http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Hancurlah Harapan Shafie Apdal Untuk Jadi Perdana Menteri?

Posted by Love Perak | Tuesday, July 06, 2010 | 0 comments »

Kesilapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membawa kerugian politik jangka panjang beliau. Ucapannya yang didakwa menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, satu kenyataan yang biadab.


Sebagai Naib Presiden Umno, dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulaijaya, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.Ucapan ini menyebab Ahli UMNO akar umbi pun terkejut,kerana menjadi perkara biasa kaum keluarga berlainan parti politik.Contohnya Shahri Samad dan Khalid Samad.


Apa yang jelas apabila terdapat mana-mana individu yang cuba melabelkan PAS ,parti ajaran sesat,politik mereka tidak lama.InsyaAllah jangka hayat politik mereka tidak panjang.


Shafie Apdal kini tidak menjadi afdal lagi untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri atau PM selepas Muhyidiin atas keculaparan mulut menuduh parti pas sebagai ajaran sesat.


Ingatlah doa-doa orang yang dizalimi ,insyaAllah akan mudah dimakbulkan.


Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mencabar Shafie atas dakwaan mengapa membuat kenyataan begitu.


“Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa?”tanya Ustaz Idris Ahmad.


Beliau menjelaskan, di dalam Perlembagaan PAS Fasal 3 “Dasar PAS ialah Islam” sementara Fasal 7 (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta ijmak ulamak dan qias yang terang dan nyata.


“Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?”balas Ustaz Idris Ahmad.


Secara sinis, Ustaz Idris Ahmad membidas PAS tidak mahulah mengajak Shafie menerangkan apa maksud Islam, al-Quran, sunnah, ijmak dan qias yang diperjuangkan oleh PAS.


“Kita tahu kemampuan beliau berhubung kait dengan hal ehwal agama ini. Jadi kalau beliau jahil berkenaan dengan dasar PAS, maka jangan membuat tuduhan yang liar terhadap satu juta ahli PAS,” kata Idris.


PAS, katanya beranggapan kenyataan yang biadab daripada seorang Naib Presiden Umno yang emosi dan mentah dalam hal ehwal agama sahaja yang sanggup mengeluarkan kenyataan begitu rupa.


Tambahnya, macam mana Shafie boleh menuduh PAS sesat sedangkan ianya didukung oleh Tuan Guru dan alim ulama.


Suatu ketika dahulu, katanya PAS pernah dituduh lebih merbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan parti itu tidak ada mereka yang menganut fahaman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan ditahan di bawah ISA.


“PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab itu untuk memburukkkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS,” ujarnya Ustaz Idris lagi.


Baginya, Shafie cuba menakutkan orang ramai supaya jangan menyokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat.


Justeru, Ustaz Idris Ahmad menasihatkan Shafie sebelum hendak menuduh PAS sebagai ajaran sesat supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Allah dan janggut Nabi s.a.w.


“PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik, kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yaasin dan solat hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara,” tegas Ustaz Idris Ahmad.

0 comments

There was an error in this gadget