Calon Pas DUN manek Urai ialah Fauzi Abdullah – TGNA
Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.
Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggungjawab sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan telah mengumumkan sebentar tadi di Markaz PAS Kampung Manek Urai Baru.
Konfirm!! Calon PAS Manek Urai ialah Fauzi Abdullah
Posted by Love Perak | Friday, June 26, 2009 | 0 comments »11:26 - Calon Pas DUN manek Urai ialah Fauzi Abdullah – TGNA
11:15 – TGNA Sedang Menyampaikan Amanat Dan Seterusnya Akan Mengumumkan Nama Calon PAS untuk Yang Akan Bertanding Di Dun Manek Urai
- Umno perangai supo komunis… tapi kalau orang sebut komunis dia marah…
- Perangai Umno Hok serupo komunis ialah tolok hukum tuhan… supo komunis lah tu, Sebab komunis tolak hukum tuhan
10:50 – TGHH Sedang Menyampaikan Amanat Penting
10:33 – Lim Kit Siang Menyampaikan Ceramah
10:12 – Husam Sedang Menyampaikan Ceramah
9:45 – Saifuddin sedang menyampaikan ceramah penerangannya…
Isu yang dibangkitkan oleh saifuddin…
-Kerajaan Pusat Rampas Royalti Minyak Negeri Kelantan…
-Kenapa Heret DSAI Ke Mahkamah sedangkan Saipull tidak diliwat
9:40…. Ketibaan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
9:35… Ketibaan Mursyidul Am PAS TGNA
Antara Kepimpinan Pakatan Rakyat Yang Hadir Pada Malam Ini…
- TGHNA
- TGHH
- Datuk Husam Musa
- Lim Kit Siang
- Saifuddin Nasution
- Dr Hatta Ramli
BATAL KE WASHINGTON: 1 July Anwar hadir ke Mahkamah.
Posted by Love Perak | Friday, June 26, 2009 | 0 comments »ANWAR IBRAHIM’S VISIT TO WASHINGTON DC FOR KEYNOTE ADDRESS ON US MUSLIM WORLD BUSINESS COOPERATION HAMPERED BY MALAYSIAN COURTS
The unprecedented actions taken by the Malaysian courts to expedite the beginning of Anwar Ibrahim’s trial have forced him to abandon his plans to travel to Washington DC this month. He will deliver his already scheduled keynote address at the “Business Opportunities in the Muslim World” conference in Washington DC on June 26th at 12:00 PM EST via live video teleconference from Kuala Lumpur.
The non-cooperation of the Public Prosecutor’s Office, which has impeded the preparation of the best defense that Mr. Ibrahim is lawfully entitled to, and the insistence of the Malaysian courts to begin his trial in early July despite the repeated requests by his lawyers for access to basic discovery items, requires Mr. Ibrahim be present in the Kuala Lumpur High Court to attend to his various applications including to quash the charges leveled against him. This
reprehensible conduct by the Prosecutors has been affirmed by Anwar’s lawyer S N Nair in his statement issued by his office on 10th June 2009 which amongst others, has affirmed that Anwar will not get a fair trial in the Malaysian courts.
The actions of the Courts to expedite the hearing of Mr. Ibrahim’s various preliminary motions, including the pending appeal to the Court of Appeal, appear unprecedented. These applications, including a request for documents in possession of the Public prosecutor that are favorable to Mr. Ibrahim as well as an application to quash the charges altogether, under normal circumstances will take some time for the Courts to consider.
We reiterate that the Court’s insistence on preferring a charge of sodomy that contravenes medical records indicates malicious intent, that the charges are politically motivated and that this trial would be a travesty of justice akin to what Anwar Ibrahim faced in 1998-1999.
OFFICE OF ANWAR IBRAHIM

Besar kemungkinan bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah akan dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.
Fauzi antara empat nama yang difahamkan telah disenarai pendekkan untuk dipilih sebagai bakal calon.
Selain Fauzi, tiga lagi nama ialah setiausaha PAS kawasan Kuala Krai, Mohamad Harun; bekas calon pada 2004, Mohd Zamzuri Mat Lazim dan ketua Pemuda kawasan, Mahadi Mohd. Zain
Seorang pemimpin PAS Kelantan yang enggan disebut namanya memberitahu Malaysiakini hanya berkata: "Lebih kurang begitulah".
Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.
Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan akan mengumumkan nama calon parti di Markaz PAS Kampung Manek Urai Lama, malam ini
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijangka hadir. Penamaan calon bagi pilihanraya kecil tersebut ditetapkan pada 6 Julai.
Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.
Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.
Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.
Bila la nak lantik aku jadi menteri ni..?
Posted by Love Perak | Friday, June 26, 2009 | 1 comments »Halalkan rampasan kuasa di Perak aku dah buat!
Halalkan Jom Heboh aku dah buat!
Usahakan pertunangan UMNO dengan PAS aku dah buat!
Buat buku bertajuk "Mengelakkan gejala murtad" aku dah buat!
Memberi pandangan terhadap keengganan Nik Aziz untuk menerima UG aku dah buat!
Apa barang lantik askar jadi menteri agama?
Aku ni lagi hebat dari si jamil khir tu sebab aku mufti, siap ketua mufti lagi!
Harap-harap, PRU 13 nanti depa lantik aku jadi calon Ahli Parlimen Kuala Kangsar!
Tapi depa nampak ke apa yang aku dah buat nih? tak boleh jadi nih! aku mesti buat 2,3 perkara lagi baru power!
TERKINI: ADUN Aulong failkan sama terhadap ADUN Jelapang
Posted by Love Perak | Friday, June 26, 2009 | 0 comments »
Ipoh, 26 Jun: ADUN kawasan Aulong, YB YewTian Hoe sebentar tadi telah menfailkan sama terhadap ADUN Jelapang atas kejadian di dalam Dewan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 yang lepas.
Beliau yang diiringi oleh 7 orang ADUN Pakatan Rakyat hadir bersama dengan lebih 20 orang penyokong yang kesemuanya berpakaian berwarna hitam.
ADUN Aulong didampingi oleh ADUN Pakatan Rakyat yang lain sedang menyampaikan kenyataan media.
Dalam kenyataannya, YB Yeb menjelaskan ADUN Jelapang itu mestilah menanggung akibat dari tindakan pembohongan dan putar belit dengan mengatakan di tangannya adalah thumbdrive dan sesudah itu dikatakan pula keychain. Katanya ada rakaman yang jelas bahawa ADUN Jelapang itu telah menggunakan alat penyembur pemedih mata.
Ditanya berapakah tuntutan yang beliau minta, dia menjelaskan perkara itu diserahkan kepada peguamnya. Sambil memberi komitmen hasil dari tuntutan itu akan didermakan kepada OKU. Beliau juga menuntut YB. Hee Yit Fong untuk meletakkan jawatan.

Michael Jackson has died at the age of 50. Reports from the wires say he had a cardiac arrest at his Los Angeles home.
Michael, who became a Muslim last year, made his name as the youngest member of the Jackson 5. His sixth solo effort, Thriller, released in 1982, is the best-selling album of all time.
Info Penuh di http://www.tmz.com/
M'sia vs Indonesia - Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga
Posted by Love Perak | Friday, June 26, 2009 | 0 comments »Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.
Kes pembantu rumah disiksa dan didera seperti hamba abdi banyak dipaparkan di dada akhbar. Kekadang susah nak percaya, tergamaknya hati majikan yang terbabit berkelakuan ganas seperti itu. Ada majikan yang menseterika badan pembantu rumahnya, ada yang menyimbah air panas di muka dan badan, ada yang mengetuk dengan lesung sambal dan berbagai-bagai lagi.
Tetapi di dalam kes yang berlawanan ada juga pembantu rumah melawan 'towkay'. Ada kes pembantu rumah menggigit tangan majikan kerana tidak tahan leteran, ada yang mengkelar leher majikan dan macam-macam lagi.
Walau apapun tindakan majikan yang tidak berhati perut ini menimbulkan satu keresahan di kalangan pemimpin Indonesia sehingga mereka mengambil keputusan mulai semalam memberhentikan sementara penghantaran pembantu rumah untuk bekerja di Malaysia sehingga perbincangan mengenai kajian semula memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu diselesaikan.
Sedikit sebanyak perasaan pemimpin Indonesia terguris berkait dengan perilaku sesetengah majikan yang tidak bertamaddun itu. Kerana mereka, ramai lagi majikan yang memerlukan pembantu-pembantu rumah terjejas dan menghadapi kesulitan.
Negeri-Negeri Pakatan Rakyat Di Anak Tiri kan
Posted by Love Perak | Friday, June 26, 2009 | 0 comments »Kerajaan dibidas kerana melakukan diskriminasi terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana diberikan peruntukan perkapita paling rendah.
Menurut Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Perak dan Kelantan jelas menunjukkan wujud diskriminasi daripada kerajaan persekutuan di bawah kekuasaan Barisan Nasional.
"Ada beberapa perkara yang harus diberikan perhatian oleh Kementerian Kewangan dalam keadaan kita menghadapi kemelut sekarang. Pertama, peruntukan yang diberi kepada negeri-negeri jelas menunjukkan sikap dendam kesumat masih berterusan.
"Walaupun Perdana Menteri menyebut Satu Malaysia, dan rakan-rakan daripada Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional minta kita supaya memberi sambutan yang positif, saya hendak beritahu bahawa laungan slogan ini, slogan murahan yang tidak dituruti dengan amal,"jelasnya semasa perbahasan usul peruntukan semula peruntukan perbelanjaan 2009 di parlimen baru-baru ini.
Beliau mempersoalkan mengapakah negeri-negeri tersebut didiskriminasikan dan akhirnya rakyat menjadi mangsa?
"Saya beri contoh, mengikut peruntukan per kapita mengikut negeri-negeri, negeri-negeri yang terbawah peruntukan, paling rendah ialah Pulau Pinang, kedua rendahnya Kedah, ketiga rendahnya Kelantan, keempat Selangor, kelima Perak. Negeri-negeri Pakatan Rakyat duduk di tahap paling rendah dari segi peruntukan Kerajaan Persekutuan.
"Apa alasan boleh diberikan? Terutama bagi negeri yang miskin seperti Kelantan dan Kedah, di paras yang begitu rendah peruntukan walaupun yang diuar-uarkan itu Satu Malaysia. Perak kerana semasa mereka merangka, mereka fikir mereka masih belum berjaya menawan, maka Perak daripada segi peruntukan per kapita - 230, Selangor - 221, Kelantan - 179, Kedah - 172 dan Pulau Pinang - 119,"jelasnya lagi.
Tindakan ini dianggap oleh Anwar sebagai satu diskriminasi dan rakyat menjadi mangsa.
"Mengapa harus dihukum rakyat begitu rupa? Saya tidak menafikan keperluan kita menambah peruntukan negeri-negeri terutama negeri-negeri yang miskin. Terengganu, mahupun kawasan Pahang, Sabah dan Sarawak.
"Akan tetapi dasar yang jelas tidak telus dan menunjukkan dasar yang discriminative, gunalah KPI apa pun yang telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, KPI apa? Kalau kerangka dasar itu sendiri tidak menunjukkan kita mengambil sikap yang telus dan adil,"tambahnya sambil menempelak sikap kerajaan yang tidak adil terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Katanya, tindakan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini, dan hanya terjadi setelah rakyat memilih Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan.
"Saya harap Kementerian Kewangan dapat meneliti dan memperbaiki kerana zalim kita untuk menghukum rakyat semata-mata kerana mengambil keputusan dan kebijaksanaan memilih parti atau calon yang mereka dukung.
"Semua yang memilih Pakatan Rakyat atau Umno-Barisan Nasional dikenakan dengan sistem percukaian yang sama. Maka peruntukan itu harus lebih telus dan adil,"tegasnya.












