M Faqih, Harakahdaily
“APA yang pasti Anwar Ibrahim tidak lagi dibenarkan bebas seperti sekarang. Kes liwat kedua hanya sebagai penyebab semata-mata,” ujar satu sumber Umno di Kuala Lumpur.
Sebelum ini ramai berhujah Anwar tidak mungkin bebas kalau Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di kerusi lamanya. Buktinya tidak lama selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir, Anwar dibebaskan. Anwar dibebaskan pada September 2004.
Pak Lah menggantikan Dr Mahathir pada Oktober 2003. Sekarang Pak Lah sudah disingkirkan dan kuasa politik Dr Mahathir mulai mencengkam kembali.
Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Tidak lama kemudian dihumbang ke penjara atas alasan mengugut penjawat awam.
”Alasan yang dimasyhur ketika itu bukannya kesalahan liwat versi pertama seperti diuar-uarkan, sebaliknya mengugut penjawat awam,” kata puteri sulung Anwar, Nurul Izzah.
Nurul Izzah muncul ikon baru politik di Tanah Malaya. Baru-baru ini ceramahnya di Machang dan Kuala Krai menarik ribuan pendengar.
Sebaliknya versi liwat kedua memperlihatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal-awal lagi menyimpulkan Anwar ada prima facie.
Mengejutkan apabila Hakim Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat rumusan Mohd Saiful Bukhari seorang yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai.
Saiful ada hubungan
Sedangkan ramai tidak lupa seorang peguam daripada pasukan pendakwa yang mengendali kes liwat II digugurkan kerana dakwaan mempunyai hubungan dengan Saiful.
Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dikatakan ada hubungan dengan saksi utama pihak pendakwa. Hubungan romantik mereka dibongkarkan blogger, Raja Petra Kamarudin.
Ramai juga masih belum lupa adik ipar kepada Saiful menafikan dia melarikan adik saksi utama pendakwa itu ke selatan Thailand.
Sebaliknya Faez Khairi, 28 mendakwa adik Saiful, Saidati Adha secara rela mengikutinya ke negara itu untuk berkahwin.
Sebelum itu Saiful ada membuat pengakuan di mahkamah, Faez dan Saidati melarikan diri. Pendedahan mengenai keluarga saksi utama terbabit terbongkar ketika beliau menjawab soalan peguam Karpal Singh.
Pada keterangan tersebut Saiful memberitahu ibu bapanya sudah bercerai ketika beliau berumur tujuh tahun. Oleh itu rumusan awal dibuat hakim seperti menyimpang daripada senario yang berlaku.
”Biar apa pun saya sering mendengar pemimpin Umno bercakap mengenai Anwar. Setiap kali ada mesyuarat Majlis Tertinggi isu Anwar menjadi fokus,” ujar sumber Umno tadi.
Maka berdasar kepada fenomena yang berlaku sekarang ledakan reformasi 1998 sekali lagi bakal menarik simpati pengundi Melayu.
Fakta Anwar dan kemelesetan ekonomi yang berlaku ketika itu menyebabkan orang Melayu beralih daripada Umno kepada Barisan Alternatif (BA).
Inilah yang dikatakan ramai sarjana budaya baru politik di Malaysia. Prof Dr Loh Kok Wah dari USM mentafsirkan perubahan tersebut sebagai gambaran politik baru mulai dicetus di negara ini.
Keberanian orang Melayu turun ke jalan-jalan raya menuntut keadilan untuk Anwar mencetus ledakan perubahan pada pola pengundian pilihanraya umum 1999.
Kesannya BA berjaya menawan negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan di tangan PAS.
Selain itu berjaya menembusi kerusi-kerusi majoriti Melayu di Selangor, Perak, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang.
Perkembangan reformasi memberi saham berganda buat PAS sehingga berjaya menduduki kerusi di Dun Selangor, Perak dan Pahang. PAS juga mengukuhkan kedudukan di Kedah.
PAS ketua pembangkang
Tuahnya buat PAS apabila berjaya menghantar seramai 27 wakil rakyat ke Parlimen ketika itu. Walhasilnya bekas Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor buat pertama kali dalam sejarah parti Islam dilantik sebagai ketua pembangkang.
Berdasar kepada percikan reformasi fasa pertama, orang Melayu beramai-ramai meninggalkan Umno. Ternyata strategik Dr Mahahir silap apabila ’membunuh’ karektor utama dengan cara yang sukar diterima resam Melayu.
Dan hari ini situasi itu seperti berulang kembali. Orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama tidak boleh menerima fitnah dicetus secara mudah.
Liwat versi kedua dan adegan video seks yang cuba dipalitkan terhadap Anwar menyebabkan pengundi Melayu menjadi mual.
Mereka tidak mampu menerima cerita lama mengulangi apa yang pernah terjadi kepada Nabi Yusof. Baginda dianiayai adik beradik sendiri sehingga dibuang ke dalam perigi.
Kemudian dicetus fitnah Zulaikha mahu mengoda baginda. Namun kemaraan Nabi Yusof tidak mampu disekat. Baginda akhirnya bangkit memimpin umat Islam ketika itu.
Sudah lama cerita itu difahami orang Melayu beragama Islam.
Orang Melayu Islam yang sering bertandang ke masjid setiap bulan Rejab juga pastinya pernah mendengar kisah di sebalik peristiwa Israk Mikraj.
Ustaz dan ulama sering memberitahu baginda Rasulullah SAW menghadapi cabaran paling hebat dalam sejarah dakwah baginda. Semasa baginda menyampaikan dakwah di Taif, baginda SAW dilemparkan dengan batu dan diejek-ejek pemuda nakal.
Baginda dilempar batu sehingga berdarah kaki. Selepas itu baginda meninggalkan Taif sambil berehat membalut lukanya di sebuah kebun kepunyaan adik beradik iaitu Utbah dan Syaibah bin Rabiah.
Di saat itulah baginda SAW merintih kepada Allah SWT dengan doanya;
”Wahai Tuhanku, kepada Engkaulah aku mengadu segala kelemahanku, sempitnya daya usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Engkaulah pelindung orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhanku.
”Kepada mereka yang jauh dan menghadapi aku dengan muka masam, atau kepada musuh, atau kepada musuh yang menguasaiku? Kalau Engkau tidak murkaiku, tidaklah aku pedulikan.
”Tetapi kemaafahan Engkaulah yang sangat aku harapkan dan memberi kelapangan kepadaku. Aku mohon berlindung di bawah cahayaMu yang menerangi semua kegelapan dan di atasNyalah semua urusan dunia dan akhirat menjadi baik.
”Agar janganlah kiranya Engkau turunkan murkaMu dan kebencianMu kepadaku. Kepada Engkaulah aku merayu sehingga Engkau meredhainya. Tidak ada daya usahaku dengan kekuatanMu.” (Lihat Abu Fathan dalam Peranan Islam Dalam Masyarakat Melayu, 1996).
Kisah sentimental itu tidak mampu dijarakkan daripada jiwa orang Melayu yang masih kuat berpaut kepada Islam.
Setiap kali bulan Rejab kisah tersebut diulang-ulang semula sebagai pengajaran buat orang beriman. Namun malangnya, masih ramai orang Melayu hanya Islam pada nama dan tidak amalnya.
Bagi golongan tersebut tiada pengajaran mampu diambil daripada kisah Israk Mikraj. Maka tidak hairanlah diuar-uarkan kisah lucah dan hantu bagi menghalang kebenaran Islam bertapak subur dalam jiwa orang Melayu.
Maka ramai berhujah situasi politik hari ini mengundang fenomena 1999 berulang kembali. Ia sudah dibuktikan di Singapura baru-baru ini apabila pengundi Melayu beralih kepada Parti Buruh.
Sedia Hadapi Pilihanraya : PKR Mesyuarat, Jelajah seluruh Negara
Posted by Love Perak | Friday, May 27, 2011 | 0 comments »Meskipun cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan seawal Jun ini hanya spekulasi, namun ini tidak menghalang PKR membuat persiapan rapi jika benar-benar parlimen dibubarkan.
Parti pembangkang itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua hari di Port Dickson yang dihadiri pemimpin kanannya dengan fokus pada kempen pilihan raya umum akan datang.
Naib presiden PKR Tian Chua berkata mesyuarat yang berakhir semalam itu adalah langkah permulaan bagi parti itu mengakhiri persiapan pilihan raya mereka sebelum Julai ini.
“Mesyuarat tertumpu pada isu polisi seperti jentera pilihan raya, latihan bagi sukarelawan parti, laman web kami dan juga mobilasasi,” katanya ketika dihubungi.
Tian Chua bagaimanapun enggan mendedahkan butiran apa yang dibincangkan itu tetapi beliau tidak menafikan apabila ditanya sama ada pemimpin kanan PKR sekarang akan mula bergerak ke seluruh negara bagi mempercepatkan persiapan jentera pilihan raya mereka.
“Sudah tentu, persiapan kami adalah untuk mempermantapkan (jentera parti) di setiap negeri,” katanya yang ahli parlimen Batu itu.
Seorang lagi naib presiden PKR Fuziah Salleh juga keberatan memberitahu apa yang dibincangkan pada pertemuan itu dan menganggapnya sebagai mesyuarat biro politik yang 'lazim'.
“Ini bukan kali pertama kita bincangkan isu pilihan raya pada mesyuarat. Ia hanya lanjutan mesyuarat biro politik yang lazim kita adakan.
“Kita menilai dan menyemak semula senarai, secara asasnya kita menyemak buat kali terakhir agar kita benar-benar bersedia, memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan seawal Julai ini,” katanya.
Bagaimanapun sumber dalaman itu berkata mesyuarat berkenaan adalah hasil usaha berbulan-bulan yang bertujuan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya baik di peringkat parlimen mahupun negeri.
Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi PKR itu berkata terdapat pelbagai sebab bagi ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara.
Selain meninjau persiapan parti, katanya, Anwar pada masa yang sama menggunakan peluang itu bagi membuat penjelasan berhubung kempen anti-fitnah berikutan terdedahnya pita video seks yang didakwa mirip pemimpin berkarisma itu.
“Jadualnya (Anwar) penuh sejak beberapa bulan lalu dan setiap tempat yang beliau lawati, jentera negeri dimobilisasikan... awak nilai sendiri la,” kata sumber itu.
Kami akan dedah siapa Eskay - Dato Johari
Posted by Love Perak | Wednesday, May 25, 2011 | 1 comments »Temubual - Anwar jawab isu Video Seks, Eskay dan Omega
Posted by Love Perak | Monday, May 23, 2011 | 0 comments »Sejak PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya PAS jangan bersama Pakatan, barulah kami akan sokong PAS. Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak menyokong PAS juga.
Berbagai alasan supaya PAS keluar daripada Pakatan, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan Umno.
Pemimpin Umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat mereka sudah tidak ada lagi.
Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan Umno.
Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulama yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Sama ada melalui ceramah, forum, kuliah dan wacana ilmu.
Selama ini orang Melayu dijauhkan dengan ulama yang muttaqin. Ulama diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Datuk Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom, bekas mufti kerajaan Selangor, diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama.
Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500.
Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori.
Bagaimana rakan-rakan Pakatan yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno, walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun, tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam.
Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka.
Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat.
Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak,
semuanya angkara kroni Umno.
Melayu untung kerana dapat melihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini Umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid.
Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno.
Begitu juga kemampuan Datuk Seri Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion.
Melayu untung apabila PAS bersama dengan Pakatan, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu.
Ia berlainan daripada tindakan Umno. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin.
Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.
Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.
Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.
Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.
Selepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.
Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.
Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.
Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.
Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.
Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.
Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.
Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menafikan pembabitan parti itu dengan sebarang agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.
Saya pertahan tol tidak naik sehingga dipecat 98, kata Anwar
Posted by Love Perak | Saturday, May 07, 2011 | 2 comments »AMPANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempertahankan supaya kadar tol di negara ini tidak dinaikkan sehingga lah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998.
Menurutnya, kenaikan tol pada Oktober tahun yang sama bukan kebetulan kerana semasa di kementerian kewangan, Menteri Pengangkutan ketika itu mendesak beliau menaikkan harga tol atas alasan kos selian lebuhraya yang semakin tinggi
“Saya tanya adakah kamu wakil konsesi tol atau wakil rakyat?” kata Anwar semasa berucap di Forum bertajuk Pengangkutan Awam di Lembah Klang: Penambahbaikan Dan Cabaran hari ini.
Forum tersebut diadakan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kuala Lumpur.
Anwar berkata, beliau turut meminta pandangan Perbendaharaan Negara adakah perlu tol dinaikan.
“Perbendaharaan jawab, tidak perlu dan harga tol kekal sehinggalah saya di pecat pada 2 September 1998 dan sebulan kemudian, harga tol naik,” katanya.
Anwar menjadi Menteri Kewangan Malaysia sejak 1990 hingga 1998 dan merupakan Timbalan Perdana Menteri sejak 1993 hingga 1998.
Semasa memimpin kementerian kewangan, Anwar berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak lapan peratus setahun selama lapan tahun berturut-turut.
Prof Aziz Bari: Mufti Perlis naif, jahil sejarah politik!
Posted by Love Perak | Thursday, May 05, 2011 | 1 comments »Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.
"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.
"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.
"Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya.
Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut.
"Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia semalam yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan kedua-dua parti itu sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.
Menurut mufti Perlis itu, penyatuan kedua-dua parti berkenaan sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Malah al-Quran sendiri melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.
Bagaimanapun tokoh agama muda itu menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.
Sebaliknya penyatuan tersebut dalam erti kata bekerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.
"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menyifatkan "satu jenayah" bagi menggagalkan pembentukan sistem dua parti yang kini sedang berjalan.
Dakwanya, Umno dan beberapa tokoh tertentu dalam PAS, tidak selesa dengan pembentukan sistem dua parti yang akan menyemarakkan wacana politik yang berasaskan dasar dan program, bukan agenda ras, politik skandal yang didakwanya cuba dibawa oleh Umno sekarang.
Sehubungan itu beliau meminta Juanda mempelajari sistem politik yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan.
Menang Pilihanraya Sarawak, Minyak Naik 20 Sen Malam Ini
Posted by Love Perak | Wednesday, May 04, 2011 | 0 comments »Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.
Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.
Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.
Pulau Pinang naikan 80% elaun kakitangan Masjid!
Posted by Love Perak | Wednesday, May 04, 2011 | 1 comments »Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.
Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman (kanan) berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu.
Peningkatan elain itu dibuat seepas mengambilkira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya.
Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak.
Kali ini, kerajaan negeri pimpinan DAP itu menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.
Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600.
Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambahnya.
TG Nik Aziz Doa Untuk Osama, Bidas Najib sebagai Penyokong Amerika
Posted by Love Perak | Tuesday, May 03, 2011 | 0 comments »Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".
"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.
Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.
Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.
Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.
"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.
"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.
Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.
"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.
"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.
Nik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.
"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.
"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.
'Kami tonton lagi dan lagi, tapi bukan Anwar'
Posted by Love Perak | Monday, May 02, 2011 | 1 comments »Pelaku dalam video seks bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton daripada CD yang diterimanya melalui emel pada 29 April lalu.
Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.
Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.
Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.
Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.
Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.
"Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.