari persidangan dewan undangan negeri Perak selepas mengengkari arahan speaker, Datuk R Ganesan supaya duduk.

NONEKetika membahaskan rang undang-undang usul perbekalan tambahan RM80 juta, masa yang diperuntukkan untuk Nizar selama 15 minit telah berakhir. Namun beliau terus berucap dalam nada yang kuat apabila pembesar suaranya dipadamkan.

Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai ‘Yang Yang Dipertua.’

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan…

Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua.

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan…

Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir!

Nizar: Terima kasih Yang berhormat…[meneruskan ucapan]

Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti.

Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai ‘pelacur politik’ yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan.

NONENizar juga melemparkan tuduhan ‘pengecut’ ke atas BN kerana tidak membenarkan media menjalankan tugas kerana mematikan talian internet.

Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya.

Khusaisi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama.

Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan.

NONENamun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan menteri besar yang disingkirkan itu secara paksa.

ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari kemudian mencadangkan Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, digantung sebagai ahli Dewan dan cadangan itu disokong semua ADUN BN.

Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan.

Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama.

Usul itu disokong ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Mana Zulkifli Noordin??????

Posted by Love Perak | Tuesday, August 03, 2010 | | 1 comments »

MCA masuk campur soal melayu, masuk campur soal islam kenapa ? siap buat demo lagi...berkumpul ramai-ramai menyalak bantah hukum Islam kenapa ?

hukum hudud adalah hukum Islam...untuk orang Melayu Islam...apa kena mengena hukum untuk orang Islam dengan kaum Cina MCA ? takde kena mengena kan? habis kenapa buat demo? bukankah ini dinamakan ganggu hak melayu ? bukan kah ini tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan ?

yang hairannya, kenapa YB Zul tak minta supaya MCA diharamkan ? kenapa YB Zul tak buka mulut dalam soal ini?

Dunia : Iran Ikrar Musnahkan Israel

Posted by Love Perak | Tuesday, August 03, 2010 | 0 comments »

TEHERAN: Ahli Parlimen Iran berkata sekiranya Israel mencari masalah dengan Iran, mereka tidak akan teragak-agak untuk melenyapkan Israel dari dunia ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan dan Polisi Luar, Ismail Kosari membuat keyataan itu semalam, lapor agensi berita Irna.

Beliau berkata, Amerika Syarikat (AS) adalah penyokong kuat regim Zionis dan Tel Aviv tidak akan mampu bertindak tanpa sokongan AS.

Beliau juga menekankan Israel hanya berani membuat ancaman terhadap Iran dengan sokongan AS. Menurutnya, regim Zionis sedia maklum jika mereka bertindak sendirian menentang Iran mereka akan menyesali tindakan itu.

Ismail berkata, Iran tidak akan berdiam diri dengan perang psikologi Israel dan akan bertindak lebih kasar sekiranya Tel Aviv berani merealisasikan ancamannya.

Beliau turut mempertikaikan agenda AS-Israel yang cuba campur tangan dalam isu perairan antarabangsa Iran. Kenyataan Ismail dibuat ekoran sokongan ahli Kongres AS terhadap Israel untuk menyerang Iran.

Kedua-dua negara itu berterusan menyelar Iran sebagai cubaan mengalihkan perhatian dunia yang mahu Israel mengesahkan isu berhubung penghasilan 200 peluru berpandu nuklear.

Beberapa ahli Parlimen lain turut menyokong kenyataan Ismail mengenai ancaman Israel terhadap Iran. – Agensi

Sumber : Harian Metro