Nampaknya BN Perak tidak punya isu lagi sehingga menimbulkan isu yang bukan-bukan dan semacam rekaan dan "nampak macam kartun" bila seorang demi seorang dikalangan ADUN BN dan seorang bebas mengaku telah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak diawal kekalahnya dan tersungkur kalah BN di Perak pada tahun 2008.
Pesoalan awal ialah kenapakah setelah bertahun-tahun baru cerita ini di keluarkan, Inilah bukti BN benar-benar sudah tidak ada modal lagi untuk menarik simpati rakyat maka akhirnya apa saja cakap-cakap dikedai kopi dijadikan perkara serius.
Kalau begitu saya pun boleh cakap. Sebagai mana kata seorang Pak Cik yang saya jumpa kelmarin disebuah kediai kopi, katanya" saya pernah ditawarkan jadi Presiden Amerika".
Tidak semena-mena Zambry Abd. Kadir pada sidang DUN beberapa hari lepas bercerita beliau adalah antara tiga wakil rakyat UMNO yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pilihan raya umum 2008 lalu.
Semacam itulah yang lebih penting dari agenda membahas kepentingan rakyat yang ditutut oleh pakatan Rakyat. Lalu selepas itu masing-masing mangaku ditawar sebagai MB termasuklah Jamaluddin Behrang dan Tajol Rosli Pengkalan Hulu.
Sejak kemenangan Pakatan Rakyat sehingga kejatuhannya bila dirampas oleh BN dalam satu kudeta terancang , dan malah sesudah itu sehinggalah sidang pada 31 Mac lepas, DS. Nizar Jamaluddin teus menerus dengan pemimpin pakatan Rakyat mendedahkan bahawa BNlah yang seawalnya menawarkan Jawatan MB kepada PAS supaya bergabung dengan BN yang sudah kurang majoriti.
Atas alasan agenda melayu dan islam , BN cuba memujuk semua ADUN PAS bergabung dengan mereka dengan menggunakan Mufti UMNO Harussani seperti yang didedahkan oleh Mantan PJ PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Semua sudah jelas lagi bersulu. malah dalam tempoh itu BN tidak berani menjawab kerana yang sebenarnya sudah difahami hasrat UMNO bukannya menyelamatkan Melayu dan Islam , yang ingin diselamatkan ialah UMNO yang telah lemas dan tenggelam ditolak rakyat.
Insiden kekecohan dalam Dewan Perak pada 31 Mac adalah kemuncak kepada ujian ketahanan dan kecekalan ADUN Pakatan Rakyat yang tidak mudah di tipu oleh Ganesan dan Zambry yang menganjurkan sidang yang tidak semacam sidang apabila hampir 400 orang Polis berkawal di dalam dan diluar sidang.
Selain itu peraturan tetap dibangkul sampahkan oleh BN. Hasrat BN cuma menjadikan sidang sebagai menghalalkan tempoh-tempoh pemerintahan untuk 6 bulan sebelum ini dan 6 bulan akan datang. Kerana itu sidang disingkatkan sesingkatnya.
InsyaAllah kami akan menjawab segala tomahan dan fitnah BN yang kononnya memulai kekecohan dalam sidang yang lepas.
¡Hola mundo!
8 years ago
sebodoh-bodohnya manusia adalah melayu dan sepandai- pandai manusia adalah umno kerana pemimpin umno pandai memperbodohkan orang melayu untuk menyokong umno.ini lah hakikat sebenarnya yang terjadi di perak yang mana umno telah memperbodohkan melayu dengan berbagai penipuannya,tapi bukan semua yang boleh umno bodohkan kecuali mereka yang memang betul2 banggang sanggup dicucuk hidungnya oleh umno yang gilakan kuasa, kesian masih ada melayu2 perak yang masih menggunakan otak umno untuk berfikir.