http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Komen Mahfuz Mengenai Isu Teo Masuk Surau

Posted by Love Perak | Saturday, August 28, 2010 | 0 comments »

Naib Presiden PAS: Tidak salah MP DAP Serdang berada di surau

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Pemimpin PAS mempertahankan langkah Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi sebuah Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu yang kini dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu termasuk Perkasa dan Umno.

“Tidak menjadi satu kesalahan atau masalah bagi wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid atau surau untuk memberi bantuan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika hendak mempertikaikan wakil rakyat itu tidak memakai tudung, tindakan tidak mengenakan tudung, “ia tidak mengharamkan seseorang daripada datang ke masjid.”

“Cuma ia menjadi adap, bukan syarat (mengenakan tudung) apabila masuk ke masjid, surau... bukan syarat tetapi adap,” kata beliau.

Terdahulu beliau menyampaikan takzirah di masjlid bandar Kinrara selepas solat Jumaat.

“Ketika di masjid Kinrara, saya ada menimbulkan contoh, bagaimana masjid ini kemungkinan dibina oleh seorang Cina walaupun projeknya diperoleh oleh seorang Bumiputera, dan pekerja-pekerjanya mungkin dari Myanmar, yang bukan beragama Islam.

“Adakah kita melarang dia daripada memasuki masjid dan surau ketika sedang dibina?” kata Mahfuz sambil menambah, dalam kes Teo beliau sebenarnya dibenarkan oleh pengurusan surau.

“Dari hukum tidak menjadi masalah... sama seperti isu doa, membaca doa untuk bukan Islam, bukan satu kesalahan, kita minta hidayah, tetapi isu itu dipolitikkan,” kata beliau lagi.

0 comments