http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Pendedahan : Hoi! Tembelang Kau Pecah!

Posted by Love Perak | Saturday, April 24, 2010 | 0 comments »

Kisah Soraya Sulaiman bekas ketua Penerangan PKR Perak yang menafikan mendapat ganjaran dari Umno apabila beliau melompat dari PKR kepada Umno adalah satu dusta yang tidak dapat dimaafkan.

Sebenarnya Soraya telah terperangkap apabila beliau berbual melalui telepon yang segala perbualan beliau telah dirakam oleh AMK Cawangan Kampung Pulai (Bhg Gopeng) En. Tarmizi Mohd Ghazali (Gambar),dalam perbualan tersebut beliau ada mempelawa En. Tarmizi agar segera melompat ke dalam Umno dengan seberapa segera kerana "VALUE" mereka yang lompat kepada Umno sebelum PRK Hulu Selangor ini adalah sangat tinggi kata Soraya,tetapi kalau selepas PRK Value mereka yang lompat kepada Umno akan berkurangan.

Malah beliau ada menyatakan dalam perbualan tersebut bahawa setiap sekali ceramah di Hulu Selangor dalam kempen memburukkan Pakatan Rakyat akan diberikan RM1000 oleh pihak Umno.Beliau juga ada menyatakan bahawa Umno sedang mencari "Hardcore" yang ada dalam PKR untuk dipelawa ke dalam Umno,dan mereka juga akan diberi "Bonus" dalam PRK Hulu Selangor ini.

Dalam perbualan tersebut Beliau juga ada mengaitkan beberapa individu lain yang akan melompat parti,contohnya sdr. K Rajesh Kumar selaku pegawai khas ADUN Teja sebagai menguatkan hujahnya untuk menarik saudara Tarmizi.Sedangkan apabila ditanya kepada individu yang dimaksudkan oleh Soraya,mereka menafikan sama sekali ingin keluar dari PKR.

Kenyataan Soraya yang mereka berjuang dengan ikhlas dalam Umno adalah satu penipuan,kerana dalam perbualan itu beliau menyatakan bahawa salah satu sebab beliau keluar daripada PKR adalah kerena PKR tiada ber"DUIT" dan duit habis kerana berjuang dalan PKR.

Bersambunggg...


sendiri mau ingat

0 comments