oleh : perisik rakyat
Tun Dr.Mahathir - 16hb. April, 2010 :
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen pada pilihan raya Hulu Selangor meskipun namanya ditimbulkan beberapa kali menjelang penamaan calon, esok.Tun Dr.Mahathir - 22hb. April, 2010 :
Mahathir berkata beliau tidak mempunyai kepentingan bagi membabitkan dirinya dalam pilihan raya itu yang bakal melihat pertandingan Datuk Zaid Ibrahim yang sering-kali dikritiknya berdepan dengan P Kamalanathan yang mewakili Barisan Nasional.
"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur.
Tun Dr. Mahathir hari ini mengubah pendirian dan akan menyampaikan sebuah ucapan di Serendah pada jam 8 malam.Aku dah cakap... kalau tak de Arak - bukan UMNO namanya, kalau tak de judi - bukan UMNO namanya, kalau tak menipu - bukan UMNO namanya...
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin veteran lain dijangka akan memanaskan lagi kempen pilihan raya Hulu Selangor yang berakhir tiga hari lagi.
Ini adalah kempen pertamanya sejak pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Pada kedua-dua pilihan raya itu BN tewas.
Kalau tak "Nyanyuk" CONFIRM bukan Pimpinan UMNO la tu...
0 comments
Post a Comment