http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com


WARGA Perancis, Alain Robert (Spiderman) berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas KLCC setelah tiga kali mencubanya sejak 1997. Beliau mula memanjat pada jam 6 pagi dan tiba di puncak pada jam 7.40 pagi tanpa di sedari orang ramai dan pengawal keselamatan, hari ini. - Foto Rosdan Wahid

Apa lagi yang boleh aku komenkan.. hampa beli kapai selam juta juta punya harga jaga perairan, superman ni senang senang je celah ikut darat.. ish.. ish..

Peristiwa ni terjadi sehari lepas kita menyambut kemerdekaan negara.. nak buat camana, askar letih habih pi kawad kemarin..http://shalehudin.blogspot.com/2009/09/allo-nizar-spiderman-ceroboh-pun-depa.html

kalau la dia ni pengganas abis dah tower tu...

Siva tekad Sidang DUN esok tetap dijalankan

Posted by Love Perak | Tuesday, September 01, 2009 | 0 comments »

Nazri Abdullah


IPOH, 1 Sept: Speaker Pakatan Rakyat Perak, V.Sivakumar akan tetap meneruskan sidang DUN esok biarpun Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan injunksinya.

Pada kes yang didengar dalam kamar Mahkamah Tinggi 3 siang tadi, Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Tarmizi Abdul Rahman menolak permohonan V.Sivakumar (Plaintif) untuk menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim (Defendan) daripada menghalangnya menggunakan Dewan Negeri di bangunan SUK untuk persidangan DUN esok.


Mahkamah juga menetapkan tarikh 1 Oktober depan untuk kes tersebut didengar semula.


Dalam sidang media selepas itu, Sivakumar memberitahu, persidangan DUN Perak akan tetap diadakan esok walaupun permohonan injunksinya ditolak mahkamah.


Ujarnya, keputusan mahkamah itu bukan alasan untuk beliau dan kesemua ADUN tidak bersidang esok.


"Saya tetap akan teruskan persidangan esok seperti dirancang. Walaupun tak berjaya dapatkan injunksi, itu bukan alasan untuk mereka menghalang ADUN buat kerja. Halang ADUN buat kerja adalah salah disisi undang-undang." katanya kepada pemberita selepas selesai kes tersebut didengar.


Ditanya samada beliau tetap akan memasuki Dewan Dun esok, Sivakumar berkata ianya sudah tentu, kerana itu adalah matlamat asalnya sehingga terpaksa memohon injunksi.


"saya memang nak bersidang di dalam Dewan negeri Perak. Itu memang motif kita dari awal," katanya lagi.


Siva dalam permohonannya sebelum ini memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Abdul Rahman dan/atau agen-agen dan/atau pekerjanya daripada bertindak menghalang beliau dari menggunakan Dewan Negeri untuk tarikh 2 September 2009 iaitu esok untuk diadakan persidangan. Turut dipohoan supaya defenden tidak menghalang menggunakan pejabat dan menjalankan tugas beliau sebagai Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak.


Selain itu beliau juga memohon injunksi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, campur tangan dan pencerobohan daripada pihak defendan dan/atau agen-agen dan/atau pekerjanya.


Permohonan itu dibuat mengelak kejadian Mac lalu daripada berulang. Pada 3 Mac lalu, Sivakumar beserta kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak telah dihalang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim beserta agen-agennya termasuk pihak polis dari memasuki bangunan SUK untuk mengadakan persidangan DUN.


Ekoran kejadian itu, kesemua ADUN Pakatan Rakyat tersebut bertindak mengadakan sidang DUN di bawah pokok.


Esok sekali lagi bakal menyaksikan episod lanjutan krisis perlembagaan Perak. ADUN Pakatan rakyat telahpun menyatakan komitmen untuk hadir seperti notis yang telah dikeluarkan Speker V.Sivakumar sebelum ini.


Mengulas samada suasana esok akan sama seperti yang berlaku Mac lalu, Sivakumar memberi kata begini,


"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi, kita tunggu dan lihat saha esok," katanya.

Permohonan Speaker Sivakumar di tolak, sah barua2 BN berjaga lagi

Posted by Love Perak | Tuesday, September 01, 2009 | 0 comments »

Injuksi Yb Siva bagi mengetepikan peranan Setiausaha Negeri Abdul Rahman Hashim untuk menghalang Adun-Adun PR dari memasuki dewan esok telah ditolak oleh Makhamah Tinggi Ipoh Petang ini.



Namun bagi Yb Siva Beliau menyatakan kesemua Adun-Adun PR akan tetap meneruskan Persidangan Dun sepertimana yang telah dijadualkan.



Difahamkan Jalan-jalan utama memasuki SUK esok akan ditutup menjelang pagi nanti.



Aku dah boleh agak dah apa akan jadi...semua kuli2 serta barua2 bn yang terhormat akan berjaga dari awal pagi...bangunan suk ditutup dan dikunci...skrib bn yang sudah boleh dibaca...

BN Lega, SPR Umum Tiada PRK Kota Seputeh

Posted by Love Perak | Tuesday, September 01, 2009 | 0 comments »

DUN Kota Seputeh: Tiada pilihan raya kecil, kekal milik BN



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak wujud kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh, Kedah dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.



Oleh itu ia kekal milik Barisan Nasional (BN).

Jam 1Malaysia salah? kata pukul 4???

Posted by Love Perak | Tuesday, September 01, 2009 | 0 comments »

PUTRAJAYA 1 Sept. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan kedudukan kerusi Kota Siputeh, Kedah sama ada perlu diadakan pilihan raya atau sebaliknya pada pukul 4 petang ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Erk...dah kol brapa ni...apa crita....

Pemuda Umno Desak Zahid Segera Latak Jawatan.

Posted by Love Perak | Tuesday, September 01, 2009 | 0 comments »

Tindakan Ketua Umno Bahagian Paya Besar,Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman Yang menggesa pengerusi Umno PP merangkap Ketua Bahagian Umno Bagan Datoh,Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan segera ekoran kekalahan BN di Pematang Pasir,adalah tidak wajar dan keterlaluan kata Naib pemuda Umno Simpang 4,Mohd Najib Mohd Mokhtar yang menyatakan adalah tidak adil meletakkan punca kekalahan semata-mata kepada Zahid.

" Banyak PRK yang BN telah tewas ditangan pembangkang,mengapa pengerusi perhubungan Umno dikawasan itu tidak dipersalahkan dan tidak pula meletakkan jawatan?" Tegasnya dengan nada marah.

Menurut Mihd Najib lagi " Bukanlah faktor calon atau indek prestasi (KPI) yang menjadi punca kekalahan Calon BN tetapi Keyakinan rakyat kepada Umno yang hampir luntur dan tidak ketentuan.Sepatutnya ahli-ahli tertinggi Umnolah yang terus berjuang untuk menutup kembali segala lubang-lubang kerosakan agar keyakinan rakyat kembali kepada Umno dan BN".katanya.

Mengapa perlu kita menuding jari kepada orang lain,semestinya setiap ahli Umno perlulah mengubah sikap egoistik dan tidak asyik bertelagah sesama mereka untuk Umno kembali ke landasan asal perjuang dan Umno kembali bertaut dihati rakyat,Sekiranya perkara ini tidak diberikan perhatian,maka PRU ke-13 nanti pasti Umno dan BN akan menghadapi kesukaran yang amat sangat.

Demonstrasi Kepala Lembu didalangi UMNO - Mahfuz

Posted by Love Perak | Tuesday, September 01, 2009 | 0 comments »

PAS mendakwa penduduk seksyen 23 Shah Alam - yang mengadakan demonstrasi dengan mengarakkan kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di kawasan mereka - diupah oleh Umno.

Naib presidennya, Mahfuz Omar berkata, beliau yakin dengan penglibatan Umno berdasarkan kenyataannya sebelum ini yang didakwa mengapi-apikan isu perkauman, antaranya menyifatkan pentadbiran PAS sebagai "orang Islam jadi boneka bukan Islam".

Setakat ini, tambah Mahfuz, tiada ahli PAS dikenal pasti terlibat dalam demonstrasi 50 penduduk dan NGO Melayu Jumaat lalu.

Agong Perlu Campurtangan Buang Musa Hasan - PAS

Posted by Love Perak | Tuesday, September 01, 2009 | 0 comments »

PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara pertengahan bulan ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, baginda sebagai pemerintah tertinggi negara mempunyai kuasa penuh dalam perkara itu.

“Oleh kerana kes yang dibentangkan ini, kes yang sangat serius melibatkan jaminan keselamatan untuk kehidupan rakyat, maka Yang di-Pertuan Agong, saya mohon untuk menolak usaha dan cadangan yang mungkin dibuat (kerajaan) bagi menyampung perkhidmatan ketua polis negara,” katanya.

“Dan kalaupun (cadangannya) sudah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, mungkin baginda sudah merestunyai, (tetapi) oleh kerana ia belum dirasmikan, saya merasakan baginda boleh menarik balik (perkenan itu).”

Gesaan itu dibuat ekoran peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatann kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Jumaat lalu, blog kontroversi Malaysia-Today menyiarkan akuan bersumpah, didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.

Pegawai polis itu, antaranya, mendakwa Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan".

Musa dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini, Mahfuz berkata, pasukan keselamatan itu mempunyai banyak calon bagi mengisi kekosongan itu.

“Itu kita serah kepada Yang di-Pertuan Agong sendiri untuk mempertimbangkan calon-calon yang banyak di kalangan pelbagai polis yang berintegriti tinggi,” kata ahli parlimen Pokok Sena.

Mahfuz turut mendesak penubuhan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan terhadap Musa, seterusnya “membersihkan” pasukan keselamatan itu daripada pengaruh kongsi gelap.

Sementara itu, bagi menambahkan keberkesanaan pemantauan jenayah, Mahfuz mencadangkan nisbah anggotanya di lapangan distruktur semula.

“Kita lihat, (bilangan) polis sendiri, 70 peratus daripada 96,000 (orang) ini, banyak terlibat dalam pentadbiran, di pejabat. Maknanya majoritilah.

“Jadi, yang kita hendak sekarang ini, lebih banyak anggota polis berada di lapangan, bersama masyarakat untuk membasmi jenayah, bukannya duduk di pejabat,” katanya.

Video : Anwar Bidas Perhimpunan Kutuk Hindu

Posted by Love Perak | Tuesday, September 01, 2009 | 0 comments »

ADUN BN T'Ganu Bakal Letak Jawatan Dalam Masa Terdekat

Posted by Love Perak | Tuesday, September 01, 2009 | 1 comments »


KUALA TERENGGANU – Krisis Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dijangka terus meruncing apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dimaklumkan nekad mahu meletakkan jawatan.

Sumber Buletinonline memberitahu, ADUN tersebut yang juga Exco kerajaan negeri dikatakan sudah tidak tahan menghadapi kecelaruan pentadbiran Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said.

Sumber tersebut berkata, ADUN berkenaan dijangka meletakkan jawatan dalam tempoh sebulan dua ini.

(Gambar - Barisan Exco Umno/BN Terengganu, berdiri dibelakang. Siapakah diantara mereka yang dikatakan akan meletakkan jawatan).

Dengan pengakuan terbaru ADUN Umno/BN hari ini, mengesahkan kebenaran desas-desus berkaitan beberapa ADUN Umno/BN yang akan keluar dari parti itu.

Rabu lalu, 26 Ogos, Bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu Dato’ Rosol Wahid menafikan beliau dan kumpulan ’10 budak hitam’nya mahu melompat dan menyertai Parti Kedailan rakyat (PKR).

Dua hari selepas itu, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata sebaliknya, mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti.

Nawi sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar Internet berkata, cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Menurut Nawi, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.