Belum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh.
Pendedahan yang menggemparkan ini dibuat dalam artikel bertajuk "Just When You Thought It Is Safe To Go Into the Water" bertarikh 10 Ogos lalu yang ditulis oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin aka RPK dan disiarkan dalam portal berita MalaysiaToday.
RPK mendakwa rumahtangga Khairil yang baru berkahwin dengan Sharifah Nabila Sara, anak kepada bekas Konsul Kehormnat Mongolia pada 30 Jun lalu kini dilanda badai.
Beliau mendakwa Sharifah Nabila telah 'pulang' ke rumah ayahnya hanya setelah sebulan bernikah dengan Khairil dan tidak menolak kemungkinan ikatan perkahwinan pasangan tersebut mungkin akan terlerai.
"Mereka belum benar-benar bercerai tetapi kemungkinan akan bercerai sangat besar.
"Mengapa Syarifah Nabila meninggalkan rumah tangganya untuk pulang ke rumah bapanya sambil mendengu? Simple. Dia tidak gembira yang suaminya ialah 'AC-DC', seperti Saiful. Untuk makluman pembaca yang kurang faham ini bermakna biseksual.
"Ya, Khairil, seperti Saiful, suka dengan kedua-dua cara. Dan Syarifah Nabila sangat kecewa suaminya sedang menggunakan katil mereka untuk membuat temu janji dengan lelaki. Mengadakan hubungan seks dengan lelaki adalah satu perkara. Membawa balik mereka ke atas katil perkahwinan anda adalah satu perkara lagi - isteri Khairil tidak boleh menerima perkara itu.
"Jadi apa yang kita ada di sini? Pembantu Najib yang berkahwin dengan anak perempuam Konsul kehormat Mongolia. Anak perempuannya mahu menamatkan perkahwinan itu selepas sebulan berkahwin kerana suaminya sukakan budak lelaki dan membawa pulang ke rumah di atas katil mereka. Pembantu gay yang mempunyai kaitan dengan lelaki gay yang telah menuduh Anwar meliwatnya. Dan ‘mangsa liwat' yang sama ini juga mempunyai hubungan seks dengan penolong pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar," dakwa RPK lagi.
Tambah beliau laporan media yang menyatakan Saiful pernah berjumpa Khairil di pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu bukan sekadar untuk memohon biasiswa tetapi lebih daripada itu.
"Apakah hubungan antara Saiful dan Khairil? Khairil menyatakan Saiful pergi ke pejabat Najib untuk memohon biasiswa dan dia mengatakan mereka bertemu hanya sekali. MalaysiaToday berkata ia tidak benar dan terdapat sesuatu yang lebih di antara Khairil dan Saiful dan ia tiada kaitannya dengan biasiswa.
"Khairil ialah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan semua yang mengenalinya di UIA tahu tentang kecenderungan ke arah homoseksual. Sejumlah rakan universitinya mengesahkan perkara ini, termasuklah rakan sekolah menengahnya daripada Sekolah Menengah Alam Shah," dakwa RPK.
Mengulas pendedahan terbaru RPK, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa berkata ini merupakan satu lagi dakwaan yang dibuat terhadap Saiful tetapi kali ini berkaitan hubungan sejenis Saiful dengan pembantu peribadi Perdana Menteri.
"Secara jelas, kita lihat kes terhadap Ketua Umum KEADILAN bertujuan untuk menjatuhkan beliau dan konspirasi oleh pemimpin Umno-BN khususnya Perdana Menteri untuk mematikan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saiful sebagai saksi utama yang diragui dan kredibilitinya juga musnah, hakim sepatutnya sudah boleh membuang kes dan mengenakan tindakan terhadapnya kerana cuba menjatuhkan maruah dan integriti Anwar sebagai pemimpin," kata Fariz ketika dihubungi Suara Keadilan.
Menurut Fariz, pertuduhan terhadap Anwar tidak mempunyai nilai dan erti disebabkan barisan pendakwa raya tidak mempunyai bukti sama ada dakwaan hubungan Saiful dan Farah betul atau sebaliknya.
Tambahnya, dakwaan terbaru yang dibuat RPK di dalam blognya mengguatkan lagi desakan agar kes tersebut harus dibuang daripada terus dibicarakan.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf pula menyifatkan pendedahan yang dibuat itu mempunyai kaitan langsung dengan perbicaraan yang sedang berjalan.
Ini kerana kata Yusmadi, Khairil juga adalah salah seorang nama yang dikaitkan dalam perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang.
\
"Saya rasa perkara ini perlu diperjelaskan kerana ia membawa akibat langsung ke atas kertas pendakwaan atau pun bukti-bukti yang digunakan oleh pihak pendakwaan.
"Mereka seharusnya menilai semula sama ada kes itu patut diteruskan atau tidak berdasar bukti-bukti yang telah tercemar," tegas beliau.
Raja Petra terus dedah kisah sulit Saiful!
Posted by Love Perak | Sunday, August 15, 2010 | Raja Petra, Saiful Bukhari | 0 comments »Gambar Saiful Dengan Sapa tu?
Posted by Love Perak | Thursday, August 12, 2010 | Saiful Bukhari | 1 comments »
kih kih kih
pasangan hangat bercinta?
Apalah taste saiful ni
yang tudung hitam lagi comel dan menawan
saiful bila nak sumpah lagi sekali ni kah kah kah
Oh Saiful dan Farah....
Posted by Love Perak | Tuesday, August 10, 2010 | Saiful Bukhari | 3 comments »
Oleh : Tun Hisyamuddin
Motif adalah penting dalam suatu perbicaraan jenayah. Jika orang itu mencuri, mahkamah perlu tahu apa motifnya penjenayah itu mencuri. Adakah kerana diugut atau kerana memang niatnya untuk mencuri. Jika dia benar-benar nak mencuri, maka hukumannya lebih berat daripada orang yang mencuri kerana dipaksa.
Motif ini jugalah yang penting dalam perbicaraan Anwar hari ini. Motif inilah yang cuba dibuktikan oleh peguam Anwar, bahawa percintaan Sayfoooooool dan Farah bermotifkan dendam untuk kenakan Anwar. Iyalah.. kerana Sayfoooool kekasih farah, takkanlah dia biarkan kekasihnya berseorangan untuk kenakan Anwar. jadi sudah tentu mereka berkonpirasi.
Jadi persoalannya kenapa Mahkamah Kangaroo hari ini tak panggil kedua-dua mereka ini. Kenapa takut sangat nak panggil. Apa susahnya panggil mereka untuk rungkaikan persoalan kredibiliti pasukan pendakwaraya. Kenapa hakim bertindak seperti Tuhan, yang hipotesisnya Farah tak tolong Sayfoooool kenakan Anwar.
Ini semua kerana hakim kat Malaysia bercap ayam. Langsung takde ciri jadi hakim. Nak tegakkan keadilan?? Puuiihh..keadilan untuk UMNO adalah. Ini semua kerana nak tutup segala kelemahan dan rahsia sebenar kes liwat II ini daripada terbongkar.
Patutlah selama ini Saiful amat pandai untuk menjawab setiap soalan yang diajukan oleh Peguam Anwar. Rupa-rupanya Sayfooooooool dah dapat "soalan bocor" daripada buah hatinya itu. Sedangkan Sayfooooooool pengadu dan saksi utama. Mana boleh pendakwaraya yang digaji dari duit rakyat berpihak pada satu pihak. Ini zalim namanya. Memang jelas pasukan pendakwaraya dari awal lagi dah nak kenakan Anwar. Dalam kepala otak mereka sudah kata Anwar bersalah, yang langsung bercanggah dengan prinsip seseorang itu tak bersalah melainkan dibuktikan kesalahannya.
Sebab itulah Anwar buat laporan polis ke atas pasangan merpati sejoli ini. Bahkan Karpal Singh kata hubungan sulit pasukan pendakwaan dengan saksi utama tidak pernah berlaku di mana-mana di negara Komanwel. Sebab itulah mereka perlu hadir dan berikrar di dalam mahkamah untuk menafikan hubungan itu.
Tapi sekarang, belum nafi lagi, dah tolak kes..ini semua bukti sistem kehakiman negara kita penuh dengan nanah UMNO. Hakim dah tahap cimpanzi. Langsung tiada maruah. Kalau beginilah caranya, nescaya Anwar akan dipenjarakan tak lama lagi.
Sudah jelas terang lagi bersuluh, mahkamah di negara ini tidak suka untuk mencari kebenaran. mereka lebih suka mengenakan parti lawan yang melawan tuan mereka, iaitu UMNO. Selagi Nazri Aziz terus jadikan peguam negara dan hakim di bawah ketiaknya, selagi itulah rakyat di negara ini akan terus dihakimi dan dibela oleh mereka-mereka yang penuh dengan najis UMNO..
Jom semua rakyat Malaysia..kita selamatkan anak cucu cicit kita daripada kezaliman ini..
Isu Hubungan Farah : Saiful Bersumpah Dengan Nama Allah tapi "Tak Berani ke Muka Pengadilan" - Karpal
Posted by Love Perak | Monday, August 09, 2010 | Saiful Bukhari | 0 comments »Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dimulakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dengan pihak pembela memohon mengetepikan pertuduhan.
Ketua pembangkang itu memfailkan permohononan bagi menyokong afidavit pada 2 Ogos ekoran tuduhan bahawa timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif dan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mempunyai 'hubungan'.
Anwar mendakwa bahawa hubungan itu, seperti juga pertuduhan melibat - yang kedua untuknya dalam 10 tahun - menyalahi proses mahkamah.
Anwar membuat laporan polis minggu lalu meminta pasukan keselamatan mempercepatkan siasatan terhadap dakwaan itu.
Peguam Negara Abdul Gani Patail pada 27 Julai mengeluarkan Farah daripada pasukan pendakwaan. Dia juga ditukar ke bahagian lain selepas dakwaan itu timbul.
Pihak pendakwaan dalam afidavit balasnya menafikan mengetahui terhadap hubungan antara kedua-duanya.
Manakala peguam Anwar, Karpal Singh pada Jumaat berkata pendakwaan akan memohonan memanggil Saiful dan Farah bagi menjawb dakwaan itu memandangkan pihak pendakwaan didakwa gagal menjawab isu tersebut secara langsung.
LAPORAN LANGSUNG
9.33am: Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan sesi.
9.43am: Karpal memohon Farah dan Saiful dipanggil supaya mahkamah dapat menentukan kebenaran dakwaan hubungan mereka berdua.
"Belum ada dalam sejarah negara ini atau di negara Komanwel DPP mempunyai hubungan dengan saksi utama," kata Karpal.
Katanya, tugas hakim ialah menentukan kebenaran apabila tiada afifavit dibuat daripada Saiful an Farah.
Peguam terkenal itu mempersoalkan tindakan Saiful yang bersumpah dengan nama Allah berhubung dakwaan beliau diliwat "tetapi enggan hadir ke muka pengadilan"
9.58am: Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin pula menyifatkan tuduhan itu sebagai "dakwaan kosong".
"Persoalannya sama ada Saiful menggunakan Farah untuk mendapatkan maklumat," beliau memberitahu mahkamah.
"Kita ada di sini afidavit daripada DPP Mohd Hanafiah Zakaria and pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira yang menafikan - berdasarkan pengetahuan mereka - bahawa dokumen, pertemuan dan makluat (telah bocor)," katanya.
Yusof berkata pendakwaan tidak menjawab afidavit itu dan perkara itu harus ditamatkan.
Karpal bagaimanapun mempertahankan apa yang dikatakan Awar bahawa beliau menerima makluman itu daripada beberapa sumber.
10.20am: Mahkamah akan menentukan keputusan untuk permohononan pihak pembela pada 2.15 petang ini.
Hubungan romantis: Saiful, Farah diheret
Posted by Love Perak | Friday, August 06, 2010 | Saiful Bukhari | 0 comments »Perbicaraan liwat II menjadi semakin 'panas' apabila pihak pembelaan kini cuba memaksa timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan pengadu yang diliwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan ke kandang saksi berhubung 'hubungan romantis' mereka.
Pegu
![]() |
Tindakan itu diambil berikutan jawapan dalam bentuk afidavit oleh pihak pendakwaan tidak menyentuh berhubung kebimbangan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Farah Azlina dan Mohd Saiful menjalinkan hubungan romantis.
Pada Isnin lalu, Karpal mencabar kedua-dua mereka memfailkan afidavit bagi menjawap tuduhan hubungan berkenaan dan memandangkan tiada yang diberikan. Justeru, Karpal berkata Anwar mengandaikan apa yang diperkatakan mengenai hubungan itu adalah betul.
"Saya terkejut tidak ada afidavit daripada kedua-dua mereka...Malah, Peguam Negara sepatutnya mengarahkan Farah dan Saiful untuk mengemukakan afidavit masing-masing,” kata Karpal.
Hubungan romantis itu dijangka memberi kesan ke atas perbicaraan yang berlangsung kerana ada kemungkinan ia mencabuli Akta Rahsia Rasmi 1972, kerana Saiful yang mempunyai hubungan dengan Farah mempunyai akses kepada dokumen pendakwaan.
Perkara itu kini di bawah siasatan polis setelah laporan dibuat oleh Anwar.
Pada Rabu lalu, pihak pendakwaan memfailkan dua afidavit dalam bentuk jawapan oleh timbalan pendakwa raya Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira - yang menafikan Farah dan Saiful mempunyai akses kepada dokumen penting seperti kenyataan saksi dan laporannya.
Anwar dan RPK 'glamour'kan Saiful
Posted by Love Perak | Monday, August 02, 2010 | Saiful Bukhari | 0 comments »Hati-Hati lah Kamu Wahai Saiful....
Posted by Love Perak | Monday, August 02, 2010 | Saiful Bukhari | 2 comments »Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang yang telah tidak diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?
Aziza
n Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat bersama gadis berusia 22 tahun di Melaka dan beliau mengaku berzina depan hakim syariah dan dihukum enam bulan penjara.Aziz Shamsuddin------> ketua dal
ang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahwa beliau tidak terlibat dalam konspirasi); tidak terpilih menjadi ketua UMNO bahagian Gopeng hingga menyebabkan Dr. Mahathir campurtangan untuk membolehkan Aziz menjadi ketua. .Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.
Rahim Noor --
--------> Bekas ketua polis pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut.
Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!
Daim Zainud
din ----- -> Kini hilang dari arus politik perdana, anak didik korporatnya seperti Halim Saad dan Tajuddin Ramli kini menghadapi masalah kewangan dan bisnesDr Ristina Majid------> seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.

Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.
Ya, hanya 'perkara yang baik' akan menemui mereka yang melakukan 'kebaikan' kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.

Respon Saiful Bukhari...
Posted by Love Perak | Thursday, July 29, 2010 | Saiful Bukhari | 4 comments »



“Semoga segala fitnah dan kebatilan akan dilenyapkan oleh Yang Hak! Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali akan melatah dan menyerah kalah. Salam”.
Itulah yang terbaru ditulis di facebook saiful bukhari... woi saiful... bodohnye lu ni... jawab la lu ade beromen tak ngan pempuan tu... setakat tulis ayat tu.. semua orang boleh tulis... kalau tak betul.. kenapa pecat pempuan tu... nampak sangat lu ni bodoh... korang nilai2kan lah sendiri....
+Sent from my Macbook Pro
Panas : Azwan Ali Maki Hamun Saiful Bukhari
Posted by Love Perak | Thursday, July 29, 2010 | Artis, Saiful Bukhari | 2 comments »
Hambik ko......PADAN KAN MUKA penganjur dik dik nun !!!! Diva Azwan Ali setujuuuuu.......
ADA AKU KISAH??? Ada berani???? Jawap lah.........Hai PM MISAI PUTIH??? Apa CER???
Dan kecoh semalam....TIMBALAN PENDAKWARAYA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM...kena PECAT! Sebab GILA MAIN ASMARA dengan si KENA SUNTOT KOW KOW (sebagaimana dakwaan hanjj dia lah) SI GEBUZZZ ....SAIFUL Bukhary AZLAN !!!
'Eh hello HANJJJ ooi....KO masuk mahkamah....MENUDUH ORANG MELIWAT juborin bangkai ko pun....tak abis lagi....ADA HATI MAIN ASMARA !!! Sah sah SATU DUNIA tahu....betapa hilangnya maruah KO....mengaku KENA SUNTOT kannn??? Kes pun belum selesai...KO TAK ABIS ABIS....CARI PUBLISITI MURAHAN !!! Apa jenis manusia ko ni HA??? Tak payah NAK COVERINA lah KAK SAIFULWATI ooi....BUANG KAREN jerrrr! SEDEYYYY!!! '
'Padan si BETINA GAREK tu pun....KO TU....konon bertaraf penting katanya!!! TIMBALAN PENDAKWARAYA....!!! Eh MINAH ooi.....DAH HABIS JANTAN ker TULIN ker...atas muka bumi ni ....untuk KO BERNAFSU???? Tolong lah.....!!!! SEMPAT lagi ni.....??? Memang HAPRAK punya BETINA....padan kena PECAT !!! Ko lah ???? TIMBALAN PENDAKWARAYA BUTA !!! Bekas kena SUNTOT pun...KO PERABIS ya???? '
Diva Azwan Ali amat SETUJUUUUU........ADA AKU KISAH???
DPP Farah didakwa ‘bercinta’ Saiful digugur dari pasukan pendakwa
Posted by Love Perak | Tuesday, July 27, 2010 | Saiful Bukhari | 1 comments »
KUALA LUMPUR, 27 Julai — Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.
Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.
Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut.
Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.
Abdul Gani (gambar) berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.
“Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.
“Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.
Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.
Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.
“Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.
Semalam peguam Anwar mendesak Peguam Negara memberi respons kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya minggu lalu.
Raja Petra mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwa, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider minggu lalu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.
“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.
“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof.
Pasukan pendakwa terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina sendiri.
Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.
Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.
“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.
Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.
Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Saiful Terbogel Juga Akhirnya...
Posted by Love Perak | Saturday, July 24, 2010 | Saiful Bukhari | 0 comments »Watak Warak Saiful Akhirnya Terbongkar Hipokrit Jalin Hubungan Sulit Dengan Pendakwaraya
Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 24 Julai - Dakwaan saksi utama kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam hubungan 'romantik'dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa menyerlahkan perwatakan dan peribadi sebenar bekas pembantu Ketua Pembangkang tersebut yang menonjolkan imej baik dan warak sepanjang perbicaraan.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, sikap hipokrit Saiful itu menguatkan lagi teori bahawa beliau sememangnya terlibat dengan konspirasi untuk menyumbat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara Sungai Buloh bagi mematikan perjuangan Pakatan Rakyat.
"Sebelum ini, kesungguhan pihak pendakwaan dan media memberikan gambaran bahawa Saiful seorang yang kuat sembahyang sehingga 'dahinya hitam' nampaknya tidak benar sekali.
"Dakwaan ini sebenar menunjukkan watak sebenar Saiful yang sebelum ini dikatakan individu yang baik nampaknya menyimpang jauh.
"Selepas ini rakyat akan lebih percaya bahawa tuduhan itu hanya untuk menamatkan karier politik Anwar sekaligus untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.
Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin semalam mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwaraya, sedang menjalin hubungan sulit dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya akan diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.
Sementara itu, Mohd Yusof enggan mengulas sama ada sama ada anggota wanita itu akan digugurkan daripada pasukannya atau tidak.
Beliau kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dengan alasan tidak tahu menahu berhubung tuduhan itu.
Walau bagaimanapun katanya lagi, beliau akan berbincang dengan pasukannya itu pada 2 Ogos ini sama ada anggota wanita itu akan dikekalkan bersama pasukannya itu.
Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.
Tambahnya, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.
Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes Fitnah II ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh memperolehi cuti sakit selama dua minggu.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Saiful melakukan hubungan Seks dengan Peguamnya!!
Posted by Love Perak | Friday, July 23, 2010 | Raja Petra, Saiful Bukhari | 0 comments »
Dakwaan ‘cinta’ Saiful, DPP hantui pasukan pendakwa kes liwat AnwarDakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.
Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.
Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.
Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.
“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.
“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider.
Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.
Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.
Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.
Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.
“Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.
“Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota,” katanya.
Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.
“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.
Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.
“Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin,” katanya.
“Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya,” tegas Mohd Yusof.
Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. -TMI
Saiful having sex with prosecutor, says RPK
KUALA LUMPUR: In an allegation that startles even those used to his flamboyant style, fugitive blogger Raja Petra Kamarudin has accused one of the prosecutors in Anwar Ibrahim’s sodomy trial of having a sexual relationship with Saiful Bukhari Azlan, the star prosecution witness in the case.
In a posting entitled “The bizarre case of Sodomy 2,” he says Saiful and Farah Azlina Latif are lovers.
“Farah Azlina, one of the federal counsel of the trial unit of the Attorney-General’s Chambers, who is on the prosecution team in the Anwar Sodomy 2 trial, is having an affair with Saiful,” he writes.
The posting features a picture of Saiful with his fiancé, Janna Mohd Zaki.
The allegation about Saiful’s relationship with Farah Azlina is made towards the end of the article, which reproduces three earlier articles in which Raja Petra gives details of the alleged political conspiracy behind the sodomy charge against the opposition leader. -FMT
.....
Farah Azlina Binti Latif, one of the Federal Counsels of the Trial Unit of the Attorney-General’s Chambers who is on the prosecution team in the Anwar Ibrahim Sodomy 2 trial, is having an affair with Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Yes, that’s right, Farah Azlina is bonking Saiful Bukhari. Have you ever heard of any other case anywhere else in the world where one of the prosecutors in bonking the key witness in what can be considered the most important trial in Malaysian political history?
Just when you thought Sodomy 2 is a most bizarre case it gets even more bizarre. I suppose, to save face, they might now have to say that Farah Azlina, Saiful Bukhari and Anwar Ibrahim were all in it together and that they indulged in group sex or orgies.
Let’s see what happens from hereon. Will Farah Azlina still be retained in the prosecution team? Who she bonks is her business. But since Saiful Bukhari is the man who is going to testify against Anwar, then this would be conflict of interest of the first degree... MToday
Selamat Hari Jadi, Saiful Bukhari
Posted by Love Perak | Tuesday, July 06, 2010 | Saiful Bukhari | 1 comments »
Saya mengucapkan selamat hari ulangtahun kepada Saiful Bukhari Azlan. Semoga anda terbuka hati untuk memohon maaf kepada DSAI yang anda aibkan selama ini. Lebih baik memohon ampun sekarang di dunia daripada meratapinya di akhirat kelak.
Saya mendoakan anda diberi balasan yang setimpal atas perbuatan anda ini. Wassalam.














