http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Polis P Pinang tuduh pasukan khas siasat isu khutbah

Posted by Love Perak | Sunday, August 22, 2010 | | 4 comments »

Polis Pulau Pinang telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat isu kejadian khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob berkata polis negeri telah menerima dua laporan mengenai isu itu - satu di Balai Polis Butterworth dan satu lagi di Balai Polis Tasek Gelugor dalam daerah Seberang Perai Utara.

"Satu pasukan khas polis telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan sehingga kini 15 orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata polis menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 4 A, Akta Hasutan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

"Pihak polis berharap siasatan terhadap isu tersebut akan dapat selesaikan minggu depan dan beberapa personaliti yang terlibat dengan kejadian tersebut akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata kejadian pertama dipercayai berlaku pada bulan Jun di Masjid Jamek Padang Menora, sewaktu khutbah sembahyang Jumaat oleh seorang Khatib jemputan.

Katanya, dalam kejadian terbaru yang dipercayai berlaku pada 20 Ogos di Masjid Kubang Buaya, Butterworth, Khatib yang sama telah membacakan doa seperti berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang."

"Beberapa kenyataan saksi yang telah dirakamkan oleh pihak polis telah mengesahkan kejadian itu memang berlaku dan kami terus dengan siasatan selanjutnya," katanya.

Selain itu, Ayub berkata beliau ingin memperingatkan kepada semua pihak supaya jangan menggunakan platform yang ada seperti ini untuk memecah-belahkan rakyat atau memecahkan perpaduan yang ada sekarang.

"Peranan yang sepatut dimainkan oleh masjid adalah untuk mengurangkan gejala sosial dan menyatu-padukan rakyat," katanya.

Khamis lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat yang dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid di sekitar Permatang Pauh dan Jelutong.

- Bernama

4 comments

  1. Anonymous // August 22, 2010 at 6:58 PM  

    Fulamak, cepatnya PDRM bertindak macam kilat. Bila PR yang buat aduan, tak cukup maklumat la, masih dalam siasatan sampai bertahun tahun, pihak PR tak kasi kerjasama penuh dengan berikan maklumat maklumat lanjut (saja aje tak nak buat kerja siasatan) dll (hang sambung le sendiri)

  2. Anonymous // August 22, 2010 at 7:04 PM  

    TUBUH @ TUDUH? Ejaan biar betul mangkuk hoi.. dasar PR putar belit no 1...

  3. Anonymous // August 23, 2010 at 10:39 AM  

    mufti umno kata doa untuk bukan islam haram.kepala bapak dia punya mufti.kalo umno doa siap solat hajat untuk calon mp bukan islam leh la plak.kalo pakatan terus jatuh haram.memang haram jadah punya mufti

  4. Anonymous // August 24, 2010 at 10:56 AM  

    Polis mangkuk Ayub ni memang kuda umno, masa di Trg dulu siap tembak orang pergi ceramah..( Kes Ceramah PR di Pantai Batang Buruk).