http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Dunia : Iran Ikrar Musnahkan Israel

Posted by Love Perak | Tuesday, August 03, 2010 | 0 comments »

TEHERAN: Ahli Parlimen Iran berkata sekiranya Israel mencari masalah dengan Iran, mereka tidak akan teragak-agak untuk melenyapkan Israel dari dunia ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan dan Polisi Luar, Ismail Kosari membuat keyataan itu semalam, lapor agensi berita Irna.

Beliau berkata, Amerika Syarikat (AS) adalah penyokong kuat regim Zionis dan Tel Aviv tidak akan mampu bertindak tanpa sokongan AS.

Beliau juga menekankan Israel hanya berani membuat ancaman terhadap Iran dengan sokongan AS. Menurutnya, regim Zionis sedia maklum jika mereka bertindak sendirian menentang Iran mereka akan menyesali tindakan itu.

Ismail berkata, Iran tidak akan berdiam diri dengan perang psikologi Israel dan akan bertindak lebih kasar sekiranya Tel Aviv berani merealisasikan ancamannya.

Beliau turut mempertikaikan agenda AS-Israel yang cuba campur tangan dalam isu perairan antarabangsa Iran. Kenyataan Ismail dibuat ekoran sokongan ahli Kongres AS terhadap Israel untuk menyerang Iran.

Kedua-dua negara itu berterusan menyelar Iran sebagai cubaan mengalihkan perhatian dunia yang mahu Israel mengesahkan isu berhubung penghasilan 200 peluru berpandu nuklear.

Beberapa ahli Parlimen lain turut menyokong kenyataan Ismail mengenai ancaman Israel terhadap Iran. – Agensi

Sumber : Harian Metro

0 comments