http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Datuk Zaid, Anda Silap!

Posted by Love Perak | Tuesday, April 27, 2010 | 3 comments »

Oleh: profesor

"

Datuk !!! bersabar menerima keputusan ini. Mungkin Datuk selama ini membuat andaian dari jauh saja.Sebenarnya Datuk ini lah realiti yang kami alami , bukan sejak beberapa harii lalu , tetapi puluhan tahun yang lampau , bahkan ada diantara kami yang masih hidup merasai derita ini semenjak tahun 1955 lagi.Itulah episode duka mereka selama ini.



Sekarang baru Datuk mempercayai dengan sungguh – sungguh , bukan secara teori lagi, tapi 1minggu yang lepas , selama 24 jam sehari keperitan sebenar dunia politik acuan UMNO , yang diamalkan oleh pemimpin – pemimpin mereka.

Bagi mereka tidak ada istilah jahat , zalim . tidak adil , bagi Najib dan pemimpin sebelum ini ajaran Machiavelli dianuti penuh ikhlas , semua halal.

Rasanya adalah menjadi satu kesilapan sekiranya Datuk beranggapan dan mengharapkan Najib , UMNO dan BN akan berlaku adil semasa PRK P094 lalu.

Menurut Datuk Zaid Ibrahim, menerima kekalahannya pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, tetapi mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil dan bersih.

Katanya, walaupun tewas pada pilihan raya kecil itu, beliau menerimanya dengan hati terbuka dan menyifatkan ia sebagai adat dalam pertandingan akan ada pihak kalah dan menang.

“Saya berpuas hati dengan jentera parti termasuk daripada Pas dan DAP yang sudah bekerja secara bersungguh-sungguh berkempen untuk saya,” katanya di hadapan kira-kira 200 penyokongnya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu, malam tadi.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua.

Bagaimanapun, penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak kelihatan.

Zaid yang juga bekas menteri Kabinet menjadi pertaruhan PKR untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor, tewas kepada calon BN, P Kamalanathan dengan majoriti undi 1,725 undi.

Sementara itu, Khalid berkata, kemenangan BN menjadi cabaran kepadanya untuk terus bekerja dengan lebih kuat dan akan memberi tumpuan terhadap pengundi di kawasan Felda kerana PKR gagal meraih sokongan di kawasan berkenaan.

3 comments

  1. Anonymous // April 27, 2010 at 5:47 AM  

    kita terima kekalahan dengan hati redha atas ketentuan tuhan yang maha esa lagi maha mengetahui.kita kalah atas permainan rasuah dan tidak bermoral lawan membalun mengikut nafsu dengan jentera kerajaan sebagai alat kemenangan.tersenyumlah kerana kita menang dalam hati yang bersih serta ikhlas menyampaikan kebenaran.kekalahan bukan kelemahan tetapi adalah suatu kekuatan yang harus menjadi tunjak untok sebuah kemenangan.terima kasih zaid anda berjaya menjadi wira dihati kami.salam hulu selangor.

  2. Yong // April 27, 2010 at 8:15 AM  

    Walau pun Zaid bukan orang Selangor, tetapi beliau telah dapat undi yang besar dari Hulu Selangor. Kalah sedikit saje dari calon APCO (oops silap, UMCO). Tentulah manis jika menang. Tapi jentera yang disokong APCO sukar diatasi, selain masalah dalaman PKR. Bersabarlah. Kemenangan akan datang juga jika anda dipihak yang benar.

  3. Anonymous // April 27, 2010 at 11:39 AM  

    As I see it… My version of:-

    Facts Of Failure At Hulu Selangor.(2010 By-Election)

    From Defeat To Victory

    YB DATO’ZAID was the perfect candidate. Yet he lost. The reasons were, that:-
    1) He lost to the POWER of RINGGIT.
    That’s the ONLY reason. That’s the FACT. MONEY IS EVIL. Well:-

    The PR SELANGOR GOVT is also partly to be blamed. I’m pretty sure some of you, will agree with me. And some might not. After two years as ruling State Govt, they could have solved the Rakyats problems without fear and favor. The Sate Govt should have focus on the remote places. I’m very sure that, YAB DATO MENTERI BESAR has vast experience in handling management and administration.

    Focus on :-
    1) 60% to the malays/orang asal
    2) 30% to the Chinese
    3) 10% to the indians

    Some of the Malay communities and Indian communities are turning their hope back to BN. The Chinese community remains loyal to the party. Pls don’t take that for granted. They might change as well.

    Where is the vision and hope you gave? The present and younger generation of MALAYS/CHINESSE/INDIANS/IBANS/KADAZANS/AND ALL MALAYSIANS are with you. With full of Quality and Qualified leaders in PR, you HAVE to do better then this.

    SO PLEASE PRACTICE IT – BEFORE YOU PREACH.

    You still have two years to prove it. If you fail, you will loose another state. Then PR will be HISTORY. My advise is :- GO DO IT FOR the RAKYATS. That’s their only HOPE.

    Political Observer.