Apa? Apa? Ron95 Dah Naik.... WTFFFFFFFFFFF!!!
Sudahkah Mahathir Masuk UMNO Semula?
Posted by Love Perak | Monday, December 06, 2010 | 1 comments »
TUN Dr. Mahathir ketika berucap di Kemaman menyeru sekalian ahli Umno yang menubuhkan PKR membubarkan parti itu dan kembali semula ke pangkuan Umno serta bertaubat kerana telah memecahkan perpaduan orang Melayu/Islam.Sebelum bekas ahli Umno dalam PKR itu kembali kepada Umno, mereka perlu tanya apakah Dr. Mahathir sendiri sudahkah menyertai Umno semula?
Orang-orang Umno PKR itu keluar Umno kerana membantah konspirasi Dr. Mahathir memecat Anwar Ibrahim sebagai ahli Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Mereka merasa dia dizalimi dan parti yang zalim saja logiknya sanggup memecat ahli dan pimpinan secara zalim. Mereka keluar parti dan membentuk PKR atas kezaliman Umno.
Tetapi Dr. Mahathir keluar Umno atas alasan apa?
Semata-mata kerana tidak setuju dengan pimpinan Tun Abdullah Badawi. Ramai juga yang lain tidak senang dengan pimpinan Abdullah tetapi mereka tidak keluar Umno.
Ribuan orang Umno menyokong isteri Anwar menubuhkan PKR. Hanya beberapa orang mengikut Mahathir keluar Umno termasuk penyokong setianya Tan Sri Sanusi Joned. Anak-anak Dr. Mahathir pun tak ikut ayahnya.
Sehingga ini saya tidak ingat dia sudah kembali semula kepada Umno. Ada usaha Muhyiddin Yassin sebelum menggulingkan Abdullah dulu untuk membawanya kembali kepada Umno, tetapi selepas itu tidak kedengaran apa-apa.
Yang kesiannya beberapa orang pak turutnya sahaja yang keluar Umno. Dan bagaimana mereka akan kembali semula ditakdirkan Dr. Mahathir masuk semula Umno dan taubat? Lebih kesian Tan Sri Sanusi. Kerana terlalu fanatik dengan Dr. Mahathir lalu ikut sama keluar Umno. Akibatnya gugur jawatannya sebagai Reaktor UIA.
Tetapi bolehkah bekas ahli Umno bubarkan PKR? Ia bukan ditubuhkan oleh penyokong Umno saja. Ia ditubuh bersama oleh Tian Chua, Elizabeth Wong, Sivaraa, Dr. Xavier dan kemudian diperkukuh pula oleh penyertaan Dr. Syed Husin Ali dan penyokong-penyokong dari PRM
PKR bukan seperti Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan oleh orang Umno belaka. Bila bekas ahli Umno rasa mereka patut bersatu semula dengan Umno, maka mereka mudah bubarkan Parti S46.
Kalau PKR dibubarkan, ke mana hendak dilemparkan ahlinya yang tidak pernah menyertai Umno seperti Lateefa Koya, Badrul Amin dan Fuaziah Salleh? Apakah mahu suruh mereka menyrtai PAS sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DAP?
Dan apakah Dr. Mahathir fikir Dr. Syed Husin Ali akan ikut Dr. Wan Azizah menyertai Umno?
Orang Melayu berada dalam parti yang berbeza kerana mereka percaya kepada demokrasi. Tunku Abdul Rahman Putra berpendapat, orang Melayu menyertai berbagai parti bukan bukti mereka berpecah kerana amalan demokrasi membenarkan masing-masing berbuat demikian.
Jika orang Melayu berada dalam parti yang berbeda dikira perpecahan, maka mengapa Dr. Mahathir usahakan penyingkiran PAS dari Barisan Nasional sedang perpaduan orang Melayu melalui Barisan Nasional adalah paling ketara hingga Pilihan Raya Umum 1974 mencatitkan begitu banyak kerusi dimenangi BN tanpa bertanding?
Jika kewujudan Umno dan PAS dikira punca perpecahan orang Melayu, mengapa penyatuan kedua parti itu dalam BN dipecahkan oleh Dr. Mahathir?
Kalau berjuta penyokong Umno itu bersetuju orang Melayu mesti berada dalam satu parti, maka pendekatan melalui BN yang dipelopori Tun Razak dulu adalah formula terbaik bagi penyatuan itu. Kalau Umno boleh bersetuju Perikatan ditukar kepada BN, maka Umno tentu boleh menerima apa jua nama jika penyokong Umno dan penyokong PAS boleh disatukan.
Jika Umno mengira adalah yang terbaik, mengapa Umno tidak singkirkan Tun Hussein Onn dan Dr. Mahathir yang menjadi pemecah penyatuan Melayu yang amat sukar dicapai oleh Tun Razak itu?
Selepas Dr. Mahathir berpuas hati dapat menyingkirkan Anwar dari Umno dan kerajaan, maka dia tidak sedar konspirasinya itu memecahkan Umno, dan kewujudan Pakatan Rakyat mula mengancam Umno dan BN, maka menyalahkan pementukan PKR konon memecahkan orang Melayu.
Dia suruh PKR dibubarkan bagi kembali ke pangkuan Umno semula. Apakah dalam pekej itu termasuk Anwar sekali? Dia tidak sebutkan Anwar mesti dikecualikan.
Anwar pun tak kebulur dan begitu juga PKR. Apakah ia tanda Mahathir menyesal dengan konspirasinya dulu? Kalau dia menyesali, dialah yang wajar bertaubat, bukan PKR yang perlu bertaubat.
Jika dia menyesali akan perpecahan Melayu itu, apakah dia mengaku silap memecat Anwar dan menyingkirkan PAS dari BN dulu?
Oleh Subky Latif
2 Darjah Kebesaran Ku Li Dilucutkan Istana Kelantan?
Posted by Love Perak | Sunday, December 05, 2010 | 0 comments »Laporan Asal oleh Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 5 Dis — Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah melucutkan dua pingat yang dikurniakan kepada pemimpin politik veteran negara Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini, tetapi alasan keputusan itu masih belum diketahui.
Sumber-sumber rapat dengan putera Kelantan itu, yang mesra dikenali sebagai “Ku Li” malam tadi mengesahkan tulisan beberapa blog dan khabar angin bahawa Istana Kelantan telah memutuskan untuk menarik balik dua pingat dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K.), yang dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja.
“Ya, ia (khabar angin itu) benar. dua pingat... D.K. (Darjah Yang Utama Kerabat Diraja) dan satu lagi, saya tidak pasti. Saya juga tidak tahu sebabnya,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Difahamkan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias juga telah dimaklumkan mengenai keputusan itu, tetapi belum mengeluarkan kenyataan rasmi sebagaimana lazimnya dilakukan sebelum ini.
Satu lagi sumber memaklumkan kemungkinan Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dan Ketua Umno bahagian itu akan mengadakan sidang media di ibu negara esok, dipercayai berkaitan dengan isu tersebut.
“Kalau nak tanya Tengku (Razaleigh) boleh tanya, mungkin Tengku Razaleigh akan menemui wartawan, ada sidang akhbar, ada perkara umum nak dikatakan, jika mahu tanya boleh tanya beliau pada sidang media itu mengenai isu ini,” kata sumber itu lagi.
Tengku Razaleigh telah digugurkan daripada keanggotaan Majlis Perajaan Negeri (MPN) baru-baru ini.
Laman web mengenai darjah kebesaran menyebut D.K. dizahirkan pada 1916 dan dianugerahkan kepada Kerabat Diraja serta kepada orang-orang yang bertaraf tinggi dan ternama yang telah membuat jasa kebaktian yang cemerlang kepada Kelantan.
Keanggotaan darjah kebesaran ini adalah juga dianugerahkan kepada Raja-raja dan Kerabat Diraja dari luar negara.
Darjah kebesaran ini mempunyai satu peringkat sahaja.
Awal Oktober lalu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menarik balik anugerah dan darjah kebesaran daripada empat individu termasuk gelaran “Datuk” kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Wan Hashim Wan Daud.
Dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.
Ketika mengumumkan perkara itu Setiausaha Kerajaan Negeri juga tidak menjelaskan sebab penarikan balik itu dibuat.
“Penarikan balik ini adalah hak Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Kelima Al Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara,” kata Mohd Aiseri ketika itu.
Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.
Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan dan pengasas Petronas, kini merupakan antara Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di negara ini.
Beliau merupakan bekas timbalan pengerusi MPN, dan dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan untuk mengesahkan pemasyhuran pemerintah baru negeri itu September lalu. Difahamkan turut tidak hadir adinda baginda Tengku Amalin A’ishah Putri.
UMNO Demo Boleh, Pakatan Demo Kena Sembur Gas Pemedih!
Posted by Love Perak | Sunday, December 05, 2010 | 0 comments »Penyokong baju merah sedang berarak menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong.
Turut kelihatan mereka yang berpakaian biasa tetapi mengambil baju merah yang diedarkan di sekitar Masjid Negara.
Sebelum itu, kedengaran mereka bersorak 'hidup rakyat', 'kembalikan hak-hak rakyat', dan yang paling lantang ialah laungan kumpulan mahasiswa.
Mereka kemudiannya masuk ke masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Difahamkan, selepas itu mereka akan mengadakan solat hajat sebelum perhimpunan bermula.
Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin Pakatan, antaranya timbalan presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pemimpn PAS, Dr Zulkefly Ahmad serta timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
Sah Pilihanraya Sarawak Selepas Krismas
Posted by Love Perak | Sunday, December 05, 2010 | 0 comments »
Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud hari ini telah mengesahkan pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan selepas Krismas. Berita ini telah dilaporkan di portal berita berbahasa cina seperti sinchew daily dan kwong wah e-newspaper.
Ayuh Pakatan Rakyat kita teruskan perjuangan di Sarawak!
Anwar Bidas Kerajaan Terus Beban Rakyat, Kroni Makin Kaya
Posted by Love Perak | Saturday, December 04, 2010 | 0 comments »Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.Katanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.
“Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan.
“Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat,” kata Anwar.
Selain petrol, turut dinaikan harga, hari ini adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen.
Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.
Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.
“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar.
Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.
Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.
Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.Bayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan.
“Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi,” katanya.
Apa kata Dr Asri mengenai Ketuanan Melayu?
Posted by Love Perak | Saturday, December 04, 2010 | 1 comments »Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.
Pakatan Lapor IPU Jika Anwar Digantung Parlimen
Posted by Love Perak | Saturday, December 04, 2010 | 1 comments »
Pemimpin Pakatan Rakyat tidak teragak untuk menfailkan laporan kepada Kesatuan Inter-Parlimen (IPU) terhadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dinafikan hak memberi keterangan berhubung kenyataan APCO Worldwide di parlimen Jun lalu.Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi TV selangor petang tadi berkata keputusan yang dibuat jawatankuasa itu tanpa mengambilkira keterangan Anwar melanggar hak asasi manusia justeru melabelkan jawatankuasa itu sebagai pengecut.
Mennurutnya, tindakan itu menunjkkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah melanggar amalan biasa. Orang yang dituduh selalunya harus dipanggil untuk memberi keterangan membela diri.
"Jawatankuasa ini mesti tunjuk ketelusan mereka, kenapa jawatankuasa ini takut? Nampaknya jawatankuasa ini takut untuk berhadapan dengan keterangan yang hendak diberi Datuk Seri Anwar.
Jika ini dilakukan saya rasa ini akan menjatuhkan reputasi parlimen Malaysia pada mata parlimen dunia dan ini adalah tidak sihat kepada proses demokrasi berpalimen di negara kita," tegas beliau ketika dihubungi TV Selangor petang tadi.
Dalam sidang media di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhasrat untuk menggantung beliau menghadiri sesi parlimen.
Menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu titik hitam dalam sejarah parlimen dan di antara Kesatuan Inter-Parlimen, Anwar bertegas akan mengemukakan bukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menggunakan pendekatan Israel dalam konsep 1Malaysia yang dilaksanakan di negara ini.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, status institusi tertinggi di negara ini semakin merudum justeru menghakis nilai demokrasi yang pertahankan negara selama ini.
"Anwar semua dinafikan. Di mahkamah dia dinafikan untuk mendapatkan dokumen, di sini dia dinafikan untuk memberi keterangan. Jadi bagi saya amat memalukan bila institusi demokrasi tertinggi di negara kita iaitu parlimen tidak dapat menterjemah dan memurnikan proses demokrasi itu," tambah beliau lagi.
| Dec 01, 2010
Beliau mengkhianati persahabatan Dato Seri Anwar yang lama. Beliau mengkhianati pingat “Dato Seri” yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum Pakatan Rakyat.Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu.
Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru walau bagaimanapun tidak ingin memperlekehkan isu pingat. Pingat penghargaan adalah hak dan kuasa Raja-raja. Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru ingin mengingati semua pemimpinan UMNO-Barisan Nasional dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit. Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi Negara tergadai.
Parti KEADILAN memperjuangkan prinsip "Ketuanan Rakyat" dan "Keadilan untuk Semua". "Ketuanan Melayu" adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan UMNO yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi.
Zahrain harus bertaubat. Kalau beliau betul-betul memperjuangkan hak Melayu, mengapa pula lompat parti akibat tidak dapat kontrak? Sedangkan ramai lagi rakyat yang susah di kawasan Parlimen Bayan Baru. Apakah program dan khidmat yang beliau lakukan kepada rakyat sejak menjadi ahli Parlimen? Rakyat Bayan Baru sudah tertanya-tanya di mana Zahrain sekarang. Mereka asyik Nampak beliau di Amerika bersama Najib, tetapi tidak pula Nampak di kawasan mereka.
*Kenyataan media oleh Sim Tze Tzin (gambar kiri) selaku Ketua Cabang Bayan Baru, Parti KEADILAN
















