http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Anwar Semakin Hancur?

Posted by Love Perak | Monday, December 13, 2010 | 0 comments »

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA Najib dan kuncu-kuncunya dewasa ini setiap hari menyerang DS Anwar? Mengapa media pencacai seperti TV3 suku dan UTusan Meloya juga melakukan perkara yang sama seperti Najib dan Umno lakukan? Tidak lain tidak bukan, mereka mahu menghancurkan PR keseluruhannya.

PR tidak boleh dihancurkan tanpa `membunuh' karier DS Anwar di dalam politik. DS Anwar tidak akan dapat `dibunuh' selagi PKR masih kuat. Justeru itu, PKR mesti dihancurkan terlebih dahulu. Cara untuk menghancurkan PKR adalah dengan memburuk-burukkan kredibiliti DS Anwar sehingga rakyat tidak lagi meyakini PKR. Maknanya DS Anwar dan PKR adalah musuh utama buat Umno.

Adakah PAS akan `mati' jika DS Anwar tiada? Sudah pasti jawapannya tidak kerana PAS tidak pernah bergantung nasib dan kekuatan dengan individu. Namun demikian, tanpa DS Anwar PAS tidak mudah untuk mendapat sokongan dari golongan bukan Islam di samping mungkin menjejaskan kerjasama dengan DAP. Sekiranya matlamat Umno untuk `nyahkan' DS Anwar dari politik negara berhasil, maka kerja agak mudah untuk Umno berdepan dengan PAS pula.

Umno tahu bahawa PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menggantikan parti mereka yang sekular itu sebagai parti pilihan orang-orang Melayu di masa akan datang. PAS mesti dimusnahkan segera, maka untuk mencapai tujuan itu DS Anwar mesti dihapuskan terlebih dahulu. Umno sedar bahawa PAS tetap utuh tanpa DS Anwar, tetapi PAS mungkin hilang kawannya dari DAP tanpa DS Anwar. Keutuhan PAS tidak akan ke mana tanpa sokongan kaum Cina dan DAP.

Umno telah cuba musnahkan PAS dari dalam, ternyata mereka gagal. Umno juga telah berusaha untuk hancurkan PKR dari dalam dan mereka tetap gagal. Kini, sasaran mereka tertumpu kepada DS Anwar. Setiap hari pemimpin Umno dan media mereka akan bercakap tentang keburukan DS Anwar. Apa yang nyata, lagi banyak mereka bercakap tentang DS Anwar, sokongan terhadap Ketua Pembangkang ini semakin kuat. Tidak mustahil, jika mereka berjaya tundukkan DS Anwar, sasaran mereka selepas itu adalah kepada Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS.

Kekuatan dan pengaruh DS Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz dilihat memberi ancaman kepada mereka untuk menghancurkan PR. Kita akan melihat usaha dari Umno akan berterusan untuk memburukkan DS Anwar. Mereka lupa bahawa rakyat mulai sedar betapa Umno tidak lagi boleh diharap dan dipercayai. Jika tidak menipu rakyat, bukan Umno namanya./wfauzdin.blogspot.com

'Konspirasi' Singapura terhadap Anwar 'mengejutkan'

Posted by Love Perak | Sunday, December 12, 2010 | 1 comments »

Dalam reaksinya terhadap pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pendedahan hanya memperlihatkan bahawa konspirasi terhadap ketua pembangkang itu berasal dari peringkat tertinggi.

btn forum 241209 nik nazmiNik Nazmi, yang juga ADUN Seri Setia berkata, apa yang "lebih mengejutkan" ialah kepimpinan Singapura telah memilih untuk turut serta dalam konspirasi terhadap Anwar dengan sengaja menyebarkan maklumat palsu disinformasi kepada perisikan Australia.

"Kita mesti bertanya, mengapa badan perisikan Singapura memilih untuk berpakat dengan Cawangan Khas Malaysia dalam menyebarkan pembohongan tentang Anwar," kata beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Dengan ahli parlimen Australia sendiri dan masyarakat antarabangsa telah mempersoalkan integriti pendakwaan terhadap Anwar, maka ini hanya menambahkan lagi kecurigaan mengenainya, tambah Nik Nazmi ditambah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nik Nazmi berharap 'technical intelligence' yang disebut dalam Wikileaks boleh didedahkan kepada awam kerana ia menjadi asas kepada dakwaan dan kesimpulan yang dibuat badan perisik Singapura.

Akhirnya, tegas beliau, kempen penganiayaan dan pencemaran terhadap Anwar tiada beza dengan yang pertama: kedua-duanya bergantung kepada penyalahgunaan proses penghakiman dan hanya bergantung kepada bukti perubatan tipis.

Ini, katanya, menunjukkan kes tersebut bermotifkan politik dan dicetuskan oleh konspirasi di peringkat tertinggi.

Kelebihan Beristeri Tidak Cantik

Posted by Love Perak | Sunday, December 12, 2010 | 0 comments »



Posting asal via isuhangat

Isteri anda tak berapa nak cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang… apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut?
Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:


LOW COST
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah.
Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!


LEBIH SAFE
Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan sebagainya.


RAJIN BEKERJA
Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi.
Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Tapi memang malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan pula. Hehehe….


LEBIH TAAT
Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”.


RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah.
Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar.

Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.

Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik tapi jangan jadi senarai di atas sudah la.

SPR Semakin Terdesak?

Posted by Love Perak | Saturday, December 11, 2010 | 2 comments »

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin terdesak apabila menyarankan supaya sistem undi pos diperkenalkan kepada golongan profesional terdiri dalam kalangan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, sistem undi pos yang disarankan itu hanya mempergunakan golongan profesional bagi kepentingan peribadi.

“Sistem ini hanya mahu memberikan kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta memperbodohkan golongan profesional.

“Sebenarnya sistem ini tidak perlu kerana ia tidak telus dan adil selain berpihak kepada satu pihak sahaja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, alasan golongan profesional seperti yang disebutkan itu sibuk dan tidak berkesempatan keluar mengundi adalah tidak logik.

“Alasan golongan profesional tidak mempunyai masa keluar mengundi adalah tidak munasabah dan ia tidak pernah dipraktikkan di mana-mana negara sebelum ini.

“Tidak mustahillah UMNO dan BN banyak menang ketika pilihan raya disebabkan undi pos, undi Felda dan undi penduduk di kawasan pedalaman sebagaimana yang kita saksikan di Galas, Kelantan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, sebelum ini sistem itu telah diperluaskan kepada orang awam yang tidak berkenaan.:

“Isteri tentera dan polis pun pernah diperkenalkan menggunakan sistem ini bagi memberikan kemenangan kepada mereka. Ini tidak adil, tidak wajar dan kita tidak boleh terus diperbodohkan dengan sistem ini,” katanya.

Terdahulu, SPR menyarankan sistem undi pos diperluaskan kepada golongan profesional seperti doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai tambahan kepada sistem sedia ada./SinarSPR

Mengutamakan sasaran Pakatan Rakyat

Posted by Love Perak | Friday, December 10, 2010 | 0 comments »

04 Muharam 1431 H
Oleh:Wan Hamidi Hamid

Walau dilanda kemelut politik dalaman, Pakatan Rakyat dilihat tetap utuh dan bersatu dalam usaha menggembleng tenaga bagi mengembalikan semula semangat persaudaraan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kemelut dalaman yang tak seberapa tetapi telah digembar-gemburkan oleh media arus perdana milik langsung dan tidak langsung Umno serta BN tidak banyak menggugat hati sanubari ahli serta penyokong Pakatan.

Malah, pengembalian semangat tsunami politik 2008 dijangka memberi nafas baru kepada Pakatan, terutamanya apabila Umno dan BN menyedari mereka juga mengalami masalah yang lebih besar.

Penyakit BN

Perdana Menteri sendiri tidak dapat lagi menutup pekung politiknya apabila terpaksa membuat pengakuan terbuka dalam konvensyen BN di ibu negara pada 5 Disember lalu dengan mendedahkan empat penyakit politik yang melanda gabungan pemerintah pusat itu.

Menurut pengakuan Datuk Seri Najib Razak, penyakit khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan telah melanda BN sebagai gabungan parti-parti yang sudah terlalu lama memerintah dan gagal muhasabah kelemahan diri.

Walau pun Pakatan tidak sepatutnya mengharapkan kelemahan musuh politik dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat, ia perlu menjadi hebahan kepada para pengundi yang selama ini dibekalkan dengan berita-berita berat sebelah dari media arus perdana.

Ini adalah kerana “keikhlasan” Najib dijangka tidak akan popular di kalangan para pemimpin Umno khususnya yang tidak pernah mengakui kelemahan diri dan sentiasa mencari alasan untuk menyalahkan orang lain apabila gagal memenuhi janji kepada rakyat, khususnya kepada orang Melayu.

Kesempatan ini perlu diambil oleh para pemimpin dan penyokong Pakatan untuk menyampaikan kebenaran kepada rakyat. Apatah lagi, sewaktu konvensyen BN diadakan, pihak polis – untuk kesekian kalinya tanpa budi bicara – telah menghambur gas dan air pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan aman beribu-ribu rakyat di ibu kota yang menuntut hak air.

Kenaikan harga barang

Di sebalik janji-janji pembangunan dan projek besar untuk rakyat, kerajaan BN terus membiarkan harga petrol, gas dan diesel naik manakala gula yang menjadi keperluan harian juga melambung harganya. Alasan untuk memansuhkan subsidi sukar diterima kerana berbilion ringgit subsidi masih dikekalkan untuk membela kroni-kroni seperti syarikat-syarikat memonopoli industri-industri tertentu termasuk korporat pengeluar tenaga bebas.

Tanpa segan-silu, pucuk pimpinan BN masih mewarwarkan program ETP, GTP, PTP dan Model Ekonomi Baru yang kelihatan indah dan gah termpampang di muka-muka akhbar untuk memulihkan ekonomi negara.

Yang menjadi persoalan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama: mengapa program-program gergasi bernilai berbilion ringgit itu dicanangkan sebagai usaha pusat untuk rakyat sedangkan BN tidak mampu untuk menangani kenaikan harga barang-barang keperluan harian? Persoalan ini bukan sahaja timbul di kalangan penyokong Pakatan, malah ia menjadi tanda tanya di kalangan akar umbi di pihak Umno dan BN.

Sikap pelampau kaum

Malah, tindakan-tindakan melampau kumpulan ultra kaum yang berkait rapat dengan Umno juga menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin dan penyokong komponen BN. Walau pun pemimpin mereka takut-takut untuk bersuara, di kalangan akar umbi komponen BN, mereka semakin meluat dengan sikap perkauman yang dibiarkan oleh Umno sebagai parti tunjang.

Sedangkan di pihak Pakatan, jelas kesepakatan – walau pun belum dalam konteks kebulatan suara – semakin terserlah apabila pimpinan dengan terang menolak perkauman dan ketuanan kaum. Sekali lagi, kelebihan berada di pihak Pakatan.

Di sini Pakatan Rakyat perlu menghimpun semula segala kekuatan intelek dan fizikal yang ada untuk mendepani isu-isu semasa di samping dasar-dasar jangka pendek dan panjang.

Dua keutamaan Konvensyen Pakatan

Dua perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah:

Memahami dan menangani masalah-masalah ciptaan BN yang membebankan rakyat dengan cara yang terbaik mungkin; dan
Berusaha untuk bertaut semula di kalangan kepimpinan parti-parti komponen yang sedikit-sebanyak terjejas dek pemilihan-pemilihan parti baru-baru ini.
Sebagaimana yang dipersetujui pucuk pimpinan Pakatan pada bulan November lalu, perkara-perkara ini akan dihalusi dan dicapai kata sepakat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang kedua yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 19 Disember ini.

Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu-isu yang akan dibincangkan termasuk soal air, tol, pelaburan, masalah pekerja, tanah Felda, Felcra dan tanah adat serta isu-isu hak Sabah dan Sarawak.

Perancangan Pakatan setakat ini berjalan lancar apabila Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat pada 29 November di Selangor telah mencapai kata sepakat menerusi tema “Meneruskan Cita-Cita rakyat” dengan menggariskan usaha-usaha jelas bagi memenuhi matlamat yang ditetapkan.

Iltizam negeri-negeri Pakatan

Tanpa menggunakan bahasa yang kabur, persidangan ketua-ketua negeri Pakatan itu telah beriltizam untuk:

Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;

Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;

Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara negeri Pakatan Rakyat;

Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;

Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;

Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat negeri dan daerah;
Menjamin ‘security’ makanan negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak;

Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;

Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan; dan
Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Mungkin ada hikmahnya apabila Kerajaan Pusat menghadkan sumbangan kepada negeri-negeri Pakatan serta menyekat bantuan-bantuan yang biasa diberikan kepada negeri-negeri di bawah pentabdiran BN kerana ini memaksa kerajaan negeri Pakatan berhemah dan berhati-hati dalam belanjawan masing-masing.

Malah, tidak ada sebab untuk kepimpinan negeri membazir atau menyalahgunakan kuasa kerana sumber kewangan yang amat terhad.

Begitu juga, jika selama ini Pakatan Rakyat dihamburkan dengan kritikan tidak ada kejelasan perjuangan, kini komitmen yang diberikan oleh ketua-ketua negeri itu sedikit-sebanyak telah menjawab kecaman dengan mengemukakan perancangan untuk rakyat dalam masa yang terdekat ini.

Tidak mustahil komitmen itu bakal menjadi asas kepada manifesto Pakatan melalui komponen-komponennya PKR, PAS dan DAP dalam PRU akan datang. Tidak perlu menjanjikan projek-projek mega kerana rakyat lebih mudah yakin dengan perancangan dan jaminan yang pragmatik dan sederhana serta mampu dilaksanakan.

Bagi Konvensyen Pakatan Rakyat nanti, iltizam ketua-ketua negeri itu perlu diperjelaskan lagi untuk memudahkan kesinambungan kefahaman di kalangan rakyat, malah termasuk untuk mereka yang masih menyokong BN atau mereka masih ragu-ragu dengan kemampuan Pakatan.

Jangan buang masa

Paling penting, konvensyen itu nanti tidak perlu membuang masa dengan amalan ritual politik lama yang penuh dengan ucapan dan perbahasan berbunga-bunga penuh jerit-pekik yang hanya mengandungi retorika politik kosong.

Masa untuk syok sendiri sudah lama berlalu apabila tsunami politik 2008 tidak lagi menjadi kayu ukur semasa. Pergolakan politik dalaman dan luaran Pakatan harus menjadi teladan kepada para pemimpin, sama ada di peringkat atas atau akar umbi, untuk kembali melihat kumpulan sasar yang sebenar, iaitu pengundi.

Pemimpin dan bakal pemimpin yang mudah jatuh cinta dengan suara dan wajah sendiri akan turut terperangkap dalam penyakit yang dialami Umno dan BN sekarang - khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan.

Sasaran utama Pakatan

Sasaran utama – pengundi - perlu menjadi keutamaan. Bukan sahaja untuk mengembalikan keyakinan pengundi yang memilih Pakatan pada 2008 tetapi juga menarik sokongan pengundi baru serta mereka yang sudah mula gusar dengan Umno dan BN.

Jika sasaran ini dipaparkan dengan jelas dalam konvensyen Pakatan nanti, ia akan menjadi petanda positif ke arah persediaan rapi untuk menghadapi PRU yang dikatakan akan diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Ini amat penting kerana Pakatan Rakyat telah giat berkempen dan berjaya mendaftarkan begitu ramai pengundi baru dalam masa tiga tahun lalu. Sebagai sasaran, pengundi memerlukan maklumat yang lengkap dan fakta yang benar untuk membuat keputusan penting dalam menentukan masa depan negara.

Harakahdaily/-



"Ketua Bahagian Dungun Sombong Dan Angkuh Berlagak, Tak Sedar Diri, Bole Tanya Kenapa "Sibuk2 Nak Bantu Pelajar2 Kat Mesir, Aku Ketua Bahagian , Aku Kenal Menteri" .....Ni Contoh Org Yg Tak Layak Jadi Pemimpin, Piraaaahh..Bantu Lar Anak2 Muda Bukan Pertikai Anak2 Muda

Org Tua Yg Perasaaan Bagus..Saya Rasa Secara Peribadi Ini Lar Yg Hancurkan Bangsa Melayu....Ni Bukan Pemimpin Tapi Ali Baba..."
- Armand Ketua Wira Perkasa

Oleh: Pria Malaya

Aik, apa masalah ni? dalam satu 'kapal' pun boleh bertelagah?..kata 1Malaysia??...hehe...

Kenyataan Armand PERKASA di atas diambil dari facebooknya di SINI..penulis pun tak pasti apa masalah sebenar yang berlaku antara beliau dan Ketua Umno Bahagian Dungun..

Mungkin ketua bahagian ni pun tak minat dengan perjuangan PERKASA seperti beberapa pemimpin utama Umno..mungkin je la..




Ketua Bahagian Umno Dungun ialah Datuk Rosli Mat Hassan...beliau juga memegang jawatan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu..so, tak pelik beliau dikategorikan dari kumpulan atau kem Mat Said...

Dari cakap-cakap yang sampai pada penulis, beliau sememangnya banyak terpalit beberapa isu..antara yang dibisikkan en.google kepada penulis adalah seperti:


- AHLI PARLIMEN DUNGUN TAKUT DENGAN KETUA BAHAGIAN
- Berapa Juta Pula Dapat?



Penulis pun tak tahu pasal apa..tak nak komen lebih2..nk tahu lebih lanjut, tanya si Armand sendiri...beliau bertanggungjawab 'membuktikan' pemimpin2 Umno atau lebih tepat Ketua Bahagian Umno sombong, angkuh dan tak sedar diri...wallahua'lam..


Laporan asal oleh Pria Malaya

Laporan asal oleh blog Oh Bulan

14853617388065929761310 (Gossip) Hubungan Maizawati & Suami Baru Bergelora, Ada Orang Ketiga?
Ini status terbaru daripada Facebook Maizawati, yang seakan ada ‘sesuatu’ dengan suami yang baru dikahwini pada Ogos yang lepas.
Khas buat suami yang tercinta
ingatlah masa cepat berlalu tapi jgn pernah kau berubah dan mungkiri serta khianati cinta dan janji sumpah setia kita bersama.. alangkah perit hidup yg lalu ku tempuhi dan masih segar dlm ingatan akn peristiwa pahit namun kau pernah berjanji dan bersumpah yg kau bknlah DIA dan x akn pernah sama nga DIA jadi buktikanlah sygku yg kau suami dan kekasih sejatiku dunia dan akhirat.. ingatlah jgn terlalu asyik mengikut nafsu dunia sedang dunia ini makin tua dan jgn kau duk dlm khayalanmu semata bangkitlah dan sedar bahawasanya tiada siapa yg tau hanya kau dan aku sj mengetahui segalanya.Jagalah amanah yg kau terima ini dgn sebaik mungkin jgn kau sakiti hatinya yg terlalu nipis bak tisu mudah terkoyak bila kena air mata yg berderai..dlm hatinya ada kamu dan x prnh terdetik dia ada yg lain inilah janjinya.. selagi kau masih setia pd yg 1…
Bukan kami nak kata, tetapi kandungan mesej tersebut secara tersirat mempunyai maksud bahawa si suami pernah mempunyai orang ketiga, mungkin kekasih yang lebih muda?
Biasa’lah, adat resam kahwin orang muda, darah masih panas. Kalau perangai nakal keluar, memang susah nak dijinakkan. Mungkin Maizawati boleh menggunakan ketegasan sebagai seorang kakak kepada adik. Kami lihat pun, gambar dibawah macam kakak dengan hadek-hadek gitu.

Info : Maizawati merupakan bekas isteri kepada Akhil Hayy, yang sudah berkahwin dengan Waheeda.

24815107454835945710100 (Gossip) Hubungan Maizawati & Suami Baru Bergelora, Ada Orang Ketiga?
15630717388296263071610 (Gossip) Hubungan Maizawati & Suami Baru Bergelora, Ada Orang Ketiga?
15547417387959263105310 (Gossip) Hubungan Maizawati & Suami Baru Bergelora, Ada Orang Ketiga?

Berita malang buat UMNO

Posted by Love Perak | Thursday, December 09, 2010 | 1 comments »



Aminn..insyaAllah....

PRU13: BN mungkin hilang banyak kerusi, ramal The Economist

KUALA LUMPUR, 7 Dis — The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan hilang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum tergempar - yang disebut-sebut akan diadakan pada suku pertama tahun depan, antara lain disebabkan kemerosotan sokongan kalangan pengundi Melayu muda dan yang moderat.

Laporan Economist Intelligence Unit juga menggariskan kekecewaan di kalangan golongan muda yang semakin meningkat dengan sikap Umno dilihat terus diselubungi skandal politik dan begitu kuat mengembangkan nilai-nilai Islam.

Semalam, ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah juga menyifatkan peluang BN untuk memperoleh kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 sememangnya “sukar” kerana terpaksa berhadapan dengan pengundi semasa yang sudah banyak berubah citarasa.


(Sekadar gambar hiasan: Pengundi muda kini bijak dan tidak mudah terpengaruh dgn sandiwara 'ketuanan melayu' Umno...)

Justeru Tengku Razaleigh mengingatkan BN yang mengadakan konvensyen sehari semalam supaya tidak terlalu yakin untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 kerana sehingga kini masih tiada jaminan gabungan 13 parti komponen itu boleh mendapat kemenangan besar.

Tengku Razaleigh telah memainkan peranan besar bagi Umno-BN memperoleh kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil diadakan awal bulan lalu.

“Kemungkinan besar keputusan pilihan raya umum akan datang ialah BN akan kalah lebih banyak kerusi memandangkan pengundi muda Melayu, yang moderat, kecewa dengan skandal-skandal politik dan Umno yang (dilihat) kuat menggalakkan nilai-nilai Islam, enggan memberi sokongan mereka kepada parti yang memerintah,” kata majalah itu dalam laporan edisi terbaru Disember mengenai Malaysia.

Semalam, bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dihadapkan di mahkamah berhubung isu pemilihan tanah. Beliau juga ketua pembangkang Selangor.

61 Senator Australia Bimbang Prosedur Kes Anwar

Posted by Love Perak | Thursday, December 09, 2010 | 0 comments »

Perbicaraan fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian luas di Australia kerana pencabulan prinsip-prinsip asas keadilan yang berlaku.

Ahli Parlimen bebas Selatan Australia, Nick Xenophon berkata kerajaan Malaysia seharusnya memberikan maklumat tepat mengenai perbicaraan Ketua Pembangkang itu dan tidak cuba menyembunyikan pencabulan yang berlaku.

Xenophon berada di Malaysia untuk mengikuti perbicaraan Anwar sebelum kembali ke Canbera untuk memberi taklimat kepada rakan sejawatanya.

"Isu perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim menjadi perhatian rakyat Australia dan seperti mana yang anda tahu, 61 ahli parlimen Australia telah menandatangani notis kebimbangan mengenai perbicaraan beliau.

" Saya rasa isu yang harus difokuskan adalah keadilan dalam perbicaraan. Saya juga adalah peguam dan saya terkejut dengan kekurangan prosedur keadilan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim," jelas Xeonophon.

Perbicaraan Anwar setakat ini dicemari dengan pelbagai kemelut termasuk, pendakwaraya enggan memberikan dokumen relevan kepada peguambela, hubungan sulit antara pengadu dan ahli pasukan pendakwaraya dan kenyataan bercanggah pakar perubatan.

Xenophon menegaskan bahawa kerajaan Australia amat mengharapkan Putrajaya bersikap telus dan ikhlas apabila membicaraan kes Anwar.

" Kita (Malaysia dan Australia) adalah kawan dan mesej saya apabila anda adalah kawan, kita perlu memberitahu tentang kebenaran dan perbicaraan Anwar Ibrahim menjadi kebimbangan di Australia berhubung kurangnya keadilan dalam perbicaraan.

" Kami jangkakan Malaysia memberitahu sekiranya kami membuat perkara yang salah. Itu sebabnya saya berada di sini tentunya untuk memantau perbicaraan dan juga mengemukakan sokongan dan pandangan saya sebagai ahli parlimen bebas kerana Anwar Ibrahim sangat dihormati di Parlimen Australia,"tambahnya lagi.

Xenophone yakin isu Anwar akan terus didokong oleh ahli parlimen Australia apabila mereka bersidang pada Februari ini kerana Ketua Pembangkang itu amat dihormati oleh rakyat Australia.

" Saya yakin isu perbicaraan Anwar Ibrahim akan dibawa ke Parlimen Australia yang akan disambung pada Februari dan ini adalah luar biasa kerana sokongan terhadap Anwar di parlimen Australia sangat memberansangkan dalam kehormatan yang diberikan oleh komuniti Australia. Ahli dari kerajaan dan termasuk pembangkang telah menandatangani surat sokongan dan itu adalah sangat luar biasa," tambah beliau lagi.

Beliau menegaskan bahawa isu Anwar adalah berpaksi kepada hak asasi dan prinsip keadilan yang menjadi kebimbangan ahli parlimen Australia.

" Ia amat luar biasa dalam konteks hak asasi manusia untuk mendapatkan perbicaraan adil dan juga isu hubungan rapat dua negara. Seperti yang saya kata kawan baik perlu memberitahu perkara yang betul dan kita jangkakan perkara yang sama dari Malaysia. Itu yang kita buat sekarang memandangkan ramai ahli parlimen terlibat dan bimbang tentang perbicaraan ini," katanya lagi.

Parlimen Kecoh isu Penggantungan Anwar - 6 Digantung

Posted by Love Perak | Thursday, December 09, 2010 | 1 comments »

Usul tergempar untuk mempersoal hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri, ditolak hari ini.

Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2011 pada peringkat jawatankuasa terganggu apabila Azmin Ali (PKR-Gombak) bangkit dan membentangkan usul tergempar mengikut Peraturan Dewan 18(1).

opposition walkout parliament 081210 argueSpeaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata keputusan jawatankuasa itu belum dibentangkan di Dewan rakyat, justeru usul itu tidak perlu disegerakan.

Berikutan penolakkan usul itu, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan dewan dalam protes.
Azmin sebelum itu membidas Pandikar Amin kerana menolak saksi, bukti dan dokumen yang membantu Anwar membela dirinya di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Katanya, Dewan Rakyat sama-sekali tidak boleh bersetuju dengan tindakan jawatankuasa yang sengaja melanggar prosedur dan prinsip 'natural justice'.
opposition walkout parliament 081210 anwarBoleh dibeli

"Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional," kata Azmin ketika meminta penjelasan dari mengapa usulnya berhubung tindakan jawatankuasa itu ditolak.

Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan keputusannya adalah tepat kerana pihak jawatankuasa berhak untuk menolak mana-mana bukti yang dikemukakan.

Kenyataan Pandikar bagaimanapun mengundang kritikan keras.

"Bagaimana jawatankuasa boleh mengatakan bukti dan saksi yang akan dipanggil tidak berkaitan tanpa melihat atau mendengarnya terlebih dahulu?" soal Azmin.

Dalam perkembangan yang sama, speaker sekali lagi dibidas kerana enggan berundur dan memberi laluan kepada timbalannya untuk mendengar hujah Azmin.

opposition walkout parliament 081210 pc 02Karpal Singh berkata Pandikar Amin tidak layak kerana beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

"Tuan Speaker harus berundur. Sekiranya tidak, maka berlakulah conflict of interest," kata Karpal.

Pandikar bagaimanapun enggan berbuat demikian.
Beliau sebaliknya mengarahkan sidang diteruskan tetapi tidak berjaya kerana ahli-ahli parlimen terus bertikam lidah.
Enam digantung

Akibatnya, Pandikar menggantung enam ahli parilimen Pakatan rakyat yang terus berdiri sehingga Dewan Rakyat bersidang semula selepas makan tengahari pada jam 2.30 petang.
opposition walkout parliament 081210 02Mereka yang digantung itu adalah Azmin, Tian Chua (PKR-Batu), Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dan Khalid Samad (PKR-Shah Alam).

Minggu lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk dari Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.

Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan 'Satu Malaysia' yang diilhamkan oleh Apco, diodakwanya ditiru dari konsep 'One Israel' yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

azlanPada 3 Disember lalu, ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh - yang juga anggota jawatankuasa itu berkata ahli-ahlinya diberikan sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dan memutuskan telah membuat rumusan mereka.

Berikutan itu, beliau dan seorang lagi anggota - ahli parlimen PKR Subang Jaya bertindak meninggalkan mesyuarat dalam protes.