http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Cubaan Bunuh Anwar Ibrahim

Posted by Love Perak | Tuesday, May 10, 2011 | 4 comments »

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

NONESehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.

NONESelepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.

Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.

Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya.

4 comments

  1. Anonymous // May 10, 2011 at 8:32 PM  

    ni cuma percubaan nak divert citer jer nie.... biasalah tu geng2 anuwar.

    Jadi kes Heli yg Muhyudin naik di Sarawak kene cubaan membunuh gak ker????

  2. leekonyou // May 11, 2011 at 10:46 PM  

    YES SURE CITER CITER ANUWAR TELAH DIRACUN, DIBERI CUCUKAN AIDS,SAKIT BELAKANG, NOW TELAH DISABOTAJ LAK?MAU CAYA KAH?..... MACAM JADI PM 16SEPT.2008?

  3. UMNO Haram Jadah // June 7, 2011 at 3:00 PM  

    leekonyou & Anonymous May 10, 2011, both of you son of the bitch, get lost from this blog. Bloody rascal. Kamu dua ekor memang haram jadah merosakkan negara dengan cerita2 kotor. Najib Pundek anak haram jadah, perdana menteri paling haram jadah di dunia.

  4. Anonymous // August 15, 2012 at 4:52 PM  

    UMNO Haram JADAH

    BAPAK HG BODO hhahaha