http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

PANAS : Senibina Putrajaya - Illuminati dan Freemason?

Posted by Love Perak | Wednesday, December 08, 2010 | 21 comments »


Senibina Freemason Di Malaysia.

Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.


Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.

Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.


Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..





Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Bukti: http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross


Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.

Putrajaya



Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

Lagi gambar..



Di Alamanda, Putrajaya.





Presint 5, Putrajaya.



Yang ini jelas "mata"nya



Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?




Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima.

Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.

Source: Facebook | Mass edited by Oh! Tidak



SURATAN ATAU KEBETULAN?

DAP Desak Najib Buka Semula Siasatan Kes Mata Lebam Anwar

Posted by Love Perak | Wednesday, December 08, 2010 | 0 comments »

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dituduh cuba menghalang siasatan Kabinet bersabit kes mata lebam Anwar Ibrahim apabila mengisytiharkan siasatan tidak akan dibuka semula, the Malaysian Insider melaporkan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pihaknya menerima surat daripada Hishamuddin mengatakan tidak ada keperluan untuk menyiasat semula kes itu walaupun wujud keterangan seorang pegawai polis kanan bahawa bukti-bukti dalam kes itu telah dipalsukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz sebelum ini memberi perakuan di Parlimen bahawa Kabinet mahukan penjelasan daripada Peguam Negara Gani Patail mengenai peranannya dalam kes mata lebam Anwar, 12 tahun lalu.

Menurut Nazri, siasatan beliau dan Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim akan menjurus kepada dakwaan pegawai penyiasat Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa Tan Sri Abdul Gani merekacipta bukti dan memalsukan keterangan berhubung hasil siasatan terhadap mata lebam Anwar.

Hari ini Kit Siang berkata Perdana Menteri Najib Razak harus memberi penjelasan atas pendirian bercanggah yang diambil oleh Hishamuddin dan Nazri bersabit kes itu, lapor Malaysian Insider.

"Adakah kenyataan Hishamuddin bermakna jaminan Nazri Aziz di Parlimen bahawa Kabinet mahu menyiasat bukti terbaru sebagai sesuatu yang sudah tidak relevan lagi?" kata Lim.

Dalam suratnya kepada Lim, Hishammuddin mendakwa Mat Zain telah membuat tuduhan-tuduhan tanpa memberikan bukti yang membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

"Jika Nazri telah diarah menyiasat dengan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara, jadi mengapa perlu ada jawapan sedemikian daripada Menteri Dalam Negeri," tanya Kit Siang. .

Lim mendedahkan bahawa Hishamuddin cuba membataskan kes mata lebam itu kepada tindak tanduk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor yang memukul Anwar, namun mengenepikan persoalan di sebalik tuduhan campurtangan dan pemalsuan bukti oleh Gani.

Lim berkata Najib harus memberikan penjelasan kerana "ini bukan setakat soal profesionalisme, tetapi juga mengenai komitmen kerajaan ke atas sistem keadilan jenayah," kata beliau.

Terkini : TG Nik Aziz Sesak Nafas, Dibawa Ke Hospital?

Posted by Love Perak | Wednesday, December 08, 2010 | 4 comments »

Sumber dari Blog Malaysia Instinct


Oleh Farah Deeba
Ini satu berita gempar yang Farah terima tengah malam ini...dimaklumkan seorang rakan dari Kelantan bahawa Nik Aziz sakit tenat malam ini dan terpaksa dibawa ke hospital.
Punca dikatakan kerana sesak nafas.
Nik Aziz dikatakan dibawa menggunakan ambulan malam tadi.
Setakat ini tidak banyak maklumat yang diperoleh namun keadaan beliau dikatakan tenat dan beliau ditempat di wad rawatan rapi Hospital
Sakit beliau ini dikatakan ada berhubung kait dengan sakit dialami ketika mengerjakan haji tahun ini. Beliau dikatakan gagal menyempurnakan ibadah berkenaan dan terpaksa membayar Dam (denda).
Nampaknya sakit mengikut beliau sehingga ke negara ini...
Walaupun mungkin berlainan haluan politik, mari bersamalah kita mendoakan kesejahteraan beliau.

p/s : sumber dari blog malaysia instinct iaitu blog umno. taktau sejauh mana kebenarannya. ayuh kita semua berdoa dan berharap Allah memanjangkan umur Tok Guru kita.... amin...

Perhimpunan GAPS Memalukan!

Posted by Love Perak | Tuesday, December 07, 2010 | 0 comments »

Oleh: WFAUZDIN NS

KEGAGALAN `Kumpulan Baju Hitam' (GAPS) menyaingi perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri selangor (Baju Merah) Ahad lepas sepatutnya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan sesuatu kerja yang bodoh dan menentang arus.

Ahad lepas, perhimpunan peserta di dalam kempen `Selamatkan Air Kita' yang berpusat di Masjid Negara dan berakhir di Istana Negara, walaupun diancam dengan gelagat pihak berkuasa namun ianya berjaya dilangsungkan. Puluhan ribu rakyat yang hadir menuntut agar kerajaan tidak terus bersubahat dengan puak yang `menghisap darah' rakyat, ternyata menenggelamkan perhimpunan yang dianjurkan oleh GAPS.

GAPS berhimpun kununnya ingin mengadu kepada Istana tentang penyelewengan yang berlaku di Selangor. Apakah penyelewengan itu? Tidakkah kesemua yang mereka katakan penyelewengan di Selangor itu telah pun diadu kepada pihak SPRM? Mana dia siasatan dan mana dia pendakwaan? Pihak SPRM tentu lebih tahu benar atau tidak dakwaan mereka atau sekadar omongan kosong setelah tiada lagi isu yang boleh mereka cungkil di Selangor. Yang jelas sekarang, bekas MB Selangor Khir Toyo yang dapat didakwa oleh SPRM. Tanpa GAPS berhimpun sekali pun, kes Khir Toyo telah pun dibawa ke mahkamah.

Akhirnya, Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin mengakui bahawa memang tiada sokongan dari rakyat untuk berhimpun bersama kumpulan mereka. Beliau cuma berkata objektif utama perhimpunan kumpulan itu di Stadium Merdeka Ahad lalu adalah bagi menyerahkan memorandum tersebut, telah tercapai. Ini bermaksud sekadar menyerahkan memorandum, jika begitu seorang diri pun yang hadir dikira berjayalah juga.

Berbeza dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang rata-rata berbaju merah. Mereka bukan mensasarkan memorandum sampai ke Istana Negara, tetapi kempen ini disertai oleh rakyat jelata dari berbagai kaum dan agama sebagai tanda sokongan. Bayangkan jika tiada sekatan atau ancaman dari pihak berkuasa, tentunya seluruh bandaraya KL dipenuhi dengan baju merah. Di dalam keadaan diancam dan diganggu sedemikian rupa pun, puluhan ribu rakyat turun menunjukkan mereka tidak lagi boleh diperbodohkan.

Semoga apa yang dilakukan oleh GAPS menjadi pengajaran bagi mereka. Perhimpunan yang diadakan di Stadium Merdeka oleh GAPS ternyata memalukan mereka sendiri. Walaupun dikatakan ada `raptai' sebelum itu, namun kehadiran peserta perhimpunan tidak menunjukkan perjuangan kosong mereka mendapat sambutan dari rakyat. Mereka hanya berjaya Justify Fullmengumpul beratus orang yang masih lagi gelap hati dan sanggup diperbodohkan.

Tokoh Maal Hijrah?

Posted by Love Perak | Tuesday, December 07, 2010 | 1 comments »



Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1432H. Ia diumumkan pada majlis sambutan Ma'al Hijrah 1432H/2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Ahh...pelik, Maal Hijrah adalah berkaitan dengan Islam, tentu kesempurnaan Islam yang ingin ditonjolkan. Betul, Zeti seorang tokoh yang perlu diketengahkan tetapi cacatnya seorang Tokoh Maal Hijrah yang dipilih, auratnya terdedah. Di manakah sempurnanya Islam kalau begitu, janganlah hanya melihat ke satu arah sahaja, Islam itu merangkumi seluruh kehidupan. Kalau tokoh yang terdedah auratnya dipilih, peliklah nampaknya.

Jadi ketokohan Zeti perlu dihargai, jadi pilihlah pada masa yang lain, pada acara lain, Tokoh Tahun Baru pun boleh. Ahh...pening! Malaysia macam-macam pun boleh.

Pilihanraya Kecil....?

Posted by Love Perak | Tuesday, December 07, 2010 | 0 comments »

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.

NONEMengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.

Beliau membuat pengumuman itu dalam blognya hari ini.

Alahai Mat Tempe..takkan letak jawatan Ketua Pembangkang je? letaklah jawatan Adun sekali...

Najib Lancar Perang Pilihanraya

Posted by Love Perak | Monday, December 06, 2010 | 0 comments »

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak terhadap Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam ucapan di Konvensyen BN semalam sebagai keras dan tindakan terdesak.

Anwar berkata, ucapan Najib yang juga Perdana Menteri itu jelas menggambarkan rasa cemasnya terhadap perkembangan politik semasa dan salah satu cara untuk mengalihkan kepincangan pentadbiran BN.

"Ucapan serangan Najib keras dan melambangkan sikapnya yang terdesak dengan perkembangan politik sekarang, nak alih isu kepincangan dalam pentadbiran dan rasuah dalam BN sendiri. Ini nampak lain dari 'style' Najib yang biasa.
"Maknanya ini pelancaran perang untuk menghadapi pilihan raya," kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, isu 'keluarga dalam PKR' yang dibangkitkan Najib sangat tidak relevan kerana kedudukan Najib juga berlatar belakangkan hubungan keluarga.

"Beberapa isu beliau bangkitkan begitu aneh seperti isu keluarga dalam parti dan sebagainya, datangnya dari seorang yang naik atas kapasiti ayahnya Perdana Menteri, lantik sepupu sebagai Menteri Dalam Negeri dan masih membangkitkan isu peribadi," katanya merujuk kepada ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merupakan sepupunya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoal dakwaan Najib bahawa Pakatan Rakyat anti nasional.

Saya nak tumpu tentang Pakatan ini, beliau memberikan gambaran seolah-olah Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Isu apa?Anti nasional isu apa? Kita berpegang pada perlembagaan. Adakah menentang rasuah itu anti nasional?Cara melayani tunjuk perasaan aman rakyat menuntut hak mereka itu juga anti nasional?" soalnya.

Tambahnya, jika benar Najib seorang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membalas hujahnya secara bersemuka.

"Kalau benar beliau pemimpin bertanggungjawab, beliau tidak harus mengeluarkan kenyataan tak bertangugjawab dan harus beri ruang kepada pembangkang untuk menjawab. Ini seorang Menteri bercakap di hadapan ahlinya, tak beri ruang untuk kita menjawab. Ini membelakangkan semangat demokrasi dan perbahasan segar," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan nada sinis mengucapkan terima kepada kasih kepada Najib kerana memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan.

"Saya ucap tahniahlah kepada Najib kerana tak dapat sembunyikan rasa cemasnya.

"Terima kasih juga kepada beliau kerana serangan beliau itu memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan bagi rakyat Malaysia," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula meminta satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan RM 52 bilion saham bumi untuk membuktikan keihklasan BN.

"Kalau Perdana Menteri serius menangani rasuah kita harap beliau boleh adakan suruhanjaya siasatan diraja ke atas skandal saham bumi sebanyak 52 bilion ringgit yang telah dilesapkan kerana sungguhpun RM52 bilion saham yang harus diberikan kepada golongan melayu ataupun bumiputera miskin sudah hilang, tiada sebarang tindakan diambil.

"Kenapa tak ada sebarang tindakan BN terhadap skandal ini?Jelas mereka hanya nak kekalkan kekayaan kroni mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Bagan.

Najib dalam ucapan dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA semalam menggelarkan Pakatan Rakyat sebagai pakatan nepotisme dan anti nasional.

Betapa Jahil Mangkuk Ni

Posted by Love Perak | Monday, December 06, 2010 | 0 comments »

Oleh: WFAUZDIN NS

AWANG Selamat terus menulis walaupun setiap kali tulisannya dibaca, kita semakin tahu betapa jahilnya si Awang ini. Di dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam, Awang Selamat menulis tentang kenyataan Presiden PKR yang menyebut `Anwar adalah anugerah Tuhan'.

Soalan bodoh dari Awang adalah `siapakah Tuhan' yang dimaksudkan oleh DS Wan Azizah itu? Rupa-rupanya si Awang ini masih percaya `Tuhan' itu banyak, sebab itu dia bertanya DS Wan Azizah mana satu `Tuhan' yang disebut oleh DS Wan Azizah. Jika dia percaya Tuhan itu Esa dan Satu, mana mungkin si awang teragak untuk bertanya soalan sebodoh itu.

Kemudiannya, si awang ini pun bertanya kepada Saiful Bukhari (pemuda yang pernah tidak basuh dubur selama 3 hari), adakah Anwar `anugerah Tuhan' kepadanya? Soalan Awang kepada Saiful ini biarlah Saiful yang menjawabnya. Jika Saiful telah menjawabnya, saya akan ulas kemudian. Memang releven jika akhbar pencacai di tempat Awang cari makan ini selalu rugi, kerana akhbar ini mempunyai orang sejahil Awang.

Ayoooo...Zip Seluar Sudah Terbuka...

Posted by Love Perak | Monday, December 06, 2010 | 0 comments »

kah.. kah.. kah... Jangan buka depan public nanti terlepas.. kah.. kah..kah...


TMI | Datuk Seri S. Samy Vellu secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang disandangnya sejak 31 tahun lalu. Pada sidang media yang menjadi tumpuan wartawan di ibu pejabat MIC tengah hari ini, Samy Vellu memberitahu, beliau telah menyerahkan surat meletak jawatan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat yang mengadakan mesyuarat khas pagi ini.

Hebat Anak Muda!

Posted by Love Perak | Monday, December 06, 2010 | 1 comments »

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah dan syabas di atas keberanian rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor kerana berjaya mengadakan himpunan aman di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember 2010. Walaupun himpunan ini berakhir dengan tembakan dan tangkapan yang dibuat oleh polis secara melulu menyebabkan ada yang tercedera.

Tahniah khusus kepada 70 peratus anak-anak muda yang berumur 30 tahun kebawah datang untuk menyatakan bantahan. Kedatangan mereka memberi isyarat kepada Umno BN, bukan jalan mudah mereka untuk menang selesa dalam PRU akan datang. Generasi muda tidak rela hak mereka diperkosakan oleh kerajaan BN. Pada mereka sudah cukup setengah abad pertama ibu bapa mereka ditipu, mereka tidak akan biarkan sejarah setengah abad kedua menimpa mereka. Mereka akan mencipta sejarah baru dan membentuk pemetaan politik baru di negara ini. 

Kenapakah pihak polis tidak menggunakan akal yang waras untuk menghadapi himpunan aman ini. Jika tidak ada porovokasi daripada polis himpunan akan berjalan dengan aman, contohnya ketika himpunan BERSIH 10 November 2007 tidak ada satu pasu bunga pun yang dipecahkan walaupun kehadiran hampir 100 ribu orang. Air dan gas yang mereka gunakan adalah wang rakyat. Bukankah polis tidak tahu, kantong negara semakin kurus, kenapa perlu dibazirkan wang, sehingga polis hanya dapat bonus RM500 sahaja tahun ini. Sedangkan ini adalah perjuangan untuk polis, sama-sama dapat menikmati air percuma daripada kerajaan yang berjiwa rakyat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat