Nampaknya BN Perak tidak punya isu lagi sehingga menimbulkan isu yang bukan-bukan dan semacam rekaan dan "nampak macam kartun" bila seorang demi seorang dikalangan ADUN BN dan seorang bebas mengaku telah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak diawal kekalahnya dan tersungkur kalah BN di Perak pada tahun 2008.
Pesoalan awal ialah kenapakah setelah bertahun-tahun baru cerita ini di keluarkan, Inilah bukti BN benar-benar sudah tidak ada modal lagi untuk menarik simpati rakyat maka akhirnya apa saja cakap-cakap dikedai kopi dijadikan perkara serius.
Kalau begitu saya pun boleh cakap. Sebagai mana kata seorang Pak Cik yang saya jumpa kelmarin disebuah kediai kopi, katanya" saya pernah ditawarkan jadi Presiden Amerika".
Tidak semena-mena Zambry Abd. Kadir pada sidang DUN beberapa hari lepas bercerita beliau adalah antara tiga wakil rakyat UMNO yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pilihan raya umum 2008 lalu.
Semacam itulah yang lebih penting dari agenda membahas kepentingan rakyat yang ditutut oleh pakatan Rakyat. Lalu selepas itu masing-masing mangaku ditawar sebagai MB termasuklah Jamaluddin Behrang dan Tajol Rosli Pengkalan Hulu.
Sejak kemenangan Pakatan Rakyat sehingga kejatuhannya bila dirampas oleh BN dalam satu kudeta terancang , dan malah sesudah itu sehinggalah sidang pada 31 Mac lepas, DS. Nizar Jamaluddin teus menerus dengan pemimpin pakatan Rakyat mendedahkan bahawa BNlah yang seawalnya menawarkan Jawatan MB kepada PAS supaya bergabung dengan BN yang sudah kurang majoriti.
Atas alasan agenda melayu dan islam , BN cuba memujuk semua ADUN PAS bergabung dengan mereka dengan menggunakan Mufti UMNO Harussani seperti yang didedahkan oleh Mantan PJ PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Semua sudah jelas lagi bersulu. malah dalam tempoh itu BN tidak berani menjawab kerana yang sebenarnya sudah difahami hasrat UMNO bukannya menyelamatkan Melayu dan Islam , yang ingin diselamatkan ialah UMNO yang telah lemas dan tenggelam ditolak rakyat.
Insiden kekecohan dalam Dewan Perak pada 31 Mac adalah kemuncak kepada ujian ketahanan dan kecekalan ADUN Pakatan Rakyat yang tidak mudah di tipu oleh Ganesan dan Zambry yang menganjurkan sidang yang tidak semacam sidang apabila hampir 400 orang Polis berkawal di dalam dan diluar sidang.
Selain itu peraturan tetap dibangkul sampahkan oleh BN. Hasrat BN cuma menjadikan sidang sebagai menghalalkan tempoh-tempoh pemerintahan untuk 6 bulan sebelum ini dan 6 bulan akan datang. Kerana itu sidang disingkatkan sesingkatnya.
InsyaAllah kami akan menjawab segala tomahan dan fitnah BN yang kononnya memulai kekecohan dalam sidang yang lepas.
Setakat ini sudah 3 orang mengaku ditawar jadi MB Perak!
Posted by Love Perak | Saturday, April 03, 2010 | 1 comments »Oleh: Pria Malaya
Anwar diugut 'mati' (bunuh) oleh seorang penyokong tegar Umno di laman FB Anwar Ibrahim...
Radon Rascesium:
Disini say berani berjanji, klu PR tawan Malaysia, dan Anuar nie jd PM. Saya akan pastikan anuar mati sebelum dia merobek perlembagaan Malaysia
Tidak puas dengan kenyataan itu, 'Radon Rascesium' telah sekali lagi membuat ugutan 'mati' jika Anwar berkuasa sebagai PM Malaysia..
Radon Rascesium:
Org luar memang nk anuar nk jd pm supaya senang nk robek Malaysia. Tp selagi aku hidup, langkah mayat aku dlu
Jelas kenyataan ini dikeluarkan secara sedar dan sengaja oleh 'radon Rascesium'..beliau bukan sahaja mengugut, malah berjanji untuk pastikan Anwar 'mati' jika menjadi PM Malaysia...
Kita lihat, apakah ada tindakan dan laporan polis terhadap ugutan mati oleh penyokong Umno ini...jika ianya dari penyokong PR, sudah pasti 'berita' ini sudah sampai kepengetahuan pihak polis, dan awal2 lagi tindakan akan diambil...
Kenyataan (bukti) diambil di sini..
http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?v=feed&story_fbid=380685266839
oleh : che'gu bard
Pernah cheGuBard tulis dalam blog ini bagaimana Ezam ketika mempengerusikan Mesyuarat GERAK yang terakhir selaku pengerusi GERAK sebelum GERAK di 'serahkan maruah' ke tangan pemuka Umno lama dulu telah memberi gambaran mengenai akan wujudnya tuduhan liwat kedua ke atas Anwar, ini dinyatakan sendiri oleh ahli mesyuarat yang hadir pada hari tersebut. Apakah Ezam terlibat merencana fitnah dua... ? apabila terbaca blog Nazree bekas pengerusi Gerak ..... rasanya Ezam perlu tampil menjawab. baca petikan blog Nazree di bawah.
Ezam tentu rimas diasak dengan asakan yang dia tidak sangka....Nazree Yunus, Mantan Pengerusi Gerak dalam blognya http://minda-pemuda.blogspot.com/ Anak didik Ezam Mohd Nor dalam tulisannya banyak menentang Ezam dalam isu khususnya mengenai tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim dan isu Ezam mempersoalkan keislaman Nik Aziz. Malah Ezam telah mengarahkan Zahid Mat Arif (bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan) dalam satu ceramah bersama untuk menyerang Nik Aziz secara melampau.
Dalam ceramah bersama dengan Ezam, Zahid menyebut "Nik Aziz bukan ulama tetapi puk_ mak".....
Orang Ezam ada menghubungi Nazree dengan memerahi beliau dengan menyatakan Nazree tak kenang budi.... apa budi Ezam pada Nazree.... ?
Utusan Ezam memberitahu bahawa Ezam kecewa dengan Nazree kerana menyerang secara peribadi tanpa kenal kawan... jawapanya muda Ezam pernah kenal kawan kah ? che'GuBard tidak mengusik Ezam kerana menghormatinya... diamnya cheGuBard terhadap Ezam mengundang rasa ragu teman KEADILAN pada cheGUBard namun Ezam dan juaknya tetap tak memahami mereka serang peribadi termasuk pukul nak bagi mati hingga ke periuk nasi cheGuBard......
Pertanyaan cheGuBard kepada Abang Ezam ..... siapa yang tak kenal kawan.... siapa yang serang peribadi....???? siapa yang berada di landasan ini kerana agenda peribadi....?
Din Melawak Tentang Kematiannya di Hospital
Posted by Love Perak | Friday, April 02, 2010 | 0 comments »KUALA LUMPUR: Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau dikenali sebagai Din Beramboi , 44, kerap membuat lawak tentang kematiannya sejak dimasukkan ke hospital Isnin lalu.
Abang Ipar kepada Din, Sharifuddin Che Man, 43, memberitahu arwah sempat melawak tentang kematiannya beberapa kali ketika berada di hospital.
"Banyak pesanan yang disampaikan arwah dalam lawak jenakanya ketika dia sampai di hospital. Dia memberitahu saya bahawa kawan-kawannya akan datang ke hospital melawatnya selepas dia meninggal.
"Banyak kali dia cakap ayat yang sama, dengan kakitangan hospital yang ingin bergambar dengannya juga dia melawak agar tunggu masa kematiannya untuk bergambar dengan rakan-rakan artis yang lain.
"Namun sukar untuk pastikan sama ada dia buang tabiat atau melawak sebab dia memang begitu," katanya yang masih dalam keadaan terkejut.
Pak Mufti Harussani, Balaci Terhormat UMNO, Jom Kita Berjudi!
Posted by Love Perak | Friday, April 02, 2010 | 0 comments »THE Malaysian government, facing its most serious budgetary crisis in decades, is leaning towards allowing gaming tycoon Vincent Tan Chee Yioun to revive a potentially lucrative gaming concession.
Government sources and financial executives close to the businessman said Prime Minister Najib Razak's administration has agreed in principle to allow Tan Sri Tan, who controls the Berjaya Group, to proceed with the concession, which permits nationwide 'off site' sports betting.
'The economic rationale for allowing this is very compelling, but the PM has to weigh the political fallout because the opposition will have a field day,' said a government official close to the situation. Mr Tan, one of Malaysia's most politically well-connected businessmen, declined comment.
Bankers close to the businessman said that he had been actively lobbying the government for the past six months to allow him to activate his licence.
He told the government that it was losing hundreds of millions of dollars in foregone tax revenue to illegal betting syndicates. - MalaysiaUpdate
Projek Mega Sembab dah Sampai di Hulu Selangor
Posted by Love Perak | Friday, April 02, 2010 | 1 comments »Pukul 3 petang tadi Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menghadiri majlis Sepetang TPM Bersama Warga Pendidik Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor di Ulu Yam.
Muhyiddin mengumumkan pembinaan empat sekolah baru di Hulu Selangor termasuk tiga sekolah rendah.
Di Kg Sentosa beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk program mengelak banjir.
The Malaysian Insider
Sudahlah bijik tiada... Telur pun hilang...
Posted by Love Perak | Friday, April 02, 2010 | 1 comments »Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Parlimen atas sifatnya sebagai wakil yang dipilih secara sah oleh pengundi melalui pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Bagi Anwar Ibrahim, sebagai Wakil Parlimen dan berada di Parlimen bukan untuk berseloroh atau berkelaku seperti beruk yang kerap diamalkan oleh wakil Parlimen Barisan Nasional..!!
Di Parlimen Anwar menyampaikan hasrat rakyat, bukan hanya rakyat Permatang Pauh malah seluruh rakyat marhaen. Lebih dari itu Anwar juga mencekah segala bentuk pengkhianatan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan umno/BN agar keselamatan rakyat tidak terus diperjudikan oleh agen zionis yang telah bertapak kukuh dalam regim zalim - Umno.
Umno/BN berhasrat untuk menggantung Anwar daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa tertentu mengikut kehendak mereka.
Saya menyarankan kepada pemimpin umno/BN, jika kalian benar-benar pemimpin berjiwa rakyat... Rakyat Didahulukan..!! kenapa tidak hujah dilawan dengan hujah..?? Anwar berhujah di Parlimen. Anwar punyai bukti dan fakta..!! Maka kalian seharusnya lawan Anwar dengan hujah. Kalian sewajibnya membalas fakta Anwar dengan fakta kalian. Itu baru politik matang dan bermaruah namanya..!!
Apakan daya... sama seperti kes Altantuya. Najib dan Rosmah yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam itu tidak didakwa, malah tidak disiasat... Sirul dan Azilah pula yang dikambing-hitamkan.
Apalah nasib... Teoh yang menjadi saksi... terbunuh.. pegawai SPRM berjoli katak dengan wang rasuah.
Oh 1Malaysia... inilah nasib bila duda berkahwin janda.. si duda jadi ketua.. si janda mengada-ngada..!!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata tindakan diambil ekoran Anwar dilihat gagal memberikan hujah- hujah kukuh berhubung dakwaan beliau itu.
Alahai Nazri... bukankah ini sebahagian daripada buktinya??? Sudahlah Nazri, kamu ni bijik pun tiada.. telur pun dah hilang..!!
Kerajaan Rakyat
KUALA LUMPUR 2 Apr - Kemungkinan penubuhan Kerajaan Persekutuan yang baru pada September 2008 yang diterajui oleh Pakatan Rakyat hampir menjadi realiti sekiranya Perdana Menteri ketika itu dan Speaker Dewan Rakyat tidak menolak untuk mengadakan perjumpaan dan persidangan khas Parlimen.
Malah menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Pakatan Rakyat juga telah mengutuskan warkah yang dipersembahan ke bawah Yang DiPertuan Agong bagi memohon mengadap baginda berhubung perkata itu.
Justeru adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang mengatakan '16 September' adalah rekaan dan pembohongan pihak Pakatan Rakyat kata Anwar.
"Pada 19 September 2008 warkah kepada Yang DiPertuan Agong diputuskan oleh pimpinan Pakatan Rakyat kerana mereka telah beri mandat kita rujuk kepada istana negara, kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memaklumkan sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia mengikut Fasal 43 Perlembagaan Malaysia.
"Kita tidak edarkan surat ini kerana pada ketika itu kita kena jaga kedudukan Yang DiPertuan Agong, kalau jadi kita ikut saluran," tegas Anwar di Dewan Rakyat petang semalam.
Sebelum itu Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata Pakatan Rakyat juga tekah menghantar surat untuk membuat perjumpaan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak.
Kemudian Pakatan Rakyat telah menulis suat kepada Speaker memohon satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri tetapi langkah ini juga ditolak.
"Pada 18 September 2008 setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti, KEADILAN, PAS dan DAP, Pakatan Rakyat menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu petisyen bagi mengadakan persidangan khas Parlimen Malaysia. Ini bagi membincangkan usul bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau.
"Mustahil saya berani tulis surat begini kalau saya tidak ada jumlah dan perakuan daripada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kalau ada pada masa itu mesyaurat seperti yang kita minta mengikut Peraturan 11 (3) tapi itu ditolak.
"Kita melakukan tiga proses, pertama minta pertemuan dengan Perdana Menteri ditolak, kedua tulis kepada Speaker juga ditolak," hujah Anwar ketika mencelah penggulungan perbahasan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Keadaan Dewan menjadi riuh ketika Anwar mengatakan bahawa ramai antara anggota Parlimen yang hadir pada sidang semalam telah menemui beliau bagi membincangkan kemungkinan menyertai Pakatan Rakyat malah ada yang telah menandatangani surat akuan.
"Saya tidak nafikan perkara ini tidak berlaku tetapi saya nak sebut dalam Dewan Ahli-ahli Yang Berhormat tahu dan saya tahu siapa yang beri perakuan dan siapa yang tandatangan," kata Anwar sambil di sambut dengan laungan," dia orang (Ahli Parlimen Barisan Nasional) dah takut, dah takut".
Bagaimanapun Anwar tidak mendedahkan senarai nama Ahli Parlimen BN yang bersetuju bersama-sama Pakatan Rakyat.
"Yang Berhormat dari Umno boleh ketawa, ada antara yang ketawa ada yang bincang dengan kita, ada yang talipon tapi itu bukan soalnya. Yang penting baik persahabatan atau perbincangan yang kita anggap tertutup kita hormati prinsip itu dan jangan ada langsung keraguan mengenai perkara ini kerana dalam politik ini ada etika walaupun dengan musuh. Ini kita pertahankan sebab itu saya tidak pernah keluarkan," jelas beliau.
Tegas Anwar Pakatan Rakyat telah mengikut prosedur dan peraturan yang betul yang berlandasan Perlembagaan Persekutuan berhubung perancangan 16 September 2008.
"Jangan kata kita permainkan isu ini kerana kita ikut jalur undang-undang dan kemudian mahu dikatakan ini palsu. Saya sebutkan saya lakukan ini makna setakat menghormati peraturan, undang-undang dan Perlembagaan, tiga-tiga proses kita lakukan, itu tahap yang telah kita lakukan. Soal untuk mengatakan kita tidak ada jumlah itu tidak benar, mustahil saya ambil risiko itu," ujar Anwar lagi.
Gambar Sekitar Majlis Pengebumiannya
Al-Fatihah - Din Beramboi Meninggal Dunia
Posted by Love Perak | Friday, April 02, 2010 | 4 comments »Afdhlin Shauki : Inalillah..... Pada 12.30 malam, kawan kita Din Beramboi telah meninggalkan kita dan pulang ke rahmatullah
Shahriza Mahmud : Innalillah...Takziah buat isteri,anak-anak dan keluarga Allahyarham abang Din..Isteri dan anak-anak sebenarnya sudah dimaklumkan seawal petang semalam mengenai situasinya.Mereka tabah dan sedar semuanya ketentuan Illahi.Walaupun payah,mereka terpaksa pasrah dengan berita yang disampaikan doktor sebelum pemergiannya.Begitu juga rakan-rakan yang sudah bersedia sejak petang semalam. Itu yang tidak dapat kami sampaikan kepada semua kerana masih mengharap. Sekitar jam 12.30 pagi Jumaat dia telah kembali menemuiNYA..Al-Fatihah..Saya bagi pihak LovePerak mengucapkan takziah dan banyak bersabar terhadap keluarga Din Beramboi...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...innalilla hiwainna ilaihi rajiun...
UPDATE BERITA RASMI
KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.
Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.
Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.
Warga murai.com.my mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.















