http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Apa Rosmah Buat Ni?

Posted by Love Perak | Sunday, July 25, 2010 | | 0 comments »

Oleh Edi Suleiman

KUALA LUMPUR 25 Julai - Bintang Hollywood terkenal Robert De Niro dilaporkan kini berada di Kuala Lumpur dan menurut sumber, pelakon terbabit dijangka bertemu Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berada di negara ini.

De Niro, pelakon, pengarah dan juga penerbit filem yang terkenal dengan lakonannya dalam filem The Godfather: Part II, Raging Bull dan The Good Shepherd dikatakan akan berada di sini sehingga hujung minggu ini.

Rosmah, sebelum ini dalam satu laporan media dipetik sebagai berkata De Niro bertandang ke negara ini sebagai tetamu di atas jemputannya kerana mahu pelakon terbabit menyaksikan negara ini melalui 'perspektif yang betul'.

Tindakan beliau bagaimanapun mendapat kecaman daripada beberapa pihak termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah, Daniel John Jambun yang mempersoalkan rasional disebalik jemputan kepada De Niro.

Menurut Daniel, alasan Rosmah bahawa jemputan yang dipelawa kepada pelakon terbabit supaya dapat memahami dan mengenali lebih dekat tentang negara ini adalah sia-sia dan tidak memberi sebarang manfaat.

Daniel dalam satu laporan media dipetik sebagai berkata Rosmah tidak sepatutnya berasa yakin bahawa kedatangan De Niro ke sini akan merubah pandangannya dan masyarakat barat di Amerika Syarikat tentang kepincangan di negara ini.

"Adakah beliau (De Niro) akan hanya di bawa melihat sekitar ibukota Kuala Lumpur? Saya tidak yakin De Niro akan rasa terpegun dengan apa yang dilihatnya melainkanlah jika beliau di bawa melawat ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak maka sudah pasti saya sendiri dengan besar hati akan menunjukkannya kemajuan yang kita ada di sini," kata beliau dengan nada menyindir.

Najib baru-baru ini dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya ke New York, April lalu meskipun didesak supaya berbuat demikian.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, Najib mengelak daripada memberikan sebarang jumlah kos yang terbabit.

"Kos penginapan dan perjalanan Rosmah dimasukkan dalam perbelanjaan yang diperuntukkan untuk perdana menteri, berdasarkan kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri,” kata Najib dalam jawapan satu perenggannya.

Selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Nuklear di Washington DC, 16 April lalu, Najib dan Rosmah menghadiri sebuah majlis gilang-gemilang di hotel lima bintang St Regis di New York yang turut dihadiri De Niro dan juga beberapa bintang filem antarabangsa seperti Niro, Charlize Theron dan Emmy Rossum, serta diacarakan oleh Jamie Foxx.

Meskipun tidak dapat disahkan, beberapa laporan internet mendakwa kemuncak majlis itu ialah apabila Rosmah berduet dengan Foxx.

Majlis berkenaan tidak mendapat liputan akhbar tempatan tetapi menjadi perdebatan berikutan penyiaran dua halaman iklan berwarna di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah daripada “keluarga dan sahabatnya di Amerika dan Malaysia”.

Tidak kurang juga rakyat marah apabila Rosmah dirujuk sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' - gelaran yang sepatutnya dikhaskan hanya untuk Raja Permaisuri Agong.

0 comments

There was an error in this gadget