http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Gempar!! - Ezam mengaku Masuk UMNO kerana fulusssss......

Posted by Love Perak | Tuesday, October 27, 2009 | 0 comments »



kah kah..makan diri sendiri skrg...pembelot...

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional

Posted by Love Perak | Tuesday, October 27, 2009 | 1 comments »


Madey sila Diam!!! - TG Hadi Awang

Posted by Love Perak | Tuesday, October 27, 2009 | 0 comments »

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang today ticked off Tun Dr Mahathir Mohamad, saying he should not interfere in the Islamist party rocky leadership crisis.

“Only the party can decide on the leadership,” Hadi told reporters in Parliament.

He was responding to Dr Mahathir’s call yesterday for the PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat to step down because of his age. - + selanjutnya

TG Nik Aziz Bidas Syed Ali

Posted by Love Perak | Tuesday, October 27, 2009 | 0 comments »

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kata-kata Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee bahawa beliau adalah ulama' akhir zaman yang menentang penyatuan umat Islam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Syed Ali terlebih dahulu harus menyedari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab di atas perpecahan umat Islam yang berlaku di dunia ini, sebelum menuduhnya demikian.

"Saya nak beri salam pada dia (Syed Ali) balik, biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini berpunca daripada Nabi Muhammad atau berpunca daripada puak-puak Syed lawan Nabi Muhammad?"

"Semua bapa saudara nabi adalah (keturunan) Syed. Syed ini kepala yang lawan Nabi Muhammad."katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

Ujar Nik Aziz, beliau hanya menjalankan amanah sebagai umat Nabi Muhammad di muka bumi ini untuk menyampaikan ajaran Islam.

"Kalau dia cakap soal perpecahan jangan tuju kepada saya. Saya hanya tolong datuk nenek dia Nabi Muhammad. Dia yang melawan datuk nenek dia sendiri. Itu kena faham," tegasnya.

Syed Ali seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian kelmarin juga mendakwa Nik Aziz menentang segala usaha untuk menyatu padukan umat Islam sebaliknya bersubahat dengan bukan Islam.

Beliau juga mendakwa Nik Aziz harus dipersalahkan kerana kononnya beliau tidak boleh ditegur dan enggan menerima perubahan dan pembaharuan.

Tuduhan Syed Ali itu dilihat sebagai mengambil kesempatan di atas isu cadangan Nik Aziz agar diadakan Muktamar Khas (EGM) untuk menyelesaikan masalah kepimpinan parti sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi banyak pihak khususnya Umno Barisan Nasional yang sentiasa mencari kesilapan PAS.

Malah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin Isnin lalu membuat kenyataan bahawa rundingan Umno-PAS masih terbuka. Sedangkan bagi PAS sendiri, isu itu sudah selesai dalam muktamar PAS Jun lalu.

Nik Aziz sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS hanya boleh menerima Umno jika parti itu menukar dasar kebangsaan yang dibawanya kepada dasar Islam.Namun, Umno enggan berbuat demikian sebaliknya terus mendakwa PAS tidak mahukan perpaduan di kalangan orang Melayu.

From Raja Petra With Love

Posted by Love Perak | Tuesday, October 27, 2009 | 0 comments »


kah kah kah..najib, razak baginda share satu awek mongolia, raja petra sorang pulun 2 awek mongolia, tak jeles ke? hahaha. gambar ini diselitkan dalam satu artikel terbaru rpk bertajuk Dear Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.



RPK juga turut member amaran bahawa beliau akan mendedahkan lebih banyak kisah rosmah dan sekutunya dalam masa terdekat. ini adalah sedikit petikan dari artikel tersebut :


Just see what I have been able to do over the last one year while out of Kamunting. And we have lots more to come, Megat. I am completing my parts 2, parts 3, and so on, for the Carpetman cum Bagman cum Toyboy cum when Rosmah wants him to cum story. I hope to release the story soon. Now that is really going to get Rosmah’s panties all twisted into knots.


Untuk membaca sepenuhnya - klik link artikel penuh di MALAYSIA TODAY

Milik siapakah "barang" banyak ini?

Posted by Love Perak | Tuesday, October 27, 2009 | 3 comments »














KLU : seorang wanita dan tomboy kah kah kah

Jambatan Gantung Runtuh

Posted by Anonymous | Tuesday, October 27, 2009 | 0 comments »

Inilah jambatan gantung yang runtuh diKuala Dipang.

Kenyataan Presiden PAS

Posted by Anonymous | Monday, October 26, 2009 | 1 comments »

KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS Image



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.



Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.



Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.



Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.



Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.



Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.



Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.



Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)


6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Mohon Sultan Perak Tangguh Sidang DUN

Posted by Anonymous | Monday, October 26, 2009 | 0 comments »

Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin membuat permohonan peribadi melalui media kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, 28 Oktober ini.

Nizar berkata, permohonan dibuat atas alasan Datuk R Ganesan telah melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, perkara 36 (a) (5) kerana didapati menyamar sebagai Speaker DUN.

“Atas kedaulatan undang-undang, maka kita tidak mahu dewan yang mulia ini dipengerusikan oleh seorang pembohong, itulah sebenarnya mahu dikhabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka faham bahawa Ganesan ini pengkhianat, persidangan yang beliau panggil itu adalah sidang tidak sah dan kami (Pakatan Rakyat) mahu sidang ini ditangguhkan,” katanya kepada pemberita, di Pejabat Pas negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau juga mengecam tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang sejak dari rampasan kuasa tempoh hari yang didakwanya dalang permainan politik Perak.

Nizar mendakwa, Dr Abdul Rahman juga telah mengarahkan Ganesan dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Khadir menukarkan bentara Dewan dengan samseng UMNO seramai 15 orang.

“Sumber ini kami peroleh dari orang dalaman mereka juga dan kami mengharap sangat supaya pihak polis memastikan keselamatan kami wakil semasa sidang DUN nanti.”

“Hakikatnya Zambry tidak ada kuasa sebaliknya beliau hanyalah boneka kepada Setiausaha Kerajaan Negeri termasuklah Ganesan,” katanya.

sinarharian

Adun PR Perak tidak hadir sidang DUN? - Nizar News

Posted by Love Perak | Monday, October 26, 2009 | 0 comments »

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada PAKATAN RAKYAT mungkin tidak akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan pakatan pembangkang negeri.

"Matlamat kami adalah hadir sidang...kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di pejabat PAS Perak di sini hari ini.

Namun begitu menurut YDP Pas Bukit Gantang ,Ustaz Nordin mengharapkan pihak polis bersikap profesional.

"Pihak polis mesti menunjukkan prestasi kelas dunia"kata Ustaz Nordin."Kita tidak mahu peristiwa 7 Mei berulang lagi"tegas Ustaz Nordin.