http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

2 Ahli Parlimen MCA Bakul Masuk PKR?

Posted by Love Perak | Sunday, August 30, 2009 | 0 comments »

Suasana politik negara semakin panas dan cukup meruncingkan mutakhir ini. Jika sebelum ini puak-puak UMNO dan BN heboh mencanangkan bahawa Pakatan Rakyat semakin retak menanti belah. Namun kini, segalanya bagai terkena atas batang hidung sendiri. Pakatan karat biru Barisan Nasional dijangka bakal karam dan terkubur layu dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Ia berdasarkan kepada senario politik semasa yang dilihat semakin menjurus ke arah itu. Malah, telahan semua pihak bahawa kerajaan pusat pimpinan UMNO hanya "tinggal nyawa-nyawa ikan" dan amat bergantung kepada "sokong rakyat di Sabah dan Sarawak" baik secara ikhlas atau pun menipu. Ini terbukti bila mereka hanya menang satu daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 lalu. Malah, sokongan rakyat yang dikatakan semakn menurun kepada pakatan pembangkang nampaknya kian terhakis kini. Rakyat dari pelbagai lapisan agama dan kaum kini jelas lebih memberikan sokongan padu kepada parti yang ingin membawa perubahan iaitu PKR, PAS dan DAP. Mereka sudah bosan dan jemu dengan retorik politik yang dibawa oleh UMNO dan BN selama lebih 50 tahun ini. Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini (esok) tidak memberikan sebarang makna dan erti kemerdekaan langsung buat rakyat, selagi jiwa dan raga mereka terus terbelenggu dalam kerangka besi ciptaan pemerintah zalim seperti BN ini sejak sekian lama. Oleh itu, angin perubahan kian terasa kini. Tsunami pilihanraya bakal berlaku dan lebih banyak negeri akan tumbang dalam pilihanraya akan datang.



Dua Ahli Parlimen BN Johor Bakal Sertai PKR



Kekuatan Pakatan Rakyat terutamanya PKR kini nampaknya semakin bertambah. Ia berikutan semakin ramai pemimpin BN bertindak menyertai parti itu. Terbaru, bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri (Johor) iaitu Datuk Chua Jui Meng. Kemasukan Chua ke dalam PKR memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN. Tambahan pula Chua dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat. Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini. Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini. Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini. Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek. Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundah padah yang besar buat parti tersebut. Ini kerana terdapat laporan yang bertiup kencang di Johor sekarang ini, bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen BN dari negeri itu bakal meninggal pakatan karat biru itu dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat (PKR). Soalnya sekarang siapakah ahli parlimen terbabit?. Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu
YB Chua Tee Yong (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang).



Terdapat kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor tentang perkara ini. Malah terdapat maklumat bahawa Ketua Umum PKR sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan perkara itu dalam sessi lawatannya ke negeri itu pada 6 September 2009 ini. Beliau dijangka mengadakan Pidato Ramadan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat bersama dengan Datuk Chua Jui Meng dan Saudara Hasmi Hashim. Sementara itu, kebimbangan tentang perkara ini menyebabkan BN Johor kini bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin sendiri adalah dari negeri Johor. Apakah perkara ini tercetus hasil ketidakpuasan hati pihak terbabit terhadap pemecatan Chua Soi Lek itu. Mungkinkah Ahli Parlimen pertama yang bakal membuat keputusan drastik itu adalah anak beliau sendiri Chua Tee Yong agaknya. Kebimbangan jelas dapat dirasakan oleh puak-puak UMNO dan BN Johor, seperti artikel diblog mereka:-


"Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR? Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!" umnojohor.blogspot.com

Apakah Mufti Hendak Menjadi Penipu dan Bacul ?

Posted by Love Perak | Sunday, August 30, 2009 | 1 comments »

Kalau saya katakan para Mufti yang berlambak bersepah di Malaysia ini umpama jantan sial, jalang dan pelacur jantan, mungkin tidak tepat dan terlalu menghina ‘title’ Mufti yang mereka banggakan sangat. Walau bagaimanapun sejak bertahun kebelakangan ini berlambak para Mufti yang diamanahkan (selaras dengan tugasnya) untuk menasihati pemimpin negara/negeri dalam hal berkaitan agama Islam telah secara nyata GAGAL melaksanakannya.



Memberi nasihat, pandangan dan teguran secara berpilih seakan menjadi perkara lumrah dikalangan para mufti. Apabila sesuatu perkara yang melanggar hukum ALLAH SWT dilakukan oleh pemimpin negeri atau negara dari kalangan Bani UMNO, hampir semua mufti yang pernah dikhatankan zakarnya satu ketika dulu seolah-olah menjadi si tua bisu dan jantan bacul.



Teguran, nasihat dan fatwa sepantas halalintar akan dirumuskan oleh beberapa mufti yang sakit jiwanya apabila kenyataannya akan memberi faedah politik kepada pemerintah yang zalim. Beberapa mufti di Malaysia sekarang ini tidak ubah seperti pelacur yang melacurkan ‘title’ Muftinya demi kepentingan peribadi mereka. Mereka sunggup mengenepikan malahan melupakan perintah agama demi menjaga dan mentaati perintah serta arahan pemimpin UMNO dan Raja serta Sultan. Mereka meringankan perintah Allah semata-mata demi menjaga ‘air muka’ raja dan sultan yang kekadang jelas mencabul kesucian agama Islam.



Bukan bagi saya tetapi untuk sesetengah masyarakat Malaysia, cakap atau kata-kata serta ucapan daripada para mufti ibarat sesuatu yang terlalau islamik, seolah seperti satu fatwa. Pantang tersilap orang lain, dengan cepat para mufti mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan samada raja, sultan atau malaun pemimpin songsang dari Bani UMNO. Malahan ada kalangan mufti yang dengan sedar memutar-belitkan kenyataan yang dirasakannya bertentangan dengan inspirasi aparat perjuangan sundal parti UMNO.



Islam adalah agama anutan saya. Saya pernah ke gereja, saya pernah ke kuil. Saya juga pernah ke tokong. Saya bukan hanya di pinggir gereja, kuil atau tokong. Saya masuk ke dalamnya. Saya memerhatikan rakan saya melaksanakan apa yang dituntut oleh agama mereka. Kerena apa??. Mereka juga sanggup berhenti bersama saya di Surau atau Masjid apabila tiba waktu solat dalam perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru atau ke mana sahaja dalam hal ini.



Saya punyai ramai kawan beragama Hindu, Buddha dan Kristian. Sepanjang menghormati Ramadhan, mereka tidak akan merokok di depan saya. Mereka akan membuat temujanji untuk bersembang hanya selepas jam 9.30 malam. Mereka menghormati Ramadhan dan waktu solat Tarawih. Itu mereka, mereka yang dikatakan kafir. Mereka yang dikatakan akan ke neraka…!!!



Sial sungguh mereka yang dengan mudah mendabik dada mengaku ‘Aku lah Mufti, aku lah yang tahu dan faham tentang bab hukum-hakam. Aku lah yang bertanggungjawab memberi nasihat dalam hal agama kepada pemimpin negara/negeri. TETAPI, merekalah yang memesongkan akidah dan menyesatkan rakyat melalui penyelewengan ucapan, teguran dan fatwa yang mereka keluarkan. Para mufti terlalu kerap hanya akan mengeluarkan kenyataan apabila disuruh oleh pemimpin politik, UMNO khasnya. Apakah mereka menganut agama Islam milik ALLAH atau Islam yang dicanai semula oleh UMNO?



Maaf, saya tidak menghormati manusia kerana harta atau pangkatnya. Penghormatan saya kepada insan kerana ‘ketinggian makamnya’, kerana ilmu berserta amalannya. Kalau setakat kerana belajar di Mekah, balik jadi mufti tetapi perangai macam orang setengah tak jadi. Mintak maaflah, jangan minta diri untuk dihormati.



Semalam 28hb Ogos 2009 di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam beberapa manusia yang mengaku beragama Islam tetapi perangai dan tindak tanduk mereka jauh lebih hina, keji dan jijik daripada anjing dan babi telah mengarak dan mempersendakan kepala lembu yang baru disembelih. Mereka mengaraknya dari perkarangan mesjid negeri di Shah Alam menuju ke pejabat setiausaha kerajaan negeri. Perbuatan mereka jelas biadap, keterlaluan dan amat menghina bukan hanya agama Hindu, malahan mereka juga mencemarkan kesucian dan kesederhanaan yang dituntut oleh Islam. Islam tidak pernah mengajar apatah lagi menyuruh umatnya menghina atau mengejek agama lain.



Malangnya, para mufti dan pemimpin UMNO menjadi seperti bisu, bacul, banggang dan tolol. Mereka seolah merelakan apa yang terjadi. Pemimpin UMNO membiarkan kerana insiden itu akan dibakar untuk menjadikan sebagai pencetus kemarahan penganut agama Hindu. Bila orang India bangkit, bila penganut Hindu menentang maka UMNO bersama para mufti dan pencacai haprak umno yang menggelar diri mereka sebagai PUKIDA akan melaungkan slogan perjuangan untuk bangsa dan perjuangan untuk agama.



Sejarah telah membuktikan bagaimana sebuah parti bernama UMNO mempersendakan Islam. Mereka menukar dan memutarbelitkan kesucian agama islam demi kepentingan politik mereka. Islam Hadhari, ke mana perginya? Siapa imamnya? Di mana dalilnya? Ia adalah agama rekaan UMNO. Is diwujudkan demi politik pemimpin UMNO.



Memang haramjadah pemimpin yang dengan segaja membiarkan api permusuhan ini disemarakkan. Memang haramjadahlah para mufti kalau mereka dengan mengenepikan hukum ALLAH SWT demi menjaga kepentingan diri dan takut kepada kemurkaan Sultan atau Raja melebihi takutnya mereka kepada ALLAH.



Saya menuntut para mufti yang berbelas ada di Malaysia ini mengeluarkan kenyataan yang senada semuanya berkaitan apa yang telah dilakukan oleh pencacai dan penyokong UMNO berkaitan mengarak kepala lembu semalam. Apakah mufti hendak menjadi penipu dan bacul seperti penipu dan baculnya Muhyiddin Yassin.



- Mohd Sofi Yassin

Kerajaan Rakyat

Seloka Untuk UMNO

Posted by Love Perak | Sunday, August 30, 2009 | 0 comments »

Kota Seputeh Parlimen Jerlun
Lunas Parlimen Kulim Bandar Bharu
Sudah 7 kali BN kena balun
Sampai sekarang tergaru-garu

Politik lama amalan Barisan Nasional
Politik baru gagasan Pakatan
Semakin hari semakin tak rasional
Akibat tamak dan kejar habuan

Kota Seputeh kerusi dah kosong
BN berjuang tidak ikhlas
7 kali sudah melopong
Rakyat tolak tanpa belas

YB lunas tiada maruah
Jual kerusi tak rasa malu
BN takut dan rasa susah
Ditolak rakyat bertalu-talu

Ponteng sidang tanpa alasan
YB Kota Seputeh tak rasa malu
Speaker DUN sudah maklumkan
SPR membisu buat tak tahu

Muka YB muka tak malu
Itulah sikap ADUN Barisan Nasional
Sikap SPR kita dah tahu
Tidak telus tidak professional

BN takut hendak berlawan
Terpaksa guna jentera kerajaan
Rakyat cerdik pandang ke hadapan
7 kali BN kena hukuman

Najib Muhyiddin terus bingung
Kalah terus tak ada yang menang
7 kali kepala berdengung
Muka pucat hati meradang

Zahid Hamidi Hishamudin Ketua Puteri
Shafei Afdal dan juga Khairi
BN berkubur menyembah bumi
Perjuangan lapuk pentingkan diri

PR Jumpa Polis Beritahu Kebimbangan

Posted by Love Perak | Sunday, August 30, 2009 | 0 comments »



Beberapa Exco Kanan Selangor hari ini mengadakan perjumpaan tergempar dengan polis untuk menzahirkan kebimbangan kerajaan negeri terhadap tindakan pihak tertentu semalam berarak dengan kepala lembu untuk menghasut penduduk Melayu terhadap tapak baru sebuah kuil di Shah Alam.
Semalam kira-kira 50 orang mengheret kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam selepas solat Jumaat.

“Kami telah maklumkan Ketua Polis Daerah (OCPD) supaya mengambil tindakan secepat mungkin terhadap peristiwa semalam, “ kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Xavier berkata polis member jaminan “akan diambil secepatnya kepada mereka yang bertanggungjawab. Tindakan ini akan diambil secepatnya kerana kita mahu menghantar mesej kepada semua bahawa tiada siapa yang boleh melanggar undang-undang, termasuk UMNO sendiri dan bukan UMNO,”.

Dr Xavier berkata polis akan bertindak berdasarkan beberapa laporan yang dibuat oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti komponen Pakatan Rakyat bersabit tunjuk perasaan itu.

Antara yang membuat aduan kepada polis ialah wakil-wakil Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS serta Parti Sosial Malaysia dan ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

“Polis kena bertindak dengan tegas supaya untuk menentukan supaya tak ada lagi tindakan seperti ini kalau polis tak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama dengan mereka dan ini menyebabkan tindakan yang liar berlaku,” kata Dr Xavier.

Tunjuk perasaan semalam dilihat sebagai cubaan pihak tertentu menghasut penduduk Islam supaya membantah pemindahan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke sebuah tapak jauh dari kawasan perumahan di Seksyen 23.

Hadir sama di balai polis Seksyen 11 hari ini ialah Exco Selangor, Ronnie Liu, Teresa Kok, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan ADUN Rawang, Gan Pei Nei.

Selangor Tumbang kurang 30 Jam dari sekarang?

Posted by Love Perak | Saturday, August 29, 2009 | 0 comments »

Dalam tempoh lebih kurang 30 jam lagi, rakyat Malaysia dikatakan akan menyambut ulangtahun kemerdekaan. Walaupun kebenarannya, hanya separuh merdeka. Separuh merdeka yang membawa maksud kita selaku rakyat masih belum benar-benar bebas untuk melaksanakan sesuatu. Banyak konkongan daripada pihak kerajaan yang membataskan perlakuan kita sebagai rakyat dalam misi mereka(kerajaan) untuk menjaga perjalanan pentakbiran yang sonsang. Mana mungkin kerajaan di bawah Barisan Nasional akan memberi sepenuhnya kemerdekaan kepada rakyat sedangkan mereka selaku pemimpin-pemimpin negara masih lagi ingin menjaga periuk nasi yang bersumberkan hasil bumi negara dan titik peluh rakyat sendiri melalui amalan rasuah.

Dalam kempen menyambut kemerdekaan yang dilaungkan oleh kerajaan pada tahun ini, ada lagi misi mereka(BN) yang belum tercapai. Ya, 31 Ogos 2009, misi menawan Selangor. Mampukah Barisan Nasional selaku pemegang tampuk pemerintahan negara merampas kerajaan Negeri Selangor secara haram, iaitu tidak melalui sistem pilihanraya. Usaha-usaha yang tidak mengenal erti jemu ini lebih bermakna sekiranya mereka bersungguh-sungguh dalam membasmi amalan rasuah. Namun berlaku sebaliknya apabila mereka lebih berminat untuk menggunakan segala jenis macam tanpa mengira sensitiviti rakyat demi mengapai tujuan dan impian mereka.

SPRM dijadikan tangan untuk parti pemerintah dalam usaha merampas negeri yang terkaya di Malaysia. SPRM dijadikan balaci dalam erti kata budak suruhan dalam melaksanakan misi-misi terancang mereka. Kemuncakkan kepada penyalahgunaan suruhanjaya ini membawa kepada kematian seorang anak muda. Rakyat Selangor terutamanya menjadi bingung apabila kes-kes yang nilainya jutaan ringgit ditenggelamkan dan kes-kes kecil yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat diperbesarkan hingga meragut nyawa anak muda yang bakal melangsungkan perkahwinannya. Rakyat di negeri ini tertunggu-tunggu dan mahukan jawapan kemana hilangnya jutaan ringgit semasa BN berkuasa, namun kerajaan BN di bawah pimpinan Najib lebih selesa untuk menyalahgunakan kuasa dalam menghalal cara.

Usaha-usaha BN tidak terhenti disitu sahaja, isu-isu yang tak mampu mereka tangani semasa memerintah dijadikan modal untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Tan Sri Khalid. Isu penternakan babi secara moden dan isu arak dijadikan modal sedangkan selama mereka memerintah Selangor, apa yang mereka buat? Dan apabila isu-isu yang dimainkan tidak mampu membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, isu agama pula dimainkan. Perarakan ‘Kepala Lembu Berdarah’ jelas dilakukan untuk menyemarakan api perkauman. Dengan tindakbalas polis yang kurang cekap/cerdik atau sememangnya mengikut arahan dari kerajaan BN, perarakan ini tidak langsung mendapat tentangan daripada pihak polis sebaliknya anggota polis yang berada disitu hanya menjadi pemerhati kepada kebiadapan segolongan manusia.

Rentetan perancangan yang dilakukan oleh Barisan Nasional dalam misi menawan Selangor, agensi-agensi kerajaan malahan isu ‘agama’ menjadi dagangan mereka. Apakah hasilnya memberansangkan buat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional? Yang pastinya, ‘dateline’ meraka dalam merampas Selangor sudah hampir. Dalam tempoh lebih kurang 30jam ini sepatutnya perlaksanaan mereka berada di fasa terakhir dalam misi besar mereka. Ataupun hanya angan-angan yang mampu mereka kecapi. Nantikan 31 Ogos 2009.... tunggu dan lihat.

Speaker Haram Keluar Kenyataan

Posted by Love Perak | Saturday, August 29, 2009 | 0 comments »















Speaker haram Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R. Ganesan hari ini berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.

Beliau berkata tindakan Adun Tronoh V. Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker. Waka ka ka ka ...buat lawak pulak, bila masa pulak yang si Ganeson ni angkat sumpah jadi speaker....

Semalam, Ganesan telah membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap Sivakumar berhubung perkara berkenaan.Beliau berkata Adun Tronoh itu tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN dan usaha yang dibuatnya itu adalah tindakan yang bertujuan mahu mewujudkan keadaan tidak stabil dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.Ganesan menjelaskan bahawa mengikut peruntukan Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah kuasa mutlak Sultan Perak.

Di Mana Pemimpin UMNO yang Berhati Perut terhadap dia ni??

Posted by Love Perak | Saturday, August 29, 2009 | 0 comments »

Tahanan ISA, Mat Sah Satray telah ditahan oleh pihak berkuasa sejak 18 April 2002, tetapi tidak pernah sekalipun dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan. Walaupun kes beliau tidak pernah di dengar oleh mana-mana hakim dan beliau tidak pernah dijatuhi hukuman oleh mana-mana hakim mahkamah, beliau telah didenda menjalani kehidupan seperti banduan lebih 7 tahun lamanya. Tahanan ISA terpaksa redha dengan hukuman tanpa perbicaraan itu.

Tiada seorang pun pemimpin UMNO ada sekelumit simpati pada tahanan yang telah dipisahkan dari anak isteri bertahun-tahun lamanya. Simpati itu mungkin boleh ditunjukkan dengan memberi peluang mereka dibicarakan di mana-mana mahkamah terbuka, sepertimana hak yang telah diberikan pada Kartika. Yang jelas, semua pemimpin dan ahli UMNO semuanya tetap meyalahkan dan memberi tanggapan buruk pada tahanan ISA, yang sepanjang hayat akan membawa tanda nama "mengancam keselamatan" negara.

Dimanakah keadilan untuk rakyat?

Demonstrasi di hadapan Pejabat MB Zambry

Posted by Love Perak | Saturday, August 29, 2009 | 0 comments »

Demo oleh Penduduk PPMS Sg Siput di bawah Kepimpinan Dr Kumar Ahli Parlimen Sg Siput


Pada 24hb Ogos 2009 yang lalu, satu demo dibawah kepimpinan Ahli Parlimen Sg Siput, Dr Jeyaklmart telah diadakan di hadapan Pejabat Menteri Besar Perak. Penduduk sebuah kampung pedalaman di Sg Siput yang dikenali sebagai Kg PPMS (Program Pembangunan Masyarakat Setempat) telah menuntut agar nasib mereka dibela oleh pihak berkuasa kerana menjadi mangsa satu projek yang gagal.


Latar Belakang Isu PPMS

Pendudk PPMS ialah dari golongan masyarakat miskin di Sg Siput yang ditawarkan rumah dan projek ekonomi pada tahun 2006. Seratus buah rumah telah dibina di kawasan Perlop dan dirasmikan oleh bekas Menteri Besar, Dato Seri Tajol Rosli. Namun, selepas hampir tiga tahun berlalu, projek ekonomi yang dijanjikan masih tidak diberikan kerana beberapa masalah. Ini menyebabkan hampir semua penduduk kampung terpaksa keluar lebih 30km untuk mencari nafkah. Kebanyakan daripada mereka berpendapatan rendah dan hampir 30 peratus daripada gaji mereka terpaksa diagihkan untuk perbelanjaan petrol.

Ramai yang terpaksa bekerja lebihan masa untuk menampung perbelanjaan keluarga yang lain. Keadaan penduduk bertambah teruk sehingga banyak rumah yang dipotong bekalan elektrik dan air kerana tidak mampu membayar tunggakan yang berlebihan. Pemotongan bekalan air secara beramai-ramai dilakukan oleh pihak LAP pada 17hb Ogos 2009 yang lalu.

Selain itu, perbelanjaan setiap anak murid yang pergi ke sekolah menengah ialah hampir RM80 sebulan dengan menggunakan perkhidmatan van sapu. Namun ketidaktetapan perkhidmatan ini serta ketidakmampuan ramai keluarga untuk menampung kos pengangkutan ini telah menyebabkan ramai pelajar tercicir sekolah dan ramai yang bakal mahu berhenti sekolah.

Situasi Masa Kini

Dr Jeyakumar, ahli Parlimen Sg Siput telah melawat kampung ini beberapa kali dan para penduduk telah mengutarakan masalah ini kepada beliau. Beliau telah menyediakan satu bas sekolah secara percuma untuk kami dengan kos RM 3000 sebulan yang telah dimulakan pada 3hb Ogos 2009 yang lalu. Namun beliau mengadu, beliau tidak mampu meneruskan projek perkhidmatan bas sekolah ini kerana tidak mampu. Beliau hanya boleh menampung kos tersebut untuk tempoh dua bulan sahaja iaitu pada bulan Ogos dan September kerana tiada peruntukan.

Tuntutan Penduduk-Penduduk PPMS

Mereka mahu Menteri Besar Perak supaya :

  • Menyambung balik bekalan air ke rumah-rumah kami dan memansuhkan tunggakan air penduduk PPMS. Kami ingin menuntut subsidi air untuk setiap keluarga kampung ini sehingga masalah ekonomi kami diselesaikan

  • Mengambilalih projek pengangkutan bas sekolah percuma dan menanggung kos tersebut sehingga masalah ekonomi kami diselesaikan

  • Menyediakan satu Jawatankuasa Kerja (Task Force) untuk mengkaji setiap masalah yang wujud pada projek PPMS seperti tunggakan bil elektrik, masalah lalat dan lain-lain.

  • Menyelesaikan masalah ekonomi kami dengan memberikan tanah seperti yang dijanjikan pada tahun 2006 yang lalu.

Kuasa Rakyat Membuah Hasil


Hasil demonstrasi tersebut, satu mesyuarat antara penduduk, Dr Kumar dan Pengurus Besar LAP telah diadakan pada hari itu juga oleh pihak pejabat MB dan hasil mesyuarat tersebut, pada keesokan harinya, pihak LAP telah memasang semula bekalan air untuk kesemua rumah yang dipotong dan berjanji akan menyedia satu skim subsidi untuk kesemua penduduk sekiranya mendapat pengesyoran daripada pihak kebajikan. Pihak MB juga berjanji akan mengadakan mesyuarat dengan kehadiran pendudk dan Ketua Timbalan Pegawai Daerah Sg Siput, En Azrul Sani dalam masa seminggu ini untuk memcari satu penyelesaian untuk masalah tanah. Dalam satu mesyuarat kecil selepas itu, Dr Kumar memberitahu penduduk kampung bahawa keberanian penduduk datang sendiri menyuarakan hak telah membuahkan hasil dan menyediakan jalan untuk satu penyelesaian yang sekian lama terbantut. Beliau menegaskan hanya melalui kuasa rakyat sahaja kepentingan rakyat akan dilaksanakan.

Salam Revolusi

Karti
Pemuda Sosialis

Penipu Paling Agung di Malaysia

Posted by Love Perak | Saturday, August 29, 2009 | 0 comments »

Sumber - sini

Menatang portal ni je yang lapor 200 orang, tempat lain aku bukak semua lapor hampir 50 orang...

Gila penipu... bulan Ramadhan pun sama, bulan lain pun sama... Utusan - dulu, kini dan selamanya menipu...

-Perisik Rakyat

Apa lagi Samy. keluar BN la

Posted by Love Perak | Saturday, August 29, 2009 | 0 comments »

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.

Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.

"Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.

Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.