http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

http://www.semidoppel.com/wp-content/uploads/2010/03/mahmoud-ahmadinejad99574.jpg

ABUJA: Presiden Iran, Encik Mahmoud Ahmadinejad, menggelar Amerika Syarikat diktator dan mengkritik Israel selepas tiba di Nigeria kelmarin bagi menghadiri sidang puncak Lapan Negara Membangun, D-8.

'Mereka pemimpin yang mahu menguasai dunia dan semua orang tahu pucuk pimpinan yang mahu menguasai dunia adalah diktator,' kata Encik Ahmadinejad kepada ratusan hadirin di kedutaan Iran di Abuja.

'Zaman diktator sudah berlalu. Penakluk harus membubar askar licik mereka dari muka bumi,' tambah beliau menerusi seorang penterjemah rasmi.

Iran telah dikenakan sejumlah sekatan baru oleh negara Barat berhubung program nuklearnya

Kehadiran Encik Ahmadinejad di Nigeria, yang separuh daripada 150 juta penduduknya Muslim, mendapat sambutan hangat daripada hadirin yang melaungkan kata-kata 'Rakyat Nigeria menyokong Iran'.

'Kita akan tamatkan penderitaan rakyat Palestin. Pelarian Palestin akan kembali ke tanah air mereka... tidak lama lagi kita akan merayakan kemenangan kita,' kata Encik Ahmadinejad.

D-8 dibentuk pada 1997 bagi menggalak hubungan ekonomi dan perpaduan antara lapan negara yang ramai penduduknya Muslim - Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turkey.

Jumlah penduduk negara D-8, yang berpangkalan di Istanbul, Turkey, ialah 930 juta orang.

Presiden Turkey, Encik Abdullah Gul, tiba di Abuja Rabu lalu. -- AP, AFP.

0 comments

There was an error in this gadget