http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kelebihan Sembahyang Tarawih Malam 1 Hingga 30

Posted by Love Perak | Sunday, July 31, 2011 | 18 comments »

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

18 comments

  1. Anonymous // July 31, 2011 at 7:05 PM  

    Fadhilat-fadhilat tarawih ini sudah dipertikaikan nas&dalilnya. Harap maklum....

  2. saipolbarin // July 31, 2011 at 7:25 PM  

    Berkaitan dengan kelebihan solat terawih....hadith ini maudu (palsu)...tidak thabit dari nabi s.a.w...mohon buat rujukan....tq Ramadhan Kareem

  3. Anonymous // July 31, 2011 at 7:55 PM  

    bukan kelebihan2 ni dulu ada kata dari sumber yang lemah

  4. Hafizuddin // July 31, 2011 at 11:11 PM  

    Salam. Bro, hadis tentang kelebihan tarawih ni, hadis palsu bro. Sila delete post ni. Terima kasih. Salam Ramadhan.

  5. Anonymous // July 31, 2011 at 11:46 PM  

    Bukankah dah diterangkan oleh Ulama ini hadis yang daif.. Kenapa masih di keluarkan lagi..

  6. hj shah // August 1, 2011 at 8:14 AM  

    Salam, hati-hati, itu bersumberkan hadis palsu..wallahu'alam

  7. Anonymous // August 1, 2011 at 8:35 PM  

    http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06
    try baca kat sini..

  8. Anonymous // August 2, 2011 at 9:55 AM  

    Salam Saudara WM,

    Harap dapat rujuk kepada Ust2 yang ante kenal kerana kelebihan2 tu dah diketagorikan hadis palsu daaa....

    jgn pulak di tukar kepada hadis seperti awal bulan, sepertiga tengah bulan, sepertiga akhir bulan kerana hadis berkenaan juga dhaif.....

    Selamat Berpuasa & Wassalam.

    SS

  9. Syaza // August 3, 2011 at 10:05 PM  

    Assalamualaikum,

    Harap dibaca dua link yang diberi ni,

    http://www.decrewz.com/kekeliruan-fadhilat-dan-kelebihan-solat-tarawih/

    https://www.facebook.com/notes/mohd-masri-mohd-ramli/kepalsuan-hadis-fadilat-terawih-untuk-setiap-malam/10150273820751716

    Moga-moga kita dipelihara daripada kesesatan.

    Just want to share.

  10. Anonymous // August 4, 2011 at 12:53 PM  

    assalamualaikum pak syeikh,

    entry yang baik sempena bulan ramadhan. walau bagaimanapun, pohon semak kesahihan entry (hadis atau dalil).

    Trima kasih...

  11. abu yusuf // August 4, 2011 at 11:15 PM  

    kongc sikit.. ambil dr kitab mana nie..?

  12. abu yusuf // August 4, 2011 at 11:16 PM  

    kong sikit.. anta ambil dr kitab mana nie..?

  13. Anonymous // August 5, 2011 at 2:50 PM  

    http://www.jais.gov.my/ramadhan/fadhilatterawih.php

  14. kicap tamin // August 5, 2011 at 6:53 PM  

    mintak share ye.

  15. Anonymous // August 7, 2011 at 11:29 PM  

    bro.. anda dh masukkan hadith dhaif... harap dipadamkan dan dikeluarkan dari blog ini tentang KELEBIHAN SMYG TARAWIH hari 1 sampai 30...ramai orang dh tolak hadis ini... sbb diragui sumbernya...

  16. Unknown // July 23, 2012 at 8:19 PM  

    nak share pasal solat tarawih

  17. Amini Kun // August 1, 2012 at 8:35 PM  

    subhanallah... :')

  18. Anonymous // August 8, 2012 at 9:45 AM  

    HAHAHHAHA Spe Yg X Puasa Tu mmg Rugi!!!!! Bye [HR]*[KaZiHa]^_^