http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Husam Menang Kes Saman Fitnah

Posted by Love Perak | Wednesday, August 25, 2010 | 0 comments »

KOTA BHARU, 24 Ogos: Bekas anggota parlimen (MP) Tanah Merah, Datuk Ir Shaari Hassan hari ini diarah mahkamah membayar ganti rugi kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ekoran kes saman fitnah.

Penyelesaian kes saman fitnah tersebut dicapai di luar mahkamah dan telah direkod Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Ahmad Zaidi Ibrahim.

Kes saman tersebut difail Husam pada 23 Febuari 2008 ekoran Shaari mengeluarkan kenyataan yang dianggap memfitnahnya pada satu ceramah.

Pada ceramah yang diadakan di Masjid Padang Lalang, Tanah Merah pada 25 Disember 2007 Shaari menyebut Husam seorang yang hanya bertopengkan PAS.

Selain itu disebut juga anggota Exco terbabit adalah manusia yang terkaya di Kelantan kerana mempunyai wang sebanyak RM30 juta yang mana wang tersebut diberi oleh tauke-tauke balak.

Berikutan fitnah tersebut Husam telah memohon defendan memohon maaf dan menuntut sejumlah ganti rugi dibayar terhadapnya.

Husam ketika bercakap kepada pemberita bagaimana pun enggan menjelaskan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar bekas anggota parlimen dari Barisan Nasional (BN) terbabit.
“Cukup sekadar saya katakan jumlah gantinya puas hati bagi pihak saya. Saya berharap kes ini menjadi sebagai satu pengajaran.

“Kita perlu juga menjaga air muka orang lain jangan mengaibkan seseorang di hadapan orang ramai,” katanya di pejabatnya di Kota Darulnaim.

Pada kes tersebut Husam diwakili peguam Hisyam Fauzi, manakala Shaari Azmi Abdullah.
Husam juga memberitahu terdapat lapan lagi kes saman yang dikemukanya terhadap beberapa pihak termasuk dua kes terhadap Utusan Malaysia dan dua (The New Strait Times).

Menurutnya saman terhadap Utusan Malaysia dibuat ekoran penerbitan berita mendakwa beliau meletak jawatan seperti disiar akhbar terbabit pada 21 November 2009.

0 comments