Usul ahli parlimen DAP dari Bakri, Er Teck Hwa untuk membahaskan kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - ditolak.
Usu
Dalam usulnya itu Er berkata Balasubramaniam sebagai saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat.
“Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel 'Lets send the Altantuya murders to hell' turut lari ke sana juga.
"Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri,” tulisnya dalam usul itu.
Menurut Er, kes pembunuhan Altantuya adalah satu isu yang hangat dibincangkan dan kini menjadi bahan gurauan di media antarabangsa sehingga menjejaskan imej negara.
“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.
“L
Menurut wakil DAP itu, nama isteri perdana menteri yang didakwa sebagai “dalang dalam kes pelarian Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya diungkitkan dalam kenyataan Malaysia Today ini akan dibaca melalui laman web seluruh dunia yang akan memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara.”
“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” katanya.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu dengan alasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan penangguhannya.
Bagaimanapun Er tidak berputus asa supaya usulnya itu terus dibahaskan dan beliau memfailkannya sekali lagi pagi ini.
"S
Beliau berharap usul itu akan dibahaskan minggu depan kerana ia membabitkan isteri, perdana menteri.
"Khabar angin kini tersebar di internet, jadi kita perlu menjaga nama baik negara dan juga Rosmah,” katanya.
0 comments
Post a Comment