http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Tolak isu perpaduan, fokus 'sistem dua parti'
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 22 Julai: PAS sewajarnya fokus pada usaha mewujudkan sistem dua parti, bukannya ghairah menyambut rancangan 'kerjasama Umno-PAS' yang dipopularkan semula oleh beberapa pemimpin Umno, kata penganalisis politik, Prof Dr. Abdul Aziz Bari

Ini kerana, katanya Umno yang dianggap mengidapi virus berbahaya bakal memusnahkan kekuatan yang sedia ada pada PAS sekarang.

"PAS perlu fokus dalam mewujudkan sebuah sistem dua parti yang akan membantu memperkasa rakyat di negara, PAS akan dikutuk oleh rakyat jika termakan dengan gula-gula Umno.

"PAS akan dijangkiti Aids yang Umno hidapi sekarang," ujarnya sebagaimana dipetik dari email beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga pakar perlembangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, rancangan tersebut yang kononnya untuk perpaduan Melayu itu wajar dipertikai.

"Persetan perpaduan Melayu kerana dalam Umno sendiri berpecah, elok Umno masuk PAS atau PKR," tegasnya.

Difahamkan, rancangan Umno tersebut mungkin setelah melihat minat masyarakat Melayu umumnya masih bersama Barisan Nasional, sedangkan masyarakat bukan Melayu lebih berminat pada PAS dan Pakatan Rakyat, sebagaimana pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dua tahun lalu.

Ekoran itu, beliau berkata, rancangan tersebut bakal mengukuhkan sokongan Melayu pada Umno BN, bukannya Pakatan Rakyat.

Melihat pada permainan itu, katanya lagi, rakyat umumnya mungkin bakal menolak PAS di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak sekiranya pemimpin PAS di negeri itu masih berminat untuk mengadakan 'pelan damai Umno-PAS' yang kononnya demi kepentingan Melayu.

Ini kerana, menurut beliau, kemenangan PAS serta Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan beberapa negeri umumnya adalah hasil sokongan masyarakat bukan Melayu.

"Yang teringin nak bekerja dengan Umno, lupa diri negeri-negeri Pakatan, termasuk Kedah, akan jatuh kerana orang bukan Melayu akan marah dengan PAS, ia perlu ingat," jelas beliau sambil menasihatkan PAS supaya kembali melihat pada lanskap 'politik baru' PRU12 lalu.

Pun begitu, beliau mengaku bahawa masyarakat Melayu di Kelantan pada pilihan raya umum lalu banyak membantu PAS dan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Dari segi yang lain, beliau berkata, imej PAS bakal dipandang serong oleh rakyat dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat sekiranya PAS terperangkap oleh rancangan terbaru Umno itu.

"PAS akan tersungkur serta dikenang sebagai tidak setia dan menikam dari belakang oleh rakan-rakan dalam Pakatan.

"Imej jangka panjang ini perlu PAS ingati, selain pengalaman dalam BN pada 1972 hingga 1977 lalu, landskap politik baru itu akan menelan PAS," tegas beliau.

Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tetap melakukan perubahan pada pilihan raya umum yang dijangka berlangsung tidak lama lagi walaupun PAS masih berminat dengan rancangan tersebut.

"PRU 13 cerah tapi kalau PAS masuk perangkap Umno, ia akan bungkus dan Umno akan hidup. Umno perlukan talian hayat," ujarnya lagi.


Harakah Daily

Kroni rapat Umno didakwa terima komisyen RM134 juta

Posted by Love Perak | Thursday, July 22, 2010 | 0 comments »

Menurut akhbar, The Age di Melbourne, pihak berkuasa Australia telah memohon bantuan SPRM bagi siasatan membabitkan bayaran komisyen RM134 juta (A$47.5 juta) yang dibayar oleh firma mencetak wang Securency and Note Printing Australia - kedua-duanya anak syarikat Bank Negara Australia - Reserve Bank of Australia (RBA) - sepanjang tempoh enam tahun.

"Sumber risikan daripada soal-siasat telah dihantar kepada pasukan polis persekutuan Australia bagi menentukan sama ada eksekutif dua anak syarikat RBA itu untuk melanggar undang-undang anti-rasuah,” kata laporan itu.

"Orang tengah (rakyat Malaysia, kroni rapat Umno) dibayar wang komisyen RM134 juta bagi membantu firma RBA mendapatkan kontrak mencetak dan membekalkan wang daripada Bank Negara Malaysia...”.

Usahawan Malaysia yang tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen yang dibayar oleh firma RBA.

Menurut The Age juga, usahawan itu juga pernah bertindak sebagai broker bagi kilang membuat senjata kerajaan Pakistan.

Hassan Ali yang berjumpa Harussani - Web Pro Umno

Posted by Love Perak | Thursday, July 22, 2010 | 3 comments »

oleh : penarik beca

Laman pro-Umno dakwa "Hassan Ali yang sebenarnya bertemu Harussani bincang perpaduan Melayu". Mana aku tau. Pi la baca Malaysia-instinct.com (sila klik).

Ada orang kata jumpa di PNB Darby Park. Mana aku tau. Saya tengah tunggu gambar.

Kalau benar dakwaan Malaysia-insticnt tu, harap-harap depa boleh jumpa sekali lagi untuk bincang mengenai perpaduan Melayu menentang kenaikan harga barang a.k.a. BN. Itu lebih berfaedah kepada rakyat terutama yang miskin macam saya.

Kerajaan Salah, Rakyat Dihukum!

Posted by Love Perak | Thursday, July 22, 2010 | 0 comments »

Kerajaan salah, rakyat dihukum

YB V.Sivakumar

Adakah benar bahawa Malaysia akan muflis pada tahun 2019? Kenyataan ini tidak dibuat oleh YB Lim Kit Siang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun YAB Dato Seri Tok Guru Nik Aziz.

Yang mengeluarkan kenyataan ini adalah seorang pemimpin Barisan Nasional sendiri. Seorang menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri telah berani tampil ke hadapan untuk memberitahu rakyat negara ini bahawa negara kita akan muflis dalam tempoh 9 tahun lagi. Beliau menyarankan supaya subsidi yang diberikan kepada rakyat ditarik balik untuk menyelamatkan negara.

Menurut Datuk Idris Jala , hanya dengan cara ini kita boleh menyelesaikan masalah ekonomi yang serius dihadapi oleh negara kita. Jika apa yang disebutkan oleh beliau itu adalah benar, siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?

Negara kita diperintah oleh komponen BN sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini. Jika negara kita menghadapi masalah ekonomi yang begitu meruncing, bukankah itu berpunca daripada ketololan dan salah urus kewangan yang dilakukan oleh kerajaan BN. Sudah tentu kita tidak boleh salahkan DAP, PAS, PKR mahupun rakyat dalam hal ini.

Sebagai contoh, jika sebuah syarikat swasta menjadi muflis, salah siapa? Bukankah itu merupakan tanggungjawab pihak pengurusan syarikat tersebut? Jika benar, bagaimana pula sekiranya sebuah negara menjadi muflis? Bukankah itu merupakan tanggungjawab kerajaan yang memerintah negara tersebut.

Dalam hal ini, jelas bahawa kerajaan BN tidak bijak menguruskan kewangan negara. Wang berjuta-juta ringgit dibelanjakan dengan boros tanpa membawa manfaat kepada rakyat. Kita boleh melihat sendiri berpuluh-puluh projek gajah putih telah mengakibatkan wang rakyat dibelanjakan seperti mencurah garam ke dalam laut.

Dimana perginya khazanah hasil mahsul daripada keuntungan petroleum? Rakyat tahu bahawa Petroleum membuat keuntungan berbillion ringgit setiap tahun. Adakah keuntungan Petronas digunakan dengan cara yang berfaedah atau digunakan oleh kerajaan BN untuk kepentingan politik dan membantu kroni-kroninya? Semua pemimpin-pemimpin BN memekap apabila isu ini dibangkitkan.

Ekonomi Malaysia dalam keadaan bahaya bagaikan biduk tiris menanti karam. Malaysia yang kaya dengan sumber alam dikatakan akan menjadi negara muflis dalam 9 tahun lagi jika polisi-polisi sekarang diteruskan. Yang bersalah ialah kerajaan BN, tetapi yang dihukum pula ialah rakyat kerana subsidi yang dinikmati oleh mereka telah ditarik balik. Ini adalah tidak adil kerana orang bersalah terlepas manakala orang yang tidak bersalah terpaksa menanggung hukuman.

Jika kerajaan BN benar-benar jujur dalam mendahulukan rakyat , sudah tentu pemberian subsidi tidak akan ditarik balik. Tetapi, dalam keadaan sebenar BN cakap tak serupa bikin. Sebuah kerajaan kebajikan tidak akan membebankan rakyat dengan polisi-polisi yang menekan seperti ini.

Tanggungjawab sesebuah kerajaan ialah mengenakan cukai daripada golongan kaya raya dan menggunakan wang itu untuk menyediakan kemudahan awam dan memberi subsidi kepada golongan pertengahan dan miskin. Menurut seorang pakar ekonomi yang bernama Paul A. Samuelson, tindakan makruf mengagihkan kekayaan dengan cara ini akan membawa kepada kepuasan sosial yang lebih tinggi dalam masyarakat.

Dalam konteks Malaysia, cukai terus dikenakan tetapi subsidi ditarik balik. Ini bermakna terdapat bocoran yang amat ketara dalam urusan kewangan negara. Tambahan pula kerajaan bercadang untuk mengenakan GST yang akan menambahkan beban rakyat tidak lama lagi.

Beban rakyat seharusnya dipikul oleh kerajaan, tetapi lain pula keadaan di Malaysia, beban kerajaan terpaksa dipikul oleh rakyat. Oleh yang demikian, kita memerlukan satu forsep baru untuk memegang ekonomi negara supaya tidak tersungkur kedalam senarai negara-negara muflis.

Tuan Ibrahim Tuan Man, Gua Respek Sama Lu!!!

Posted by Love Perak | Wednesday, July 21, 2010 | 0 comments »

oleh : shalehudin

Lebih baik berpecah dari derhaka kepada Allah


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.

Ini baru betoi cara nak jawab dengan puak puak yang perasan baguih tu... syabas Tuan Ibrahim...

gambar zizie ezette mengandung

Dipetik dari blog Beautifulnara :


Tua-tua tapi hebat. Kagum kami dengan kejantanan Bung Mokhtar. Sekejap sahaja sudah mendapat perkhabaran baik yang isterinya, Zizie Ezette sudah mengandung. Orang lain tunggu bertahun-tahun lama baru boleh dapat anak. Memang sudah rezeki diorang berdua. Mungkin Bung Mokhtar ada teknik yang boleh dikongsi bersama dengan mereka-mereka yang kurang bernasib baik.


Kami percaya yang Bung Mokhtar akan menjaga Zizie Ezette yang mengandung seperti menata minyak yang penuh (betul ke peribahasa nie). Kami doakan agar semuanya selamat. Semoga anak yang dilahirkan gebu dan putih macam Zizie. Mesti comel gile ~~

Jom Kita Teka ni Gambar Siapa?

Posted by Love Perak | Wednesday, July 21, 2010 | 4 comments »

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGJHjeOhF81sbtkzXAtfFZINoVQgEM5l1LSx8QfRzaOB-beAnzVCaFCmiKfzBk-1S2Anrt9iSWLZOZ6_q5xoOzx82lY0omqEESSzsupmYxkcfj55OIZnXRGU45Kt7RkUBtM2mkQd-7mYfW/s1600/azlina.jpg
err... cuba anda teka... sapa ni... orang asli ke... korang tau tak nama dia apa? sapa jawab betul dapat percutian percuma bersama bik mama di mongolia kah kah kah

sila jawab di bahagian komen di bawah, kita tengok sapa yang betul!

Rosmah Biadap Terhadap Suami Sendiri?

Posted by Love Perak | Wednesday, July 21, 2010 | | 3 comments »

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLva4Ex6emtHVOrRYZXrVnhacczhcsAiQ_ej0ssdE_Y4L0YMN1waO_MfN-mqimH6k4ruN2Eva1Mg8XpBOCjRJPzgCmeNesy0SApL1Jk9mYQuzv0hCFq7fgtNY0oZMh3klRjgWpH4TwAyGX/s1600/Rosmah+Sabah.JPG

Biadapnya Bik Mama ni? Berjalan dan bersalam di hadapan suami sendiri? Sapa suami sebenarnya ni? Sapa Piem sebenarnya ni? Mungkin Najib dah bebal dengan Bik Mama, lalu menjampikannya jatuh tergolek dari tangga kah kah kah

UMNO Tubuhkan 'Pasukan Khas' Pecahbelahkan PAS

Posted by Love Perak | Wednesday, July 21, 2010 | 0 comments »

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob meminta pimpinan berwaspada dengan rancangan 'pasukan khas' yang ditubuhkan Umno untuk membangkitkan semula isu perpaduan PAS dengan parti perkauman Melayu itu..Kita juga mengharapkan YB Salahuddin akan menegaskannya pada mesyuarat ahlijawatankuasa PAS nanti.


"Awas pada satu kewujudan pasukan khas yang dicipta oleh Umno untuk memecahbelahkan PAS," ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, malam tadi.


Menurut YB Salahuddin Ayob pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya ada pemimpin tertinggi PAS bertemu dengannya untuk menyatukan PAS dengan Umno juga dipercayai sebahagian daripada rancangan pasukan khas tersebut.


"Ini adalah konspirasi rapi yang mungkin memaksa Harussani berbohong, mungkin juga ada dalang pasukan khas ini," kata Salahuddin.


Rancangan pasukan khas tersebut, katanya lagi, turut bertujuan mewujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.


"Rancangan ini memang untuk pecah belahkan PAS dan wujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum depan," tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian seperti dilaporkan.


Kemudian kita pula dikhabarkan Tok Mufti pernah bertugas di Cawangan Khas seawal beliau berkhidmat dengan kerajaan.Justeru itu pandangan YB Salahudin Ayob perlu diberi perhatian.


Kita juga mengharapkan YB Khalil Idham Lim ,mendedahkan siapa yang bertemu Tok Mufti itu dan perbincangan mereka.Kita tidak mahu hajat untuk Pakatan Rakyat pergi ke Putrajaya tersekat setakat Kajang sahaja.


Nampaknya BN melalui pelbagai individu akan cuba memecah-belah perpaduan Ahli PAS ,kerana PAS parti yang bersedia untuk menggantikan UMNO.

Kereta-Kereta Mewah Pak Arab

Posted by Love Perak | Tuesday, July 20, 2010 | 0 comments »

kereta pak arab
Pergh... memang meleleh beb tengok kereta-kereta pak arab yang kaya-kaya nih....T____T

kereta pak arab

kereta pak arab


Gambar-gambar seterusnya di sini