SELEPAS lama bercinta, SM Nasarudin dan Marion merancang untuk berkahwin akhir tahun ini.
Selepas lima tahun bercinta, pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 30, semalam mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan anak tokoh korporat Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin, SM Nasarudin, 27, pada Disember ini.
Marion yang berdarah kacukan Inggeris, Portugis dan Cina bagaimanapun masih berahsia mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka.
“Ya, kami akan berkahwin pada Disember ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan kami lagi, tunggu masa yang sesuai nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Pengacara lulusan Universiti Marquette di Milwaukee, Amerika Syarikat itu memberitahu, hubungannya dengan Pengerusi Eksekutif Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza itu sudah mendapat restu keluarga.
“Kami sudah lama berkawan dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk kami bernikah,” katanya.
Sayang, tapi nak buat camner dah jodoh. Derang ni sume golongan2 yg terlampau sosial so fikir2kanlah...
Inilah contoh melayu Islam yg pandai
aku pernah berkhidmat dengan Arwah ayah diaorang..apa pun aku lebih suka dengan Faisal..tak sosial sangat...
ambil yang positif dulu. sekarang marion dah jadi saudara seagama kita.
gamaknya yang ada galur keturunan nabi ni satu hari nanti sedarla dia siapa sebenarnya dia dan namanya perlu dijaga.
amin
generasi bundle
Mereka ini hidup membesar di Zaman Dr Mahadir Menjadi PM dimana banyak dasar dasar negara yang di ubah bagi mencapai cita cita wawasan 2020.Adakah hasil yang sebegini yang kita mahu khususnya Umat Islam di zaman ini.Maka tidak syak lagi lah ramai anak muda yang membesar di zaman TUN Mahadir menjadikan tong sampah sebagai tempat buang anak,mankala pusat serenti semakin bertambah,polis pula sibok mengejar Mat Rempit dan banyak lagi hasilnya.Di zaman beliau lah Ulamak di hina,Penyanyi di agong agongkan,SAR di tarik peruntukan...Wahai UMNO lihat lah hasilnya dimana identiti melayu yang di perjuangkan dan Mana Islam yang di laungkan?????