http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Apek ini Pak Sedara Mahathir atau sepupu Taib Mahmud?

Posted by Love Perak | Friday, August 13, 2010 | 0 comments »

Ting Pek Khing

Fakta kes:

1 ~ Projek Empangan Bakun yang menelan kos RM7.3 bilion sehingga akhir tahun ini, bakal menjurus kepada tanggungan faedah setinggi RM10 juta setiap bulan, oleh pemiliknya Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB), mulai tahun 2011.
2 ~ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion kepada projek ini sehingga kini.

3 ~ SHSB terpaksa menanggung faedah setinggi RM10 juta setiap bulan mulai tahun depan.

4 ~ Projek Empangan Bakun adalah projek penjana hidroelektrik mega yang diketengahkan oleh kerajaan Mahathir Mohamad pada tahun 1980-an. Projek Empangan Bakun diserah kepada Ekran Bhd, yang dikuasai kroni Taib Mahmud, Ting Pek Khing pada tahun 1994. Namun demikian, projek mega ini terpaksa diketepikan berikutan kemelut ekonomi pada tahun 1997. (Skandal Taib Mahmud)

5 ~ Apabila projek ini mengalami kerugian mega, SHSB mengambil alih semula projek ini pada tahun 2000, dan kemudian projek ini ditenderkan. Malaysia China Hydro Joint Venture (MCHJV) yang ditunjangi Sime Darby Bhd berjaya memperolehi projek ini dengan harga tender RM1.8 bilion pada Oktober 2002.

6 ~ Sime Darby menuntut kos lebihan lantaran penundaan projek sebanyak RM780 juta daripada kerajaan. Namun demikian, beberapa faktor menyebabkan angka kos ini terus melonjak, menjurus kepada anggaran kerugian Sime Darby setinggi RM450 juta pada tahun kewangan 2010.

7 ~ Lebihan kos ini telah melonjakkan kos pembinaan empangan dari RM1.8 bilion pada asalnya kepada RM3.2 bilion, yang belum merangkumi kos projek elektrik dan mekanik.

8 ~ Seandainya dihitung secara terperinci, maka kerugian yang ditanggung oleh Sime Darby lantaran daripada Empangan Bakun boleh mencecah RM1 bilion.

0 comments

There was an error in this gadget