Mahathir sudah serik. Dia tak mahu lagi kempen untuk Umno. Dia berkata dia tidak peduli orang ingin guna namanya. Dua kali dia kempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tapi dua-dua BN terduduk. Mahathir tak mahu tersungkur lagi sekali. Adakah dia betul-betul ingin bersara.
Dia lama dalam politik. Dia nampak dalam keserabutan BN memilih calon. Jadi dia tak berani nak berkempen kerana takut kalah lagi. Dia tidak yakin BN boleh menang. Daripada aib dipersendakan orang lebih baik tarik diri awal-awal. Elok juga dah tua-tua dikutuk orang, nanti sakit badan-badan. Timbul masalah lain pula. Gusar juga Hasmah nanti.
Pilih parti. Lihat kepada parti yang diwakili, bukan calon. Mahathir ada juga menyebut begitu. Lagi sekali keyakinan Mahathir kurang kepada calon BN. Jadi pengundi lihatlah kepada parti. Lihat kepada kerajaan pun boleh juga. Ini pertarungan Kerajaan Malaysia lawan Kerajaan Selangor. Tentulah pengundi boleh lihat apa-apa yang dua-duanya sudah buat. Satu kerajaan dah 50 tahun lebih dan satu lagi 2 tahun lebih. Kena celiklah luas-luas.
Apa-apa pun penentuan di tangan pengundi. Pengundi adalah ‘Raja’ kata TPM. Dulu mereka tak peduli sangat. Selepas Tuan Muda menyamar jadi kerabat raja, dikelentongnya ramai orang barulah TPM sedar peranan ‘Raja’ sebenarnya.- ekele.co.cc
0 comments
Post a Comment