http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com
Showing posts with label Rosmah. Show all posts
Showing posts with label Rosmah. Show all posts

Panas : Blogger UMNO Desak Rosmah Berundur!

Posted by Love Perak | Wednesday, October 27, 2010 | | 1 comments »


Oleh : Pria Malaya


Artikel di bawah di petik dari sebuah laman blog penyokong tegar umno, malaysiaheaven.blogspot.com...
Datin Seri Rosmah Perlu Berundur

Didalam sejarah perdana menteri Malaysia, tiada lagi isteri pemimpin melibatkan diri secara terbuka melainkan Ds Rosmah Mansor. Sejak DS Najib menjadi PM, sejak itulah nama DS Rosmahpun menjulang tinggi.

Maaf bukan nak mengata tetapi cuma tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah KJ menjadi punca perpecahan UMNO dan rakyat semasa zaman Pak Lah dahulu. Sejak DS Najib menjadi PM, pelbagai fitnah dilemparkan oleh orang kafir terhadap DS Rosmah.

Mengundurkan diri bukanlah bermakna membenarkan segala fitnah terbabit sebaliknya untuk menjernihkan semula keadaan. Lagipun pemberian peruntukan yang sangat besar untuk program Permata membuatkan ramai yang terkilan.

Apa perlunya program Permata sedangkan negara sudah ada program KEMAS. Dan program Permatapun bukanlah masuk ke kampung kampung pendalaman. Hanya kanak kanak yang cerdik sahaja yang terpilih. Jadi dimana perlunya program sebegini.

Tambahan pula cerita mengenai islamic fesyen baru baru ini jelas mencalarkan kredebiliti DS Najib sebagai PM. DS Rosmah seharusnya berundur segera sebelum terlambat. DS Rosmah perlu mencontohi isteri pemimpin terdahulu dengan mengamalkan low profail.

Bukan tak boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti tetapi biarlah dibelakang tabir sahaja. Tidak perlu menunjukkan muka mencari publisiti walaupun aku percaya itu bukanlah tujuan asal beliau.

Cukuplah perbuatan si Kitol dahulu. Jangan disebabkan DS Rosmah, UMNO menjadi mangsa di PRU13 nanti. Sekali lagi aku nak tegaskan, DS Rosmah perlu berundur. - malaysiaheaven.blogspot.com
P/S: TERBARU - Satu lagi blog pro-Umno meluahkan perasaan kurang senang beliau bukan sahaja terhadap Rosmah Mansor, tetapi juga terhadap Najib yang dilihat seolah2 'lemah' dalam menyelesaikan isu2 yang membelenggu diri mereka berdua...

Penulis petik antara kandungan 'luah perasaan' penyokong/blogger Umno terbabit sepertimana di bawah...


FACT 1 - Rosmah bukanlah pujaan rakyat sebagaimana dia fikirkan. Tak tahulah orang Umno tapi jujur ni, nama Rosmah kalau disebut dalam ceramah pasti mengundang gelak tawa sinis

FACT 2 - Isu ini sebagaimana poster dibawah TIDAK menolong imej Rosmah dan Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Dan bila sebut Islam, ia menjadi satu isu yang AMAT sensitif dikalangan rakyat.

FACT 3 - Isu sebegini LEBIH DEKAT dihati orang Islam dari isu ekonomi termasuk isu Melayu. Di Pantai Timur saya yakin, tak tahulah ditempat lain.

FACT 4 - Rosmah adalah penaung IFF dan itu sudah cukup mengaitkan beliau dan gambar Najib bersama Rosmah diatas pentas adalah bukti yang amat kuat.

FACT 5 - Peristiwa berlaku 2 bulan lalu dan sehingga kini tidak ada reaksi dari Najib/Rosmah untuk cuci tangan dari isu ini.

FACT 6 - Banyak kerusi menang/kalah di PRU12 majoritinya kecil, BN tidak mampu kehilangan walau sedikitpun sokongan dek isu ini atau apajua kesilapan remeh.

Terserahlah pada Umno bagaimana hendak menangani isu ini, saya cuma memperingati saja. Tapi kalau diizinkan, saya ingin cadangkan Tuan berdua minta maaf kepada rakyat dan umat Islam Malaysia dan Pn Rosmah menarik diri dari menjadi penaung dan Malaysia mengumumkan tidak lagi mau terbabit dengan organisasi itu dalam apajua kapasiti sebagai tanda protes. - dinturtle.blogspot.com
Baca seterusnya di dalam blog dinturtle.blogspot.com...
Sungguh kasihan..tatkala blogger otai Umno mengambil pendirian untuk mempertahankan Rosmah bermati-matian, rupanya ramai juga dikalangan penyokong bawahan Umno mengecam dan membantah Rosmah Mansor..apakah kehancuran Umno bermula dari Rosmah Mansor sebagaimana jatuhnya Pak Lah dahulu atas faktor menantunya, Khairy Jamaluddin?...fikir2kan..wallahua'lam...

Kisah Isteri-Isteri Perdana Menteri

Posted by Love Perak | Friday, July 30, 2010 | | 0 comments »



SUDAH 6 PERDANA MENTERI UMNO DI MALAYSIA
TETAPI YANG KE-6 INI ADA PERBEZAAN.

1~ PM Pertama Tunku Abdul Rahman, ramai juga yg menentang Tungku namun kita tidak memusuhi isteri beliau Toh Pn Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah

2~ PM kedua Tun Abdul Razak pun sama ada penentangan tapi tiada masaalah dengan isterinya, Rahah Mohamad Noah yang juga ibu PM sekarang.

3~ PM ketiga Tun Hussein bin Dato' Onn penentang juga ada tetapi pihak pembangkang tiada masaalah dengan isteri beliau Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Haji Mohd Noah.

4~ PM ke-empat semua kenal dan terkenal Tun Dr. Mahathir bin Mohamad penentangan terhadap beliau amat singgit & hebat namun dengan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali rakyat tiada masaalah malah Tun Dr. Siti Hasmah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana dikatakan wanita terpandai pada zamanya kerana itu beliau wanita pertama negara mendapat gelaran Dr.

5~ PM kelima Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi menyaksikan penentang ke atas dasar beliau juga hebat dan terpendek jangka hayat kuasanya dan tercatit sejarah baru BN Umno kehilangan beberapa negeri semasa PRU-12, namun dengan isteri-isteri beliau Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood tiada masaalah timbul, begitu juga dengan isteri keduanya Jeanne Abdullah yang tidak mencampuri urusan pentadbiran negara. Cuma silap Tun Abdullah sendiri kerana lembab dan kuat tidur.


6~ PM ke-enam Inilah ceritanya ~~ Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, ada yang mengatakan beliau adalah isteri kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana tindak-tanduknya amat berlainan dengan isteri-isteri PM yang terdahulu. Malah seolah-olah Dato' Sri Mohd Najib hanyalah PM pada nama sahaja tapi yang menentukan pentadbiran negara adalah Datin Seri Rosmah Mansor.

Apa Rosmah Buat Ni?

Posted by Love Perak | Sunday, July 25, 2010 | | 0 comments »

Oleh Edi Suleiman

KUALA LUMPUR 25 Julai - Bintang Hollywood terkenal Robert De Niro dilaporkan kini berada di Kuala Lumpur dan menurut sumber, pelakon terbabit dijangka bertemu Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berada di negara ini.

De Niro, pelakon, pengarah dan juga penerbit filem yang terkenal dengan lakonannya dalam filem The Godfather: Part II, Raging Bull dan The Good Shepherd dikatakan akan berada di sini sehingga hujung minggu ini.

Rosmah, sebelum ini dalam satu laporan media dipetik sebagai berkata De Niro bertandang ke negara ini sebagai tetamu di atas jemputannya kerana mahu pelakon terbabit menyaksikan negara ini melalui 'perspektif yang betul'.

Tindakan beliau bagaimanapun mendapat kecaman daripada beberapa pihak termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah, Daniel John Jambun yang mempersoalkan rasional disebalik jemputan kepada De Niro.

Menurut Daniel, alasan Rosmah bahawa jemputan yang dipelawa kepada pelakon terbabit supaya dapat memahami dan mengenali lebih dekat tentang negara ini adalah sia-sia dan tidak memberi sebarang manfaat.

Daniel dalam satu laporan media dipetik sebagai berkata Rosmah tidak sepatutnya berasa yakin bahawa kedatangan De Niro ke sini akan merubah pandangannya dan masyarakat barat di Amerika Syarikat tentang kepincangan di negara ini.

"Adakah beliau (De Niro) akan hanya di bawa melihat sekitar ibukota Kuala Lumpur? Saya tidak yakin De Niro akan rasa terpegun dengan apa yang dilihatnya melainkanlah jika beliau di bawa melawat ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak maka sudah pasti saya sendiri dengan besar hati akan menunjukkannya kemajuan yang kita ada di sini," kata beliau dengan nada menyindir.

Najib baru-baru ini dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya ke New York, April lalu meskipun didesak supaya berbuat demikian.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, Najib mengelak daripada memberikan sebarang jumlah kos yang terbabit.

"Kos penginapan dan perjalanan Rosmah dimasukkan dalam perbelanjaan yang diperuntukkan untuk perdana menteri, berdasarkan kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri,” kata Najib dalam jawapan satu perenggannya.

Selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Nuklear di Washington DC, 16 April lalu, Najib dan Rosmah menghadiri sebuah majlis gilang-gemilang di hotel lima bintang St Regis di New York yang turut dihadiri De Niro dan juga beberapa bintang filem antarabangsa seperti Niro, Charlize Theron dan Emmy Rossum, serta diacarakan oleh Jamie Foxx.

Meskipun tidak dapat disahkan, beberapa laporan internet mendakwa kemuncak majlis itu ialah apabila Rosmah berduet dengan Foxx.

Majlis berkenaan tidak mendapat liputan akhbar tempatan tetapi menjadi perdebatan berikutan penyiaran dua halaman iklan berwarna di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah daripada “keluarga dan sahabatnya di Amerika dan Malaysia”.

Tidak kurang juga rakyat marah apabila Rosmah dirujuk sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' - gelaran yang sepatutnya dikhaskan hanya untuk Raja Permaisuri Agong.

Rosmah Biadap Terhadap Suami Sendiri?

Posted by Love Perak | Wednesday, July 21, 2010 | | 3 comments »

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLva4Ex6emtHVOrRYZXrVnhacczhcsAiQ_ej0ssdE_Y4L0YMN1waO_MfN-mqimH6k4ruN2Eva1Mg8XpBOCjRJPzgCmeNesy0SApL1Jk9mYQuzv0hCFq7fgtNY0oZMh3klRjgWpH4TwAyGX/s1600/Rosmah+Sabah.JPG

Biadapnya Bik Mama ni? Berjalan dan bersalam di hadapan suami sendiri? Sapa suami sebenarnya ni? Sapa Piem sebenarnya ni? Mungkin Najib dah bebal dengan Bik Mama, lalu menjampikannya jatuh tergolek dari tangga kah kah kah

Gempar : Rosmah Terjatuh di Kota Kinabalu

Posted by Love Perak | Tuesday, July 20, 2010 | | 0 comments »

Gambar Rosmah jatuh terkangkang tu, saya tak sanggup nak letak di sini.... saya loya tekak melihat.... so saya tukar gambar ini... selera sikit....


kah kah kah bikmama terrrjatuh diKota Kinabalu, nasib baik dari tangga pentas bukan tingkat 14....kah kah kah

"She had just delivered a speech that lasted more than 40 minutes at the closing ceremony of the wives of BN elected representatives annual programme when she fell that drew a loud scream and gasps from those gathered.
- Kerajaan Rakyat

Rosmah did not hide her anger to her bodyguard who failed to catch her hand as she was slipping. In front of the packed ballroom in a major resort and spa here, once she picked herself up, pulled away from her bodyguard and refused to be guided by the back to her seat.

She also waved her finger crossly at her female bodyguard as though rebuking and blaming her for letting her fall." -MalaysiaToday

Nota : Sumber dipetik daripada facebook dan malaysia today.

18SX : Acara Menarik Bagi Program Isteri Wakil Rakyat BN

Posted by Love Perak | Sunday, July 18, 2010 | | 0 comments »

oleh : sofi yassin (kerajaan rakyat)

KOTA KINABALU: Badan Amal Negeri yang dipilih menjadi tuan rumah kepada Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) disaran supaya mencari pendekatan kreatif dalam menganjurkan program berkenaan.


Yang Dipertua Badan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Seri Rosmah Mansor berkata langkah tersebut perlu dilakukan bagi memastikan PTIWRBNM sentiasa menarik dan menggalakkan penyertaan semua badan amal ke arah memupuk semangat setiakawan yang erat.

Antara program menarik yang akan dianjurkan termasuk:









Pawagam Pertama Khas Buat Wakil Rakyat

Posted by Love Perak | Thursday, July 08, 2010 | | 0 comments »

oleh : kerajaan rakyat

Parlimen Malaysia selayaknya menjadi pawagam untuk para Menteri dan Speaker Dewan Rakyat melakonkan agenda sundal yang mencela dan menghina kedaulatan undang-undang negara. Lebih malang lagi apabila para raja dan sultan termasuk Yang Dipertuan Agong langsung tidak dapat menegur segala kesialan yang diamalkan olih pemimpin UMNO/BN.

Saya telah mengulasnya semalam:
Persoalannya sekarang beranikah Speaker Dewan Rakyat menerima usul tersebut untuk dibahaskan?... Speaker akan tanya Najib... Najib akan tanya Rosmah dan Rosmah kata .... Tidak!!!..... Speaker... lu kena pilih .... nak luluskan usul atau nak C4..??
Hari ini ternyata ianya benar apabila usul ahli parlimen DAP dari Bakri, Er Teck Hwa untuk membahaskan kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - ditolak.

Bila rakyat luahkan kemarahan, nantinya.... rakyat akan di ISA kan dengan seribu satu alasan haprak yang bakal direkacipta olih harami UMNO yang telah hamis pemikiran mereka lantaran menegok dan menelan air kencing iblis zionist. Lebih dahsyat lagi apabila iblis-iblis ini disokong dan dijunjung olih kepla malaun Musa Hasan dan sedara kembangnya Gani Petail...
Peringatan buat para harami iblis berbangsa UMNO....
Walau kaki rakyat dirantai .... Tangan akan tetap berlari..!!!
Sekali tekad kami untuk melawan... Kami tetap akan LAWAN..!!!

Macam Biasa, Rosmah Terselamat di Parlimen

Posted by Love Perak | Thursday, July 08, 2010 | , | 0 comments »

Usul ahli parlimen DAP dari Bakri, Er Teck Hwa untuk membahaskan kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - ditolak.

Usu

l itu ditolak mengikut peraturan mesyuarat dewan 18 (5) yang menyatakan bahawa hanya satu usul yang boleh dikemukakan sebelum mesyuarat ditangguhkan.

Dalam usulnya itu Er berkata Balasubramaniam sebagai saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat.

“Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel 'Lets send the Altantuya murders to hell' turut lari ke sana juga.

"Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri,” tulisnya dalam usul itu.

Menurut Er, kes pembunuhan Altantuya adalah satu isu yang hangat dibincangkan dan kini menjadi bahan gurauan di media antarabangsa sehingga menjejaskan imej negara.

“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.

“L
ebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita,” tulisnya.

Menurut wakil DAP itu, nama isteri perdana menteri yang didakwa sebagai “dalang dalam kes pelarian Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya diungkitkan dalam kenyataan Malaysia Today ini akan dibaca melalui laman web seluruh dunia yang akan memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara.”

“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” katanya.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu dengan alasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan penangguhannya.

Bagaimanapun Er tidak berputus asa supaya usulnya itu terus dibahaskan dan beliau memfailkannya sekali lagi pagi ini.

"S
aya failkan usul itu lagi pagi ini dan pegawai dewan memaklumkan bahawa usul saya adalah yang pertama pagi ini,” katanya.

Beliau berharap usul itu akan dibahaskan minggu depan kerana ia membabitkan isteri, perdana menteri.

"Khabar angin kini tersebar di internet, jadi kita perlu menjaga nama baik negara dan juga Rosmah,” katanya.

Jeng Jeng Jeng Nama Rosmah Bakal Bergema di Parlimen?

Posted by Love Perak | Wednesday, July 07, 2010 | , | 0 comments »


Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hortmanya, saya ingin memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 mengemukakan usul yang berbunyi seperti berikut :-

Bahawa Americk Sidhu, peguam kepada P. Balasubramaniam, telah mengeluarkan satu kenyataan di laman blog “Malaysia Today” pada 30hb Jun 2010, iaitu segala kos sara hidup pelanggannya, P. Balasubramaniam di London adalah dibayar oleh Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet atas suruhan isteri YAB Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

P. Balasubramaniam sebagai salah seorang saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat. Manakala Raja Petra Kamarudin yang didakwa telah melanggar Akta Hasutan selepas mendedahkan artikel “Let's send the Altantuya murders to hell” turut lari ke san juga. Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri.

Kes Altantuya ini telah dijadikan satu isu yang hangat dibincangkan dan bahan kelakar di media dunia sehingga menjejaskan imej negara kita. Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya. Lebih-lebih lagi pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita.

Jadi, nama isteri YAB Perdana Menteri sebagai dalang dalam kes pelarian P. Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya diungkitkan dalam kenyataan “Malaysia Today” ini akan dibaca di laman web seluruh dunia yang akan memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara nanti. Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Er Teck Hwa

Ahli Parlimen

Kawasan Bakri