Oleh : Tulang Besi
NOTA EDITOR: kenyataan terbaru Dato Hasan Ali membuktikan bahawa Mufti UMNO, HAramsani, adalah seorang pembohong nombor wahid. Begitulah perangai orang UMNO. Mereka yang aliran agama pun boleh berbohong, inikan pula yang tiada pendidikan agama. Lagi teruk pembohong.
Saya masih ingat lagi nasihat kawan saya:
Kalau ada orang UMNO yang kata "Tuhan itu Satu", kamu jangan percaya. Bukan sebab apa dia kata itu salah, tapi sebab yang berkata itu adalah orang UMNO
Berkenaan Dato Hasan Ali, ada beberapa persoalan berkaitan kenyataan beliau:
1.0 Kalau pertemuan tersebut adalah pertemuan rasmi, mengapa bawa Suwardi Yaakob bersama-sama? Apa jawatan Suwardi dalam kerajaan Selangor? Suwardi tu bukan orang Selangor pun?
2.0 Mengapa berjumpa Haramsani di salah sebuah apartment di tengah2 kotaraya? Mengapa tak boleh jumpa di Bangunan SUK di Selangor? Ataupun di bangunan SUK Perak?
3.0 Apa urusan Exco Agama Selangor hendak berjumpa dengan Mufti? Mengapa tidak hanya Mufti Selangor bertemu Mufti Perak?
Kenyataan Hassan dedah Harussani berbohong
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong.
Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.
"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani. Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para Mufti yang ada di Malaysia.
"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan pembohongan Harussani," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.
Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.
"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno," kata Mahfuz.
Ini lah masalah orang melayu semua nak jadi ahli politik yang glamour.
Pasalnyev nak jaga gelaran dan gaji lumayan.
Orang islam cakap berlapik tanpa sindiran dan tuduhan pada pihak pihak tertentu.
Marilah kita fikir kan.
Politik malaysia semakin lama semakin bercelaru....siapa yang betul aku pun tak tahu, Pru-13 nanti aku lambung syiling jer....