http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

PKR yakin tidak menghadapi masalah untuk mendapat sokongan majoriti pengundi Cina yang merupakan 26.3 peratus daripada 64,500 pengundi di Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil parlimen tersebut Ahad ini.

Hulu Selangor mempunyai 16,964 pengundi Cina, manakala pengundi Melayu berjumlah 34,020 atau 52.74 peratus, manakala pengundi India berjumlah12,453 pengundi atau 19.31 peratus.

Menurut petugas PKR, calon mereka Datuk Zaid Ibrahim mendapat sokongan majoriti pengundi Cina sepanjang kempen pilihan raya kecil setakat ini.

Berikutan itu, menurut mereka lagi, jentera PKR dan Pakatan Rakyat kini menumpu dan menggiatkan kempen bagi meraih sokongan pengundi Melayu dan India terutama di gugusan Felda, estet serta sekitar Hulu Bernam.

Terdapat empat gugusan Felda di Hulu Bernam - Felda Soeharto, Felda Gedangsa, Felda Sungai Tengi dan Felda Sungai Tengi Selatan - yang majoritinya didiami pengundi Melayu.

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini di kalangan pengundi pula mendapati mereka berpendapat Zaid dan P Kamalanathan dari BN, bersaing sengit dan peluang untuk memang adalah 50-50.

"Kalau kalah pun, kalah tipis, kalau menang pun, menang tipis. Tak ada yang menang majoriti," kata seorang pengundi yang juga peniaga yang mahu dikenali sebagai Ali.

Ketika ditemui di premis perniagaannya, Ali menjangka majoriti pengundi India di Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada PKR kerana mereka dikatakan tidak senang dengan kepimpinan MIC di situ.

Katanya, ini berdasarkan rungutan para pelanggannya yang mahukan calon yang terbaik dan mesra rakyat yang kerap turun bertemu dan menyelami masalah rakyat.

Manakala seorang lagi pengundi yang mahu dikenali sebagai Ravi pula sependapat dengan Ali bahawa pilihan raya kecil itu menyaksikan persaingan hebat antara BN dan PKR.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN Datuk G Palanivel tewas kepada calon PKR Datuk Zainal Abidin Ahmad, dengan majoriti tipis 198 undi.

Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi DUN - Hulu Bernam, Kuala Kubu Baharu dan Batang Kali - dimenangi oleh BN. - Malaysiakini


Sent From My iPhone

0 comments