http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Tiba-tiba mengaku Ahli Pas. Muka Tak Malu.

Posted by Love Perak | Wednesday, July 07, 2010 | | 2 comments »

inilah kita panggil lawyer kangkung kah kah kah
mari kita tubuhkan satu pertubuhan baru
namanya ialah GAZ
ada 2 maksud
maksudnya - Gerakan Anti Zul Noordin
ataupun Gerakan Anti Zambry kah kah kah

Zulkifli semalam mendakwa beliau masih kekal anggota PAS.

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

“Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian,” kata beliau.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu.

“Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat,” kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu.Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997.

Pada 2004, Zulkifli bertanding di Kuala Langat atas tiket PAS tetapi tewas di tangan wakil Barisan Nasional, Datuk Dr Shafie Salleh.

Dua tahun lalu Zulkifli menyertai PKR dan bertanding di Kulim-Bandar Baharu dengan menewaskan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.TMI

2 comments

  1. azman kamarul // July 7, 2010 at 3:55 PM  

    Penyakit gila babi nya dah mula menyerang.......

  2. Anonymous // July 7, 2010 at 6:24 PM  

    Ia telah disumpah maka jadilah katak jadi-jadian.Rindu untuk kembali ke asal namun telah termakan budi sewaktu dibawa melancong dan mabuk daratnya masih belum lagi hilang.Biarkan kesian !

    sama ada akan berkubur dalam kuali politik BN atau hilang dalam lipatan rumput pendapatnya sendiri kita sama-sama saksikan

    (sudirumusibarat)