http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Fairus Mintak RM 15 000, Salehuddin mintak RM 50 000

Posted by Love Perak | Tuesday, March 02, 2010 | 0 comments »

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 2 Mac 2010


APA HAL SALEHUDDIN HASHIM?

Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim. Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar Parti dan saya mempercayainya.

Orang sudah tahu semua ADUN dan AP yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh SPRM. Namun tidak dinafikan ada juga masalah pribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri. Boleh dikatakan semuanya menemui PM Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.


Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.

Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada KEADILAN selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro Politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.

Ada anggapan kononnya Parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar Parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh.



DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN

Saya tidak terkejut - Anwar

Posted by Love Perak | Tuesday, March 02, 2010 | 0 comments »

Anwar yang juga ketua umum PKR menyifatkan tindakan bekas Adun Penanti, Mohamad Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar parti kerana termakan janji pihak lain sebagai pembersihan dalaman.

Anwar berkata parti itu akan terus memberikan tumpuan utama kepada permasalahan Negara dan tidak akan melayan gelagat pemimpin yang tidak tahan dengan dugaan perjuangan. Tindakan Fairus dan Tee Beng keluar dari PKR tidak memberi kesan kepada perjuangan parti itu sendiri.

Fairus dia tidak terlibat dengan parti sudah hendak dekat setahun setengah sudah dan banyak-banyak masalah berbangkit selepas itu dan sepertimana yang kita tahu, Pilihan Raya Kecil Penanti pun dia tidak turun dan Pilihan Raya Permatang Pasir pun dia tidak datang, hendak kata terkejut tidaklah juga.

“Maknanya dia tidak langsung melibatkan diri dalam parti sejak dia meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri,"katanya.

Anwar berkata apa yang penting ialah Fairus digantikan oleh Dr mansor Othman untuk memantapkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

“Kes bekas Ketua Menteri I Pulau Pinang itu lebih dari setahun sudah kita minta dia letak jawatan kerana prestasi dia dan kita perlu seorang pemimpin Melayu yang lebih berwibawa di Pulau Pinang bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,"katanya.

Anwar turut tegas dalam tindakan Tee Beng mengecam guan eng secara melulu tanpa melalui saluran parti.

“Soal Tan Tee Beng, kenyataan beliau terhadap Lim Guan Eng itu, jadi kita putuskan untuk bersama dengan semanat Pakatan Rakyat dan kerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang bawah pimpinan Lim Guan Eng dan dalam kes lain kita akan jelaskan kemudian,"katanya.

Anwar berkata beliau juga mengambil pendirian bahawa parti tidak akan tersasar dari hala tuju perjuangan akibat tindakan segelintir pemimpin mahupun pegawai yang tidak mahu lagi bersamanya.

“Begitu juga dengan Setiausaha Agung yang telah menunjukkan hasrat untuk meletakkan jawatan daripada tahun lalu,k ita minta tangguh, ada apa-apa masalah lain, tiada jadi kita terima baik dan mungkin ini adalah proses untuk memantapkan parti kerana kerenah-kerenah begini telah dibangkitkan,"katanya.

Hubungan kaum makin erat di era Pakatan

Posted by Love Perak | Tuesday, March 02, 2010 | 1 comments »

AMPANG, 28 Feb: Hubungan di antara masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama semakin erat di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat pada sambutan Tahun Baru Cina.

Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Baru Ampang, malam tadi cukup menggambarkan sokongan masyarakat pelbagai kaum khususnya kaum Tionghhua kepada Pakatan Rakyat tidak luntur dan semakin utuh.

Mereka memenuhi Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru di sini bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dun Chempaka, Jawatankuasa Penduduk Kampung, Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat, Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Selangor dan PAS Kawasan Pandan.

Menurut seorang penduduk yang ditemui, program tersebut merupakan program terbesar yang pernah dianjurkan semenjak tahun 1974 dan beliau merasa sangat gembira.

Bermula pada jam 8.00 malam dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan, antaranya Adun Chempaka, Iskandar Samad yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Kamaruzaman Mohamad, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Li Shuok Jin ahli majlis zon 17 dan Khairul Faizi Ahmad Kamil, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat.

Selepas itu, gimik perasmian sambutan dimulakan dengan persembahan tarian singa.

Kemudian, Iskandar Samad dan Li Shuok Jin diberi penghormatan membuka kain rentang yang bertulis bermaksud Harimau Garang Menghalau Kezaliman dan Sing Tiong Hwa menyambut Tahun Baru yang berharapan. (gambar kanan)

Iskandar Samad dalam ucapan ringkasnya melahirkan rasa gembira dan terharu di atas sambutan yang sangat hebat oleh masyarakat Tionghua di sekitar situ.

Beliau juga berjanji, Pakatan Rakyat akan terus memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

"Selepas ini kita akan memberi bermacam-macam lagi untuk rakyat, tapi sekiranya dapat tawan satu Malaysia kita akan beri 'the best' lagi untuk rakyat," katanya yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Katanya juga, rakyat yang berbilang kaum, agama dan berbeza ideologi politik mesti saling faham memahami di antara satu sama lain.

"Kalau kita berbeza tidak semestinya kita bergaduh, yang penting kita mesti erat perpaduan di antara kita,” tambahnya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang hadir agak lewat turut diberi peluang menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

Pemuda PAS pula mengedarkan risalah perutusan Tahun Baru Cina Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kepada semua masyarakat Cina di situ. (gambar kanan)

Malam itu turut diserikan dengan acara cabutan bertuah, persembahan daripada orkestra Cina, kompang, urami, sketsa dan persembahan nyanyian daripada Mr. Yau, Juara Karaoke Kampung Baru, Ampang pada tahun lepas.

Selain itu, Iskandar turut memberi angpau kepada kanak-kanak yang hadir.

Pertunjukan bunga api turut mewarnai program pada malam tersebut.

Akhir sekali, para jemputan dan semua yang hadir menyanyi dan bergambar beramai-ramai.

Pakatan Rakyat Gabungan Parti Miskin

Posted by Love Perak | Monday, March 01, 2010 | 0 comments »

oleh : kerajaan rakyat

Mungkin kerana Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat khususnya tergolong di kalangan parti miskin maka terdapat beberapa pemimpin dan Wakil Rakyatnya meninggalkan parti. Mereka yang meninggalkan parti ini kesemuanya mempunyai masalah samada displin, rasuah atau penyelewengan dana untuk rakyat. Dalam pada itu terdapat juga dikalangan mereka yang rasa kecewa kerana tidak mendapat jawatan dalam parti.

Sebut saja nama-nama yang kononnya gah dalam perjuangan mereka - Ezam dengan igauan jawatannya. Chandra Muzaffar kerana tamak dan kerakusan wang. Malaun ini kerana sifat malas dan culasnya. Terbaru, polong ini keluar kerana tidak tahan dengan tekanan daripada SPRM dalam kes rasuahnya. Maka sujudlah mereka kepada Langsui berpuaka!!

Walau bagaimanapun ketahuilah ada hikmahnya kita bernaung di bawah gabungan parti miskin kerana hanya mereka yang miskin faham perasaan dan penderitaan rakyat miskin.

Bertepatan dengan konsep "Kediaman Untuk Semua", kerajaan Selangor memudahkan urusan penyewaan apabila membatalkan deposit bagi mendiami Projek Perumahan Rakyat atau PPR.

Sebelum ini, penyewa perlu membayar deposit RM1,050 bagi setiap rumah PPR. Selain deposit itu, mereka juga membayar sewa RM124 sebulan, secara serentak.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan, Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan menyatakan skim ini hanya terbuka kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Kelayakan untuk skim itu adalah sama seperti mereka yang ingin memohon pengurangan sewa rumah PPR dari RM250 kepada RM124.

Ini bukan pertama kali kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memudah cara dan membela kebajikan rakyat miskin.

Sebelum ini, kerajaan negeri menurunkan kadar sewa PPR dari RM250 yang dinaikkan Kerajaan Barisan Nasional pada Jun 2007, kepada RM124.

Terdapat 5,436 unit rumah PPR di empat kawasan dan 1717 unit masih kosong. 4 kawasan PPR itu adalah di Serendah, Kota Damansara, Lembah Subang dan Kg Baru Hicom.

Pilihanraya Mengejut Perak?

Posted by Love Perak | Monday, March 01, 2010 | 1 comments »

Melihat aktiviti BN di Bukit Gantang ,kelihatannya PRU Negeri Perak semakin hampir.UMNO atau Gerakan-MCA-MIC sudah mula bekerja dan bertemu masyarakat.

Contohnya yang terbaru apabila Zambry berada di Kubu Kuat Pas Bukit Gantang pada Jumaat 26 Februari membawa bersama janji pembangunan.

Begitu juga apabila kita ke Pulau Pasir Hitam bersama DS Nizar pada 17 Februari ,kita bertembung dengan YB Ong Ka Chuan,Ketua MCA Perak.Peti Undi di sini agak unik,PRK baru-baru ini,BN mendapat 56 undi dan DS Nizar mendapat 56 undi.

Kita juga melihat kelibat YB Tan Lian Hoe,bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang di SJKC Sin Min,Simpang.Baru-baru ini dikatakan pula YB Rosli Husein beri angpau untuk pelajar SJKC Sin Min.

Murugiah juga sudah kelihatan bergerak bersama Kelab Penyokong BN.Kampung beliau dekat Termelok Trong.

LKIM juga sudah memberi bantuan sara hidup RM200.00 untuk nelayan Parlimen Bukit Gantang.Mereka yang tercicir juga dijanjikan akan diberi bayaran pada bulan Mac ini.

UMNO Bukit Gantang pula sudah menunjukkan mereka Islamik dengan mengadakan perarakan MaulidurRasul dari Kampung Banggol Pasir(kampung YB Rosli) ke Pekan Changkat Jering.Budak sekolah diangkut dengan bas.Para guru disuruh Guru Besar dan Pengetua untuk turut beri kerjasama.Rosli politik sungguh. Dikatakan oleh satu sumber UMNO ambil nama sekolah yang engkar dan guru yang tidak mahu bawa pelajar!

Bulan September sesuai kerana 50000 pengundi baru berjaya dibawa masuk di Perak.Dengan proses bantahan dan suku kedua daftar pemilih selesai ,pengundi baru ini orang harapan BN.

Tahniah ADUN UMNO Kelantan!!

Posted by Love Perak | Monday, March 01, 2010 | 0 comments »

Ketua Pembangkang dari Umno, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad menyokong usul yang dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan agar Exco negeri memikirkan tindakan sesuai, termasuk tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi, lapor Harakahdaily.

Turut menyokong usul itu ialah dua lagi ADUN Umno/BN - Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN–Kuala Balah). Mohd Alwi adalah ADUN Kok Lanas.

kah kah kah...tahniah 3 orang ni sebulu ngan ku li...ambil la tindakan cepat...kah kah kah

PERTAHAN HAK MELAYU ATAU UMNO?

Posted by Love Perak | Monday, March 01, 2010 | 0 comments »

Media hari ini melaporkan bahawa sebanyak 76 NGO Melayu bergabung hari ini bagi menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini.


Antara NGO yang menyertai MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).


Presiden Perkasa, Ibrahim Ali Al-lompati yang bertindak sebagai wakil pertubuhan itu berkata, peranan MPM adalah sebagai pelindung dan benteng kepada pihak yang semakin hari cuba mengganggu-gugat hak-hak keistimewaan serta ekonomi orang Melayu, kedudukan agama Islam dan ketuanan Raja-Raja Melayu di negara ini


Bagus niat MPM ini tetapi pada pandangan saya penubuhan MPM tidak sejajar dengan semangat 1Malaysia yang digagaskan oleh Imam 1Malaysia Najib Razak kerana jelas MPM bersemangat Melayu sempit dan tinggi semangat perkaumannya, sedangkan Najib mahu kita semua jadi 1Malaysia bukan 1Melayu.


Satu lagi persoalan saya ialah MPM apakah MPM mempertahankan Melayu atau Umno kerana tindak tanduk Ibrahim dan rakan-rakan sewaktunya nampaknya sentiasa menyokong apa juga yang Umno buat walaupun bertentangan dengan agama dan demokrasi.

Fairus Mintak PKR Bagi RM 15 000 Sebulan

Posted by Love Perak | Monday, March 01, 2010 | 0 comments »

KENYATAAN MEDIA

UNTUK EDARAN SEGERA



Tarikh: 1 Mac 2010



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.



Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.



Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.



Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.



DR. SYED HUSIN ALI

Timbalan Presiden, KEADILAN

Alhamdulillah PKR Semakin Bersih

Posted by Love Perak | Monday, March 01, 2010 | 0 comments »

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dua lagi bebanan dilepaskan daripada digalas oleh Parti Keadilan Rakyat.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas berkuat kuasa serta-merta.

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada sidang media di sini hari ini.

Bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim juga bertindak keluar parti selepas melepaskan jawatannya itu Januari lalu.

Alhamdulillah.

1Malaysia Wajib Baca!!!!!!!!

Posted by Love Perak | Monday, March 01, 2010 | 0 comments »




KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA



RINTIHAN DARI BUKIT AMAN



Assalamualaikum.....



Saya adalah seorang Pegawai Kanan Polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tujuan saya menyebarkan maklumat ini adalah kerana saya berasa amat tertekan dan jijik dengan arahan yang saya terima dari pihak atasan dan saya tidak dapat lagi membendung perasaan marah.



Walaupun saya berpangkat kanan di dalam pasukan, saya juga seorang manusia, berbangsa Melayu dan berugama Islam. Saya adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan marah, sedih dan peri kemanusiaan terhadap manusia lain walau apa pun bangsa dan ugama seseorang itu.



Di dalam pasukan, kami dilatih untuk memenuhi setiap arahan ketua. Tak kira penat, siang ataupun malam. Dan di dalam situasi saya ini, saya menerima arahan dari ketua saya iaitu Tan Sri Rahim. Selaku Ketua Polis Negara, segala arahan beliau tidak pernah dapat kami pertikaikan walau di dalam mesyuarat (samalah kelakuannya seperti Dr. Mahathir) kerana di dalam Pasukan Polis keadaannya sama seperti di dalam kabinet yang sudah banyak kaki ampu, bodek dan dungu.



Di dalam kes Anwar dan Mahathir, sebenarnya KPN juga terbabit secara langsung. Ketakutan KPN kepada Anwar jelas tersebut di dalam mesyuarat kami di Bukit Aman baru-baru ini. Segala rahsia KPN berada di dalam pengetahuan saya. Semua projek-projek yang bernilai berjuta-juta ringgit yang menjadi milik KPN dan juga wang yang berjumlah RM 3.5 juta yang telah Daim Zainuddin berikan kepada KPN atas arahan Dr. Mahathir juga telah kami ketahui. KPN cuba menutup mulut kami dengan wang sebagaimana yang telah berjaya Dr.Mahathir lakukan pada dirinya. Tetapi bukan kesemua kami berkelakuan seperti binatang yang sentiasa membuka mulut jika disuap.



Ketegasan Anwar Ibrahim terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa, mencuri wang rakyat amat menakutkan KPN. Dr Mahathir telah memanggil KPN bertemu dengannya dan mengugut untuk membocorkan tembelang KPN supaya diambil tindakan oleh Anwar di mahkamah atau berkompromi dengannya untuk menjatuhkan Anwar.



TETAPI saya amat terkejut apabila mendapat arahan dari KPN baru-baru ini. KPN mengarahkan kami membuat huru-hara semasa Anwar berucap atas sebab untuk menuduh Anwar dan kumpulannya ganas dan membahayakan kemakmuran. Kami telah berjaya melakukan sabotaj dan hasilnya Anwar dan rakan-rakannya serta 125 orang penyokongnya telahpun kami tahan.



KPN juga mengarahkan kami untuk mengambil darah dari penagih dadah yang telah dikenalpasti membawa kuman AIDS dan HIV positif. Kami terpaksa melakukan arahan tersebut dengan menyerbu Lorong Haji Taib dan mengambil darah kebanyakan penagih dadah yang kelihatan teruk dan hampir mati.



Pada mulanya saya tidak tahu untuk apa kuman itu diambil. Tapi setelah terdengar katanya dari Dr Mahathir dan KPN " Rahim, have you done your job? Or should I ask somebody else to do it?". Tan Sri Rahim menjawab, " Do not worry Dato’ Seri, I’ll ask.............................(nama saya telah disebut sambil KPN menepuk bahu saya) to finish him". Dr Mahathir berkata lagi, "Can we trust him ?". KPN menjawab "Then we kill him like that goat". (Mereka menggelarkan Anwar sebagai kambing).



Tahukah tuan-tuan semua, apakah tugas Dr Mahathir perintah KPN lakukan dan KPN telah menyerahkan tugas itu kepada saya......?



SAYA TELAH DIARAHKAN SUPAYA MENYUNTIK TUBUH ATAU MENYALURKAN KUMAN AIDS DAN HIV MELALUI MAKANAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.



KEJI ! Sungguh keji. Apabila Anwar ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, saya berterus terang kepada KPN bahawa saya tidak boleh melakukan perkara tersebut. Saya diugut untuk tidak membocorkan rahsia ini dan akan menerima nasib seperti Dato’ Nalla. Saya faham ugutan ini kerana kami memang kadang kala akan meletakkan sesuatu (dadah atau senjata) ke dalam kereta atau rumah seseorang musuh dengan tidak disedari lalu kami akan mendakwa orang itu.



SEBENARNYA PELURU, PISTOL DAN DOKUMEN KERAJAAN YANG BERADA DI RUMAH DATO’ NALLA ADALAH KEPUNYAAN PIHAK POLIS. ANWAR SENGAJA DIPERANGKAP !! Saya berani bersumpah kerana orang bawahan saya mengaku telah diberi tugas oleh KPN untuk melakukannya bagi menuduh Anwar Ibrahim belot kepada negara.



2 orang yang mengaku mempunyai hubungan liwat juga sebenarnya telah kami paksa untuk mengaku mempunyai hubungan liwat dengan Anwar. KPN telah memberi dua pilihan kepada mereka sama ada menghadapi ISA atau hukuman gantung sampai mati atau menerima RM 520,000 dan 6 bulan penjara. Kalaulah perkara ini terjadi kepada diri saya, sudah tentu saya tidak memilih hukuman gantung. Bagaimana pulak tuan ?



Tuan-tuan semua, jangan berasa hairan jika media melaporkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mati membunuh diri. Salah satu dari agenda kami di Bukit Aman ialah untuk memasukkan kuman HIV ke tubuh Anwar, membunuhnya dan mengatakan Anwar mati membunuh diri kerana malu.



Oleh kerana saya adalah orang Islam dan orang Melayu dan saya tidak boleh bersekongkol dengan rancangan KPN dan Dr Mahathir yang kejam ini ..... maka bersama surat ini saya dengan rasminya meletakkan jawatan saya sebagai anggota polis.



Pasukan Polis di Bukit Aman juga telah berpecah kepada 2. Iaitu yang bersetuju kuman AIDS disuntik ke tubuh Anwar dan yang satu golongan lagi masih berugama.



Saya merayu kepada semua anggota polis, pasukan tentera dan rakyat Malaysia supaya segera menyelamatkan Anwar Ibrahim dari mangsa jarum suntikan AIDS......... Saya bersumpah bahawa Dr Mahathir dan KPN akan membunuh Anwar. Jangan jadi Tentera atau Polis yang bodoh seperti "Algeria dan Turki".




SUMBER DI SINI DAN SINI