http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Khairy Dibalun Lagi

Posted by Love Perak | Monday, July 05, 2010 | 0 comments »



Kasihan Khairy, Ketua Pemuda yang tidak dihargai. Setelah dibalun Ibrahim, kini dibalun Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula.

Menurut akhbar Sinar Harian, dia bertanya siapakah Khairy, baru menjadi Ketua Pemuda tiga empat hari tetapi terlalu lantang mengkritik Ibrahim Ali. Itulah jadinya kalau naik berdasarkan bapa mertua, ramai juga yang tidak suka, Umno sendiri pula.

Tajuddin pun mengarut juga berkata Perkasa banyak menganjurkan program untuk membangunkan ekonomi orang Melayu di negara ini. Bila pula Perkasa membangunkan ekonomi orang Melayu, baru ditubuhkan berjaya memperkasa ekonomi Melayu. Hampeh!!!, yang dilihat cuma menghentam PR, menyokong Umno. Itu adalah.

Nak memuji kawan pun jangan melebih-lebih. Nanti seronok pula Ibrahim, nanti melalak yang tak tentu pasal pula.

0 comments

There was an error in this gadget