http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Dengan ADUN Sendiri pun kantoi....

Posted by Love Perak | Sunday, July 18, 2010 | 1 comments »

oleh : al-brangi

Kalau ahli sendiri dah tak ada hormat, jangan harap orang lain akan hormat. Itulah pasal, penyakit yang menimpa orang Umno, tak tahu pilih pemimpin.

Tetapi sekali fikir, mereka tak boleh dipersalahkan......mereka tiada pilihan......itulah yang 'terbaik' daripada tiga calon Timbalan Presiden dulu.

Sudah Qadar dan Qadak Umno dapat Timbalan Presiden yang 'kureng' 'gula' berbanding dengan Timbalan-Timbalan terdahulu seperti Allahyarham Tun Dr. Ismail, Tun Musa Hitam dan sudah tentu kita punya Datuk Seri Anwar (semasa beliau berada di 'dalam').

Sepanjang beliau menjadi Timbalan Presiden, banyak kenyataan-kenyataan yang tahap pengetua tadika bercakap pada anak-anak kedengaran. Kalau setakat nak hapuskan UPSR dan PMR, tak perlulah orang no.2 bercakap, serah saja pada Ketua Pengarah Pelajaran pun dah memadai......banyak lagilah kenyataan yang hambar......kalau hangat sedikit pun setakat suam-suam kuku je.

Saingan politiknya tentu senyum kalaulah terbaca komen yang tak seperti ini.

Pemilihan Umno yang akan datang, Hishamuddin atau Zahid senang-senang dapat melabuhkan terus tabir politiknya......sementelah lagi ketika itu Pakatan Rakyat telah mengambil alih. (InsyaAllah)

Amat memalukan jika ahli Umno bertaraf ADUN tidak memberi hormat kepada orang no.2 dalam parti......mana nak sorok muka.....besar malunya woh.

1 comments

  1. Cikgu Yang // July 18, 2010 at 3:36 AM  

    Salam !!! Sudah dibaca dan faham maksudnya.