Yang pertama :
Sebelum gua paste screenshot, korang baca dulu apa tukartiub tulis di sini.
Ni screenshotnya. Jangan marah gua. Sila marah google kah kah kah
buka google, kemudian tulis "Najib buka puasa"
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPrfZNZAsMlbI-pqfo4S7RLbkGno3_LFgFVowUNOSBRHNUrMQi6kLhO8Vzm0v3GxWwLBR8mufoBfzmEP20xBVfs_Vzz9CVcTX3fADvujXrd-Jf2Cu3gcQ9RTseyUz7a2rGVxqGA3IGYzA/s1600/najib+buka+puasa.jpg
Klik URL untuk lihat gambar besar!
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
Yang kedua :
Sila google "Beruk"
tengok result no. 1 nama sapa. kah kah kah
p/s : kerajaan perlu menangkap dan "ISA" kan google... heheheh
Gempar : Pakatan Rakyat Beli Syarikat Google?
Posted by Love Perak | Wednesday, August 25, 2010 | 0 comments »18++ : Video - Mengapa Indon Baling Taik
Posted by Love Perak | Wednesday, August 25, 2010 | 4 comments »Sebelum tengok video ni, aku tak tanggung korang ak muntah ke pitam ke. Baru aku tau kenapa indon balig taik dekat Kedutaan Malaysia. Rupanya banyak taik berlebihan dekat sana. Gyahahahaha!!!!
p/s : tengok risiko tanggung sendiri :P
Ust Asri Menulis Mengenai Mufti Perak
Posted by Love Perak | Wednesday, August 25, 2010 | 0 comments »
Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang “dikecohkan” sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati SS Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salahfaham dapat dielakkan.Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya “malu”) dengan fatwa SS Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?” Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan SS Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.
Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh SS Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan “sejahtera” itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:
1. Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. Adapun SS Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh — bukan lemah seperti saya — dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.
2. Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia “Islam adalah agama yang rahmat”, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.
3. Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan — terutama di media-media kerajaan — “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Walaupun Nabi s.a.w — seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim baginda hanya memberikan “assalamualaikum” sahaja. Perkataan “assalamualaikum” itu memang bermaksud “kesejahteraan ke atas kamu”. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan “salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Tidakkah “salam sejahtera kepada bukan beragama Islam” itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru “salam 1 Malaysia” juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.
4. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.
5. Kata Abdullah bin Mas’ud: “Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: ‘Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu’ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).”
Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam erti kata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.
6. Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi s.a.w pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah tersebut: “Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar”. Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.
7. Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam. Firman Allah: (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).
8. Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Sama ada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim. Firman Allah: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).
9. Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: “Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.
10. Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredhaan sesuatu pihak semata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau pendetilan.
11. Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda. Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan Muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?
12. Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi s.a.w pernah berdoa: “Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau “Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).
Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.
Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya SS Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.
KOTA BHARU, 24 Ogos: Bekas anggota parlimen (MP) Tanah Merah, Datuk Ir Shaari Hassan hari ini diarah mahkamah membayar ganti rugi kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ekoran kes saman fitnah.
Penyelesaian kes saman fitnah tersebut dicapai di luar mahkamah dan telah direkod Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Ahmad Zaidi Ibrahim.
Kes saman tersebut difail Husam pada 23 Febuari 2008 ekoran Shaari mengeluarkan kenyataan yang dianggap memfitnahnya pada satu ceramah.
Pada ceramah yang diadakan di Masjid Padang Lalang, Tanah Merah pada 25 Disember 2007 Shaari menyebut Husam seorang yang hanya bertopengkan PAS.
Selain itu disebut juga anggota Exco terbabit adalah manusia yang terkaya di Kelantan kerana mempunyai wang sebanyak RM30 juta yang mana wang tersebut diberi oleh tauke-tauke balak.
Berikutan fitnah tersebut Husam telah memohon defendan memohon maaf dan menuntut sejumlah ganti rugi dibayar terhadapnya.
Husam ketika bercakap kepada pemberita bagaimana pun enggan menjelaskan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar bekas anggota parlimen dari Barisan Nasional (BN) terbabit.
“Cukup sekadar saya katakan jumlah gantinya puas hati bagi pihak saya. Saya berharap kes ini menjadi sebagai satu pengajaran.
“Kita perlu juga menjaga air muka orang lain jangan mengaibkan seseorang di hadapan orang ramai,” katanya di pejabatnya di Kota Darulnaim.
Pada kes tersebut Husam diwakili peguam Hisyam Fauzi, manakala Shaari Azmi Abdullah.
Husam juga memberitahu terdapat lapan lagi kes saman yang dikemukanya terhadap beberapa pihak termasuk dua kes terhadap Utusan Malaysia dan dua (The New Strait Times).
Menurutnya saman terhadap Utusan Malaysia dibuat ekoran penerbitan berita mendakwa beliau meletak jawatan seperti disiar akhbar terbabit pada 21 November 2009.
Kapal Selam Mesra Pakatan Rakyat
Posted by Love Perak | Wednesday, August 25, 2010 | Kapal Selam | 0 comments »Ini kapal selam kuasa kayuhan "Scoobster" yang dicipta oleh Stephane Rousson. Ianya boleh bergerak pada kelajuan 8 kmj dan menyelam sedalam 6 meter. Ianya juga murah. Aku yakin kalau kapal selam ini dibeli oleh TLDM ahli politik Pakatan Rakyat pasti bergumbira. Kenapa?
a) Kapal selam ini kuasa kayuh - Tak ada enjin yang bakal dicuri lagi
b)Kapal selam ini boleh menyelam - Tak macam kapal selam Scorpene yang dituduh tak leh selam
c) Pencipta kapal selam ini lelaki tua berumur 40 tahun - Tak akan ada skandal seks ala Minah Mongol
HAHAHAHAHAHAH



Di bawah adalah printscreen email den kpd Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, merayu supaya membebaskan Abg Sudin dari Kem Tahanan Kamunting.
Berikut adalah beberapa fakta mengenai Abg Sudin :
1] Nama sebenar Shamsuddin bin Sulaiman
2] Ditahan dibawah akta ISA pada 18 April 2002
3] Disyaki sebagai ahli JI
4] Duda setelah diceraikan (fasakh) oleh isterinya
5] Mempunyai beberapa orang anak
6] Tidak pernah dibuktikan sbg bersalah oleh mana-mana mahkamah dalam persekutuan Malaysia
7] Ditahan ketika berusia 32 tahun. Sekarang sudah berumur 40 tahun.
8] Sudah 8 tahun merengkok di Kem Tahanan Kamunting kerana ISA (Tahanan ISA paling lama)
Mak aih... kalah PM 1Malaysia kita... berderet gambaq Kak Midah di kawasan Batu Gajah...
Bukan itu saja... Bubur Kak Midah pun ada...
Harap juga Kak Midah dapat buat iklan masuk TV dan radio,
juga print gambar sekali pada tisu-tisu tandas kah kah kah
Skandal MB Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dan Hawa binti Abdul Rahman
Posted by Love Perak | Monday, August 23, 2010 | 2 comments »Mek Hawa Dapat Projek Membekalkan Baju Sekolah
Sekitar bulan November 2008, sebuah syarikat bernama Hamie Enterprise telah menghantar surat secara terus kepada Menteri Besar Terengganu, menyatakan ia adalah sebuah syarikat yang membekalkan pakaian sekolah dengan jenama 'Ganu Kita'.
Dalam surat tersebut, tidak pula dinyatakan bahawa Hamie Enterprise memohon untuk membekalkan pakaian sekolah kepada pihak kerajaan negeri.
Namun surat Hamie Enterprise yang ditandatangani oleh penama Hamie Azreen bin Ami Nordin telah diperkenankan oleh Menteri Besar untuk menjadi syarikat yang membekalkan pakaian sekolah.
Bahkan, walaupun waktu itu sudah bulan November (hujung tahun), Ahmad dilaporkan memilih Hamie Enterprise secara rundingan untuk membekalkan pakaian sekolah bagi tahun 2008 juga.
Berdasrkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Hamie Azreen bukanlah pemilik ataupun rakan kongsi Hamie Enterprise ketika ia ditubuhkan pada tahun 1994. Hamie Enterprise adalah syarikat perniagaan tunggal Mek Hawa binti Abdul Rahman
Hamie Azreen hanya dimasukkan sebagai rakan kongsi pada 6 Januari, 2008 dan kemudiannya meninggalkan Hamie Enterprise pada 26 Ogos, 2008. Menurut rekod Hamie Azreen meninggalkan syarikat tersebut adalah kerana menarik diri.
Namun dari tarikh-tarikh diatas menunjukkan Hamie Azreen digunakan sebagai penama untuk tujuan memperolehi projek membekalkan baju sekolah sebagaimana yang diluluskan pada 31 November, 2008.
Pakaian Sekolah Tidak Habih Diagihkan
Apabila diluluskan oleh Menteri Besar, Mek Hawa binti Abdul Rahman sebagai pemilik tunggal syarikat Hamie Enterprise telah mendapat tender membekalkan pakaian sekolah kepada 53,300 orang pelajar sekolah bernilai RM7,995,000.00.
Oleh kerana keputusan tergesa-gesa yang dibuat pada hujung tahun, perbelanjaan sebesar itu yang sepatutnya ditender oleh kerajaan negeri telah diberikan begitu sahaja secara rundingan.
Maka, Mek Hawa pun kerana kesuntukan masa dilaporkan telah membuat pembelian pakaian seragam sekolah dan peralatan tersebut dari negeri China, tanpa membuat rujukan sebenar kepada keperluan pakaian dan peralatan sekolah menurut saiz secara terperinci.
Akibatnya, sehingga kini, walaupun sudah berlalu hampir dua tahun, pakaian sekolah termasuk stokin dan kasut masih 'bertambung-tambung' tidak habis diagih-agihkan kerana saiz yang tidak sesuai.
Menurut laporan setelah semakan dibuat oleh Pejabat Pelajaran Hulu Terengganu sahaja, setelah hitungan semula pada 5 Oktober, 2009, mengesahkan stok yang masih ada dalam stor pejabat pelajaran daerah tersebut adalah seperti berikut;
Kasut - 5402 pasang
Seluar Panjang - 5066 helai
Kemeja Lengan Pendek - 4222 helai
Baju Kurung Putih - 4415 helai
Kain Sarung Biru - 936 helai
Tudung - 2910 helai
Lebihan pakaian dan peralatan sekolah yang tidak habis diagih-agihkan itu dilaporkan kini berada dalam Dwan Badminton berhampiran kediaman rasmi Menteri Besar
Pembaziran tersebut bukan sahaja telah dipersoalkan oleh wakil-wakil rakyat PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri sejak sesi lalu, malah wakil-wakil kerajaan juga mempersoalkan justifikasi Ahmad menganugerahkan projek tanpa tender bernilai RM7,995,000.00 kepada Hamie Enterprise.
Asakan yang datang bukan sahaja dari pembangkang, malah dari ADUN Umno sendiri telah menyebabkan Ahmad Said naik darah dan bersumpah pada Sidang DUN lalu.
Katanya segala projek yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan semuanya dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata.
"Saya merasa sedih apabila ada wakil rakyat mempersoalkan mengenai pemberian kurma dan air zam-zam, malah ada andaian berlaku penyelewengan.
"Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat," katanya.
Ahmad berkata bahawa bungkusan kurma yang diagihkan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM20 adalah berpatutan dan tidak ada sebarang penyelewengan dalam pemberian kontrak pembelian tiga jenis kurma dan air zam-zam itu.
Beliau mengulas mengenai soal pengagihan air zam-zam dan kurma yang dibangkitkan oleh Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) dalam sesi perbahasan bajet semalam.
Sepanjang persidangan tiga hari Disember lalu, antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai pemberian kontrak melombong bijih besi di Bukit Besi, kontrak pemberian baju sekolah kepada pelajar miskin dan dasar rundingan terus yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal pembaikan dan penurapan jalan.
Namun benarkah Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu telus dalam pemberian kontrak dan projek???
Kalau benar, mengapa Mek Hawa tiba-tiba boleh mendapat 'kurniaan' balak pula seluas 1,200 hektar pula??
Mek Hawa Dapat Balak Pula.....????
Laporan asal: Buletinonline
Bila Duda Teringat Janda Lama. Air naik ke kepala
Posted by Love Perak | Monday, August 23, 2010 | 0 comments »"Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam," ~ Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri b Zainul Abidin.


