oleh : kerajaan rakyat
Renungan buat yang berkenaan.
Renungan buat yang berkenaan.
Maka kita orang-orang Melayu pun sudah tahu dengan jelas dan kenallah siapa ‘orang-orang besar kita’, iaitu orang politik, pegawai tinggi kerajaan, orang-orang agama kita serta raja-raja kita. Kita juga tahu bahawa orang-orang Melayu yang menyokong pihak pihak tertentu itu tidak sebenarnya kenal siapa yang mereka puja mahupun yang mereka membenci. Sentimen dan emosi sahaja dipermainkan serta sedikit upah material dan kebendaan, maka orang melayu pun lebur.
Bila mereka yang bukan Melayu tahu kita begitu, maka skrip dan perencanaan yang mereka kitar semula pun sudah cukup untuk memastikan kita terus begini dan mereka dapat apa yang mereka hajatkan. Namun Melayu yang amat diharapkan selaku bertaraf pemimpin bangsa masih begitu lagu mereka.
Persoalannya, apa yang kita mahu harapkan daripada mereka pemimpin-pemimpin orang melayu ini? Sampai bila mereka hendak membuat perangai begitu sambil dibantu oleh semua jentera kerajaan yang 98% pegawainya jugak adalah dari bangsa Melayu. Maka tidak akan ada sesuatu kelainan atau penambahan darjat kita di sisi Allah swt jika inilah saja mainan yang kita sering dipertontonkan.
Yang menang bersorak riuh, yang kalah memendam rasa untuk berjumpa sekali lagi pada pesta penipuan, mencipta helah, pencacian, penghinaan, penaburan fitnah, yang bakal Allah swt sajikan pada masa mendatang. Yang menipu untuk menang dengan menekan pegawai yang redha dengan keadaan ‘terpaksa akur’ terus mendabik dada. ‘Musuh’ yang dilabelkan akan tetap diterima oleh semua pegawai kerajaan melayu sebagai petualang dan wajib di’bunuh’. Namun apakah perkara sebenarnya? Ianya tidak boleh disoal, difikirkan malah haram untuk diperbincangkan. Semua pihak kena akui dan kena terima versi pihak yang menang secara mutlak, lebih-lebih lagi mereka memanggil diri mereka kerajaan!
Namun hakikatnya, orang Melayu sudah jelas diperYahudikan iaitu kena menerima fakta bahawa ada pihak sudah menyahudikan diri mereka dengan membiarkan Yahudi bertindak sebagai penasihat mereka. Mereka pula tanpa segan menempelak bahawa pihak yang menuduh mereka juga adalah sahabat karib Yahudi!. Maka nyata, apapun gelaran dan tuduhan, bangsa melayu sudah cair dengan sedia menerima Yahudi dalam kehidupan mereka. Inilah yang paling nyata dan paling sedih bagi orang-orang melayu yang mengaku beriman dengan Allah swt. Bagaimanakah kita mahu diterima sebagai umat Nabi Muhammad saw nanti di Padang Masyhar?
Persoalannya, sejak bilakah bangsa Yahudi sudah pandai bertapak di bumi bertuah ini? Generasi terdahulu berjuang sampai bergadai nyawa menghalang serta cuba menghalau puak kafirin yang datang menjajah. Sehingga kurun ini, nyawa masih tergadai oleh perajurit-perajurit kita. Namun hari ini, tanpa segan dan malu, Yahudi telah diperakui secara halus sudah meresap ke dalam hampir kesemua institusi Negara ini. Apa yang tinggal kepada bangsa ini. Melayu liberal serta yang sudah akur dengan cara hidup mereka itu sudah berani tanpa ada rasa apa-apa takut menghidupkan cara hidup asing itu di kalangan kita. Apakah yang akan terjadi kepada Iman anak cucu kita apabila kita dinobatkan sebagai Negara maju nanti. Hari ini, Iman sudah tipis dan tenat nampaknya. Bayangkan 10 tahun lagi apa akan terjadi.
Adakah setelah habis PRK Hulu Selangor ini kita hendak diamkan cerita Yahudi ini? YDP Agong, Raja-raja serta TYT negeri-negeri, Mufti-mufti serta Kadhi-kadhi (kita tidak mempunyai jawatan Mufti Negara dan Imam Negara!), Perdana menteri dan menteri-menteri kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri serta exconya, Speaker serta Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri-negeri, YAA Ketua Hakim Negara dan kesemua hakim-hakimnya, Ketua Turus Angkatan Tentera dengan Jeneral-jeneralnya, kesemua Ketua Pengarah Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan-jabatan dibawahnya, pegawai pegawai kerajaan, orang-orang melayu keseluruhannya samada yang bekerja dengan kerajaan serta yang mencari rezeki sendirian.
Adakah kita semua hendak redha dengan keadaan kita sekarang yang amat jelas sudah mengikut telunjuk Yahudi yang Allah sudah laknati? Daripada apa yang sudah di hebahkan, tiada seorang pun boleh menyatakan bahawa dia bebas dari pengaruh Yahudi hari di dalam Negara ini.
Saya bertanya kerana saya Melayu dan saya masih mahu kasih kepada Allah serta beriman kepadaNYA. Saya masih mahu mengikut teladan dan cara kehidupan RasulNYA. Saya tidak mahu bersubahat dengan sesiapapun yang melindungi, bekerjasama, dinasihati, berhubungan dengan si Laknatullah ini. Sila beri jawapan serta tindakan susulan untuk kami rakyat jelata Negara dan bumi bertuah ini pada kadar segera.
Dimanakah mulanya serta dan bilakah kita mula menjual Negara ini serta maruah agama kita kepada mereka? Bilakah kita mula menganiayai serta derhakai amanah Allah setelah kita semua dikurniai keimanan dari NYA? Adakah kita akan meninggalkan aqidah Islamiah dan akhirnya akan mengikuti cara hidup serta aqidah serong dan sesat mereka?
Sila jawab wahai Melayu yang mengaku berdaulat serta berdarjat atau berkedudukan, yang sepatutnya berilmu dan tinggi karomahnya, yang berjawatan dan berpangkat serta dikurniai bintang kebesaran, dan yang tinggi darjah kekayaan hasil dari perniagaan serta gedungnya serta yang redha dikenali sebagai orang kebanyakan serta marhaen dan yang daif lagi merempat merananya.
Saya menunggu jawapan tanpa hujungnya dan jangan ada sesiapa yang ingin melepaskan tangannya. Semua perlu dipertanggungjawabkan asalkan nama mereka Melayu dan mengaku Islam aqidah agamanya di bumi ini.
Terima kasih.
daulat tuanku daulat tuanku...HIDUP MELAYU ,HIDUP MELAYU....akhirnya tersungkur di punggok hindu..cilako besar sibrahim ali and mamk kutty..