http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Polis Mohon Maaf Pada Pimpinan Pakatan Rakyat

Posted by Love Perak | Saturday, August 29, 2009 | 1 comments »

Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam.

"Banyak (laporan) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu," katanya.

Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam.

Masihkah anda ingat gambar ini?

Posted by Love Perak | Saturday, August 29, 2009 | 0 comments »


dsc00665

alahai...perangai serupa, lain tempat, lain kepala.
apa yang lagi pelik, sendiri buat, sendiri kutuk, sendiri suruh ambil tindakan...
sakit apa pun taktau la...

Gempar! Zambry Buat Lawak lagi...kah kah kah

Posted by Love Perak | Saturday, August 29, 2009 | 1 comments »

MB "H", DS Zambry Abdool Kadeer mewajibkan barisan Exco dan ahli jawatankuasa negeri menguasai empat bahasa, Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil bagi memudahkan komunikasi bersama rakyat di peringkat akar umbi. - Sinar Harian

kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

ni kes jeles la ni MB Nizar tahu banyak bahasa...kahkahkahkahkahkah

Zambry lagi power silap2 10 bahasa dia tau... tamil urdu zimbabwe afrika selatan semua dia tau..

kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

PKR Kutuk Tindakan Hina Agama Hindu

Posted by Love Perak | Saturday, August 29, 2009 | 0 comments »

–28 Ogos 2009—Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.


Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.



Keadilan menegaskan bahawa tiada anggota dari Parti Keadilan Rakyat yang terlibat mahupun dibenarkan untuk menyertai protes seperti ini.
Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.



Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.



Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.



Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.



Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.



Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Lagi orang dan puak yang gila meroyan

Posted by Love Perak | Saturday, August 29, 2009 | 1 comments »

Kalau aku cakap puak-puak ni bengong sebab main-mainkan ayat yang mengagungkan Allah, ada la bengong-bengong yang sanggah cakap tak de bukti...

Ha dekat bawah ni ada banyak bukti... korang makan la bukti-bukti ni sampai kenyang..!

Apa komen Tok Peti Harus Sana Sini..?

Sorce - sini.

Gobind akan dedah pekung SPRM?

Posted by Love Perak | Saturday, August 29, 2009 | 0 comments »

SHAH ALAM, 28 Ogos: Peguam Gobind Singh Deo memberitahu Inkues kematian Teoh Beng Hock, beliau mempunyai saksi dan bukti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendera saksinya sehingga pengsan.


Beliau juga mempunyai gambar kecederaan mangsa bagi menyokong laporan polis itu yang dibuat terhadap pegawai SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam.



Gobind berkata demikian dalam inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas.



Menurut Gobind, beliau memohon untuk menyoalbalas saksi ke-19, inkues itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini. Ini kerana beliau didakwa salah seorang dari pegawai yang terlibat mendera itu.



Kata Gobind, antara deraan yang diterima pengadu itu adalah dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi.



Ekoran itu, Koroner Azmil menangguhkan inkues ke 8 September untuk membolehkan pegawai SPRM itu menyediakan peguamnya bagi menghadapi soalan-soalan mengenainya.



Gobind adalah peguam bagi pihak keluarga simati, Teoh Beng Hock.

Bodoh Bodoh Bodoh

Posted by Love Perak | Friday, August 28, 2009 | 0 comments »

Bodoh.Bodoh.Bodoh.


Semua orang tahu kau orang dari kumpulan mana.

Kau orang bawa banner kutuk Pas.
Kau orang bawa banner kutuk pemimpin PKR.

Hancur segala 1Malaysia.
Kau orang punya bos sanggup letak gambar gergasi kat depan Batu Caves.
Kau orang pergi cari gaduh pulak dengan kumpulan tersebut.

Perkara ini sangat merugikan Umno biarpun Umno nafikan macammana sekalipun.

Melainkan Umno sengaja ingin melihat pergaduhan kaum???
Bab tu saya tak tau lah???

Namun yang pasti kerja demo bawak kepala lembu adalah sangat bodoh.
The damage has been done.
Peninglah kepala PM 1Malaysia kau nak kowtim semula.

Bodoh.Bodoh.Bodoh.

-Perunding

Jika Umno nak sangat merampas kembali kerajaan Selangor, ambillah secara demokratik. Ambik balik dalam pilihan raya. Janganlah sesudah digunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apa yang dihajatkan tak tercapai, api perkauman pula hendak dinyalakan.

Janganlah apabila model rampasan kuasa di Perak tidak boleh digunakan di semua tempat, nak dinyalakan pula api perkauman.

Jangan main politik 2009 macam main politik 1969. Semua orang tahu siapa yang cetuskan rusuhan 13 Mei 1969. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi tau. Lihat bukunya, sebelum dan sesudah 13 Mei.

Lihatlah betapa baik dan berbudinya Blogger Umno/BN

Posted by Love Perak | Friday, August 28, 2009 | 0 comments »

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, aku bawakan kepada korang buat tatapan tajuk-tajuk "murni" dari blogger UMNO/BN yang sungguh bersopan-santun... sikit pun tak de maki-maki atau mencarut.

Selama ni ramai pengkokmen-pengkomen yang komen dok tuduh blogger pro PR kaki carut, kaki maki... jadi hari ni dan untuk yang seterusnya, aku akan paparkan setiap hari tajuk-tajuk posting dari blogger pro UMNO/BN yang dikatakan "berkreadibiliti" dan bersopan-santun sesuai dengan namanya "melayu"...

Aku tunggu komen-komen dari para pro UMNO/BN... dekat bawah ni tajuk-tajuk artikel dari pencacai korang (untuk bulan Ogos...)... selamat beristighfar... agaknya banyak mana la "koleksi buku dosa" malaikat belah kiri blogger ni simpan ya..?

*"KKK" ialah Kaum Konek Kecik kata House PK... Astaghfirullahal'azim...


-Perisik Rakyat

Ajaran Sesat Oleh 50 Bahalol

Posted by Love Perak | Friday, August 28, 2009 | 0 comments »


Foto - Ihsan MalaysiaKini


Sekumpulan penduduk bahalol@tolol Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Upahan mengarakkan kepala lembu dalam satu demonstrasi haram di bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor.



Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.



Hanya kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.



Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, seorang malaun dikenali sebagai Ibrahim Sabri tampil terpekik terlolong.




Biadap dan Kurang Ajar..!!!


Dalam perkembangan berkaitan, dinding kawasan luar pejabat YB Rodziah, ADUN PKR bagi Batu Tiga, yang terletak di Seksyen 23 telah diconteng dengan perkataan merah “Khalid, Rodziah pengkhianat bangsa” serta “jangan main gila” dan perkataan hijau pula “jangan main api”.



Khalid, seperti kenyataan di blognya hari ini, menyalahkan penyokong Umno atas perbuatan tersebut dan menggesa mereka membasuh sendiri dinding tersebut.



“Kalau Umno tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” katanya.



“Walaupun mereka (Umno) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik Umno,” katanya.



“Saya juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka.”