http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Amaran PAS kepada MCA

Posted by Love Perak | Wednesday, August 18, 2010 | 0 comments »

PAS hari ini memberi amaran kepada MCA supaya tidak bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN.

Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan resolusi Kongres Ekonomi Cina, Sabtu lalu yang menggesa kerajaan mengurangkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi baru-baru ini dilihat tidak matang dan tidak wajar.

“Apa yang diperjuangkan oleh MCA jelas menunjukkan bahawa parti-parti komponen Barisan Nasional gagal mendapat konsensus yang mantap untuk memerintah negara setelah berlaku penafian dua pertiga kuasa majoriti di Dewan Rakyat pada 8 Mac yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, menurut Nasharudin tindakan MCA yang menyokong dan memastikan resolusi itu diteruskan membuktikan mereka memperjuangkan politik perkauman yang sempit.

Pakatan Rakyat pula, ujarnya telah sama-sama bersetuju untuk berpegang teguh dengan Dasar Pakatan Rakyat yang telah ditandatangani oleh PAS, PKR dan DAP pada bulan Disember 2009 yang lalu.

“Berd
asarkan dasar tersebut, Pakatan Rakyat akan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153.

“Ini membuktikan bahawa PAS, PKR dan DAP tetap akan mempertahankan perkara ini bila menerajui kerajaan nanti,” katanya lagi.

Sebaliknya, dalam konteks hari ini, Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mengingatkan parti Cina itu supaya tidak menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu.

0 comments