http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Apabila Sudah Terlalu Bodoh... Inilah Jadinya....

Posted by Love Perak | Sunday, October 03, 2010 | | 1 comments »


Ini lah salah seorang pimpinan Umno yang beria-ria dan menjadi
dalang kepada warga emas yang lain,agar mengembalikan
semula wang ehsan kepada kerajaan PP.
"Banner" kat belakang tu nampak cantik..??Pandai pulak warga
emas dan miskin ni membuat "Banner"..sapa punya kerja..??
Kasihan warga miskin niii...tapi tak pa,Umno akan bagi balik
wang tersebutlebih daripada yang diberi oleh DAP,sebagai
bayaran menjadi pelakon drama "Umno Munafik"

Oleh : Lan Iisma

SEBAHAGIAN dari penerima bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan RM100 yang diberikan kepada mereka di pejabat UMNO Bahagian Bayan Baru, Georgetown, hari ini.

Dakwah yang dimainkan Umno amat berkesan. Dakwah itu diketuai oleh Adun Penaga Datuk Azhar Ibrahim And The Gang. Cara dakwahnya mengugut dan menakutkan warga emas Umno supaya memulangkan RM100 tersebut.

Mak cik Besah Said dari Permatang Damar Laut salah seorang yang memulangkan wang tersebut. Mak Cik Besah berumur 81, sudah tua dan mungkin penyokong tegar Umno yang begitu prihatin dengan dakwah Azhar Ibrahim. Duit lumba kuda haram untuk warga emas, tetapi untuk Datuk Azhar mungkin akan termasuk dalam hukum lain. Ada rukhsah atau kemudahan bagi Datuk Azhar. Amacam, siapa kata Umno tak pandai berdakwah, pandai tu.....satu lagi penyerahannya berlaku di pejabat Umno. Umno pula mendakwa tidak memaksa mereka. Bijak! Bijak! Nujum Pak Belalang.

Lim Guan Eng juga cuba menguji rakyat Islam pimpinannya terutamanya warga Umno dengan RM100. Maaf Lim! warga emas Umno berkata RM100 haram, jikalau RM1000, ah! payah juga, tak haramlah gamaknya.

Tak Habis-Habis Guan Eng Bikin Umno Pening!

Posted by Love Perak | Sunday, September 05, 2010 | | 0 comments »

Kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.

Bagi memenuhi tanggungjawab sebagai kerajaan yang mengambil peduli kebajikan rakyat, pentadbiran pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu turut mewujudkan satu skim sumbangan jenazah atau kematian yang membabitkan sumbangan wang sejumlah RM1,000 kepada waris atau keluarga warga emas terdekat yang meninggal dunia.

Menerusi pendaftaran sistem i-sejahtera yang dibangun dan diperkenalkan kerajaan negeri, lebih 776 waris sudah menerima sumbangan di bawah skim itu yang membuktikan dasar kerajaan negeri yang berjiwa rakyat.

"Rakyat negeri Pulau Pinang perlu mendaftar segera bagi menyertai sistem i-sejahtera yang bakal memudahkan mereka menikmati faedah daripada program sosial anjuran kerajaan negeri," kata Guan Eng pada majlis penyampaian skim sumbangan jenazah atau kematian kepada 224 penerima baru di Dewan Orang Ramai Pajak Song, Kepala Batas semalam.

Sejumlah 50 warga emas kawasan Sungai Dua turut menerima sumbangan tahunan RM100 setiap seorang.

Ketua Menteri itu berkata, kerajaan negeri juga membelanjakan RM200,000 setiap bulan bagi membantu golongan miskin tegar.

Hadir sama di majlis itu, Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mansor Osman, exco kerajaan negeri Phee Bon Poh dan Lim Hock Seng serta ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan dan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Hassan Mat Daud.

Polis P Pinang tuduh pasukan khas siasat isu khutbah

Posted by Love Perak | Sunday, August 22, 2010 | | 4 comments »

Polis Pulau Pinang telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat isu kejadian khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob berkata polis negeri telah menerima dua laporan mengenai isu itu - satu di Balai Polis Butterworth dan satu lagi di Balai Polis Tasek Gelugor dalam daerah Seberang Perai Utara.

"Satu pasukan khas polis telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan sehingga kini 15 orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata polis menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 4 A, Akta Hasutan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

"Pihak polis berharap siasatan terhadap isu tersebut akan dapat selesaikan minggu depan dan beberapa personaliti yang terlibat dengan kejadian tersebut akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata kejadian pertama dipercayai berlaku pada bulan Jun di Masjid Jamek Padang Menora, sewaktu khutbah sembahyang Jumaat oleh seorang Khatib jemputan.

Katanya, dalam kejadian terbaru yang dipercayai berlaku pada 20 Ogos di Masjid Kubang Buaya, Butterworth, Khatib yang sama telah membacakan doa seperti berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang."

"Beberapa kenyataan saksi yang telah dirakamkan oleh pihak polis telah mengesahkan kejadian itu memang berlaku dan kami terus dengan siasatan selanjutnya," katanya.

Selain itu, Ayub berkata beliau ingin memperingatkan kepada semua pihak supaya jangan menggunakan platform yang ada seperti ini untuk memecah-belahkan rakyat atau memecahkan perpaduan yang ada sekarang.

"Peranan yang sepatut dimainkan oleh masjid adalah untuk mengurangkan gejala sosial dan menyatu-padukan rakyat," katanya.

Khamis lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat yang dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid di sekitar Permatang Pauh dan Jelutong.

- Bernama

Celaka Punya Guan Eng

Posted by Love Perak | Wednesday, August 18, 2010 | | 5 comments »

Tak guna betul Guan Eng ni... buat apa pegi tolong rakyat Pulau Pinang ni... Nanti UMNO susah hidup.. tak tidur malam... hehehe

Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus

Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.

Isu Pasar Ramadan di Komtar : Jawapan dari Guan Eng (Video)

Posted by Love Perak | Wednesday, August 11, 2010 | | 1 comments »

Oleh : Anak Sungai Derhaka

Di suatu sidang media pada 10 Ogos, 2010, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menyuarakan rasa hampa kerana arus media perdana telah menguar-uarkan isu pasar ramadan di Komtar yang dilabelkan beliau sebagai satu penipuan.

Sebenarnya, agensi yang telah mengutip wang dari penjaja 27 lot gerai tidak membayar sewa kepada PDC. Dato' Rosli Jaafar, Pengurus Besar sendiri akan mengendalikan hal ini dengan berjumpa terus dengan penjaja-penjaja yang telah membayar sewa sebanyak RM50/sehari kepada agensi itu, iaitu Komtar Merchants Assocation, Mohd Ghani Abdul Jiman.

Manakala, Setiausah AMK Syed Mikael Rizal menyifatkan sikap Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Pulau Pinang sebagai hendak menjadi 'hero segera Melayu'. Mereka telah melemparkan tuduhan liar terhadap kerajaan Pulau Pinang.

KM Lim juga bertanya mengapa Timbalan Ketua Menteri telah melibatkan diri dalam penipuan dan kes pecah amanah ini. Adakah YB TPM juga mendokong perbuatan begini?

Video adalah sumbangan dari Unit Komunikasi Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang

Lim Guan Eng memang celaka!!!

Posted by Love Perak | Saturday, July 24, 2010 | | 2 comments »

Korang tengoklah...Lim Guan Eng bagi bantuan melebih-lebih pulak dekat rakyat pulau pinang... Tak guna betul... bikin puak2 umno panas je.. LGE bantu sikit2 sudah lah... jenuh umno memikir siang malam macam mana nak rampas pulau pinang balik... ketua menteri melayu kesayangan umno iaitu tuan haji koh tsu koon apa cerita sekarang kah kah kah

10 Agenda Perkayakan Rakyat


1. Negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dalam masa setahun dan memastikan setiap keluarga memperolehi bantuan RM500 sebulan melalui program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) .

2. Memberi pengiktirafan dan penghargaan RM100 setahun kepada semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang, bermula pada 20 Mac 2010.

3. Memberi RM1,000 kepada waris warga emas yang menjaga orang tua mereka, bermula pada pertengahan tahun 2010.

4. Memperuntukkan RM3 juta bagi pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga jumlah maksimum sebanyak RM5,000 untuk rakyat miskin, terutamanya ibu-ibu tunggal.

5. Dalam tahun 2008-2009, memberi rebet bekalan air sebanyak RM100 sekeluarga untuk 170,000 buah keluarga susah yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM17 juta.

6. Rebet bekalan air sebanyak 50% bagi semua tempat tempat ibadat di Pulau Pinang.

7. Memperuntukkan RM10 juta untuk mengadakan Pusat Latihan dan Bantuan Kerjaya (CAT) bagi membantu mereka yang telah dibuang kerja atau mencari kerja.

8. Membatalkan semua saman dan kompaun meletak kereta dan lesen penjaja yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) sebelum 8 Mac 2008.

9. Diskaun bayaran lesen sebanyak 50% kepada semua penjaja dan nelayan di Pulau Pinang mulai 2010 dan

10. Menghulurkan bantuan kebajikan kepada mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam dalam tempoh 24 jam.

Keseluruhan dasar sila download dari SINI

Melayu Tanjung Tokong Kena Main Dengan UMNO

Posted by Love Perak | Tuesday, July 13, 2010 | | 0 comments »

Tanah kampung Melayu milik individu

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa untuk meroboh perkampungan Melayu di negeri itu kerana banyak tanah perkampungan Melayu adalah milik individu dan bukan kerajaan negeri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak boleh campur tangan, jika pemilik tanah persendirian mahu memajukan tanah mereka.

Bagaimanapun katanya, jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh membawa perkara ini ke mahkamah. Kerajaan negeri pernah menghalang Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) meroboh perkampungan orang Melayu di Tanjung Tokong.

“Tetapi kerana UDA nak majukan dengan projek kondominium, orang Melayu terpaksa keluar kerana tidak mampu membeli unit-unit kondominium tersebut," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Lim menjelaskan, “kerajaan negeri boleh halang UDA kerana sebahagian tanah di situ milik kerajaan negeri. Tetapi saya nak tanya yang nak ambil tanah itu kerajaan negeri atau UDA kerana UDA adalah sebuah agensi milik kerajaan pusat,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri sedang membangunkan tapak tanah perkampungan Melayu di negeri itu dengan tujuan supaya orang Melayu keluar dari kampung mereka.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, Umno dan Gerakan perlu membuktikan dakwaan bahawa kerajaan negeri sengaja mahu memusnahkan perkampungan Melayu.

"Ini wayang sahaja, ini kenyataan politik untuk kepentingan politik sendiri,” sindir beliau.