http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Sah Pilihanraya Sarawak Selepas Krismas

Posted by Love Perak | Sunday, December 05, 2010 | 0 comments »


Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud hari ini telah mengesahkan pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan selepas Krismas. Berita ini telah dilaporkan di portal berita berbahasa cina seperti sinchew daily dan kwong wah e-newspaper.


Ayuh Pakatan Rakyat kita teruskan perjuangan di Sarawak!

Anwar Bidas Kerajaan Terus Beban Rakyat, Kroni Makin Kaya

Posted by Love Perak | Saturday, December 04, 2010 | 0 comments »

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.

pkr congress 271110 anwarKatanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan.

“Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat,” kata Anwar.

Selain petrol, turut dinaikan harga, hari ini adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen.

Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.

Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.

“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.

Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.

Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.

azlanBayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan.

“Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi,” katanya.

Apa kata Dr Asri mengenai Ketuanan Melayu?

Posted by Love Perak | Saturday, December 04, 2010 | 1 comments »

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih
“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

NONEKatanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

“Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia
“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

amin iskandar article 291008 merdekaMemetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.

pkr congress 281110 wan azizahIsu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.

Pakatan Lapor IPU Jika Anwar Digantung Parlimen

Posted by Love Perak | Saturday, December 04, 2010 | 1 comments »

Pemimpin Pakatan Rakyat tidak teragak untuk menfailkan laporan kepada Kesatuan Inter-Parlimen (IPU) terhadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dinafikan hak memberi keterangan berhubung kenyataan APCO Worldwide di parlimen Jun lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi TV selangor petang tadi berkata keputusan yang dibuat jawatankuasa itu tanpa mengambilkira keterangan Anwar melanggar hak asasi manusia justeru melabelkan jawatankuasa itu sebagai pengecut.

Mennurutnya, tindakan itu menunjkkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah melanggar amalan biasa. Orang yang dituduh selalunya harus dipanggil untuk memberi keterangan membela diri.

"Jawatankuasa ini mesti tunjuk ketelusan mereka, kenapa jawatankuasa ini takut? Nampaknya jawatankuasa ini takut untuk berhadapan dengan keterangan yang hendak diberi Datuk Seri Anwar.

Jika ini dilakukan saya rasa ini akan menjatuhkan reputasi parlimen Malaysia pada mata parlimen dunia dan ini adalah tidak sihat kepada proses demokrasi berpalimen di negara kita," tegas beliau ketika dihubungi TV Selangor petang tadi.

Dalam sidang media di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhasrat untuk menggantung beliau menghadiri sesi parlimen.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu titik hitam dalam sejarah parlimen dan di antara Kesatuan Inter-Parlimen, Anwar bertegas akan mengemukakan bukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menggunakan pendekatan Israel dalam konsep 1Malaysia yang dilaksanakan di negara ini.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, status institusi tertinggi di negara ini semakin merudum justeru menghakis nilai demokrasi yang pertahankan negara selama ini.

"Anwar semua dinafikan. Di mahkamah dia dinafikan untuk mendapatkan dokumen, di sini dia dinafikan untuk memberi keterangan. Jadi bagi saya amat memalukan bila institusi demokrasi tertinggi di negara kita iaitu parlimen tidak dapat menterjemah dan memurnikan proses demokrasi itu," tambah beliau lagi.

GILIRAN ZAHRAIN PULA DIBELASAH

Posted by Love Perak | Friday, December 03, 2010 | 0 comments »

Ketua PKR Cabang Bayan Baru:
Zahrain Hashim harus bertaubat

| Dec 01, 2010
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru berasa kesal ke atas kenyataan Zahrain Hashim yang mendesak pingat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah ditarik balik.
Parti KEADILAN Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain (gambar kanan) yang sekarang ini menjadi pencacai UMNO dan Barisan Nasional. Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia.Beliau mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada beliau sebagai ahli Parlimen di bawah Parti KEADILAN dengan melompat keluar parti. Beliau mengkhianati prinsip perjuangan Parti KEADILAN yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua. Beliau mengkhianati rakyat kerana tidak lagi bekerja untuk kawasan Bayan Baru tetapi asyik berkali-kali mengikut Perdana Menteri Najib Razak ke Amerika Syarikat.

Beliau mengkhianati persahabatan Dato Seri Anwar yang lama. Beliau mengkhianati pingat “Dato Seri” yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum Pakatan Rakyat.Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu.

Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru walau bagaimanapun tidak ingin memperlekehkan isu pingat. Pingat penghargaan adalah hak dan kuasa Raja-raja. Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru ingin mengingati semua pemimpinan UMNO-Barisan Nasional dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit. Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi Negara tergadai.

Parti KEADILAN memperjuangkan prinsip "Ketuanan Rakyat" dan "Keadilan untuk Semua". "Ketuanan Melayu" adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan UMNO yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi.
Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Orang Melayu, Bumiputra Sabah dan Sarawak, orang India, Orang Asli dan segelintir Orang Cina masih tetap terabai. Pakatan Rakyat memperjuangkan "Ketuanan Rakyat" untuk membela nasib semua rakyat Malaysia yang terpinggir bukan pembesar-pembesar UMNO-BN.

Zahrain harus bertaubat. Kalau beliau betul-betul memperjuangkan hak Melayu, mengapa pula lompat parti akibat tidak dapat kontrak? Sedangkan ramai lagi rakyat yang susah di kawasan Parlimen Bayan Baru. Apakah program dan khidmat yang beliau lakukan kepada rakyat sejak menjadi ahli Parlimen? Rakyat Bayan Baru sudah tertanya-tanya di mana Zahrain sekarang. Mereka asyik Nampak beliau di Amerika bersama Najib, tetapi tidak pula Nampak di kawasan mereka.

*Kenyataan media oleh Sim Tze Tzin (gambar kiri) selaku Ketua Cabang Bayan Baru, Parti KEADILAN

Kenaikan 4 Dalam 1. Jom Undi BN PRU 13!

Posted by Love Perak | Friday, December 03, 2010 | 0 comments »

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

Dedah Hubungan Malaysia-Israel : Anwar Bakal Digantung Parlimen

Posted by Love Perak | Friday, December 03, 2010 | 0 comments »

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung pendedahan beliau bahawa kerajaan Umno-BN mengupah syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide, lapor TV Selangor.

NONEAnwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh akan mengadakan sidang akhbar petang ini bersama pengerusi DAP Karpal Singh dan ahlipParlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Satu kenyataan ibu pejabat PKR mengesahkan sidang akhbar itu adalah berkaitan keputusan jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Anwar dari sesi parlimen akan datang.

Sesi parlimen baru dijadual bermula pada 7 Mac tahun depan.

Sebelum ini desas-desus bertiup kencang bahawa Anwar akan digantung selama enam bulan selepas beliau mendakwa tindakan Apco dalam mengubal slogan 1Malaysia yang dikaitkan dengan slogan 1Israel yang diguna pakai oleh rejim Zionis.

NONEPada ucapan di Dewan Rakyat, Anwar memberikan pelbagai contoh ketara untuk menunjukkan persamaan antara 1Malaysia dan 1Israel.

Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

Kerajaan pimpinan Najib dilaporkan membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada Apco untuk khidmatnya selain memperbaharui kontrak syarikat itu.

Interpol beri amaran kepada negara-negara anggota supaya menangkap pengasas WikiLeaks, Julian Assange


Nampak sama seperti apa yang Umno-Apco buat terhadap Anwar.. bila terlalu banyak pendedahan dibuat.. maka mula lah tuduh macam-macam...

LYON (Perancis): Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam berkata ia telah memberi amaran kepada negara-negara anggota supaya menangkap pengasas WikiLeaks, Julian Assange, 39 tahun, kerana disyaki terlibat kes rogol berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan Sweden.

'Ada 'Notis Merah' bagi pihak Sweden,' kata seorang jurucakap Interpol kepada AFP.

Beliau mengesahkan Interpol telah menyiarkan permintaan Sweden untuk menjejaki lelaki warga Australia itu di laman webnya.

Pejabat Pendakwa Raya Antarabangsa Sweden di Gothenburg mengeluarkan waran tangkap ke atas Assange pada 18 November lalu kerana 'disyaki terlibat kes rogol, pencabulan seks dan paksaan'.

Assange, yang tidak diketahui keberadaannya, mencabar waran tangkap itu di sebuah mahkamah rayuan Sweden. Tetapi percubaan bagi menggugur waran tangkap itu gagal apabila rayuannya ditolak minggu lalu. Dia telah pun memfailkan rayuan kedua.

Assange boleh ditangkap dan diekstradisi ke Sweden dari mana saja di dunia jika pihak berkuasa setempat bertindak atas waran tangkap itu.

Para penyokongnya mendakwa ada pihak tertentu cuba memerangkapnya atas dakwaan merogol dua wanita rakyat Sweden Ogos lalu bagi melemahkan kempen menyiarkan dokumen sulit Amerika Syarikat.

Semalam ibunya, Cik Christine Assange, yang tinggal di Queensland, berkata beliau tidak mahu anaknya jadi buruan Interpol.

'Dia anak saya. Saya menyayanginya. Sebagai ibu, sudah tentu saya tak mahu dia diburu dan dipenjarakan. Banyak perkara yang ditulis mengenai diri saya dan Julian tidak benar,' katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).
Waran tangkap ke atas Assange itu dikeluarkan sewaktu WikiLeaks menyiarkan lebih 250,000 kabel diplomatik, termasuk surat-surat sulit di laman webnya.

Assange tidak pernah tidur di tempat yang sama sebanyak dua kali.

Pada mulanya, pemerintah Ecuador menawarkan suaka kepada Assange tetapi Presiden Ecuador, Encik Rafael Correa, menarik balik tawaran itu kelmarin.

Dalam wawancara dengan majalah Time menerusi telefon Skype Internet, Assange berkata Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, patut meletak jawatan berhubung kabel yang menunjukkan para diplomat Amerika mengintip pegawai asing, terutama di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). -- AP, AFP, Bloomberg.

NAJIB TAKUT HADAPI PEMILIHAN DI DALAM UMNO KERANA APA ?

Posted by Love Perak | Friday, December 03, 2010 | 1 comments »

Oleh: WFAUZDIN NS

NAJIB akhirnya mengaku jika pemilihan Umno diadakan dalam masa terdekat ini, akan berlaku ketegangan dan kekecohan, cuma beliau yakin Umno mampu atasinya. Sebab itu beliau menangguhkan pemilihan di dalam Umno.

Terbukti PKR lebih berani dari Umno. PKR berani menghadapi pemilihan walaupun memang ada berlaku sedikit kekecohan tetapi tidak satu pun yang melibatkan rasuah politik wang. Najib bimbang, jika Umno mengadakan pemilihan ini bermakna bukan sahaja berlaku kekecohan tetapi banyak wang yang akan keluar. Najib amat bimbang setelah mereka bersama media haprak menyerang PKR baru-baru ini, bila tiba masa pemilihan Umno keadaan berkali ganda lebih teruk dari PKR.

Bukan Najib tidak tahu, Umno tidak boleh lahirkan pemimpin jika tidak ada wang. Ketua Pemuda Umno sendiri terpalit dengan rasuah politik. KM Melaka pun begitu. Adun Bagan Pinang, Isa Samad pun lebih kurang. Tidak mustahil muka-muka baru yang akan naik dengan wang ringgit di dalam Umno nanti. Itulah yang amat ditakuti oleh Najib. /wfauzdin.blogspot.com

Osman Jailu Takdak Teloq?

Posted by Love Perak | Thursday, December 02, 2010 | 0 comments »



Oleh : Cikgu Din Sisibukit

Osman Jailu diberitahu oleh teman dekat SUK seolah tidak mempunyai telor.Dakwa mereka Osman tidak berani berbahas dan duduk diam sahaja sepanjang persidangan DUN Perak.Memandang pimpinan Pakatan Rakyat pun dia takut.

Dakwa mereka Osman makan gaji buta.Soalan beliau tentang DUN Changkat Jering pun boleh diselesaikan di peringkat Majlis Tindakan Daerah.Soalan bertulis dan soalan jawapan lisan pun macam soalan JKKK Umno.

Mereka mendakwa lagi Osman seolah tak takut dosa.?Lagi satu mereka bagitahu wakil Umno pun tak kelapaq salam sama Osman Jailu.

Tapi kita kena ingat dosa Osman Jailu terhadap kerajaan rakyat.Kawan mahkamah Osman Adun Behrang pula berani berucap tetapi dok bawa fitnah lagi.Itupun berani di dewan sebab ada imuniti.