http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Zaid Heret BN ke Mahkamah?

Posted by Love Perak | Monday, April 26, 2010 | 4 comments »

ZAID Ibrahim kemungkinan akan membantah keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berakhir semalam di mahkamah. Ini berikutan berlakunya rasuah secara meluas dalam pilihan raya berkenaan.

Antara bentuk rasuah dilakukan selain pemberian bantuan kerajaan kepada rakyat semasa proses pilihan raya berlaku ialah pemberian wang ringgit melalui agen-agen BN.

Maklumat sedang dikumpul seberapa banyak yang boleh berhubung dakwaan berkenaan. Zaid juga dijangka akan membuat sidang akhbar esok berhubung tindakan yang akan diambil. Dalam pilihan itu Zaid kalah ditangan Kamalanantha dengan kekurangan undi sebanyak 1,725. Beliau mendapat 23,272 undi manakala Kamalanathan mendapat 24,997. Sebanyak 731 undi yang ditolak.

Sehubungan itu juga satu panel terdiri dari kalangan penguam terkemuka akan dibentuk untuk merangka satu memorandum untuk dihantar NGO hak asasi manusia dan pencinta demokrasi tulen di seluruh dunia. Memorandum itu menjelaskan kepincangan berhubung proses perjalanan pilihan raya di negara ini yang dikatakan berat sebelah, tidak ada dan memperalatkan jentera kerajaan.

Memorandum ini bakal menjadi dokumen baru untuk digunakan oleh para pendokong demokrasi tulen bagi mengkritik perjalanan pilihan raya di negara ini. Ia juga nanti akan digunakan oleh Bersih - sebuah badan bertindak dan memperjuangkan pilihan raya bersih dan telus yang pernah berarak menggegarkan negara beberapa tahun lalu.

Sekiranya memoranum ini menjadi kenyataan inilah tindakan pertama secara profesional diambil bagi mempersoalkan kepincangan perjalanan pilihan raya dan demokrasi di negara ini yang dikatakan pincang dan tidak berlaku adil kepada parti pembangkang.

Petiysen ke atas pilihan raya Hulu Selangor itu dan memorandum itu dilihat bakal memberi tekanan baru kepada kerajaan agar berlaku telus dan adil dalam setiap pilihan raya.


MSO

4 comments

  1. Unknown // April 26, 2010 at 4:26 PM  

    Salam..
    1.Ana rasa soal 'beli-membeli' undi ni PR dan BN sama-sama terbabit...tolong jgn nafikan PR bersih dari gejala ni...

    2.Apa susah...semuanya rakyat juga yang nikmati....

    3.Kalau PR tunaikan semua janji dlm PRU 12 dulu...tak kan undi utk BN melonjak dgn banyaknnya....

    4.Ana rasala....PR harus lebih matang berpolitik...isu pengundi hantu, beli undi kini perkara jumud...org dah benci...

  2. bijan // April 26, 2010 at 4:44 PM  

    mangkuk layar...komen macam bodo...
    kalau setakat zaid nak merasa naik turun mahkamah boleh le disaman..tapi kalau nak kan keadilan..rasanya jgn buang masa..lagi baik gunakan masa utk terus gempur kaw-kaw melayu bodo di hulu selangor...

  3. Anonymous // April 26, 2010 at 5:04 PM  

    kami BN amacam mau tulus... klu tulus nanti kalah la.... lu pikir la...

  4. garamlada // April 26, 2010 at 5:50 PM  

    Saya sangat bersetuju jika PR mengambil tindakan undang-undang di atas kecurangan UMNO/BN dalam PRK Hulu Selangor tempoh hari.

    Tindakan ini wajar dan tidak boleh dianggap membuang masa untuk mendedahkan kecurangan UMNO/Bn dan memberi tekanan kepada SPR agar seluruh dunia maklum bahawa pengendalian pilihanraya di malaysia memang bertaraf paria dan barua!