Bukannya jalan yang sedia ada tidak baik, namun setelah negara begitu aman selepas lebih 50 tahun merdeka, beliau terpaksa menghadapinya untuk berceramah di majlis Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, dekat sini malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, terpaksa berbuat demikian demi keselamatan dan menjayakan program malam tadi setelah polis dan anggota unit simpanan persekutuan (FRU) menyekat laluan masuk ke tempat program. Akibat melalui jalan tersebut, kasut dan pakaian Nizar basah dan berlumuran lumpur.
"Alhamdulillah, Datuk Seri Nizar dapat bersama kita walaupun terpaksa lalu jalan berselut dan berlumpur," umum pengerusi majlis disambut laungan takbir para hadirin.
Semasa Nizar sedang berucap pula, FRU yang pada asalnya membuat sekatan di jalan masuk, mula bergerak ke pintu depan tapak program untuk masuk ke kawasan ceramah yang dibuat atas tanah persendirian.
Ekoran itu, palang untuk masuk ke tapak program ditutup dan dikunci oleh tuan tanah dan penyokong. Anggota FRU, bagaimanapun mahu masuk juga ke kawasan ceramah walaupun tuan tanah meletakkan poster "Hak Milik Persendirian, Dilarang Menceroboh", namun gagal kerana dibentengi lebih 100 penyokong dan Unit Amal.
Mereka berada di situ sehingga ceramah Nizar selesai kira-kira sejam setengah kemudian. Terdahulu, Nizar sewaktu memulakan ucapan turut secara sinis membidas tindakan anggota keselamatan itu.
"Malam ini 847 anggota polis, special branch (SB) dan FRU ada bersama kita. Selamat datang untuk dengar ceramah dan menjaga keselamatan kami,"
katanya disambut tepukan oleh lebih 500 hadirin yang hadir. Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di sini akan berlangsung sehingga lewat malam ini. Dan pada pagi tadi, majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Nizar, kemudian beberapa kertas kerja akan dibentang sebelum majlis penutup akan disempurnakan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini.
Kemuncak program adalah pada malam ini apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut berceramah di sini. - PAS Perak.
Aku nak ketawa bila seorang pegawai polis perak tengah mengumumkan di radio perak yg perhimpunan yang akan di adakan di Felcra itu akan mendatangkan kekacauan.
ha..ha...ha...
Yang aku nampak malam tu pihak polis yang buat kacau, menghalang orang ramai dpd menghadiri perhimpunan, di buatnya road block. Apa bende ni.....patutnya tolong menjaga keamanan, melancarkan perjalanan perhimpunan dan bukan nak menyusahkan orang yang dahagakan dengar penerangan.
Satu lagi alasan dia ialah berdekatan dengan tilawah al-quran (alasan bodohnya mengganggu la) yang di adakan di Dewan Orang ramai...kah...kah...kah... Tinjau punya tinjau lokasi dewan tu terletak kira2 1 km dpd tempat perhimpunan tu. Jauh tu.
ha...ha...ha..
Ini lah standard polis malaysia.
Jauh semanggang dpd api jika dibandingkan dengan polis UK and US.
Patut lah FDI Malaysia merudum. Orang luarpun tak nak caya sebab keselamatan negara dijaga oleh orang2 yang tak ada standard.
Hantar polis ramai cuma nak halang rakyat dpd mendengar ceramah dan bukannya nak tolong jaga keamanan.
Apa punya haprak la anjingh2 ni.