http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Tolak sapa jugak yang berkawan ngan Apco

Posted by Love Perak | Thursday, April 15, 2010 | 0 comments »

Pengundi perlu pandang serius isu APCO

Ali Hashim
KEPALA BATAS, 14 April: Isu APCO Worldwide yang mencalarkan nama Umno dan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya dipandang serius oleh para pengundi di kawasan parlimen Hulu Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain berkata, apa yang dibuktikan oleh kerajaan sekarang harus menjadi satu penilaian kepada rakyat khususnya di kawasan itu yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 25 April ini.

Menurutnya, ekoran daripada apa yang berlaku itu, maka rakyat khususnya dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor harus menolak kerajaan Umno/BN daripada memenangi pilihan raya kecil tersebut.

Katanya, keangkuhan Umno/BN akan berterusan sekiranya mereka masih lagi mendapat mandat daripada rakyat walaupun tindakan yang telah dilakukan itu tidak selaras dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini.

"Saya yakin, rakyat kawasan Hulu Selangor mampu untuk membuat perubahan dengan tidak memberi sokongan kepada BN sekali lagi sebagaimana yang telah mereka buktikan dalam pilihan raya umum yang lalu," katanya lagi.

Katanya, penglibatan sebuah syarikat yang ternyata bersekongkol dengan Israel adalah satu pengkhianatan yang dilakukan Umno/BN terhadap umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, tindakan kerajaan meneruskan aktiviti APCO Worldwide membuktikan mereka tidak prihatin terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam.

"Sekiranya mereka serius bagi menentang zionis dan tindakan Israel yang sekian lama menzalimi dan menindas umat Islam, maka sepatutnya dengan segera mereka harus memutuskan hubungan dengan syarikat yang berkiblatkan Israel itu,” katanya.

Ini, katanya melambangkan bahawa kepimpinan Umno dan BN yang menerajui negara adalah sebuah kerajaan yang tidak sensitif terhadap apa yang sedang berlaku kepada umat Islam di Palestin.

"Mereka bukan saja tidak peka dengan apa yang berlaku, malah tidak mempedulikan penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh saudara Islam di sana.

“Sekiranya mereka prihatin maka mereka mampu untuk menolak hubungan ini diteruskan setelah sekian lama menjadikan syarikat APCO Worldwide ini sebagai satu gandingan yang memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

0 comments